Tuesday, 17 January 2012

Sarung Kusyen Lagi

Assalamualaikum,

Rodong2 kawan2. 
Hari ni lambat sikit saya online.
Sibuk sikit hari ni.


Lama dah saya tak kongsikan hasil kaitan saya
dengan kawan2. Sarung kusyen ini salah satu hasilnya.
Lama sangat dah saya siapkan sarung kusyen ini.
paten biasa aja. Paten granny. 
mudah nak buat, tapi dapat ke saya lambat
juga siapnya.


Biasalah saya bukan ada masa sangat untuk
mengait, tapi demi hobi saya gagahkan
juga walau pun hanya untuk sebaris sehari.

Kusyen ni satu je sebenarnya. Saya ambil gambar 
kedua-dua sidenya.


Memang gembira sangat bila tengok hasil kerja kita siap,
sebab itulah walau dengan apa cara sekalipun,
saya mesti akan luangkan masa untuk
menyambung kerja2 saya yang belum siap,
walaupun untuk beberapa minit.

Jumpa lagi
Wassalam.

4 comments:

  1. cantik kak... munna tak reti nak mengait ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam munna,

      Bese2 je tu munna,
      akak pun tak banyak masa nak mengait.
      Buat yang bese2 cepat siap.

      Delete
  2. Aduh... Bukan sume org boleh buat ni.. Lebih Lagi kalau jari tak berbedung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Deru Ombak,

      InsyaAllah boleh kalau rajin belajar.

      Delete