Thursday 24 November 2016

Cemas, Lupa Bawak Ubat

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selamat berjumpa lagi rakan-rakan blogger, peminat-peminat Blog Lipislady,
Ini kes cemas, betul-betul cemas.

Bermula Khamis 17 November 2016, bertolak keBentong dengan bas, sampai di Bentong pukul 1.00 tengahari, transit sekejap di rumah anak sementara menunggu dia pulang dari kerja,

Pukul 8.00 malam bertolak ke Kuantan, sampai pukul 11.50 malam, Masa untuk makan ubat malam, tapi bila buka plastik bekalan ubat, Alamak, satu ubat dah tertinggal. Berdebar juga dalam hati, sebeb ubat itu sangat penting, tak boleh miss, masa untuk balik lambat lagi, nak pergi Klinik 1Malaysia, memang tak adalah ubat tu, sebab itu hari semasa kejadian yang sama dah cuba pergi Klinik 1Malaysia, tapi memang Klinik 1Malaysia tak bekalkan ubat tersebut.


Cemas sangat rasanya, tapi malam tu kak Mah boleh bertahan lagi rasanya sebab tak cek darah pun, walaupun kepala dah rasa pusing sikit, tapi berehat ajalah yang boleh dilakukan.

Hari sabtu, seawal pukul 5.00 pagi kami bergerak balik ke Bentong, sebab Sabtu tu anak kena kerja. Masa tu tak adalah rasa kurang selesa ke atau pening ke. Ubat-ubat yang lain tu Kak Mah makan mengikut jadual dan aturan yang tepat, cuma ubat yang tak ada tu sahaja yang skipnya. Hari Ahad sepatutnya ke KL jumpa abang Kak Mah pula, tapi tertunggak memandangkan anak Kak Mah kesuntukan masa untuk menguruskan Kak Mah di KL nanti.

Hari Isnin Kak Mah rasa Kak Mah perlu juga pergi ke KL, sebab Kak Mah tak mau urusan tergendala dan memakan masa yang panjang dan yang pentingnya kena ambil masa lain untuk pergi lagi.

Pukul 3.30 Kak Mah dan anak bungsu Kak Mah bertolak ke KL, sampai di KL pukul 5.00 petang. Disinilah segala-galanya bermula. Bermula dari berborak-borak kosong hingga pukul 10 malam lebih kurang, dan selepas itu biasalah Kak Mah sebelum tidur akan merayau-rayau di alam maya, mencari info-info tentang ubat-ubatan. 



Masa nak baring Kak Mah ternampak mesen untuk cek darah tinggi atas meja, Kak mah pun cubalah cek. Inilah hasilnya, bermula 175/103 pada pukul 10.35 malam. selepas itu setiap tak sampai setengah jam sekali kak Mah cek, hasilnya seperti gambar diatas, pada tahap 187/101 Kak Mah dah rasa sesak nafas, tak tau nak buat apa, nak pergi hospital orang semua dah tidur. Pada tahap ini Kak Mah cuma berdoa kepada Allah semuga di peliharanya Kak Mah, dijauhi dari musibah-musibah akibat darah tinggi ini.

Dengan harapan ada sikit pertolongan, Kak Mah bangun dan pergi ke dapur, buka peti ais mencari limau nipis, tapi tak berjumpa, yang ada hanya limau kasturi. Kasturi, kasturilah, Kak Mah ambil  biji, kak mah belah dan perah airnya, campurkan sedikit air masak dan Kak Mah minum dengan harapan ini boleh membantu sedikit. Setelah 15 minit hasilnya 164/95 masih jauh lagi. Walaupun dah turun sedikit tapi Kak Mah masih mengalami kelainan ketika bernafas, dalam keadaan resah tan tak boleh tidur. 

Tidak ada ikhtiar lain, kak Mah berkira-kira nak makan ubat yang di makan waktu pagi sahaja, tapi takut akan terjadi kelebihan ubat dengan side effect yang lebih teruk kerana ubat tersebut hanya dibenarkan di makan 1 kali sahaja sehari. Waktu itu hampir pukul 1 pagi, kalau dikira dari masa terakhir Kak Mah makan ubat tersebut sudah hampir 17 jam. Kak Mah tak ada pilihan lain, nak tunggu siang, nak tidur dengan seribu kemunkinan, Kak Mah tak sanggup.

