Thursday 28 April 2016

Teringat Kembali Ketika Bermain Pondok

 Assalamualaikum,

Pernah tak kawan-kawan bermain pondok-pondok sewaktu kecil dulu. Kak Mah selalu malah selalu juga buat sendiri pondok-pondok tersebut menggunakan bahan-bahan yang terdapat dari belukar di kampung Kak Mah.


Kayu-kayu untuk tiang dan bumbungnya Kak Mah tebang sendiri dari belukar dibelakang rumah, Atapnya nya dan juga dindignya, Kak Mah tebang dan jalin sendiri dari pokok bertam atau pedo yang tumbuh didalam kebun getah Kak Mah. Semua itu Kak Mah lakukan dengan beberapa orang rakan sebaya. Waktu itu Kak Mah berumur dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun. Tapi kami anak-anak kampung yang sangat kreatif. Kami hias pondok kami dengan cantik, dengan bunga-bungaan, kami bawa pinggan mangkuk dan gelas dari rumah untuk kelengkapan pondok kami. Malah kami bawa bekal dari rumah untuk makan bersama di pondok. Satu persahabatan yang sangat erat. Paling tidak boleh Kak Mah lupakan, kami sanggup tidur di pondok bila hari cuti sekolah. Itulah permainan zaman kanak-kanak kami




Tapi sekarang ini pondok bukan lagi permainan kanak-kanak. Pondok seolah-olah sudah menjadi keperluan bagi orang dewasa terutama di luar negara.. Daripada mendiami rumah besar tersergam, mereka telah beralih kepada rumah kecil atau pondok yang dihiasi cantik bagaikan istana. Rumah kecil ini dikatakan tempat mereka menenangkan fikiran apabila dilanda stress, ada sesetengahnya pula dijadikan tempat mereka berkarya dan ada juga dijaikan tempat mencurahkan idea kreatif dalam hiasan dalaman rumah



Walau apa pun fungsi dan keperluannya, rumah kecil ini memang telah menjadi trend kehidupan zaman sekarang ini. Dan Kak Mah sendiri sedang berhajat sangat untuk memiliki sebuah pondok comel begini di kampung. Inn Shaa Allah satu hari nanti.


Semuga Impian Kak Mah menjadi satu kenyataan satu hari nanti.


Hiasan yang cantik seperti diatas ini.


Rumahnya seperti yang diatas ini.


Semuga jumpa dilain kali

Wassalam

Tuesday 26 April 2016

Mari Berkebun 3

Assalamualaikum,

Rakan-rakan blogger yang di ingati,
Masa lalu kat depan rumah Kak Mah tadi terpandang pula kebun mini Kak Mah yang ada pokok cili yang dah berbunga ni.Harap-harap sempatlah berbuah.


Ni pokok kucai, dah lama juga rasanya Kak Mah tanam, nampaklah rimbun sikit dari mula-mula tanam dulu. Rahsianya pokok kucai ni perlukan baja berterusan dan air pun tak boleh berkurangan barulah cepat membiaknya. Yang Kak Mah ni pun nampak dah kering sikit tanahnya, pagi tadi tek smpat nak siram. Pokok sayur ni kalau nak siram dia biarlah awal pagi sebelum matahari terbit, tengah sejuk lagi, barulah pokoknya subur.


Alahai, dalam pasu kat bawah ni anak peria yang Kak Mah semai dua hari lepas, nampaknya dah mengeluarkan tunas. Nak sangat tengok dia membesar dan berbuah. Kak Mah belum pernah tanam peria ni dalam pasu. Harap-harap menjadi.


Yang ni pula biasalah, anak pokok tomato, inilah sayur yang paling rajin Kak Mah tanam sebab senang aja. Lepas potong tomato untuk masak, ambil sikit bijinya terus masukkan dalam pasu, tunggu dalam seminggu adalah tumbuh. Tapi tomato yang ditanam cara ini jarang lekat buahnya, kecil lagi dah gugur. Cara terbaik tanam tomato, keringkan dulu benihnya yang diabil dari buah tomato yang betul-betul masak, keringkan dulu beberapa hari, baru disemai. Lepas itu ubah anak pokok tomato ke pasu lain dan jaga hingga besar, berbunga dan berbuah. Harap- yang ini berbuah.


