Monday 15 December 2014

Gulai Lemak Sardin Daun Kesom

Tuesday 25 November 2014

Gula Kabung

Assalamualaikum,

Sallam pagi selasa, Alhamdulillah hari ni pagi lagi Kakmah
dah bersiaran. Bukan apa, terlanjur ada masa kakmah pun 
terus ajalah online.

Hari ni kakmah nak cerita sikit pasal Gula Kabung, satu produk yang
menjadi kebangaan orang pahang. Gula kabung sama juga seperti gula
merah yang kita beli di kedai, cuma gula kabung ini dia lebih sedap
dan lemak rasanya berbanding dengan gula merah. Dan lagi gula
kabung ini di buat secara kecil-kecilan didapur sendiri, bukan dibuat
dikilang, dan kebersihannya memang terjamin. Kakmah sendiri
pernah terlibat dengan pembuatan Gula Kabung ini semasa
masih kanak-kanak dulu.



Gula kabung ini diperbuat dari air nira pokok kabung.
Prosesnya membuatnya pertama sekali, tandan kabung yang baru
mengeluarkan bunga akan dipotong dan airnya yang keluar dari tandan 
yang dah dipotong tersebut ditadah dengan menggunakan tabung
buluh. Tandan dipotong pada waktu petang, air akan ditadah selama
satu malam, pagi esoknya barulah air nira tersebut akan dikumpulkan.

Tiba dirumah perkara pertama yang dibuat adalah menapis air nira
tersebut dan dimasukkan kedalam kawah untuk di masak sehingga pekat.
Dapur yang digunakan biasanya dapur kayu. Air nira dimasak dengan 
api yang besar sehingga mendidih, apabila sudah mendidih api akan
dikecilkan dan direnehkan sehingga pekat dan sedia untuk dimasukkan
kedalam acuan berbentuk bulat yang biasanya diperbuat dari daun 
mengkuang yang tebal. Gula akan disejukkan sehingga membeku 
baharulah dikeluarkan dikeluarkan dari acuan untuk dibungkus 
dengan daun kabung juga.

Gula kabung boleh dibuat bermacam kuih, salah satu diantaranya:-


SERI MUKA GULA KABUNG
Resepi Asal Oleh : Puan Azlita Masam 
Resipi asal Seri Muka Gula Merah kakmah tukar dengan gula kabun Masya Allah sedapnya.

Lapisan bawah ( Pulut)


2 cawan beras pulut ~ untuk dapatkan pulut yang lembut kena rendam dahulu pulut paling kurang 4 jam, sebaiknya semalaman. Lepas tu cuci bersih dan toskan.

2 1/2 cawan santan cair ~ boleh guna santan kotak capur air dan jadikan 2 1/2 cawan )
1 sudu teh garam


Mula-mula kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Tuangkan adunan pulut dalam loyang ratakan, tutup loyang dengan kertas aluminium  dan kukus selama 20 minit atau sehingga pulut masak.Bila pulut dah masak, tekan-tekan bagi ia mampat.Bahagian Atas3. Kemudian tuangkan adunan gula merah ni atas lapisan pulut tadi


Sediakan loyang 8 inc lapik dengan plastik dan sapukan dengan sedikit minyak jagung.
Satukan pulut yang telah di rendam dan di toskan tadi dengan santan dan garam, kemudian kacau rata


1 biji telur
2 sudu besar gula pasir
1 1/4 cawan pati santan ~boleh guna santan kotak campur 
1/2 cawan gula kabung yang di racik halus
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil garam 

1. Mula-mula ita masak santan dengan gulakabung,  gula pasir 
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung jagung, garam dan juga telur
Kemudian kacau rata
3. Satukan dengan adunan santan gula merah tadi dan kacau hingga tiada bentil-bintil
Kalau takut ada bintil tepung tapis adunan

4. Kukus selama 20 ~ 30 minit atau sehingga adunan atas masak sepenuhnya.
Bila dah masak tunggu kuih serimuka benar-benar sejuk sebelum dipotong
 Sedia untuk dipotong.

Ok, lain kali resipi lain pula yang menggunakan gula kabung.

Sekian, Wassalam.

Friday 31 October 2014

Doily

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, terlanjur tak banyak kerja ni kakmah pun
duduk mengait ajalah. Dapatlah buat doily ni.