Dua tiga kali Kak Mah keluarkan ubat, tapi tak jadi. Akhirnya kak Mah buat keputusan, apa pun terjadi Kak Mah rela, kak Mah ambil air, buka sampul ubat dan hanya kepada Allah Kak Mah Panjatkan doa, " Yah Allah, aku makan ubat ini demi untuk keselamatan aku, menurunkan darah tinggi aku ini, selamatkan aku dari segala akibat dari terlebih makan ubat ini , dari segala akibat dari darah tinggi ini, Ya Allah selamatkan aku, " gulp, sebiji ubat ditelan buat kali kedianya pada hari tersebut.

Penantian amat menyiksakan, Kak Mah kena tunggu setengah jam untuk ubat tersebut berkesan dan bertindak, dengan penuh harapan dan penuh keresahan kak mah cek semula setelah setengah jam. Hasilnya tak banyak, 163/94 sahaja, tapi syukur ya Allah, walaupun sedikit ianya tetap turun. Dalam hati Kak Mah, kak Mah tak akan tidur selagi dia tak  turun ketahap yang Kak Mah rasa selamat.Tapi Kak Mah cuma dapat 163/92 sahaja sebelum kak Mah tertidur lebih kurang pukul 3.45 pagi. Alhamdulillah, Gambar diatas sekali adalah carta bermula pukul 7. 00pagi keesokannya. Selasa.


Dan gambar diatas ini kali terakhir sebelum balik ke Bentong semalam. Masih tinggi sehingga Kak Mah dapat ubatnya petang nanti setelah Kak Mah balik ke Lipis sebentar lagi. Semuga Allah
memelihara Kak Mah sehingga Kak Mah dapatkan ubat tersebut.

Kepada yang sedang makan ubat itu, terutama penyakit kronik, kencing manis, darah tinggi jantung dan kolestrol dan macam-macam lagi, kalau berjalan jangan lupa bawa ubat yee. Bahaya wooo...

Jumpa Lagi.
Wassalam.

Wednesday 16 November 2016

Maggi Goreng Special

Assalamualaikum,

Akhirnya berjaya juga. Sikit punya payah Kak Mah nak upload gambar ini. Upload dengan handphone tak berjaya, upload dengan tab, dah beberapa kali percubaan pun tak berjaya. Cuba bluetooth dari hp ke lappy pun tak berjaya. Dah berjaya bluetooth, terlupa plak kat mana gambar ni masuk. Penyudahnya bukak blogger new post, carilah serata fail yang ada, akhirnya bertemu juga.

Sebenarnya inilah masaalah yang sedang Kak Mah hadapi sejak akhir-akhir ini semenjak Kak Mah bertukar dari desktop kepada laptop, nak transfer fail atau gambar dari HP kepalam laptop ini. Wireless, sebab wire pun kak Mah Tak punya. Inilah yang menyebabkan mood untuk berblog semakin menurun.


Tapi itu tidaklah bermakna Kak Mah akan terus berhenti berblog. Bagi Kak Mah setiap kesukaran ada jalan penyelesaiannya. Berblog ni dah jadi macam darah daging Kak Mah, kalau sehari tak dapat buka blog rasa tak lengkap, apa lagi blila tengok statistik penggunjung yang tak kurang memberangsangkan. Dan Kak Mah masih simpan harapan satu hari nanti blog LIPISLADY ini akan jadi blog yang misti dikunjungi oleh peminat-peminat blog dan blogger-blogger lain. Walaupun harapan itu telah tertanam sejak sembilan tahun yang lalu, namun ia tak kan pernah pudar.

Oh yee, berbalik kepada gambar, ni makanan tengahari Kak Mah semalam, Maggi Goreng aja. Entah berapa kali kedapur, tak jumpa makanan yang membuka selera, bila nampak bungkusan maggi yang ditinggalkan oleh menantu Kak Mah, terus aja Kak Mah rasa berselera nak makan Maggi Goreng. Dan inilah hasilnya.

Sekali sekala makan maggi ni sedap juga yee, sebungkus Kak Mah celur dan goreng, banyak dapatnya, tak habis Kak Mah makan seorang. Patutlah biasa tu Kak Mak masak sebungkus dimakan berdua dengan anak bujang Kak Mah, tapi semalam Kak Mah seorang aja yang makan, tentulah tak habis. Kann. Tapi maggi ni tak boleh makan selalu sangat. Kak Mah makanlah tiga bulan sekali ke atau empat bulan sekali, itu pun kalau tak ada pilihan lain sangat dah, atau terliur sangat mengalahkan perempuan mengandung, hehe.

