Showing posts with label Crochet. Show all posts
Showing posts with label Crochet. Show all posts
Saturday, 15 October 2016
Sunday, 2 October 2016
Update Cebisan 1
Assalamualaikum,
Terlanjur dah berjanji ari tu,
nak update setiap progress
cebisan yang kak mah sedang kerjakan ini.
Alhamdulillah, inilah hasilnya.
Entah nak buat apa, kak mah belim fikirkan lagi.
Tunggulah besar dulu baru tentukan nak buat apa.
Ok yee nanti kak mah update lagi.
Selamat tahun baru 1438.
Jumpa lagi.
Wassalam.
Thursday, 4 June 2015
Paten Terkini Kakmah
Assalamualaikum
Sallam Syaaban semua sahabat alam maya kakmah, hari ini dah 18 Syaaban yee, cuma ada 12 hari saja lagi kita nak menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan.Harap kita semua dah bersedia untuk melalui bulan Ramadhan yang sangat-sangat dinantikan oleh semua umat Islam ini.
Baiklah, untuk entry kakmah kali ini, kakmah nak kongsikan paten kait atau crochet yang kakmah sedang siapkan. In shaa Allah sebelum raya semuanya akan siap, jika tiada aral yang melintang. Silalah lihat, kalau berkenan atau teringin nak tempah boleh aja tinggalkan pesan kat komen dibawah tu, sertakan link anda nanti kakmah balas. Atau message aja kat no phone kakmah. Ok.
Paten ni boleh buat alas meja makan kerusi 6,8, atau 10
bergantung pada pilihan anda.
Yang warna kuming ni namanya paten bunga lawang,
nantikan paten seterusnya apabila siap nanti.
Yang ni paten biasa, granny boleh juga buat alas meja atau
penutup peti ais. Kakmah selalunya buat penutup oven aja.
Ini paten yang kakmah buat menggunakan bunga lawang,
kat tengah2 tu yang lima kuntum tu lah bunga lawang.
ni untuk alas meja kopi yang bujur.
Alhamdulillah, harap sahabat2 semua suka menatap paten
kait atau crochet kakmah ini.
Semuga Jumpa lagi.
Wassalam.
Wednesday, 6 May 2015
Crochet
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, dapat satu lagi paten,
cantik paten ni, untuk pelbagai kegunaan,
alas meja makan besar atau kecil boleh,
alas meja kopi boleh, untuk dibuat saprah pun boleh.
Bergantung kepada saiz. Nak buat pun mudah sebab dia
dibuat sekeping-sekeping, tinggal cantum sahaja kalau nak
besarkan.
Yang ni kakmah dah mula buka untuk tempahan,
kalau nak tempah bagi tau saiz yang dikehendaki sahaja,
lepas itu kakmah ukur dan tentukan berapa harganya.
Boleh pilih warna kesukaan sendiri, atau pelanggan hantar benang
kepada kakmah, kakmah cuma ambil upah kait sahaja.
Mudah kan.
Ok, kalau sesiapa berminat boleh call kakmah 016 9540985.
Cepat sebelum kakmah tutup tempahan menjelang puasa dan hari raya.
Semuga jumpa lagi
Wassalam.
Friday, 31 October 2014
Doily
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, terlanjur tak banyak kerja ni kakmah pun
duduk mengait ajalah. Dapatlah buat doily ni.
Tapi jangan tertipu, ini bukan paten baru,
paten ni dah lebih setahun kakmah mulakan,
tak pandai siap-siap lagi, dah lama kakmah biarkan paten
ni tak berusik, tapi selepas menyelongkar semula
benang-benang yang lama terjumpa doily ni yang separuh
siap. mesti nak disiapkan juga ni..
In Shaa Allah.
Nantikan,
Wassalam.
Thursday, 30 October 2014
Masih Menyiapkan Alas Meja Ini
Assalamualaikum,
Selamat awal pagi. Malam ni kakmah tidur lewat sikit,
leka nak menyiapkan kaitan kakmah ni. Cadangannya nak
alas meja, tapi tak taulah bila siapnya.
Inn Shaa Allah, akan siap juga,
Biar cepat atau pun lambat.
Kegemaran kakmah lah kalau berwarna warni begini.
Segar mata dibuatnya.
Doakannya kerja kakmah ni cepat siap ye kawan2.
Jumpa lagi.
Wassalam.
Tuesday, 17 June 2014
Terbengkalai
Assalamualaikum,
Inilah sedangnya,
berbulan mengait, taklah siap juga.
