Wednesday 28 May 2014

Misteri Terungkai

Assalamualaikum,
Alhamdulillah....

Tiba-tiba saja mata ku menjadi teramat kabur, tidak boleh melihat dengan terang. Kalau melihat orang dari jarak 30 meter pun tidak kenal. Kadang-kadang muka orang yang dilihat menjadi kembang, kadang-kadang mereka kelihatan seperti tidak berhidung, tidak bermulut, tidak bermata, rata sahaja, Kadang-kadang kelihatan pipi mereka mengembang. Mata ini terlalu kabur. Bersentuh bahu dengan kawan pun tidak menegur, bukan sombong, tapi mata tak nampak dengan jelas.

Ya Allah ujian apa lagilah ini yang engkau datangkan kepadaku. Walaupun ku terima ujian ini dengan reda tapi aku tertanya-tanya petunjuk apakah ini sebenarnya.

Bukan mata saja yang bermasaalah, kesihatan juga sangat merosot. Berjalan beberapa meter saja buat aku rasa penat teramat sangat apalagi kalau mendaki tangga. Dulu dikalangan kawan-kawan sebaya akulah juara memanjat tangga. Kalau setakat tangga rumahku ditingkat dua ni, aku boleh belari manakala kawan-kawan ku terpaksa berhenti dua kali untuk sampai kerumahku. Kini keadaan itu aku yang mengalaminya pula.

Badan betul-betul rasa tak sihat lemah dan tidak bermaya. Bukan itu saja aku tidak boleh lapar, jika lapar aku rasa seperti nak pitam, badan berpeluh dan tidak bertenaga. Untuk mendapatkan sedikit tenaga tambahan aku sering minum 100 plus dan kadang-kadang aku beli air oren tak kiralah air tin ke botol ke atau air kotak. Tujuannya ialah untuk menghilangkan dahaga yang teramat sangat.Keletihan yang teramat sangat juga membuatkan aku tak larat untuk membuat kerja. Rumah bersepah tak larat nak kemas. Pinggan di sinki dah macam makan 20 orang, berlambak. Kerja yang mampu aku lakukan hanyalah berbaring sambil tengok TV, makan dan tidur. Selepas makan aku mesti mengantuk.

Yang paling memburukan lagi keadaan ku akibat kuat tidur solat ku dah tidak terjaga. Biasanya aku tidur tak kira masa terutamanya lepas makan. Biasanya lepas makan kalau tiada aktiviti aku terus baring dan dalam beberapa minit aku akan terus tertidur. Petang pula biasanya aku akan mengantuk seawal selepas maghrib. Sebaliknya kalau terjaga malam aku akan rasa seperti kurang tidur atau seolah-olah aku telah berjaga dua tiga malam.

Ya Tuhan, apa sebenarnya yang terjadi kepada ku. Apakah masa ku sudah terlalu hampir. Aku amat takut. Ataukah 2 biji sista yang sedang bergayut pada ovary ku sejak sekian lama telah bertukar menjadi penyakit yang amat ditakut oleh semua wanita, membuatkan aku menjadi terlalu lemah. Walaupun doktor pakar telah mengesahkan sis tersebut telah berhenti membesar dan aku kini telah berada di zon selamat, walaupun pada asalnya doktor mencadangkan aku membuang satu-satunya organ kewanitaan ku itu. Tapi disebabkan aku tidak mahu organ itu dibuang, kebetulan pula aku menghidap darah tinggi, pembedahan tersebut telah tertangguh hampir tiga tahun.

Sebenarnya penghidap Fabroid sejak tahun 2007 sejak inya dikesan. Tapi kini telah sembuh sepenuhnya namun ianya digantikan dengan sista pula. Walaubagaimana pun dalam pertemuan dengan doktor pada 9-12-13 yang lalu doktor telah mengesahkan sis itu tidak aktif lagi. Lalu penyakit apakah ini Ya Tuhanku.

