Monday, 30 January 2012

Lempeng Cicah Madu

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Syukur Pada Allah, kita masih diberi
peluang untuk bernafas di pagi ini.
Selamat Pagi Isnin yang cerah dan ceria.
Apa khabar kawan2, mesti pagi ni semuanya bersemangat
nak memulakan kerja, maklumlah dah dua hari bercuti.
Dah sarapan ke belum? Kalau belum sarapan tu, pergilah
sarapan dulu, nanti perut tu masuk angin plak.


Saya dah sarapan, tengok menu saya diatas tu. 
Mudah aja sarapan saya, lempeng bodo
cicah pula dengan madu, madu pun sesudu aja,
tapi tak ada rasa madu pun, manis sesaja. tak apalah
janji ada nak lawan dengan lempeng saya ni.
Minum plak nescafea O aja. 
Alhamdulillah, kenyang.
Lepas ni boleh memulakan kerja dengan bersemangat.
Oppsss..ni tengah taip entry kejap.

Jumpa lagi,
Wassalam.

Nak tempah bahulu call 019-9242529.

13 comments:

  1. kome air milo je pagi ni
    x sempat nak makan apa2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam AUC,

      Keh pepagi kena makan weh,
      kala tok pon, keto lutut..

      Delete
  2. Assalam, kas biase cicah ngan sambal tumis atau sambal hitam lempeng nei :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam En Yassin,

      Tu lagi sedak weh,
      keh tak de menda ngada ket dapo,
      dapat ke madu tu hajalah.
      makan sekadar ngalas peret hehe..

      Delete
  3. ok lah tu, penkek melayu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Dr. Daddy Ziyyad,

      Penkek melayu lagi sedap,
      tak belemak sangat, sebab tak
      ada susu. Simple je.

      Delete
  4. lemmpeng mcm ni kalau makan panas-panas, abis berkeping2 pun tak terasa. hehehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. sallam gadisBunga,

      Masak garing2, tak perlu cicah dengan apa2

      Delete
  5. pagi ni pun ida masak lempeng gak...tak sempat beli barang2 nak masak pagi ni...baru balik dari kg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sallam Ida,

      Sama kita ye,
      macam janji plak.

      Delete
  6. Assalamualaikum LL.
    Saya selalu makan lempeng dengan sambal. Dengan Madu tak pernah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsallam DO,

      Bagi saya sedap juga cicah dengan madu,
      Dengn susu pekat manis pun sedap.

      Delete