Tapi jangan tertipu, ini bukan paten baru,
paten ni dah lebih setahun kakmah mulakan,
tak pandai siap-siap lagi, dah lama kakmah biarkan paten
ni tak berusik, tapi selepas menyelongkar semula
benang-benang yang lama terjumpa doily ni yang separuh
siap. mesti nak disiapkan juga ni..
In Shaa Allah.

Nantikan, 
Wassalam.

Thursday 30 October 2014

Puri Cicah Kari Ayam

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,
Berjumpa lagi kita dengan masak-masakan dari dapur Kakmah.
Kali ini dengan kuih katak kata cucu2 kakmah, kawan kakmah
pula memanggilnya lempeng batak


Walau apa pun namanya, ia memang enak dimakan
bersama dengan kari. Bagi kakmah, kalau disuruh bagi
markah daripada sepuluh sepenuhnya, pasti markahnya
penuh, 10/10. kalau tak percaya boleh cuba.


Ini yang kakmah baru tau sebenarnya, kuih ni namanya Puri.
macam makanan india je. Biasa kakmah buat tak ikut resipi,
kakmah buat ikut dan aja, tapi bila kakmah ronda-ronda
dapat pula resipinya kat blog puan Azlita neh. Alhamdulillah,
terima kasih sekali lagi Puan Azlita Aziz,  Blog Masam Manis.
Banyak Resipi yang kakmah dapat dari blog Puan Ita ni.

****~~~~****~~~~****~~~~****~~~~****

Ok kakmah kongsikan lagi resipinya:-

2 Cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
150 ml air
3 sudu miyak masak

Gaul semua bahan ni hingga sebati dan uli sehingga
tidak melekat ditangan. Biarkan selama 1/2 jam.
Bulat-bulatkan dan canai nipis2.
Goreng dalam minyak yang panas hingga mengelembung.
letakkan sekeping saja dalam satu masa.
Balikkan sebelah bila kekuningan dan boleh diangkat.

****~~~~~****~~~~****~~~~****~~~~****

Ini resipi Kari Kakmah pula.

1 mangkuk daging ayam
1 paket serbuk kari daging ( gaul dengan sedikit air )
2 mangkuk santan cair

4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia *
( * tumbuk halus )

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 ulas bunga cengkeh
2 ulas buah pelaga
1 tangkai daun kari
1 batang serai _ titik

1/2 biji terung panjang #
1 biji tomato #
1 kelopak kobis #
( # potong ikut suka hati )

1/3 cawan minyak masak.
2 keping asam keping.
Garam dan gula secukup rasa.

Cara2nya

- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang,
bawang putih,halia yang telah ditumbuk.
- Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh,
buah pelaga, daun kari, asam keping dan serai, masak dengan api
sederhana hingga naik bau. Masukkan rempah kari, 
boleh tambah cili mesen jika suka pedas, masak hingga
rempah masak.
- Masukkan ayam, garam, gula dan kacau lagi hingga 
ayam masak dan airnya kering.
- Masukkan santan, biarkan mendidih dan masak,
kacau dari semasa ke semasa supaya santan tidak bergentel,
Bila ayam masak masukkan, terung, tomato dan kubis,
masak lagi hingga sayur empuk dan kuah sedikit pekat
 boleh tambah cili hujau dan merah jika suka, 
jangan dibelah, masukkan sebiji2.
Masak hingga semua empuk, padamkan api.
Sedia untuk dihadangkan dengan puri.

Selamat memasak.
Wasssalam

Masih Menyiapkan Alas Meja Ini

Assalamualaikum, 

Selamat awal pagi. Malam ni kakmah tidur lewat sikit,
leka nak menyiapkan kaitan kakmah ni. Cadangannya nak 
alas meja, tapi tak taulah bila siapnya.
Inn Shaa Allah, akan siap juga,
Biar cepat atau pun lambat.


Kegemaran kakmah lah kalau berwarna warni begini.
Segar mata dibuatnya.
Doakannya kerja kakmah ni cepat siap ye kawan2.

Jumpa lagi.
Wassalam.

Sunday 26 October 2014

Dalcha Kari

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini dapatlah kakmah nak berkongsi
resipi Dalca Kari yang kakmah buat hari Deepavali yang lalu.
Bukan kerana merayakan deepavali, cuma kebetulan je, kakmah ada 
masa dan kebetulan pula hari tu kakmah buat nasi Minyak untuk
sedara kakmah yang datang berkunjung, 
Kakmah buatlah Dalca Kari ni, 
testing resipi kakmah sendiri.