30-1-14 sekali lagi pertemuan dengan doktor pakar untuk pemantauan darah tinggi. Doktor dah sahkan darah tinggi dah turun sikit, kencing manis tidak ada. Lalu sakit apa ini, rasanya teramat teruk. Apalah ini akibat dari penyakit batuk yang aku alami selama 6 bulan  tidak berhenti. Tapi sekarang aku dah tak batuk lagi. Ah pening.

6-5-14 sekali lagi aku kena jumpa doktor untuk pemantauan darah tinggi. Kini aku dah pandai kawal makan, kawal tido, darah tinggi pun dah turun hampir ketahap normal. Aku sering buat pemereksaan darah tinggi di farmasi atau dimana saja aku nampak ada alat memereksa darah tersebut. Sebagai persediaan, pada 5-5-14 Isnin itu aku buat pemerekassa darah tinggi difarmasi. Alhamdulillah berkat ringan mulut pembantu farmasi tersebut bertanya sama ada aku nak periksa gula dalam darah juga atau tidak. Aku jawab ya....

Aku tidak terperanjat bila pembantu tu mengatakan darah tinggi naik sedikit dan gula dalam darah tidak boleh baca. " maksudnya?" Saja je aku bertanya padahal jawapannya telah aku tahu berdasarkan aktiviti pemakanan aku sejak akhir2 ini. Kek, air 100 plus, air tin, kotak botol, teh '0' ais, ABC, nasi dan bermacam lagi yang menjadi obess ku. 'Terlalu tinggi' Jawabnya sedikit cuak sambil menasihatkan aku supaya berjumpa doktor segera.

6-5-14 aku ceritakan semua pada doktor, sekali lagi jariku dicucuk dan setitis darah diambil untuk bacaan gula.'22.2' Walaupun aku tak tahu apa maknanya tapi aku tahu bacaan itu sangat tinggi. Aku dinasihatkan untuk buat pemereksaan tiap-tiap hari selama seminggu dan 15-5-14 sekali lagi aku kena jumpa doktor dengan keputusan darah selama seminggu.

8-5-14   = 19.9
9-5-14   = 14.9
10-5-14 = 14.5
11-5-14 = 15.9
12-5-14 = 12.9
13-5-14 = 10.3
14-5-14 = 9.9
15-5-14 = 11

Hahhh...begitulah keputusannya.
Akhirnya dengan berat hati aku terpaksa menerima kenyataan bahawa kencing ku terlalu manis. 
Inilah yang mengakibatkan segala macam komplikasi yang aku rasakan selama ini. Namun aku masih ada harapan kerana ini masih pada peringkat awal. Doktor pun tidak memberiku apa-apa ubat sekadar kawal makan katanya.

Apa yang perlu aku kawal. Jangan makan nasi. Jangan minum air gula. Jangan makan kek....bab ini buat aku betul-betul nak menangis...sebab aku tokea kek. Jangan makan buah yang manismanis, seperti pisang,beti, embikai, mangga.....itu semua buah kegemaran ku. Aku boleh makan 5 biji pisang montel sekali hadap. Huhuhu...Buah apa yang boleh dimakan, belimbing besi, jambu batu.Ambik kau, besi dengan batu aja ang aku boleh makan.

Kini terjawablah sudah misteri selama ini. Dan kini aku rasa sihat dah sikit dengan kawalan makanan yang aku buat sendiri. 

Moralnya, hati-hatilah kawan2, kalau ada simptom macam sayani, cepat2 jumpa doktor yee..dan lagi kalau makan tu biar berjadual, biar sederhana dan jangan berlebihan.

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.

Wednesday 14 May 2014

Rendang Hitam

Assalamualaikum,

Selamat bertemu kembali dengan menu makan tengahari
Kakmah hari ini.


Ahha..memang dah lama kakmah mengidam nak
buat rendang hitam ni, tapi selalu je kurang
memuaskan hasilnya. Ini adalah percubaan untuk
kesekian kalinya. Alhamdulillah ada peningkatan
sedikit. Tapi sayangnya tak dapat nak bagi resipi
juga sebab tak begitu perfect lagi. Chewah...
In shaa Allah, lain kali akan kakmah sertakan
resipinya sekali yee..

Sekian dulu, Harap maaf.
Wassalam.