Sebelah tu ada anak pokok kurma yang belum sempat dihantar ke kampung, dan juga pokok paku bulu yang pucuknya boleh di makan. 

Semuga Jumpa Lagi,
Wassalam.

Monday 25 April 2016

Nasi Lemak Goreng

Assalamualaikum,

Rakan -rakan blogger dan peminat Blog Lipislady,
Alhamdulillah, krisis air ditempat Kak Mah dah selesai.tapi air cuma ada awal pagi hingga pukul 10 pagi gitu. Terpaksalah Kak Mah simpan air untuk kegunaan seharian. Tapi syukurlah sekurang-kurangnya Kak Mah tak payah lagi nak hangkut air dari bawak ke tingkat dua ini. Sesuatu yang Kak Mah kurang mampu nak buat.



Untuk menjimatkan air, Kak Mah terpaksa mengurangkan semua aktiviti yang menggunakan air, termasuklah memasak. Kak Mah makan apa saja yang ada, termasuk melebihkan memasak nasi lemak untuk makan tengahari dan terus untuk makan malam. Tapi kalau dah hari-hari makan nasi lemak, pagi petang pulak tu, jemu lah juga kan. Semalam Kak Mah cuba ubah selera lah pulak . Kak Mah buat nasi lemak goreng pulak. Sedap pulak. Kalau ada nasi lemak yang tak abis makan pagi tu jangan lah di buang yee, kita buat nasi lemak goreng. Sedap dan jimat.



Resipinya kepada yang sudi

1 mangkuk nasi lemak, (ni boleh makan dua orang)
Setengah cawan isi ayam di potong
1 biji telor 
1 labu bawang besar potong
1 ulas bawang putih cincang
1 pokok daun sawi,potong asingkan batang dan daun
Dua sudu makan cili mesen
1 sudu majrin atau mentega

Caranya,

Panaskan majrin atau mentega dalam kuali
Tumiskan bawang besar, bila dah layu masukkan bawang putih
Masukkan cili mesen tumis sampai garing,
masukkan isi ayam goreng sampai masak.
Masukkan batang sawi atau apa ayur yang lambat empuk
Bila dah empuk masukkan nasi dan kacau sampai semua bercampur.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau sehingga hancur.
Besarkan api dan kacau nasi, bila dah betul-betul panas masukkan telor dan kacau lagi sehingga telur kering dan menyalut nasi, dan nasi kelihatan berderai. 
Akhir sekali masukkan daun sawi hingga, kacau hingga layu.
Boleh di angkat dan hidangkan.
Sedap dimakan waktu panas dengan timun dan sambal belimbing hitam.


Jumpa Lagi,
Wassalam.

Wednesday 20 April 2016

Sunrise In Kuala Lipis

Assalamualaiku,

Tajuk sahaja dalam bahasa inggeris, yang lain-lain masih dalam bahasa Melayu tulin.


Kak Mah tidak payah kemana-mana untuk melihat matahari naik dan terbenam. Keluar sahaja dari pintu hadapan rumah terus boleh lihat matahari naik, yang memancarkan cahayanya yang kuning keemasan. Seawal pukul 6.45 pagi mathari telah mula menampakkan cahayanya. Itulah cahaya waktu duha yang banyak sekali khasiatnya terutamanya untuk kesihatan tubuh badan kita.


Jenguk sahaja kebelkang rumah Kak Mah dah boleh melihat matahari terbenam dengan rembang cahayanya yang jingga. Tapi hari ini Kak Mah tak berkesempatan untuk menangkap gambar matahari terbenam. Munkin esok lusa, Kak Mah di beripeluang untuk merakamkan gambar matahari terbenam pula. Alhamdulillah, diatas pemandangan yang sangat indah ini.



Lihatlah, betapa damainya kawasan kediaman Kak Mah di baluti
cahaya pagi yang nyaman dan indah ini.

Jumpa Lagi.
Wassalam.

Tuesday 19 April 2016

Welcome To Kuala Lipis 1

Assalamuaalaikum,

Selamat Datang Ke Kuala Lipis,
Hello Girlfriends, 
Lama dah Kak Mah berada di arena blogger ni, tapi belum terfikir nak memperkenalkan
tanah kelahiran Kak Mah kepada rakan-rakan blogger dan peminat blog Lipislady semua.
Alhamdulillah hari ini tergerak hati Kak Mah nak bercerita sedikit tentang daerah kelahiran
Kak Mah, tanah bertuah Kuala Lipis ini.



