Friday 28 October 2011

Bersiaran Dari Cameron Highlands

Assalamualaikum,

Malam ni saya bersiaran dari Cameron Highlands.
Sejukkkk...itulah ungkapan yang mampu di lafazkan.
Memang sejuk, walaupun dalam bilik tanpa aircond dan kipas.
Saya kat sini selama dua malam sebab ikut mummy yang berkursus.
Ahad petang baru balik.

Siang tadi sampai dalam pukul 6.30 petang,
kebetulan hari hujan renyai2, terus saja check in,
dan tak keluar2 sampai sekarang.
Tak ada sapa yang berani keluar kerana masing2 kesejukan.

Gambar pun belum sempat ambil,
kalau tak hujan,
esok ada sesi fotography.

Ok, tidur dulu.


Esok jumpa lagi,
Wassalam.

Wednesday 26 October 2011

Projek Sulung Dah Siap

Assalamualaikum,

Selamat bercuti. Selamat berehat bersama keluarga. Semuga dikesempatan cuti ini, terlanjur anak2 pun bercuti dapatlah kita mengeratkan silaturahim bersama keluarga. Dapat rehat dan makan2 bersama, dapat keluar jalan2 bersama-sama, mana yang nak keluar jalan2 tu. Mana yang hanya dok rumah tu, dapat pula berkumpul dan bermesra.

Saya pula sejak pagi tadi hingga sekarang masih taksub dengan projek mengait saya. Alhamdulillah, kini dah siap sepenuhnya. Lihatlah hasilnya seperti dalam gambar dibawah ini.


Ini bunga lalang kut, tak pasti namamya, saya anyam menggunakan benang bulu juga. Cantik buat jambangan hiasan.

Ini alas menja yang berukuran 50 cm X 120 cm, panjang juga,
dah siap sepenuhnya. Dah bentang atas meja.



Ini sarung kusyen, yang pertama, ada 3 sepatutnya yang perlu disiapkan.
Paten berlainan. Insya Allah kalau dah siap akan di pamirkan
di sini esok2.

Memang puas hati bila tengok hasil kerja kita sendiri, dan siap sepenuhnya.
Hilang rasa penat lelah mengejar masa, kerana terlalu banyak kerja yang perlu
dilakukan dalan sesuatu masa.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Sunday 23 October 2011

Tempahan Bahulu Untuk Hari Raya Haji Dibuka Sekarang



Assalamualaikum

Selamat bercuti buat rodong2 yang berada di Pahang.
Semuga ceria2 selalu disamping keluarga tercinta.
Buat apa hari cuti ni, balik kampung ke, ambil kesempatan
cuti panjang?
Selamat menjalankan tugas buat rodong2 yang bekerja.

Hari ini saya nak cerita pasal baulu lagi.
Apalah lipislady ni tak habis2 pasal baulu.
Apa tak nya, baulu ni kan ke periuk nasik saya sekarang ni.
Tapi hari ni bukanlah nak cerita pasal baulu tak jadi,
baulu bermasaalah lagi

Hari ni saya nak promosi baulu saya.
Kepada sesiapa yang berhajat nak menghidangkan baulu
pada hari Raya Haji ni nanti,
atau sesaja nak makan baulu dengan air kopi masa minum petang
Kini Baulu Lipislady dah terbuka untuk tempahan.


Bahulu Lipislady

100 Biji = RM 38.00 - 50 biji RM 24.00
( Harga termasuk kos penghantaran)
Belian minimum 100 biji.
Boleh juga beli 50 biji,
kos penghantaran sama dengan 100 biji.


*~~~~~~*~~~~~~*~~~~~~*~~~~~~*~~~~~~*



Disamping itu saya juga ada menjual buah rotan,
tempahan juga boleh dibuat sekarang.

Buah Rotan

I kg. = RM 38.00 , 1/2 kg. = RM 24.00
( Harga termasuk kos penghantaran )



Untuk Tempahan

Sila hubungi Lipislady :

016-9540985

Wassalam.