Tanpa berlengah, kita ke resipinya.

Bahan-Bahannya.

1. 1 setengah cawan kacang dal kasar, dari Australia, rendan 2 jam, rebus hingga empuk
2. 1 paket rempah kari daging , bancuh dengan air sedikit.
3. 1 batang lobak merah sederhana besar, potong 1 setengah inci, belah 4
4. 1 biji terung bulat belah 8, 1 biji tomato belah 8.
5. 3 batang kacang panjang potong 1 inci
6. 6 tangkai cili kering buang tangkai, basuh
7. 1 labu bawang besar sebelah dimayang, sebelah lagi potong 4 bahgian
8. 5 ulas bawang putih, mayang
9. 1 in halia mayang halus.
10. 1 sudu makan biji sawi
11. 1/2 cawan ikan bilis atau daging ayam atau daging atau udang basah atau kering.
12. Garam dan gula secukup rasa.
13. 2 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 ulas buah pelaga, 5 kuntum bunga
      cengkih. minyak untuk menumis.
14. 4 tangkai daun kari.
15. Asam keping 2 keping.

Cara-caranya

1. Ambil kacang yang dah direbus anggaran separuh, kisar separuh hancur dan masukkan
    semula kedalam periok. Teruskan merebus kacang.
2. Panaskan kuali, masukkan setengah cawan minyak masak. Tumiskan bawang yang di mayang
    seterusnya bawang putih dan halia hingga layu.
3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh dan buah pelaga.
4. Masukkan daun kari, cili kering kacau dengan api kecil hingga naik bau.
5. Masukkan biji sawi.
6. Masukkan rempah kacau lagi sehingga rempah masak.
7. Apabila rempah masak, tutup api dan pindahkan rempah kedalam periok rebusan kacang, masukkan 
    asam keping.
8. Teruskan merebus kacang hingga empuk, tambah air panas dari semasa ke semasa kerana
    kacang dal ini mudah kembang dan kuah cepat pekat.
9. Apabila kacang dah betul2 empuk masukkan lobak merah, terung, kacang panjang, dan lebihan
    bawang besar. 
10. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
11. Akhir sekali masukkan tomato.
12. Rasa garam dan gulanya, apabila masak. Padamkan api, sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba,
Wassalam.

Tuesday 21 October 2014

Koleksi Antik Puan Aida


Assalamualaikum,

Alhamdulillah,
lama dah rasanya blog kakmah ni tak ada follower baru,
hari ni buka blog ada seorang follower baru. Terima kasih 
Puan Aida dari blog Warisan Nenek.

Ni diantara koleksi dia.

Blog Puan Aida ni memaparkan koleksi barangan antik
dari warisan keluarga agaknya
ada juga yang dibelinya sendiri.


Cantik-cantik koleksinya,
nampak macam Puan Aida ada menjual juga
barangan koleksinya.

Kepada sesiapa yang berminat dengan barangan
lama bolehlah terjah ke Blog Puan Aida ini.

Jumpa Lagi
Wassalam.

Monday 20 October 2014

Seri Muka Gula Kabung

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,
Lama dah kakmah teringin nak buat dan makan
kuih seri muka ni, tapi tiap kali buat, kurang menjadi.
Kepala dia turun kebawah, meresap didalam pulut.
Bila potong rupanya tak menarik


Hari tu kakmah jalan2 kat Blog Puan Ita,
Blog Masam Manis, terjumpalah resipi
kuih Seri Muka ni, tapi Puan Ita dia
buat menggunakan gula merah. Kakmah
tukarkan dengan gula kabung, sebab rasa
gula kabung lebih sedap bagi kakmah.
Alhamdulillah memang sedap.

Terima kasih Pn. ita kerana mengongsikan resipi
ini dan resipi-resipi yang lain yang akan kakmah
cuba dari semasa ke semasa. Dah ada rujukan ni,
sedaplah memasak..

Oklah sekian dulu,
Kalau nak resipi boleh terus ke Blog 


Wassalam.

Thursday 16 October 2014

Happy Birthday

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sampai juga hajat angah  ( Zawil Farhanah ),
 cucu kakmah yang sulung nak
 potong kek hari jadi sempena hari kelahiran dia semalam.