Ahaa, Inilah tangga yang apabila terpandang, apa lagi memijaknya akan menimbulkan
nostalgia yang sangat syahdu dihati kakmah. Diatas tangga ini, melalui tangga inilah
tangan lembut seorang ibu memimpin tangan Kak Mah untuk naik keatas. Kemana?
Tangga ini menuju ke Pejabat Daerah lama dalam tahun 60an dulu, waktu itu Kak Mah
masih belum bersekolah, sering kali mengikut emak naik ke pejabat daerah jika
emak ada urusan disana. Kini tangga ini jarang digunakan lagi kerana setiap pengunjung
yang ingin berurusan pastinya membawa kenderaan masing-masing terus kehadapan pejabat.
Dan pejabat daerah sekarang ini telah berpindah kebangunan baru di bandar baru Lipis dan
sekarang bangunan ini sedang digunakan oleh Majlis Daerah Lipis.


Waw, ini produk Kuala Lipis, sambal belimbing rebus. Sekarang ini telah memasuki era baru, dan diperkenalkan dengan nama baru iaitu Sambal Pahang oleh Tengku Puan Pahang, Dulu sambal ini hanya makanan orang kampung, petani-petani yang berpendapatan kecil, dimakan dengan ikan sungai, ikan paya yang di bakar, tetapi sekarang ini sambal Pahang ini telah masuk ke istana, telah
menjadi satu produk yang mesti diperkenalkan kepada pelancung-pelancung dalam dan luar negara,
denga harga yang agak tinggi berbanding dengan sewaktu Kak Mah masih kecil-kecil dulu dimana sambal ini hanya makanan seorang petani.



Ini bangunan SUK Negeri Pahang yang berada di Bukit Bius, tidak berapa jauh dengan 
pusat bandar Kuala Lipis. Rumah ini dulu adalah kediaman SUK Negeri Pahang sewaktu
Kuala Lipis menjadi Ibu Negeri Pahang.



Rumah Rakit merupakan Trade Mark Kuala Lipis suatu waktu dulu sehingga penghujung tahun 
70an, dimana rumah rakit ini musnah satu persatu akibat banjir yang melanda Kuala Lipis dan
tuan rumah yang meninggal dunia anakala anak-anak mereka yang tinggal di luar Kuala Lipis
tidak mau mewarisi rumah rakit ini lagi. Kini rumah rakit juga telah menjadi nostalgia yang
sukar dilupakan bagi mereka yang sempat melihatnya apa lagi bagi mereka yang berpeluang
tinggal didalamnya seperti Kak Mah ini. Iya Kak Mah sempat tinggal di rumah rakit selama
beberapa bulan sewaktu bersekolah kerana tidak mendapat tempat diasrama. Sungai Jelai juga merupakan rakan baik Kak Mah dimana disinilah Kak Mah belajar berenang.
Ini sebahagian bangunan Sekolah Menengah Clifford. Kak Mah merupakan salah seorang
pelajar disekolah ini. Merupakan diantara sekolah tertua di Kuala Lipis, ramai orang kenamaan
dan pembesar negara pernah belajar disini  Diantaranya, Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak, 


Bangunan stesen keretapi Kuala Lipis yang di bina dalam tahun 1926, juga merupakan
diantera stesen keretapi yang tertua di Malaysia yang menghubungkan Gemas dengan Kuala Lipis.


Batu 0 adalah lambang Kuala Lipis. Batu ini terletak ditengah-tengah bandar Kuala Lipis berhampiran dengan bangunan Pejabat Pos besar Kuala Lipis yang juga merupakan bangunan tertua diKuala Lipis. Bangunan ini telah di ubah suai sedikit sebanyak sesuai dengan peredaran masa.



Bangunan Pahang Club juga merupakan bangunan zaman penjajah. Bangunan lama yang mesti di lawati apabila anda berkunjung ke KLuala Lipis. Disini berbagai aktiviti dilakukan terutamanya yang melibatkan aktiviti peringkat daerah dan dihadiri pembesar-pembesar daerah dan negeri.


