Monday, 31 December 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum,

Pengunjung blog kakmah,  kawan-kawan kakmah,
rakan-rakan kakmah yang dikasihi,
Sementara ada kesempatan online ni,
kakmah nak ucapkanlah
SELAMAT TAHUN BARU 2013,
Esok.....
Hari ni terakhir kita berada dalam tahun 2012 ni,
Doa kakmah untuk kita semua muga tahun baru ni
Dipenuhi dengan kejayaan, kecemerlangan, dan
semakin bertambah iman dan takwa kita semua.

Teruskan berazam yang baik-baik, 
mana azam yang belum tercapai tu teruskan 
berusaha untuk mencapainya.

Mana ada yang terbabas kehujung jalan tu 
kembalilah kepangkal jalan,
mana ada yang tersinggung  dan terguris tu,
maafkanlah dan lupakanlah,
Hari ini marilah kita sama-sama 
mangimbau catatan setahun kita,
sebentar lagi buku ini akan ditutup,
Esok kita dah nak buka buku baru,

Semuga buku baru yang bakal kita buka esok
tidak ada lagi catatan kelam dan kabur,
semuga semuanya bersinar,
bak fajar pagi,
InsyaAllah.

Wassalam dari kakmah

Sunday, 16 December 2012

Crochet Lagi Dan Lagi


Assalamualaikum,

Selamat berhari minggu kepada semua yang
mengunjungi blog kakmah nie.
Saja kakmah nak share
paten yang kakmah buat malam tadi.


Cantik juga kan, kakmah nak cuba buat alas meja,
kalau terdaya kakmah menyudahkannya

Jumpa lagi,
Wassalam

Friday, 14 December 2012


A
assalamualaikuml
hamdulillah berjaya juga kakmah
mengambil gambar.
Inilah yang kakmah buat
sehari-harian sambil 
main-dengan cucu,
oppsss
tak boleh tulis panjang-panjang ni,
jap lagi datang sikecil nak tengok horse....

Jumpa lagi,
Wassalam

Saturday, 8 December 2012

Bersiaran Dari Kuantan

Assalamualikum,
Selamat malam minggu,
Malam ni kakah bersiaran dari Kuantanlah plak.
Tapi masaalahlah sikit,
tak dapat nak bubuh gambar yangdah
banyak kakmah ambil ni,
hehe nak ceita ke tidak.
Sebenarnya kakmah online pakai tab anak
kakmah nie.
Tak berapa pandailah plak kakmah 
nak menggunanya lebih2,
Sekadar nak menaip tu bolehlah, hehe...
Malu......

Dah seminggu kakmah diKuantan ni,
lama tak online,
rindulah plak rasanya
godek-godek tab ni dapatlah juga
online.
Line pun kurang elok kat sini,
kejap ada kejap tak ada.
Alhamdulillah,
malamni dapat kakmah online lama sikit.
Melepas rindu kat blog nie.

Cukuplah dulu untuk malam nie.
Jumpa lagi InsyaAllah,

Wassalam semua.
Selamat Malam 


Thursday, 29 November 2012

Dia Datang Lagi


Asalamualaikum,

Sallam pagi khamis,
Ari ni kakmah nak cerita pasal ular lagi.
Kat atas tu hambar ular yang bertandang kat depan
rumah kakmah pada bulan May yang lalu,
tak sempat masuk rumah
anak kak mah sempat halau dia turun,
munkin dia tak puas hati sebab tak dapat masuk rumah,
Semalam dia datang lagi,
Rupanya macam yang datang hari tu lah,
kali ini dia sempat masuk kebilik kakmah,

Masa kakmah jumpa dia, dia sedang duduk2 santai
kat atas mesen jahit kakmah,
kepalanya terjuntai kebawah.
Mulanya kakmah ingatkan ular mainan yang 
cucu kakmah buat dengan tanah liat,
tapi bila kakmah teliti bersungguh-sungguh,
baru dia menggerakkan kepalanya.
Apa lagi kakmah pun lari lintang pukang,
geli sangat rasanya. kakmah pun terus panggil
jiran kakmah anggota bomba, 
nasib dia ada kat rumah,

Eeeee...gelinya,
tengok dia tangkap dengan tangan,
bungkus dengan kain buruk,
lepas itu suruh anak kakamah buangkan
kat sungai Jelai.