Walaupun dah tengah malam, dalam pukul sepuluh malam
baru achu dia balik bawak kek, tapi mereka semua gembira
dapat makan kek bersama-sama. Cucu kakmah yang 
dari kuantan pun ada sama. Mereka dah berkampong
selama semingui di Kuala Lumpur ni akibat demam
ketiga-tiga beradiknya.


Kesian si kecil tu pun demam dah seminggu tak baik2
lagi. Abang yang sebelahnya tu pun demam.
Kakak yang depan sekali tu pun demam.

Yang tengah bertudung tu Birthday Girl,
gembira sangat dapat potong Kek.

Ok, sekian,
Jumpa Lagi,
Wassalam.


Tuesday 14 October 2014

Assalamualaikum

Assalamualaikum,

Selamat pagi kepada semua rakan2 blogger, 
pengunjung tetap blog kakmah ini. Lama kakmah 
tak update blog ni yer.
Bz sikit kakmah sekarang ni,
kekurangan masa nak buka blog,
kekurangan bahan untuk dikongsi dengan
kawan2, tapi malam ni rasa rindu pulak nak
mencatat sesuatu disini..
Hemm ini ajalah buat kali ini.

Tiga orang cucu kakmah demam sekarang ini.
Dua orang dah demam minggu lepas,
dah baik dah, yang 3 orang ni sedang
tenat sekarang ni. Mohon Allah sembuhkan mereka
secepat munkin supaya mudah
mommy nak pergi kerja.
Ameenn..

Jumpa lagi,
Wassalam.

Tuesday 30 September 2014

Bubur Jagung

Assalamualaikum, 

Emm, hari ni kakmah ada masa sikit duduk dihadapan komputer,
bolehlah update blog, tu pun sekadar nak kongsi menu minum
petang kakmah hari ini.


Oh yee, menu kakmah untuk minum petang ini ialah bubur jagung.
Ini pun sekadar melayankan selera cucu-cucu kakmah yang berdua
ni, yang sekarang ni tinggal dengan kakmah. Ibu mereka dah balik
kampung untuk melahirkan adik mereka yang ke empat. Terlanjur
mereka dah bersekolah, kakmah tolonglah jaga mereka sementara
menunggu ibu mereka habis pantang.

Cair je nampak bubur kakmah ni, sebab cucu kakmah nombor
dua tu suka makan kuahnya saja. Isinya tak suka. Jadi kenalah
ikut selera mereka.

Bubur ni tak ada resipi yee, sebab kakmah rasa semua orang 
pandai membuatnya.

Jumpa lagi.
Wassalam.

Banduan Sehari

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, cerita kakmah malam ni lain sikit dari cerita2 yang kakmah pernah kongsikan selama ini, puas dengan cerita pasal makan sesaja, malam ni kakmah nak cerita pengalaman kakmah menjadi banduan selama beberapa jam di mahkamah rendah Raub.

Ceritanya bermula pada bulan Oktober tahun 2013 yang lalu dimana pada 10 Oktober tu lesen memandu kakmah tamat tempoh. Pada 13 Oktober baru kakmah sempat pergi ke Pejabat Pos untuk membaharui lesen. Tapi pada hari itu kakmah gagal untuk membaharui lesen atas sebab tidak diketahui. Nak kata ada saman memang tak ada, cuma kakmah disuruh hadir ke pejabat JPJ.

Oleh kerana kakmah pada masa itu tidak memandu kerana kereta kakmah masih dibaiki, kakmah jadi lupa terus untuk membaharuinya sehinggalah pada 15 Sepetember 2014 baru ni, setelah setahun, baru kakmah teringat nak menengok apa sebenarnya yang terjadi sehingga kakmah tak boleh nak membaharui lesen. Pada hari itu kakmah pergi ke JPJ, dengan harapan dapat membaharui lesen memandu kakmah, tapi gagal dan kakmah diarahkan menyemak sebabnya di bahagian saman trafik.

Barulah kakmah tau, rupa-rupanya kakmah ada kes mahkamah yang kakmah gagal hadir berkenaan saman kereta kakmah yang roadtex dan insurannya telah tamat tempuh yang dibawa oleh orang lain, agaknya sewaktu kakmah meminta tolong seseorang untuk membawanya ke puspakon untuk dipereksa pada tahun 2012 yang lalu. Dengan rasa kecewa kakmah menetapkan semula tarikh untuk hadir kemahkamah pada 26 September yang lalu.