Cantik dah ni,
Tapi nak menyambungnya tu ya Allah..
terkial-kial.
Harap-harap lepas ini boleh disambung semula.
In shaa Allah.
Banyak dah patern yang keluar,
mana satu nak disiapkan dulu yer.
Hehe, tengoklah nanti,
mana satu yang paling menambat hati.
Yang itu lah dulu yang siap.
ok jumpa lagi,
Wassalam.
Thursday, 20 March 2014
Benang kait
Assalamualaikum,
Lebih sebulan mengusahakan paten yang ini, hanya ini yang dapat kakmah siapkan. Bak kata orang sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain juga. Bilalah yee paten ini akan menjadi kain.Inn Sha Allah, siaplah tu nanti. Kakmah sedang berusaha menyiapkannya ni. Hehe...
Jumpa lagi,
Wassalam.
Wassalam.
Friday, 28 February 2014
Friday, 23 August 2013
Transformasi
Assalamualaikum
Kepada rakan-rakan blogger, pengunjung-penggunjung
tetap blog kakmah nie, pengunjung-pengunjung
tak tetap, kakmah ucapkan selamat berhari raya sekali
lagi, kali ni raya posa nam plak.
Kakmah pasti kebanyakan dari kita dah merayakan
posa nam, sebab Syawal pun dah nak habis,
Baru-baru ni kakmah mengalami gangguan dengan
Blogspot kakmah nie. Kakmah mati-mati
ingatkan komputer kakmah yang problem, sebab
kakmah tak dapat nak sign in, tools tak ada.
Andaian kakmah munkin kerana toolsbar
Avira yang dah lekat kat sebelah bawah browser bar
Google Chrome kakmah nie,
Rupanya memang Blogspot ni ada problem,
lama juga kakmah tak dapat nak pos
entry baru. Alhamdulillah, pagi ni dah ok dah.
Pagi ni tak ada apa yang kakmah nak kongsikan,
sekadar nak menunjuk muka aja, terlanjur
Blogspot ni dah boleh di masuki,
kakmah masukkanlah gambar benang kait kakmah yang
dah berbelit-belit, berlibu-libu kata orang kg kakmah tu.
Tapi bak kata kakmah, bukan kata orang,
kalau kita jumpa benang atau tali yang bersimpul
macam ni, janganlah ditarik kehadapan,
susurlah kebelakang untuk mencari puncanya,
walaupun susah, lambat dan memakan masa,
tapi hasilnya terbaik. Macam yang dalam
gambar kat bawah tu, Itulah hasilnya
setelah kakmah kerjakan selama seminggu ini.
Gambar kat atas ni plak adalah sesuatu yang mengusik
perasaan kakmah serta menguji kesabaran kakmah.
Ada ke patut dia pergi tidur pulak dalam pasu bunga
kakmah yang bunga paku nya tu pun tengah merimbun
hasil dari kakmah membaja dan menyiramnya setiap
hari. Apa nak buat kan, dia pun nak tempat yang
selesa untuk tidur. Tidur ajalah kitty.
Cucu kakmah yang terkecil setakat ini, sementara
menunggu yang lebih kecil keluar dari perui ibunya.
Memandang muka-muka cucu-cucu kakmah nie
terasa pulak betapa dah berumurnya si nenek nie,
Mulalah hati tertanya-tanya dah cukup ke bekalan aku
untuk dibawa kesana nanti. Sayu juga rasa hati bila
mengenangkan bila-bila saja dari sekarang, DIA akan
menjemput kita kesana. Allah.
Semuga DIA memberkati kehidupan ini dengan
Iman dan Amal serta kesejahteraan dari dunia
hingga Akhirat.
Penng kepala kalau menengok benang yang berselirat
macam ini. Tapi kalau kita bersabar menyusurnya
selembar demi selembar, pasti akan dapat kita
menafaatkan satu persatunya. Begitu jugalah dengan
kekusutan yang kita alami dalam menjalani kehidupan
ini.Baik diri sendiri maupun orang lain.
Jangan lekas berputus asa bila menghadapi kekusutan.
Susurlah dari awalnya, selesaikan secara berhemah,
jangan cepat marah dan merengus, pasti hasilnya
akan timbul seribu kebaikan.
Miew ni bila diambil gambar dia buat muka tak bersalah je,
Hati yang pada mulanya terasa nak marah pun jadi sejuk,
tak perlah, dia berhak duduk disini kerana dia tak tau
tempat dia duduk itu adalah kesayangan kakmah.