Lepas ni kalau nak makan maggi lagi kena tunggu tahun depan lah plak. Haha.

Ok cukup sampai disini,
SEmuga jumpa lagi,
Wassalam



Friday 11 November 2016

Kita Harus Tahu

Assalamualaikum,

Sallam subuh buat rakan-rakan blogger, pengunjung-pengunjung setia blog Lipislady ini. Pagi ni Kak Mah tersedar awal, pukul 3.30 pagi, agaknya dah puas tidur dan baring, sejak dua hari ni Kak Mah baring saja tak buat apa-apa. Nak rehat cukup untuk pulihkan kembali lutut Kak Mah yang sakit ini. Alhamdulillah hilang sikit sakitnya setelah berehat beberapa hari ini.

Kalau buat nasi lemak sedap ni, masak awal boleh keluar awal. S elalu Kak Mah keluar lewat sedangkan pelanggan ramai pada awal pagi. Semua tu kerana bergantung kepada kemampuan Kak Mah juga. Alhamdulillah.

Semasa berehat ni banyak kesempatan yang Kak Mah gunakan untuk berwhatsapp dengan group kawan-kawan dari sekolah Kak Mah belajar dulu. Dah dapat berwhatsapp ni hilang sikit rindu kat kawan-kawan masa sekolah ini. Biasalah group orang pencen rata-ratanya, disamping membincangkan isu semasa diselang selikan dengan ingat mengingati antara satu sama lain, itu yang sewajibnya. Diantara artikel yang di kongsi adalah yang Kak Mah nak kongsikan semula dengan kawan-kawan disini yang Kak Mah beri tajuk:

TAHUKAH KITA

1. Bahawa ikan Nun yang ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus As itu ternyata masih hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. Hal ini sudah dijelaskan didalam Al Quran : Andai Yunus itu tidak beristighfar tentu dia akan tinggal didalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan.

2. Bahawa janin semasa dalam kamdungan perut ibunya, dia dilihatkan perjalanan hidupnya mula dari lahir sampai mati, kerana itu terkadang kita berkunjung kebeberapa tempat yang baru, tapi seolah-olah kita pernah berkunjung ketempat tersebut sebelumnya.

3. Bahawa disaat bersin, seluruh anggota tubuh kita berhenti berfungsi seolah mati, ini terjadi dalam hitungan detik, setelah itu berfungsi kembali normal, inilah sebabnya dalam Islam disunnahkan membaca Alhamdulillah setelah bersin, sebagai ungkapan syukur atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

4. Bahawa menguap itu bukan tanda kita mengantuk, tapi itu adalah petanda bahawa tubuh kita memerlukan tambahan oksigen.

5. Bahawa memakan kurma dalam jumlah genap itu akan menghasilkan gula darah, kerana itu Rasulullah menganjurkan kita memakan kurma dalam jumlah ganjil, agar berubah menjadi karbohidrat.

6. Bahawa tepat setelah dikumandangkan azan itu adalah waktu yang mustajab untuk berdoa.

7. Bahawa tahukah kita dimana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita solat. Nabi Muhammad SAW bersabda : "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat dia membawa serta semua dosa-dosanya, kemudian dosa-dosa itu diletakkan diatas kepala dan kedua-dua bahunya, maka ketika tiap kali dia ruku' dan sujud maka berjatuhanlah dosa-dosa tersebut."
" Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam shalatnya, tenanglah....dan tahanlah lebih lama ruku' dan sujudmu agar lebih banyak lagi berguguran dosa-dosamu"

8. Bahawa diceritakan ada seorang wanita solehah yang meninggal, maka tiap kali penduduk desa ziarah kuburnya mereka tercium harumnya mawar dari dalam kubur, kemudian suaminya menjelaskan bahawa isterinya itu semasa hidupnya selalu membaca surah al Mulk setiap mau tidur.
Sesungguhnya surah al Mulk itu menyelamatkan dari siksa kubur.

9. Bahawa ketika kita membaca ayat Qursyi setiap kali selesai solat, maka tidak ada penghalang antara kita dengan syurga kecuali maut.

10. Bahawa para Malaikat mendoakan kita ketika selesai Solat kerana itu janganlah terburu-buru untuk berganjak dari posisi duduk solat kita.

Semuga bermanafaat untuk panduan kita semua.
Amin Ya Allah.

Sekian 
Wassalam