Thursday 20 October 2011

Terapi Medan Elektrik

Assalamualaikum,

Lama dah tak update blog, bukan apa, cuma keadaan masa dan kesihatan tidak berapa mengizinkan. Walaupun saya masih online, tapi sesekejap sahaja, tidak cukup masa untuk mencari bahan dan mengupdate blog. Bila badan tidak berapa sihat, otak pun tak berapa cergas. Cuma mampu jenguk beberapa blog kawan yang mana senang loading.

Seminggu badan berasa tak sihat, kepala sentiasa pening, mata sentiasa berpinar, perut terasa penuh, nafas mengah sehingga untuk naik tangga jejantas saya terpaksa berhenti beberapa kali baru sampai keatas. Apabila sampai diatas saya rasa seperti baru lepas berlari merentas desa sejauh 5 kilometer semasa bersekolah dulu. Cuma peluh tidak keluar. Rasa macam nak duduk berlunjur diatas jejantas merehatkan badan sebelum meneruskan perjalanan ke kelas. Inilah yang saya alami selama seminggu sebelum saya membuat pemereksaan tahap kesihatan sabtu lepas. Secara rambangnya inilah keputusan pemereksaan tersebut.

Tekanan Darah 219/109, gula dalam darah 12.2, kandungan asid dalam darah tinggi, kolestrol tinggi, angin dalam badan, pankreas, buah pinggang dan hati kurang berpungsi. Nampaknya saya terpaksa akur dengan tahap kesihatan yang semakin merosot ini.

Isnin lepas saya memulakan terapi medan elektrik di pusat terapi yang disediakan oleh alpha one walaupun pada mulanya saya kurang berminat untuk mencubanya. Atas nasihat kawan2 saya terpaksa akur lagi memandangkan ikhtiar adalah wajib.

Selepas terapi pertama kepala saya semakin pening, dan malam tu saya rasa bagaikan hendak demam. Melalui penerangan yang diberikan semasa terapi barulah saya tahu, terapi gegaran ini akan mengeluarkan sebanyak 60 gegaran setiap saat dan selama 20 minit berada diatas kerus terapi tersebut bersamaan kita berlari sejauh 1.5 kilometer. patutlah malam tu sayademam.

Sehingga hari ini keadaan kesihatan saya semakin pulih, cuma petang tadi saya merasa amat pening sehingga tak mampu untuk berjalan balik. Munkin ini adalah tindakbalas negatif terapi tersebut dalam proses membaik pulih kesihatan saya. InsyaAllah. Disamping tindak balas negatif saya ada juga mengalami tindak balas positif seperti badan menjadi semakin cergas, mengah dah berkurangan dan yang pentingnya kuat makan....harap2 saya akan terus sihat dengan terapi ini yang diberi secara percuma. Terima kasih alpha one yang memberi khidmat percuma untuk kami yang memerlukan.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Sunday 16 October 2011

Proses Mengelim

Assalamualaikum,

Selamat Berhari Minggu, pegi mana hari ini, masak apa hari ni, saya percaya macam-macam yang kita dah buat hari minggu ni, ziarah keluarga ke, bertemu kawan2 atau rakan blogger, berkelah ke, jalan2 cuci mata ke, window shoping ke dan yang paling bestnya pergi shoppinglah. Saya hari ni tak pergi kemana-mana, cuma mengeram kat rumah saja. Tapi mengeram ada hasil. Tengoklah gambar2 kat bawah tu. Bahan kaitan saya semuanya dah dalam proses mengelim dah. Tapi saya suka lompat-lompat. kalau dah jemu buat yang satu, tukar kepada satu lagi. memang rasanya nak siapkan semua sekali gus.



Yang putih ni bakal alas meja saya, kecil aja, saya kelimkan dengan warna hijau, biar dia naik seri sikit, tak lama siap ni, boleh bentang atas meja. Tak sabar nak tengok dia terbentang.

Yang warna warni ni pun sebenarnya dah siap klim atau binding dengan warna biru tu. Tapi tersilap binding lah pulak, terpaksa saya buka semula, dan binding sekali lagi.





Selang-selang masa tu saya buat juga beberapa kuntum bunga teratai, tak tau nak buat apa lagi, cuma saya suka sangat tengok bunga yang berwarna warni tu, kecil aja sebenarnya, dan mudah sangat nak buat dia.