Alhamdulillah, lega,
tapi masih cuak lagi,
takut kut-kut ada seekor lagi,
kawan dia..
hehehe..

Oklah, jumpa lagi..

Wassalam.

Thursday, 22 November 2012

Aktiviti Malam Tadi

Assalamualaikum,

Tengok gambar pun dah tahu kan,
Ini mesti aktiviti makan-makan.

Biasalah, kalau ada keluarga atau sanak saudara datang dari 
Sarikei, Sarawak, aktiviti makam-makan adalah aktiviti utama 
sebagai mengalu-alukan kedatangan mereka.

Kali ini kakmah dan keluarga mengalu-alukan kedatangan 
keluarga Jaapar Assan yang pernah tinggal dengan
kakmah semasa dia menuntut di sini,

Jaapar berbaju Oren,
Ini je gambar yang kakmah sempat ambil,
Tu pun semuanya dah siap makan,
Terlupalah plak kakmah nak menangkap gambarnya.

Oklah dulu untuk entry hari ni.
Jumpa lagi
wassalam semua.

Sunday, 18 November 2012

Angah Tertelan Sepit Rambut. panjang,

Assalamualaikum,

Semalam Kakmah terkejut sungguh bila anak kakmah bagi tau
kami kena ke hospital dulu, sedangkan kami sebenarnya sedang
bersiap2 untuk ke rumah orang kawin. Apa lagi, makan kendurilah.

" Angah tertelan sepit rambut, sekarang ada kat hospital."
Kata anak kakmah, terasa sebak dada kakmah 
mendengarkan ungkapan itu.

Mengapa jadi macam itu? kakmah mula bayangkan 
keadaan Angah, cucu sulung kakmah yang baru berusia 
7 tahun itu menghadapi keadaan yang sangat mencemaskan.
Kakmah juga bayangkan ketika kakmah sendiri tersangkut tulang ikan bilis 
yang tak sampai pun sebesar rambut dan kurang dari 1 sentimeter panjang kat 
kerongkong kakmah, terasa sangat peritnya, cemasnya, dan tak henti2 
kakmah cuba mengeluarkannya dengan berbagai cara sehingga 
hilang rasa tulang tu kat kerongkong kakmah.

Yang ini bukan lagi tulang ikan bilis,
tapi sepit rambut yang berlekuk-lekuk sepanjang hampir
5 sentimeter, Subhanallah, tak dapat kakmah bayangkan
macam mana cemasnya cucu kakmah yang sekecil itu menghadapinya.

Sampai kat  hospital kakmah terus sergah menantu kakmah,
" Mengapa awak bagi anak makan sepit rambut? Tak ada nasi ke?"
Hehe, kesian kaklong, menantu kakmah, sedih je mukanya.
" Takpelah, sabar, doakan sepaya cepat selesai masaalah ni"
Pujuk kakmah sambil peluk dan cium memantu kakmah.

Selepas tu kami 4/5 orang terus je masuk ke bilik kecemasan.
Tempat angah terbaring lesu, pucat je kakmah tengok muka dan badannya.
Kakmah ingatkan dia pingsan, rupanya tidur je, Alhamdulillah, Ya Allah.

Tabahnya hati angah, terus je bercerita dengan kakmah 
macammana dia korek tekaknya sampai muntah
dalam percubaannya untuk mengeluarkan sepit yang tersangkut
dikerongkongnya, sebelum seorang jururawat yang tinggal sebelah
rumah menasihatkan supaya dibawa kehospital dengan segera.
Kakmah lihat meleleh airmatanya sambil bercerita.