Yang nak kakmah ceritakan disini adalah macam mana kita orang awam ini langsung tidak mampu dan tidak ada hak untuk berkata-kata atau merayu walaupun kita rasa kita tidak bersalah, atau kita tidak tahu menahu langsung tentang kesalahan itu.

Macam yang terjadi pada kakmah, kereta tu bukan kakmah yang pandu, dan tujuan kereta tu dipandu pun adalah berkaitan dengan pengambilan roadtax dan insuran juga, bukan saja-saja nak bawak kereta tu kemana-mana. Silapnya orang yang memandu tersebut tidak memberitahu kakmah yang kereta kakmah tu kena saman semasa dia memandunya. kalau diberitahu pasti kakmah memilih untuk membayar saman dari hadir dimahkamah walaupun selama ini kita menyangka hadir dimahkamah lebih baik kerana denda yang dikenakan jauh lebih rendah.

26 September 2014, pukul 8.00 pagi kakmah sudah berada di mahkamah Raub. Waktu itu tiada seorang pun Pegawai dari JPJ maupun pihak Polis yang berada disitu. Kami tertanya-tanya sesama sendiri, tentang waktu yang diberikan. Munkin kami diarahkan berada lebih awal untuk mengelakan terlewat datang dan menganggu perjalanan perbicaraan.

Daripada perbincangan dengan pegawai JPJ yang kami temui kami di kehendaki menyediakan sejumlah RM 1,000 seorang memandangkan denda minima adalah RM 1,000, walaupun semasa menetapkan tarikh hari tu dia kata denda tak akan melebihi RM 600 sahaja.Sesiapa yang tidak membawa wang sebanyak itu di nasihatkan supaya balik dan tidak hadir perbicaraan kerana dikhuatiri akan di penjarakan jika gagal membayar denda. Kakmah sendiri dah sedap hati kerana dah dibekalkan oleh anak kakmah sejumlah RM 1,000 itu.

Sewaktu perbicaraan untuk kes yang sama dengan Kakmah, setiap orang dikenakan denda minima RM 1,200 dan maksima RM 1,700 untuk dua pertuduhan. Hati kakmah mula cuak, kerana denda semua melebihi dari yang dijangka. Bila tiba giliran kakmah, kakmah didenda sebanyak RM1,200 untuk kesalahan pertama dan RM 500 untuk kesalahan kedua menjadikan jumlah kesemuanya RM 1,700. Rayuan cuma boleh dibuat sebelum jumlah denda di sebut, itupun tidak didengari. Kakmah rasa tidak ada pengurangan dalam menetapkan jumlah denda kerana jumlahnya sama sahaja bagi orang yang merayu atau tidak merayu.

Selesai semua perbicaraan dua orang polis datang membawa fail dan mengutip duit denda yang ditetapkan untuk dibuat pembayaran di pejabat bayaran. Semua pesalah tidak dibenarkan keluar dari kamar mahkamah kecuali selesai membuat pembayaran yang di lakukan oleh pegawai polis sendiri.Kakmah tak tau apa nak buat kerana tidak seorang pun memberitahu kakmah apa yang perlu dilakukan. Cuma kakmah terfikir nak menelefon anak kakmah, memberitahunya kakmah masih kekurangan RM 700 untuk melunaskan denda mahkamah. Anak kakmah bersetuju untuk memindahkan duit kedalam akaun kakmah ketika itu juga.

Sewaktu itu kakmah belum tahu lagi bahawa status kami semua pesalah yang dah di jatuhi hukum denda itu adalah banduan sehinggalah kakmah minta izin untuk pergi ketandas. Kakmah tidak dibenarkan untuk pergi ketandas kerana katanya tiada polis pengiring. Lalu kakmah kata kalau pergi ketandas pun tidak dibenarkan kakmah kenalah kencing disitu sahaja sebab kakmah ada sakit yang tak boleh mengawal kencing, barulah mereka meminta tolong seorang polis wanita yang sedang bertugas untuk mengiringi kakmah ke tandas, dan seterusnya ke kantin untuk membeli minuman kerana kakmah pun ada sakit yang tak boleh perut kosong, yang boleh mengakibatkan kakmah pitam.

