Assalamualaikum,
Salam tengahari Rabu yang tidak bisu. Sebenrnya mula taip entry ni dari pagi tadi dah, tapiada orang datang terpaksa di tunda sampai sekarang. Owah... khusyuk nampak rodong2 buat keja pagi ni, azam baru ke weh. Alhamdulillah bagus tu. Hari ni saya nak cerita sikit pengalaman saya naik bas Ekspress setiap kali saya nak kemana-mana. Maklumlah saya tak ada kereta, pengangkutan awamlah yang saya terpaksa gunakan.
Semalam saya pergi Raub, ada urusan bank. Naik bas ekspress pukul 10.30 dari Lipis. Macam biasalah bas gerak aja saya mula pejam mata, bukan apa supaya cepat sampai. Tak lama agaknya selepas saya melelapkan mata saya terasa bas di brek secara mengejut, spontan saya terbangun dan berdiri. Apa yang saya nampak dihadaapan sebuah lori treller sedang dipandu laju betul2 berada di tengah jalan sedang memintas kalau tak silap lebih dari lima buah kenderaan kecil yang juga dipandu laju. Masya Allah, semua penumpang dalam bas kelihatan terkejut apa lagi bila menyedari tayar sebelah kiri bas yang kamo naiki betul2 berada tak sampai 3 kaki dari longkang. Kesal sungguh dengan sikap pemandu treller tu yang sengaja memintas kenderaan lain walaupun dia dah nampak bas kami dari arah bertentangan juga sedang dipandu laju. Inilah sebenarnya punca kemalangan. Sikap pemandu yang langsung tak memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain.
Apabila reda sikit degupan jantung, saya sambung tidur, sebab masih jauh lagi tempat tujuan. tapi tak lama juga selepas itu saya terkejut sekali lagi bila mendengar suara perempuan menjerit diikuti dengan bas yang di berek secara mengejut sekali lagi. Sekali lagi saya bangun dan terlihat kelibat sebuah kereta berwarna putih sedang dipandu laju2 memotong dua buah lori dan sebuah kereta kecil. Masya Allah, beraninya pemandu tu mencelah-celah di antara lori dengan bas yang kami naiki. Allah masih pelihara dia dan keluarganya hari ini, bisik hati saya. Macam mana pula dengan esok atau lusa dan hari seterusnya. Hati saya tertanya-tanya mengapa pemandu-pemandu langsung tak menghiraukan keselamatan. Apa yang mereka kejar sebenarnya sampai sanggup membahayakan diri sendiri. barapa minit kah yang mereka menangi sampai sanggup mengadaikan nyawa sendiri??.
Tak sanggup saya melihat keadaan itu berulang. Berdegup kencang rasanya jantung saya melihat keadaan itu. Itu baru sikap pemandu lori dan kereta persendirian. Lain pula ceritanya dengan sikap pemandu bas ekspress sendiri. Dua bulan yang lepas saya ke Kuantan. Saya menyaksikan juga insiden yang saya rasa amat tak patut terjadi. Masa kejadian bas yang saya naiki dipandu tidak berapa laju. Munkin itulah sebabnya sebuah kereta Perdana cuba untuk memntas bas kami. Sebaik menyedari perdana tersebut nak memintas pemandu bas segera melajukan bas sehingga merapati sebuah kereta yang berada dihadapan bas, sedangkan dihadapan kereta itu ada beberapa buah kereta lagi serta sebuah lori dihadapan sekali yang dipandu perlahan.
Melihat keadaan itu saya rasa nak menjerit kepada pemandu bas supaya memberi peluang kepada perdana itu untuk masuk semula kelorong kiri. Lama juga kami semua dalam bas menyaksikan perlumbaan antara perdana dengan bas yang kami naiki, nasib baik tak ada kereta datang dari arah bertentangan. Kalau ada lori ke apa, saya dapat banyang apa yang akan terjadi. Apakah pemandu bas tersebut sanggup melihat perdana tersebut berderai disebabkan sikapnya yang angkuh itu. Sehinggalah datang sebuah kereta dari arah bertentangan barulah pemandu bas memperlahankan bas untuk memberi ruang perdana itu masuk kelorong kiri. Itu pun terpaksa juga kereta yang datang dari hadapan mengelak disebabkan perdana itu belum betul2 sempat berada dilorongnya.
Bila sering melihat keadaan seperti itu, saya selalu bertanya pada diri sendiri, mengapa kita mesti bersikap angkuh seperti itu, tidak bertimbang rasa. Dan bagaimana pula rasa kita sekiranya orang lain melakukan seperti itu kepada kita. Dan yang jelasnya sikap pemandu yang seperti inilah yang banyak menyumbang kepada kecelakaan jalanraya yang meragut nyawa orang yang tak bersalah dan berdosa.
Dan saya amat tidak suka dengan sikap pemandu yang seperti ini. Semuga kita berjumpa lagi, Wassalam.
Jangan lupa singgah ke kedai online kakmah
Apakah yang sebenarnya dikejar oleh pemandu2 yang kurang sabar ini sehingga sanggup menggadai nyawa orang lain? :(
ReplyDeleteSALAM,
ReplyDeleteCuba nak jawab pertanyaan .... nak kejar siapa cepat sampai ....
Memang tak dinafikan, sikap pemandu di Malaysia ditahap parah. Lebih parah pemandu bas & lori yg beraksi bagai raja di jalanan.
ReplyDeletekadang-kadang diorang pentingkan diri sendiri..tak kisahkan orang lain...asal diorang sampai cepat...apa kisah orang lain...itulah manusia..
ReplyDeletemunna mmg tak suka naik bas ekspress kak... laju sgt munna fobia....
ReplyDeleteSallam Kak Cik,
ReplyDeleteKejar masa, atau setidak-tidaknya kejar maut..hee..ngerinya...
Sallam Dato' LF,
ReplyDeleteNak cepat sampai mana agaknya yee Dato'?
Sallam Dr. Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteKadang tu rasa takut nak menggunakan jalanraya,
lebih2 lagi musim perayaan..Semua orang terkejar2 gayanya.
Sallam Ida,
ReplyDeleteSikap macam tu sebenarnya menyusah dan membahayakan orang lain selain dari diri
mereka sendiri.
Sallam munna,
ReplyDeleteTu belum lagi saya cerita pasal pemandu bas yang main SMS masa bawak bas, bawak bas laju sampai bergaduh dengan penumpang yang fobia naik bas laju. nanti ada masa esok saya cerita.
ini semua pasal sikap, kalanpun berilmua bijaksana, dan berakal waras namun sikap yang tak pernah berubahm maka keadaanya masih tetap sama.
ReplyDeleteSallam PCL,
ReplyDeleteBetul tu, untuk mengubah sikap memang agak sukar kecuali orang itu sendiri ada kesedaran tentang mengapa mereka perlu berubah, Bijak pandai tak semestinya bersikap baik.