Masa tu pihak hospital sedang bersiap-siap nak bawa Angah 
ke hospital Temerloh kerana doktor kurang berkeyakinan nak 
mengeluarkannya di hospital Lipis, kerana kurang peralatan.
Kakmah tunggu sampai Angah dan Ibu bertolak.

Berita terkini malam semalam Ayah dah sampai dari KL,
percubaan untuk mengeluarkan sepit tu dah dibuat tapi gagal.
sepit tu dah turun kebawah sikit.
Dan sedang menunggu giliran untuk buat cara lain.
Hari ni belum ada maklumat lagi dari Ibu dan 
Ayah yang ada di hospital Temerloh tu.
Kakmah doakan Angah selamat menjalani
proses mengeluarkan bendaasing dalam kerongkongnya,
Kawan2, tolong doakan cucu kakmah yee..

Semuga Jumpa Lagi.
Wassalam

Thursday, 1 November 2012

Chak!!!

Assalamualaikum,

Lama betul kakmah ni mendiamkan diri.
Muncul hanya sekali sekala je.
Bukan tak ada cerita yang nak dipaparkan.
Sebenarnya kakmah ni penuh sarat dengan cerita,
tapi tidak berapa sesuai untuk dipaparkan disini,
so kakmah pun mendiamkan diri ajalah,
membiarkan blog kakmah ni bersawang berkarat
dan kosong.

Hari ni dah Khamis rupanya,
ada masanya menghitung hari pun kakmah dah terlupa...
selalu je kakmah tersilap hari.
Sekarang baru pukul 8.5 minit pagi .
lambat lagi nak tengahari...
Bukan apa kakmah sebenarnya sedang berkia-kira 
nak makan apa tengahari ni,
walaupun perut kakmah ni dah mengelodak 
kelaparan sebab belum sarapan pagi lagi.

Terlanjur ada kesempatan ni buka blog dulu, 
lawat2 blog kawan2 dulu..
jap lagi sarapan...

Jom..
Jumpa lagi

Wednesday, 24 October 2012

Wednesday, 17 October 2012

Sekadar Menunjuk Muka

Assalamualaikum

Macam sepi je blog kakmah ni.
Diam tak diam dah seminggu kakmah tak update.
Kakmah bz sikit dan kakmah di uji Allah lagi.

Alhamdulillah malam ni dapat kakmah melepaskan
rindu kat blog ni. Dan malam ni kakmah bersiaran dari
Ukay Perdana lagi. Kakmah tak tau nak 
cakap apa lagi. Cukup dululah setakat ini.
Semuga jumpa lagi
Wassalam.

Tuesday, 9 October 2012

Stress

Assalamualaikum,

Tukar tajuklah plak. Sebenarnya bukan WW tapi STRESS.
baru kakmah sedar, rupanya kakmah ni sedang  Stress
yang amat sangat sampai hari pun kakmah dah lupa.
Semuga Allah sentiasa melindungi kakmah.


Tiga benda yang tak boleh
dan tak akan berjauhan dengan kakmah.
1. Kad appointment dengan dua orang doktor pakar yang berlainan.
2. Borang untuk mengambil spicemen, darah pastinya.
Tah berapa banyak dah darah kakmah disedut,
3. Kalendar, kalau jauh atau 
tersilap letak, alamat 
tertundalah 
temujanji.

Wassalam.

Monday, 8 October 2012

Tudung Saji Berhias.

 Assalamualaikum,

Selamat petang, selamat berehat setelah sehari suntuk
menjalankan tugas. Kakmah plak sehari-hari ni tak 
tau nak buat apa. Last2nya dapatlah ke tudung saji
comel yang dah di hias cantik ni hah.