Pintu Gerbang, pintu masuk ke Kuala Lipis melalui stesen keretapi.


Ini merupakan masjid negeri yang tertua di Pahang sewaktu Kuala Lipis menjadi ibu negeri
Pahang. Ia dibina dalam tahun 1888 di pinggir sungai Jelai. Masjid ini dikatakan tidak ampuh air sewaktu banjir besar melanda Kuala Lipis dalam tahun 1926, walaupun kawasan sekitarnya di tengelami air banjir. Kini bangunan masjid ini masih kukuh seperti dulu walaupun telah ditambah besarkan sesuai memuatkan jemaah yang semakin bertambah.



Ini pula masjid baharu yng dipanggil masjid Sultan Mahmud, terletak hanya tidak sampai satu kilometer dari masjid tertua Lipis. Masjid inilah yang diguna pakai sekarang ini sebagai masjid daerah Kuala Lipis yang baharu.


Bangunan Pejabat Daerah lama, juga banguna dizaman penjajah, kini diguna pakai oleh
pihak Majlis Daerah Lipis sebagai pejabat pentadbiran mereka dimana Pejabat Daerah telah ber[indah ke pejabat yang baharu di Bandar Baru Kuala Lipis diseberang sungai Jelai.




Tidak sah kalau ke Kuala Lipis jika tidak merasa buah-buahan tempatannya.
Inilah buah kundang, kebangaan orang Kuala Lipis. Buah yang sewaktu mudanya rasa sangat masam tetapi sangat manis dan sedap apabila telah masak ranum. Buah yang didalam gambar Kak Mah ini sedang mengkal sewaktu Kak Mah ambil dulu, semuanya dari kebun Kak Mah dikampung. Kalau buah ini masak warnanya oren kemerah-merahan, dan rasanya sangat manis. Buah yang mengkal begini hanya sesuai dimakan dengan kicap dan gula.Colek, Haha..

Sebenarnya banyak lagi produk Kuala Lipis yang perlu Kak Mah perkenalkan. In shaa Allah dalam fasa kedua nanti Kak Mah akan perkenalkan yang lain pula.

Semuga Jumpa Lagi
Wassalam.

Wednesday 13 April 2016

Gulai Tempoyak Ikan Selayang Dengan Timun Muda Dan Belimbing Hitam

Assalamualaikum,

Sallam ceria, salam bahagia buat rakan-rakan blogger, dan peminat Blog Lipislady, Alhamdulillah bertemu lagi kita hari ini dalam entry baru Kak Mah. Sekadar nak cerita, tempat Kak Mah sekarang ini sedang mengalami krisis air, dah dua minggu Kak Mah dan penghuni lain flat ni mengangkut air dari tangki yang disediakan oleh PAIP, Pengurusan Air Pahang.


Walaupun tak ada air tetapi selera nak memasak tetap ada walaupun kebanyakannya Kak Mah dua beranak makan makanan yang dibeli dari kedai aja. Selalunya nasi gorenglah, tapi tengahari ini Kak Mah rasa terliur sangat nak makan gulai masam bila nampak tempoyak dalam peti ais. Maka jadilah juga gulai masam ikan selayang Kak Mah ini.

Rupanya ikan ni memang sedap kalau dibuat gulai masam. Tambah pulak Kak Mah masukkan sedikit hirisan timun muda, manisnya dan beberapa ulas belimbing hitam. Memang sedap, masam-masam manis.

Oklah jumpa lagi.
Wassalam.

Wednesday 6 April 2016

Ada Apa Hal Dengan Nuffnang

Assalamualaikum,

Selamat Pagi, Sallam Ceria pagi Rabu kepada rakan blogger Kak Mah, 
peminat blog Lipislady, pengunjung yang tersinggah ke sini.

Alhamdulillah, pagi Kak Mah bersiaran hari ini. Bukan apa hari ini Kak Mah busy
sikit buat kuih, munkin sampai pagi esok baru siap, tak ada masa selang nak buka
lappy, jadi sebelum memulakan tugas baik update dulu blog kesayangan Kak Mah
ini. Itu pun sebab Kak Mah ada sikit kemuskilan berkenaan dengan pihak
pengiklan Nuffnang ni. Sejak dua minggu yang lepas Kak Mah tak boleh nak  buka
website itu. Kalau taip address asik yang keluar Bad Request,jenuh dah Kak Mah
cuba, tapi tetap dapat jawapan yang sama.