Ada tiga kuntum aja yang dah saya siapkan. kalau ikut hati 24 jam nak mengait, tapi tak kan tak makan, tak kerja, tak buat kerja2 wajib dan perlu kan???...

Oklah, semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Friday 14 October 2011

Masak Lemak Daging Selobe Dengan Kentang.

Assalamualaikum,

Sallam Pagi Jumaat, Penghulu segala hari. Semuga dimurahkan rezki kita pada hari ini, Dipermudahkan kita membuat amalan, dan di sejahterakan kehidupan kita.


Hehe, tengok tajuk kat atas tu mesti ada juga yang tertanya-tanya, apa ke bendanya daging selobe tu. Ni bahasa orang kampung keh. Daging selobe ni sebenarnya daging cincang yang banyak lemak tu. memang sedap kalau dibuat masak lemak kuning. Lembut dan lemak rasanya.


Nak masak daging cincang ni mesti cukup awasnya, kunyit mesti kunyit hidup, cili padi, bawang mesti banyak, bawang putih, serai, lengkuas, halia sikit saja, asam gelugur kalau ada daun gelugur hiris sehelai dua lagi sedap, biar terasa masamnya. Boleh juga bubuh jintan manis dan ketumbar sikit. Tapi saya tak suka. Santan pekat sikit dan masak atas dapur dengan api sederhana, sampai pecah minyak. Tu cara saya, sebab saya suka kuahnya pekat dan timbul minyak sikit, baru betul2 empuk selobenya.



Tengoklah selobenya ni dah empuk betul. Sedapnya, tak sabar nak makan, Tapi sedap pada saya belum tentu lagi sedap pada orang lain. Tak kisahlah tu. Lepas ni saya nak makan dah. Dah hampir pukul 12.00 tengahari. Jom makan...

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.

Wednesday 12 October 2011

Virus Kukacha

Assalamualaikum,

Alhamdulillah pagi saya bersiaran hari ni. Hari ni tak ada hari Rabu yang bisu buat saya sebab saya memang tak bisu dan boleh bercakap, hehehe. Apa khabar kawan2 semua, semuga sejahtera selalu hendaknya dan ceria2 aja pagi ni. Hari ni saya nak cerita pasal virus komputer yang selalu mengacau dan menggodam tak kira siapa.

Ada sesapa pernah dengar, tahu dan kena kacau dengan virus ni tak? Saya rasa komputer saya ni telah dikacau atau digodam oleh virus inilah. Semuanya jadi lambat dan lembab, tidak teratur.
Semalam saya ada memasukkan Pen Drive yang mengandungi segala macam program yang saya save semasa belajar kat pusat Empower. Semasa check kat sana tak ada apa-apa virus pun, semua clear, tapi semalam anti virus saya dah mengesan kehadiran virus yang bernama Kukacha ini.

Selepas daripada itu komputer saya terus jadi lembam dan lambat, kacau bilau dan semuanya tidak teratur. Pandai sungguh virus ni menyusup masuk dalam pen drive saya, sampai bila di periksa pun dia boleh menyembunyikan dirinya. Nasib baik ada anti virus yang block kemasukan virus ni, tapi takut juga kot2 dia belum aktif lagi, mana tau 2/3 hari nanti baru dia aktif. Mintak2 janganlah, tapi saya dah buat langkah berjaga-jaga juga dan dah buat backup fail2 yang mustahak.

Dengar ceritanya virus Kukacha ni sangat berbahaya dan sangat kuat mengacau. Kalau dah terkena satu komputer tu akan menjadi huru hara. Tak ada jalan boleh membaikinya selain dari memformat semula komputer tersebut. Harap semua berhati-hati dengan virus ini dan pastikan anti virus sentiasa update dan tidak expired.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam


Tuesday 11 October 2011

Happy Birthday To Me

Assalamualaikum,

Ini cerita malam kelmarin dah. Baru petang ni dapat update kat blog. Tadi nak buat kat kelas, internet slow sesangat, terus tak boleh nak download. Terpaksalah tunggu balik rumah. tak ada apa-apa cerita sesaja nak upload gambar, buat kenang-kenangan.


