Thursday, 19 January 2012

Cekodok Kelapa

Assalamualaikum,

Pejam celik, pejam celik, hari ni dah
hari Khamis rupanya yee. Begitu cepatnya masa berlalu. 
Hari ni dah 19 hari kita berada di tahun 2012.
Semuga dalam masa 19 hari ini dan hari2
seterusnya kita di lindungi Allah,
diberiNYA taufik dan hidayah,
diberiNYA kebahgiaan
dan kecemerlangan.

Pagi ni bangun dari tidur,
perut saya terasa lapar yang teramat sangat.
tengah fikir2 apa nak buat untuk
sarapan pagi, ternampaklah tepung yang masih
belum berbuka. Tu sebenarnya tepung
untuk buat baulu, tempahan untuk hari Isnin ni.
Teringat plak nak buat cekodok. Dah lama sangat
tak makan kodok kelapa. Tengok dalam peti
ada kelapa parut putih yang saya beli
untuk buat inti. Tapi belum sempat nak buat lagi. 


Ok, cekodoklah dulu.
Buat pun mudah aja, untuk adik2 dan anak2 yang
baru nak belajar masak tu, nilah bahan2nya.
- 1 cawan tepung gandum
- 4 sudu kelapa parut putih
- 1/2 cawan ikan bilis
- 3 ulas bawang merah dimayam
- 2 tangkai daun sup
- 2 helai daun bawang
- 3/4 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- 3/4 cawan air sejuk dalam peti sejuk.
- Minyak untuk menggoreng.


Cara buatnya senang aja,
- Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana sahaja.
- masukkan kesemua bahan kedalam bekas,
- masukan air sejuk sedikit demi sedikit 
- sambil kacau hingga rata. 
- apabila minyak panas bolehlah digoreng.
- kaut sesudu makan penuh untuk satu biji kodok.
bahan untuk 18 hingga 20 biji 
( masa menggoreng minyak mesti banyak,
biar kuih tenggelam sepenuhnya, mesti sentiasa 
dibalik-balikkan supaya garingnya elok.)



Inilah kodok kelapa yang sungguh rangup diluar 
lembut didalam. Sedap makan waktu masih panas
cicah pula dengan cili sos atau sos 
pencicah keropok,
lawan plak dengan air kopi panas atau nescafea
atau milo. Sayalah tu yang minum milo.

Jumpa lagi dilain entry.
Wassalam.

17 comments:

  1. Assalam LL..terus acik teringin nak buat cekodok makan cicah cili sos..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam Acik,

      Hehehe...makanan zaman mak2 kita dulu yek...

      Delete
  2. Sejuk2 ni, tengok jemput2 tu boleh rasa lapo la pulak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam kakcik,

      Hujan lagi ke kat KL tu,
      Makan cekodok panas memang sedap.

      Delete
  3. CM tak pernah buat kodok kelapa ni.. kecik2 dulu mak selalu buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Che mid,

      Sekarang ni dah ada nugget, ada burger
      dan sebagainya, cekodok ni dah semacam terpinggir dah.

      Delete
  4. Salam, kalau bancuh ngat air suam tentu lembut sikit kut kodok nie... apapun mmg best colek pulok ngat sambal tempoyok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam En Yassin,

      Boleh juga bancuh dengan air suam,
      Kodok colek dengan sambal tempoyok petai,
      memang sedap..

      Delete
  5. Wah, resipi baru..thanks akk..bleh la try esok..cik abang balik....hehehe...

    Pssss....rezki ALLAH bagi kesempatan pada saya untuk merasakan detik indah mentari terbenam....

    ReplyDelete
  6. apa khabar kak?


    sy sihat je.


    sy pon suka bikin cekodok kelapa nih..tp sy suka taruk kelapa jer yg lain x letak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Rina,

      Akak sihat aja,
      Akak suka aroma daun sup tu, sebab tu akak letak, kalau tak letak pun tak apa..

      Delete
  7. kelapa kene letak yek?? hehhe...

    sumi kurang sikit kalu ada kelapa.. rasa tak sedap la..hehehe....

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Sumi,

      OO gitu yee..
      Memang ada orang yang tak suka kelapa tu.

      Delete
  8. have a peek at this website click here for more her comment is here go to this website click over here now useful site

    ReplyDelete
  9. hop over to this website from this source find this helpful site you could look here bags replica ysl

    ReplyDelete