Sebenarnya memang lama sangat dah kakmah terpikat 
dengan tudung saji begini. Kakmah selalu tengok dekat 
rumah kawan2 kakmah tudung saji yang comel lote ini.
Teringin plak rasa hati kakmah nak cuba membuatnya
nampak macam susah jee. Tapi kalau nak seribu daya
kata orang. Kakmah pun pinjamlah dengan kawan 
sebelah rumah kakmah. Dah sebulan sebenarnya saji
ni ada kat rumah kakmah. Baru hari ni kakmah tergerak 
hati nak mencubanya.


Tengoklah nie, jalinan kakmah yang pertama.
Tak berapa cantik. tak berapa susah juga menjalinnya.


Haa..ni dia dah siap pun sebaris.
Barisan seterusnya tah bila plak kakmah nak mula.
InsyaAllah, dalam masa sehari dua ni. InsyaAllah.

Ok, Jumpa lagi 
Wassalam.

Thursday, 4 October 2012

Budak Comot.

Assalamualaikum

Apa yee nak cakap,
Tengok gambar ajalah
layan ok..

Pengat pisang, nyam-nyam....


The best ABC in Town.


Sayanggg Ate.....

Budak comot.
Ni kalau masuk pertandingan budak comot,
grenti dapat johan.

 Wawwww....Ropol-ropol

Rumah Merah- cantik plak nampaknya.

Sebenarnya kakmah tengah sibuk ni
tapi nak juga buat entry.

Sambung keje,
Dateline Kul 12 Pm.
Metron Asiah Pejabat Kesihatan Lipis.


Jumpa lagi,
Wassalam.

Sunday, 30 September 2012

Lempeng Pisang ( Banana Pancake )

Assalamualaikum,

Selamat berhari minggi, selamat bercuti kepada rodong2 semua.
Sarapan apa pagi ni. Bawa anak2 sarapan kat kedai?
Baguslah sekali sekala bebas dari tanggungjawab memasak sarapan pagi
sambil hiburkan hati keluarga, sambil mengeratkan kasih sayang
sekeluarga. Sayu plak rasa hati kakmah yang tinggal sebatang kara ni..


Oklah, tak nak layan sayu2 ni, kalau dilayan nanti makin menjadi. Jom kita
share apa kakmah masak pagi ni untuk sarapan kakmah seorang diri. Hehe.
Tengok kat bawah tu, lempeng yang hitam legam tu namanya Lempeng Pisang,
atau kalau nak komersial sikit kita sebutlah " Banana Pancake"
haha..Masakan zaman tok nenek dulu. Tapi dah di komersialkan,
ada restoren khas yang jual lempeng pisang nie.


Kakmah baru lepas makan banana pancake ni. Alhamdulillah, kekenyangan,
sekeping habis kakmah makan. Lawan plak dengan air kopi panas. Berpeluh..


Sedappp...tak caya cuba buat. Lagi sesuai kalau buat untuk minum petang
dengan teh 'O' panas atau kopi 'O' panas, sebab dia manis.
Kepada yang tak pernah buat dan rasa2 nak cuba tu, ni kakmah
bagi resipinya.

Bahan-bahannya

1 cawan pisang dilecek hancur 'apa-apa pisang pun boleh, lain pisang lain rasanya'
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan santan bancuh dengan secubit garam
1 1/2 camca gula
1 camca majerin
minyak untuk menggoreng.

Caranya.
1. Masukkan Tepung, pisang, gula dan majerin kedalam bekas.
2. Masukkan santan dan kacau hingga sebati.
3. Panaskan satu camca minyak dalam kuali, tuangkan separuh adunan dan ratakan.
4. Kecilkan api tunggu sehingga sebelah bawah garing, tuangkan 1 camca lagi minyak,
    balikkan lempeng. Lempeng hendaklah sentiasa dibalik-balikkan hingga kedua
    belah garing dan masak ditengahnya. Gunakan api kecil lebih kurang 25 hingga 30 minit
    Setelah masak boleh angkat dan hidangkan.