Hari lahir yang keberapa? Tak ada ke tertulis kat kek tu. Hehe, rahsia weh...Ni anak menantulah yang buat, makan-makan sikit, dua orang aja yang ada sini, dua orang lagi tak balik, Tak ajak sapa2 pun, cuma aka je yang datang. Buat untuk makan2 sekeluarga je.



Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia saya, bertambah satu lagi angka, Doa saya sebagaimana bertambahnya usia dan bertambahnya angka, begitulah juga bertambahnya amalan yang diterima Allah. Amin.

Ada hadiah weh, kongsi2 agaknya anak2 dan menantu ni, apa kat dalam, belum tahu. Belum buka lagi. Sayang rasanya nak buka. Cubalah teka apa kat dalamnya. Ringan aja weh, tapi kotak boleh tahan besarnya.


Terima kasih anak2 dan menantu serta cucu kerana mengingati tarikh lahir mak dan nenek. Kepada rakan-rakan dan taulan yang telah mengucapkan Selamat Hari lahir dan mendoakan kesejahteraan buat saya, saya ucapkan berbanyak2 terima kasih. Semuga anda semua juga dalan kesejahteraan selalu.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Friday 7 October 2011

Mari Mengait ( Crochet )

Assalamualaikum,

Sallam ceria hari Jumaat. Semuga hari ini menjanjikan kejayaan untuk apa jua yang diusahakan. Semuga hari ini juga merupakan hari yang paling diberkati dan dirahmati.

Hari ni saya nak cerita pasal hobi lagi. Kali ini pasal hobi mengait pula. Rasanya ramai diantara kita yang suka mengait bila ada waktu lapang. Begitu juga saya. Ini diantara hasil kerja saya yang telah saya mulakan.

Semuanya pattern kecil2 saja untuk dicantum. Saya buat yang kecil2 ni supaya tidaklah jemu sangat saya menghabiskan satu2 kerja. Ini diantara yang dah saya siapkan, bila dah banyak nanti saya akan cantumkan.

Yang ini paling menarik, saya baru siapkan sekeping semalam, banyak juga nak disiapkan kalau nak buat alas meja atau sarung kusyen. Tengoklah apa akan jadi nanti bergantung pada mood saya untuk membuatnya.


Pattern ini saya dah siapkan banyak dan bermacam warna, saya cadang nak buat alas meja. saya cuma perlu siapkan beberapa keping saja lagi, selepas itu bolahlah saya cantum untuk dijadikan alas meja.


Yang ini pattern yang orang selalu buat chairback. Tapi saya nak perbesarkan untuk buat alas meja juga. Alahai tamaknya saya, berapa banyak alas meja yang saya nak buat. Entahlah. Yang jelasnya ini semua gara-gara hobi yang tak boleh dibendung lagi. Tengok aja satu2 pattern saya terus nak cuba, akibatnya semua dalam proses, satu pun tak ada yang dah siap.


Cuma yang inilah akan siap dalam beberapa hari lagi, itu pun kalau saya ada masa terluang. Pattern ni saya dah mulakan sebelum puasa lagi tapi terbengkalai bila saya terpaksa buat pattern lain yang lebih cantik. Cam mana ni bila nak siap kalau macam ini caranya.

Walau dengan apa cara pun saya akan siapkannya satu persatu. Tak sabar rasanya nak tengok hasil kerja saya ni. Insya Allah bila dah siap akan saya kongsikan lagi dengan kawan2.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Thursday 6 October 2011

Muffin Blueberry Badam

Assalamualaikum,

Cer teka apa ada dalam oven saya ni. Biasanya oven ni tempat saya bakar baulu aja. Tapi semalam semasa menunggu baulu masak, lama juga nak menghabiskan satu adunan baulu ni, saya belek-belek buku masak saya tahun 80an dulu. Ingat nak cari resipi kek cawan yang simple2 aja. Nak cuba buat kek cawanlah pulak. tapi tak jumpa pun resipi yang dikehendaki. Cuma saya jumpa resipi Muffin Blueberry Badam. Tengok ke bahannya semua ada dalam simpanan saya. Cuma Minyak jagung saja saya tak ada. Tapi tak apalah, saya nak cuba gantikan dengan magerin saja.