Kepada kawan-kawan rakan blogger yang memasang iklan Nuffnang ni tolonglah
kongsi dengan Kak Mah macam mana keadaannya bagi pihak rakan-rakan semua.
Adakah mengalami keadaan yang sama seperti yang Kak Mah alami juga. Dah lah
Kak Mah tegok pendapatannya tak seberapa, ingat nak cash outlah dalam beberapa
bulan lagi, tapi dah jadi macam ini, tak tau nak buat apa lah lagi.

Tolonglah, kepada rakan-rakan yang tahu punca mengapa terjadi begini dan tahu 
bagaimana nak mengatasinya, kongsi dengan Kak Mah yee, 

Ingat nak jadi blogger ribuan melalui Nuffnang, tapi dah jadi macam ini, tak taulah.
Ribuan ke riban ke, raban ke, hehehe.

Semuga Jumpa Lagi,
Wassalam.

Tuesday 5 April 2016

Donat Frozen Yang Crunchy

Assalamualaikum,

Rakan2 blogger, peminat blog kak mah yang setia,
Alhamdulillah hari ini Kak Mah kembali bersiaran setelah seminggu menghilangkan diri.
Bukan apa Kak Mah sibuk sikit sekarang ni.
Tempat Kak Mah ni sedang mengalami krisis air,
Kak Mah hari2 kena hangkut air, penatlah sikit,
nak online pun tak ada mood.
Dah tengahari macam ini pun Kak Mah dua beranak belum makan lagi. Perut dah terssa lapar
sangat. Hari ni Kak Mah tak berniaga, tapi leka 
pulak mengemas rumah, membasuh pinggan
mangkuk, periuk belanga yang kotor.
Kebetulan ada donat lebih jualan semalam yang
Kak Mah frozenkan, Kak Mah goreng semula
dan makan ini ajalah. Kebetulan pulak sedap rupanya donat frozen ni, lebih seds p dari donat yang batu masak sebab dia rasa lebih rangup
diluarnya dan lembut didalam.


Untuk kawan2, adik2 dan anak2 yang masih
belum pandai nak buat donat mudah macam 
Kak Mah selalu buat, ini Kak Mah kongsikan
resipinya yee..

Bahan2nya

Setengah kilo tepung
Satu kampit yiest muripan
5 sudu makan gula
Setengah cawan majrin pelangi
2 cawan air
secubit garam campurkan dengan
air dan kacau.

Cara2 nya

1. Gaul tepung  dengan yiest
muripan dan gula hingga rata.
2. Masukan majerin dan gaul lagi hingga
menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukan air dan kacau dengan hujung
jari hingga rata. Apabila telah rata bolehlah
diuli hingga menjadi doh yang lembut.
Rehatkan selama 2 jam atau sehingga doh 
naik 300 peratu
4. Apabila doh dah naik bolehlah di bulatkan
dan tepuk diatas tapak tangsn sebelum 
dibuat lubang ditengahnya. Rehatkan selama 5 minit barulah dihorengkan sehingga masak.
5. Setelah sejuk bolehlah digaulkan dengan gula
yang telah di blend.

Untuk srtengsh kilo tepung ini boleh menghasilkan sebanyak 15 hingga 25 biji donat.
Bolehlah di makan sepatuh dan difrozenkan separuh untuk dimakan esok lusa.

Cara nak frozen, simpankan didalam plastik
dan di seal kan. Kalau tsk ada sealer boleh juga di
stsplerkan,  Buangkan sedikit anginnya sebelum di seal.

Untuk memasak donat yang telah di frozen ini, 
keluarkan dari peti sejuk biarkan donat lembut sebelum digoreng semula.Gula yang telah disalut itu bila telah mencair semula sewaktu proses mengoreng itulah yang akan membuatkan donat 
menjadi rangup dilusr, tetapi masih lembut didalamnya.

Peringatan

Kalau nak simpan lama masukkan kedalam
ice box, kalau setakat 2 atau 3 hari
memadai hanya disimpan didalam peti biasa

Selamat mencuba
Jumpa lagi!
Wassalam.