Semuga jumpa lagi
Wassalam.


Saturday, 29 September 2012

Kesian Dia.

Assalamualaikum,


Dia ni kakmah jumpa semalam bertenggek diatas pokok misai kucing,
depan rumah anak kakmah, selang sebuah rumah aja dari rumah kakmah.
Kakmah rasa dia ni tersesat macam anak ular itu hari atau terjatuh dari
sarangnya. Kecil lagi dia nie, bulu pun belum tumbuh penuh.


Masa kakmah sentuh dia, dia diam aja, tak bergerak, kakmah rasa
dia nie sakit. Kakmah tak maulah ganggu sangat dia. Tapi kakmah 
sempat juga ambil gambar dia. Masa kakmah ambil gambar pun
dia diam aja. Tengok tu sayu je nampak muka dia. Kakmah tak 
berdaya nak tolong dia. Kalau dia boleh nganga mulut pun boleh juga 
kakmah suapkan ulas2 nasi kedalam mulut dia. Tapi dia tetap diam
dan membisu seribu bahasa. Akhirnya kakmah tinggalkan aja dia
dengan hati yang sedikit kesal, sebab tak tau apa nak dilakukan
untuk membantu dia. 


Pagi tadi semasa lalu dekat situ, kakmah tengok dia dah tak ada, cuma
tinggal beberapa helai bulu sahaja, menandakan dia dah tak ada.
Kakmah rasa dia dah menjadi habuan kucing yang selalu lalu lalang
kat situ. Kesal plak rasa hati kakmah kerana tak selamatkan dia,
atau sekurang-kurangnya bawa dia masuk kerumah, bagi dia
perlindungan.
Kejamkah kakmah???

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Wednesday, 26 September 2012

3 Dalam 1

Assalamualaikum,

Kalau tengok tajuk kat atas tu gaya macam kakmah nak cerita pasal
kopi jee kan. Isshh tak adalah...kakmah bukan peminat kopi 3 in 1 pun,
tapi kalau ada sapa2 bagi kakmah minum free, kakmah tak tolak.
kakmah misti minum punya.


Tengoklah gambar kat atas tu, sebenarnya semasa kakmah menulis entry
ni, sekarang ni kat dalam oven kakmah tu ada bahulu yang sedang kembang
menaik. kejap lagi kekuningan emas lah tu. oppss..kejap yee kakmah
nak tengok, takut2 kalau lambat nanti hitam plak bahulu kakmah tu.


Dah tengok bahulu, dah angkat, masukkan yang baru, kakmah terus menyimpang
kesatu sudut yang lain plak. Nak buat apa lagi kalau tak goyang kaki. Haa,,
tengok ni apa kakmah tengah buat, jahit baju raya kakmah. Memanglah
 raya puasa dah lepas, tapi ni untuk raya sakan malam esok.
Ada jamuan malam esok yang kakmah nak hadiri, teringin plak rasanya
nak pakai baju baru. Boleh siap ke, insyaAllah kalau tak ada aral
melintang. Bedar kemunkinan kakmah nak jahit manik2 kat 
hujung lengan baju kakmah tu. Tu pun kalau masa mengizinkan.


Haa..kat sinilah kakmah tengah buat entry sekarang ni...nampak tak periok
kakmah yang besar tu. tapi ni bukan kat dapur yee,
sebelah meja makan kakmah je. Ni sekadar nak memudahkan kakmah 
menyelengarakan ketiga-tiga kerja kakmah berselang seli sekali gus.

Jangan tiru macam sayaaaa...
oklah, nak sambung jahit baju jap.
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Kakmah On Twitter

Assalamualaikum,

Sallam Pagi Rabu. Semuga kawan2 ceria, gembira dan bersemangat 
menjalankan tugas.Ni bukan Rabu bisu yee...
ni Rabu yang bertwitt. Haha...nak tergelak plak kakmah.
sebenarnya ni kakmah nak cerita tentang kejahilan kakmah
dengan laman sosial yang bernama twitter.