Gelapnya dalam oven ni.

Pagi tadi tanpa nak bertangguh lagi, ( kalau bertangguh mesti tak jadi punya) saya mencuba resipi Muffin Blue Berry dengan menukarkan minyak jagung kepada magerin. Alhamdulillah, menjadi, rasanya pun sedap. Sesuai untuk buat sarapan pagi saya pagi tadi. Selesai, baru puas hati. Memang lama dah saya tak memasak ni.



Inilah hasilnya, saya buat setengah adunan saja, dapatlah enam biji muffin. Cukuplah untuk makan saya berdua beranak. Memang sedap, untuk sarapan pagi aja saya daah makan dua biji.


Gelap je nampaknya muffin ni, tapi warna sebenarnya taklah segelap ini, ianya banyak kepada warna blueberry.

Boleh buat sarapan pagi dan minum petang .



Boleh juga makan dengan jam blueberry.

Saya kongsikan resipi disini sebab rasanya sedap dan mudah dibuat. Sesuai buat orang yang sentiasa tak cukup masa dan malas macam saya.

Muffin Blueberry Badam

Bahan-bahannya

- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cam. teh b/ powder
- 3/4 cam. teh bicarbonate of soda
- 3/4 cam. teh essen vanilla
- 3 biji telur A
- 3/4 cawan gula kastor
- 3/4 cawan minyak jagung
- 3/4 cawan badam hancur
- 3/4 cawan blueberry
- 1 camca besar susu pekat manis.

Cara-caranya.

1. Satukan tepung, b/powder, soda bicarbonate, badam

2. Pukul minyak jagung dengan telur sampai kembang.

3. Pukul gula dengan susu hingga hancur.

4. Campurkan adunan telor dan adunan susu, masukkan essen vanilla.

5. Masukkan blueberry dan kacau. akhir sekali masukkan tepung yang telah disatukan tadi. Kacau ratakan.

6. Sediakan 12 biji cawan kertas tebal dan sendukkan adunan sama banyak kedalam cawan kertas

7. Bakar pada suhu 200 c, selama 20 minit.


Hingga Jumpa Lagi
Wassalam

Wednesday 5 October 2011

Akhirnya, Adalah Juga Hasilnya

Assalamualaikum,


Apa khabar kawan-kawan pagi ni, harap hari ini lebih baik dari semalam.

Alhamdulillah, nampak ada dah sikit pergerakan walaupun lambat sangat lagi nak boleh merasa hasil dari Nuffnang ni. Tapi pergerakan ini buat saya rasa gumbiralah sikit. Saya ini sebenarnya adalah seorang yang sangat setia dengan Nuffnang ni. Walau pun saya ada peluang untuk mempamirkan iklan yang lain di blog saya, tapi tidak berkeinginan langsung untuk meletakkannya di blog saya ini, apa lagi untuk mendelete terus iklan Nuffnang ni. Walau pun selama ini saya tak nampak langsung pergerakan nya, saya tetap setia. Hari ni saya tergerak hati nak buka Nuffnang saya, setelah sekian lama merajuk tak mau buka Nuffnang, Inilah hasilnya. Adalah sedikit hasil yang boleh mengembirakan saya. Alhamdulillah. harap lepas ini ada lebih banyak lagi, supaya dapatlah saya merasa cek dari nuffnang.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam

Monday 3 October 2011

Melawat Lombong Bijih Timah

Assalamualaikum,

Selamat Petang, amboih petang baru dapat buka dan update blog. Pagi tadi sibuk sikit, banyak keje yang kena bereskan kat kelas ni, semua dah berdebu, maklumlah dah seminggu ditinggalkan kosong. Bercuti sakan saya. Oh ye, apa khabar semua rakan2 blogger, pengunjung2 yang saya sayangi, harap2 anda semua ceria2 selalu yee.