Kesempatan ke kantin itulah kakmah gunakan untuk menelefon kawan kakmah yang kebetulan berada dibandar Raub untuk datang mengambil kad bank kakmah untuk mengeluarkan duit dan menghantarnya kepada kakmah. Alhamdulillah Allah mempermudahkan segala urusan kakmah pada hari itu sehingga selesai urusan pembayaran beberapa minit sahaja sebelum pejabat tutup untuk solat jumaat dan makan tengahari. Walaupun kakmah amat tertekan dengan kawalan yang melampau pihak polis walaupun tidak terlintas langsung dihati kakmah untuk lari dari denda tersebut, namun itulah undang-undang yang perlu kita patuhi dan hormati.

Bagi yang tidak bernasib baik yang tidak mempunyai wang untuk membayar denda secara penuh ada yang memilih untuk menjalani hukuman penjara selama lima bulan, termasuk seorang budak sekolah yang berumur 14 tahun dan ada yang memilih untuk dilokapkan sementara menunggu ada penjamin yang akan menjamin mereka sehingga mereka dapat mencari duit untuk membayar denda yang dikenakan.

Akhir kata nasihat kakmah, kalau roadtax insuran anda dah tamat tempoh cepat-cepatlah pergi baharui, kalau tak ada duit biar berhutang dan jangan biarkan anda disaman apa lagi naik mahkamah, Kalau anda di saman juga, lebih baik bayar kompaun kerana jumlahnya lebih rendah dari denda di mahkamah. Kata-kata bahawa denda di mahkamah lebih rendah dan boleh buat rayuan, itu semua adalah tidak benar, tengok apa yang dah jadi pada kakmah....Banduan sehari...

Jumpa lagi
Wassalam.

Saturday 6 September 2014

Nasi Daging dengan Daging Sos Lada Hitam

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, semalam tengok rancangan 
Masak dengan hati, masak with iman Chef Ammar,
Waww..dia masak nasi daging,
Subhanallah sedapnya,
Kakmah pun apa lagi salinlah resipinya lebih kurang,
takut terlupa hari ni kakmah terus cuba masak
Nasi Daging ni asalnya dari Timur Tengah agaknya
Sedap sangat rasanya,
Kalau makan tak berlauk pun dah sedap,
Apa lagi kalau ada lauknya.


Tengok Chef Ammar tu buat lauknya daging gulung,
tapi kakmah tak mampulah nak buat sebab kena guna
daging cincang, susah sikit nak cari daging cincang
kat tempat kakmah ni,
Jadi kakmah buat daging goreng dengan sos lada hitam aja.
Boleh lah tahan sedapnya.


Terlanjur dah post gambar ni, 
kakmah pun nak juga kongsi resipinya,
tapi resipi kakmah ni adalah sikit kekurangan
disana sini maklumlah salin pun tak berapa sempat.


Ok Bahan-bahannya dulu yee..

4 cawan beras basmathi basuh dan toskan
2 cawan daging kisar.
2 cawan carrot yang diparut halus
2 labu bawang besar dicincang
5 ulas bawang putih dicincang
2 sudu lada hitam yang dah ditumbuk halus
2 sudu mentega atau majrin,
3 sudu minyak masak
Stok daging secukupnya
1 sudu teh garam

Cara membuat daging kisar -

Rebus 1 kg daging yang dah dibersihkan, jangan dipotong
biarkan seketul besar. Bila sudah masak dan empuk
potong halus sebesar biji jagung, masukkan dalam
blender kering dan kisar. Jadikan untuk 2 cawan.
Selebihnya dipotong untuk masak dengan sos lada hitam
Simpan air rebusan daging untuk masak nasi.


Cara Memasaknya

- Panaskan 6 cawan air rebusan daging dalam rice cooker.
- Panaskan kuali dengan minyak masak,
- Masukkan mentega atau majrin
- Masukkan bawang merah dan bawang putih, 
- Bila bawang dah layu masukkan carrot hingga layu juga
- Masukkan beras, kacau hingga rata.
- Bila dah rata tutup api.
- Pindahkan bahan tumisan kedalam rice cooker
yang dah dipanaskan air rebusan tadi
- masukkan daging kisar, lada hitam dan garam.
-Kacau rata, dan tutup periuk.
Biarkan nasi masak macam biasa.
- Bila dah masak kacau dan sedia dihidangkan.

Selamat memasak.
Jumpa lagi
Wassalam.

Thursday 4 September 2014

Masala Vadey

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tengahari tadi kakmah
minum teh berkuihkan Masala Vadey.