Lihat dibawah ini,
Inilah hasil dari kekusutan yang telah diselesaikan
dengan kesabaran dan berhemat. Tidak ada sehelai
benang pun yang terputus, dan semuanya boleh
digunakan dengan sempurna. Alhamdulillah.
Akhir skali dia posing untuk kakmah...
Tak comei pun, maklumlah anak-anak terbiar..
Kesian dia..
Kesian dia..
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.
Tuesday, 14 May 2013
Entry Tengah Malam @ Pagi
Assalamualaikum,
Sambil borak-borak dengan anak bongsu,
sambil dengar-dengar luahan hatinya,
Sambil nasihat-nasihat apa yang patut,
Besar juga cita-cita anak bongsu kakmah ni rupanya
dan sebesar mana cita-citanya
begitulah juga besarnya rintangan yang terpaksa
ditempuhinya, dalam mencapai cita-cita itu
Orang yang bijaksana,
orang yang dah berjaya selalu berkata,
tanpa rintangan, tanpa cabaran
pasti tidak ada kejayaan,
Kalau ada pun kejayaan itu tidak sehebat mana,
dan tidak akan begitu berkesan dihati.
lalu hadaplah cabaran itu dengan reda
dengan tabah demi cita-cita
demi kejayaan.
Sambil berborak, sambil bersembang,
tangan kakmah ni jalan juga,
menjalin benang-benang yang pelbagai warna,
ini juga cita-cita kakmah,
Untuk cita-cita yang tak seberapa ni pun
kadang-kadang ada juga rintangan
yang terpaksa kakmah hadapi.
Tapi Alhamdulillah,
dapat juga kakmah siapkan sebesar ini
untuk malam ni aja.
Pagi @ 3.45 dah, fuhhh..
Selamat malam @ pagi
Selamat tidur.
Jumpa Lagi,
Wassalam.
Monday, 4 June 2012
Kakmah Tengah Boring
Assalamualaikum,
Selamat malam Isnin, oppss, dah pagi rupanya..
Sebenarnya kakmah ni tengah boring sebab tak boleh nak upload
gambar dari telefon ke komputer. Kabel telefon kakmah hilanglah plak.
puas dah kakmah cari, tak berjumpa. Kakmah rasa tak lengkap
kalau buat entry tak ada gambar. Tadi kakmah bw terjumpa
plak gambar ni kat sini. kakmah pun pinjamlah.
Kakmah suka sangat tengok barang2 kreatif macam ni
apa lagi kalau ianya berwarna warni macam dalam gambar ni hah.
segar rasa mata memandang. Ini bukan kakmah yang buat,
tapi kakmah ambil gambar ni dari sini. bukan apa, sekadar
nak kongsi je gambar ni dengan peminat crochet yang
datang mengunjungi blog kakmah .
Tengoklah kreatif betul, kakmah tak terfikir langsung nak buat macam
ni pada kerusi dirumah kakmah yang dah nampak buruk sangat tu.
tapi kat sini mem ni dah lakukannya. Cantik, memang cantik.
Inilah namanya kerusi lama tukar baru.
Tukar kulit je.
Oklah kakmah undur diri dulu.
Jumpa lagi,
Wassalam.
Sunday, 27 May 2012
Kusyen Kecil Lagi ( Crochet )
Assalamualaikum,
Selamat berhari minggu yee kawan2,
Pergi mana hari ni, Putera Jaya, Dataran Merdeka?
Kakmah sepatutnya pergi KL hari ni, ikut rombongan
Cik Kiah bersama belia dan beliawanis dari Lipis untuk
majlis penutup perhimpunan belia yang akan disempurnakan
oleh PM. tapi hari ni kakmah rasa tak
berapa sihat, terpaksalah dibatalkan hajat kakmah tu.
Walaupun kakmah tak berapa sihat, tapi pagi2 lagi
kakmah dah menghadap komputer,
niat nak update blog, nak kongsi gambar
sarung bantal tangan yang dah siap kakmah kait.
Lama betul kakmah nak menyiapkan yang nie,
setiap kali kakmah sentuh dia ada aja kerja lain yang menghalangnya,
jadi terpaksalah kakmah tangguhkan dulu.
Akhirnya malam tadi siaplah juga, dapatlah kakamah
kongsikan pagi ni.
Ini sarung yang keempat yang kakmah dah siapkan.
Semuanya untuk kakmah pakai sendiri je.