Tengok gambar kat bawah tu, tau tak kat mana saya anak beranak dan cucu2 berposing sakan. Kalau ada sapa2 yang tak pernah tengok tempat ni, tunggu jap saya bersurah! saya ringkaskan saja.

"Pada zaman dahulu, beratus tahun yang lalu, beberapa orang pemburu telah keluar berburu. Ditepi sebatang sungai mereka bertemu seekor kijang lalu membaling lembing kearah kijang tersebut, nasib mereka baik salah satu lembing tersebut telah mengena badan kijang itu. Tapi malangnya kijang tersebut tidak mati dengan satu tikaman lalu berlari kearah sungai dan terjun kedalam sungai tersebut. Kijang tersebut terus hilang didalam sungai itu. Dua tahun kemudian beberapa orang pengembara telah menjumpai sebatang lembing didalam sungai dimana kijang tersebut hilang lalu tempat tersebut dinamakan Sungai Lembing.


Disinilah kami berposing, dihadapan pintu masuk Muzium Sungai Lembing.

Jumaat lepas kami sepatutnya dah balik ke Lipis dari Kuantan, tapi entah macam mana semasa bersiap-siap nak balik datang pula idea nak melawat Muzium Sungai Lembing. Memandangkan Sabtu dan Ahad masih cuti, kami pun sepakat untuk pergi. Dalam pukul 12.00 kami pun melencong ke Sungai Lembing. Perjalanan dari Kuantan ke Sg. Lembing memakan masa lebih kurang satu jam. Kami sampai di sana dalam pukul satu lebih. Sementara menunggu Muzium dibuka semula pada pukul 2.45 petang sempatlah kami berjalan2 melawat tapak bekas lombong bijih timah yang kedua terdalam dan terbesar di dunia selepas Bolivia, terletak berdekatan dengan Muzium yang khusus mempamirkan tentang kegiatan perlombongan di Sungai Lembing.

Sedikit fakta tentang lombong bijih timah Sungai Lembing yang saya dapati dan kutip dari penerangan di Muzium tersebut dengan bantuan Wikipedia. Lombong Bijih Timah Sungai Lembing telah dibuka pada tahun 1891, oleh pelombong dari Britain, Pahang Consolidated Company Limited (PCCL) nama syarikatnya yang telah menguruskannya mulai tahun 1906. Walaupun sebenarnya lombong itu dibuka lebih awal dari itu. Pajakkan yang bernilai sepuluh sen setahun itu telah dipersetujui untuk selama 100 tahun. Lombong tersebut merupakan lombong bawah tanah yang kedua terpanjang dan terbesar didunia selepas lombong di Bolovia. Keseluruhan panjang terowong bawah tanahnya adalah 322 Km dengan kedalamannya antara 610 hingga 700 meter dari permukaan bumi. Dalam tahun 1,400 an ada 1,400 orang yang bekerja di lombong tersebut, sehingga ia mendapat jolokan El Dorado of the East. Lombong tersebut ditutup pada tahun 1986 akibat dari kejatuhan teruk harga timah dunia, tidak sampai pun seratus tahun.



Merasa berada didalam terowong bawah tanah. Seram!!

Bagi saya pengalaman berada di Sungai Lembing ini amat menarik walau pun kami kesuntukan masa untuk melawat lain2 tempat menarik yang ada disana seperti Bukit Panorama, Ladang ternakan Rusa, Kolam Air Panas dan banyak lagi tempat2 yang akan menjanjikan kepuasan. yang paling istimewanya makan disini agak murah berbanding ditempat lain. Orang-orang disinipun kelihatannya kaya-kaya belaka. Munkin hasil peninggalan lombong kut.



Tapak mesen memproses bijih timah, ditengah-tengahnya jalan raya.



Tertidur dah cucu saya dalam muzium ni, kepenatan


Dibelakang saya itu munkin bekas lif ke terowong bawah tanah
Tidak ada penerangan. Tapi terowong ini sangat dalam.

Berposing atas jambatan gantung yang masih kukuh walaupun dibawah sana
telah ada jembatan yang boleh dilalui oleh kereta dan lori.

Hingga jumpa lagi.
Wassalam