Indian style sikit,
tapi kegemaran kakmah,


Sepiring tu habis kakmah makan,
sedap kalau buat sendiri,
citarasa sendiri,
makan pun masih panas lagi,
Rangup diluar, lembut didalam.
Alhamdulillah.....kenyang sampai kemalam.

Ok kongsi resipi plak.

Bahan-bahannya.

250 gm kacang dal, pilih dal besar, basuh dan rendam 4 jam.
2 tangkai cili kering hiris halus, 
( kalau suka pedas boleh bubuh cili padi 3 ulas. )
1 labu bawang besar - potong halus
10 helai daun kari - cincang
setengah sudu garam masala, kalau ada
1/2 inci halia cincang halus,
Garam dan gula secukup rasa
dan Minyak untuk mengoreng

Cara-caranya

1. Kisar kacang dal dengan sedikit air, hingga halus, 
tuskan hingga kering.

2. Masukkan semua bahan dicincang, garam dan
gula, gaulkan.

3. Gunakan sudu bulat untuk membentuknya,
dan perlahan-lahan masukkan kedalam kuali 
yang telah dipanaskan munyaknya.

4. Goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan
sedia untuk dihidangkan.

* Vadey ni tidak boleh di bentuk atau di bulatkan
menggunakan tangan kerana adunannya terlalu lembik.
Gunakan sudu bulat, bentuk mengikut sudu, leperkan sedikit,
terus masukkan kedalam kuali perlahan-lahan.

Begini cara membentuknya.  

Jumpa Lagi,
Wassalam.

Sunday 31 August 2014

Assalamualaikum

Assalamualaikum,


Selamat bertemu kembali rakan, sahabat dan
handal taulan Blogger semua.
Selamat Hari Merdeka ke 57.
" Disini Lahirnya Sebuah Cinta"




Terlambat sikit ucapan ni.
Baru ni dapat online.


Andainya kalau lama kakmah tak online
lama kakmah tak update entry blog ni
tu maknanya kakmah sedang sibuk


Dengan dia orang yang daam gambar ni,
dengan berbagai aktiviti
tak kira dirumah atau pun
diluar rumah.


Dan satu yang kelakarnya
kadang-kadang bila buka blog kakmah
cuma ada gambar yang berbagai saiz
itu maknanya kakmah belum bertemu
dengan pc lagi.


Sebab biasanya kakmah upload gambar
menggunakan telefon,
lepas itu edit dengan PC.
Hehe....


Hehe..jangan mareee... 
Kat atas ni cucu kakmah yang ke 5
dari 8 cucu-cucu kakmah yang dah ada.
Coming soon seorang lagi jadi 9
Jadi nenek dia pun busy tak terhinggalah...


Kalau tak nampak cucu sehari dua 
rindu sesangat, tu yang selalu tak lekat
dirumah. Mendapatkan cucu-cucunya.


Diantara aktiviti-aktiviti yang selalu dilakukan
bersama, semestinyalah aktiviti makan-makan.
Sama ada dirumah atau diluar.


Ini Adik bongsu setakat ini, cucu kelapan,
bualan oktober ini nampak gayanya Ellie
dah jadi kakak lah.


Ni aktiviti sebelum raya dulu,
beramai-ramai mengarak ke kolam renang
di Bukit Gambang Resort.
Seronok bukan main dia orang main air


Nenek tak dapat main air tapi dapat bergambar aja pun 
cukuplah.

Jumpa lagi dengan aktiviti lain pula.

Wassalam.

Monday 25 August 2014

Jubah Untuk Dijual

FLORAL LACE JUBAH
Kod : CFK 86085
Harga : 58.00
Pos : Rm 10

Assalamualaikum









Kalau teringin nak pakai boleh beli ngan kakmah
Call atau SMS kakmah
016-9540985 atau 019-9242529

Wassalam

Thursday 21 August 2014

Nasi Lemak

Assalamualaikum,

Waw..nasi lemak,
Home Made plak tu,
Memang lama sangat dah
teringin nak makan nasi lemak
yang dibuat sendiri.
Alhamduillah, 
inilah hasilnya.

Kakmah kongsi gambar ajalah yee..


NI ajalah aktiviti kakmah kat rumah.


Kerja lain tak ada,
kalau ada pun liat sikit..


Masak ni paling kakmah suka..


Kalau ada kawan2 datang makan lagi suka.


Esok masak lain pula yee..


Jumpa lagi.
Wassalam.