Lepas ni kakmah kena buat satu set, 2 buah kusyen dan sarung
untuk kawan kakmah mak Yah. Dia tempah untuk diletakkan
dalam kereta dia. Insya Allah akan kakmah kerjakan
secepat munkin. Gembira rasa hati kakmah,
hasil kerja kakmah dah mendapat perhatian
kawan2, dan dah ada pula yang sudi menempah.
Terima Kasih Mak Yah.
InsyaAllah esok kakmah akan mulakan.
Semuga Jumpa Lagi,
Wassalam.
Sunday, 6 May 2012
Sarung Bantal Tangan - Crochet Lagi
Assalamualaikum,
Bertemu lagi dipagi minggu yang ceria, Kemana gerangan tujuan hari ini,
bawak anak2 dan family jalan2? Kakmah kat rumah aja, menyiapkan
projek kakmah yanag baru ni.
Ni bakal sarung bantak tangan kakmah yang ke 4, baru siap sekeping.
dalam proses menyiapkan kepingan yang kedua, insya Allah hari ni
boleh siap rasanya.
No pula projek yang dah lama terbengkalai, bakal disiapkan juga
dalam masa yang terdekat ini. Tak sabar kakmah nak tengok hasilnya,
nampak cantik kalau dah dicantum macam ini. Tapi lucu juga masa
kakmah nak atur dia, kakmah selalu je tersilap mata dengan warna dia.
Sambil2 tu kakmah cuba2 juga buat bunga ros ni, paten bunga ros
ni banyak caranya, yang ni lain sikit dari yang kakmah buat dulu.
tapi yang ni lebih mudah dibuat.
Oklah jumpa lagi,
Wassalam.
Monday, 26 March 2012
Sarung Kusyen Warna Kuning Air (Crochet)
Assalamualaikum,
Sallam pagi isnin dan selamat menjalankan
tugas harian dengan penuh semangat.
buat rodong2 kakmah semua.
Kakmah dah balik Lipis, sekarang dah berada di kelas,
Alhamdulillah, hari ni semuanya ok.
dan pagi ni kakmah nak kongsi gambar kusyen
kakmah yang dah siap sepenuhnya.
Sebenarnya kusyen ni siap sebelum Kakmah pergi Kuantan
lagi, tapi tak sempat nak ambil gambar,
masa nak pergi Kuantan ari tu masa suntuk sangat.
Kini dah ada tiga sarung kusyen Kakmah,
yang terbaru ni kusyennya Kakmah buat sendiri.
nampaklah padat sikit.
Yang dua lagi yang terdahulu tu Kakmah
sarungkan kusyen lama je, dah leper jadinya, lama
sangat dah.
Yang ni kakmah bubuh tiga kuntum bunga
bagi dia nampak menarik sikit.
Bunga ni dah lama kakmah kait, taqpi tak tau nak
buat apa, akhirnya bubuh kat kusyen ni hah.
Ok juga kan.
Sampai sini dulu ye kawan2,
Kakmah undur diri dulu.
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.
Monday, 12 March 2012
Proses mencantum ( Crochet)
Assalamualaikum,
Selamat pagi Isnin, mesti semua ceria pagi ini setelah
bercuti dan berehat selama dua hari. dah sarapan ke semua.
Sarapan apa hari ni yee...
hari ni saya tak ada entry makan2, cuma nak kongsi gambar
sarung kusyen yang saya kait, dah hampir siap.
Beginilah rupanya sewaktu saya mengelim atau mencantumnya.
Kusyen yang kat dalam tu saya buat sendiri,
sebab saya behajat untuk menjualnya bila siap nanti, mestilah kena
kusyen yang baru kan...
Susah juga nek mencantumnya ni,
sebab kusyennya dah ada kat dalam. Tapi dek kerana seronok,
tak terasa pun susahnya.
Sebenarnya ada lagi benda yang saya nak tambah pada kusyen ni,
nantilah, siap nanti saya share lagi sekali.
Ini sarung kusyen ketiga yang saya dah buat, yang dulu tu
saya menyarung kusyen yang lama je.
Hari tu masa bertandang kerumah kawan ternampak
plak paten yang kat bawah ni.
terus je saya rembat bawak balik, kononnya nak
buat contoh. Setakat ni belum ada masa lagi nak buat,
InsyaAllah akan jadi juga nanti.
Cantik paten ni untuk buat alas meja atau cadar tilam,
Fuhh..jadi ke kalau saya nak buat cadar tilam.
berapa tahunlah baru boleh disiapkan yee..Namun tak
mustahil, kata orang kalau nak seribu daya.
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)




