Kakmah memang tak ada akaun dengan laman Twitter ni,
tapi kakmah taulah tu laman sosial, cuma kakmah tak pernah buka 
pun website tu. Kakmah memang tak tau apa fungsi 
laman sosial tu, ditambah plak kakmah ni sibuk memanjang.

Tapi dua hari lepas macam tergerak plak hati kakmah 
nak buka akaun dengan Twitter ni, tu pun setelah
seorang kawan invite kakmah guna email kakmah,
kakmah klik je pada link tu, terus je sampai ke
page yang suruh kakmah sign up.
pe lagi kakmah pun sign uplah.
tapi masaalahnya kakmah langsung tak tau macam
mana nak guna laman tu..
Isshhh...macam mana ni, 
kakmah langsung tak tau apa lagi nak dibuatkan di 
laman ni selain dari twitt.

hehe...harap bersabar yee kakmah.

Jumpa lagi,
Wassalam.

Tuesday, 25 September 2012

Kurung Riau atau Kurung Pahang

 Assalamualaikum,

Kompius kakmah, kawan kakamah kata tolong buat baju
kurung riau. macam ni lah bentuknya.


Masa kecik2 kakmah selalu tengok mak sedara kakmah
pakai baju kurung yang macam ini. kata dia ini kurung pahang.
Yang mana satu betul ni, kurung riau ke kurung pahang.

Ada plak kawan kakmah kata, tolong buat baju kurung
yang pesak gantung ye..

Alamak mana satu yanag betul nie,
tapi kakamah kata ini kurung Pahang....

Semuga jumpa lagi..
Wassalam



Monday, 24 September 2012

Kakmah Kembali Berblog

Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2, pengunjumg blog kakmah.
Kakmah minta maaf sebab lama tak update blog
kakmah nie. Sebenarnya kakmah lama tak online
sebab kakmah berada diKuantan. Kakmah cuba juga 
nak online masa berada dikuantan,
tapi tak ada line.
Walau macam mana pun kini
kakmah dah kembali ke Lipis,
kembali online dan kembali update blog kesayangan 
kakmah nie. Terima kasih kawan2 dan pengunjung
setia blog kakmah, walaupun cuma dapat tengok
entry lama, pengunjung tetap ramai macam biasa,
Terima kasih sekali lagi atas sokongan
kawan2 pada blog kakmah yang tak seberapa nie.

Cuma hari ni kakmah ada masaalah sikit nak upload gambar2
yang kakmah ambil dengan hp kakmah,
tak boleh nak upload.
tak apalah kan, nanti2 bolehlah tu.

Tunggukan yee apa entry kakmah yang
seterusnya...

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Wednesday, 12 September 2012

Doa, Usaha, Istiqmah, Tawakkal = DUIT.

Assalamualaikum,

Salam sejahtera, selamat menjalankan tugas kepada yang online semasa menjalankan tugas tu. Semoga semuanya gembira dan ceria-ceria selalu, tak ada rasa boring, tak ada rasa mengantuk sewaktu menjalankan tugas. macam kakmah ni hah, ceria sentiasa. Buktinya tengok gambar kat bawah tu hah. 


Apa hal lah pulak kakmah ni, tunjuk-tunjuk surat pulak, siap ada angka giliran lagi nombor 18 tu hah. tengok senyum kakmah yang simpul2 tu mestilah menandakan kakmah sedang atau pun akan mendapat laba kan...Oppsss...jangan jelous tau, ini semua berkat Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal ( D.U.I.T.) kakmah sendiri tau. Akhirnya berjaya juga kakmah mendapatkannya, barangan idaman kakmah.

Nak tau apa impian kakmah selama ini setelah kelas komputer kakmah ditutup beberapa bulan yang lalu. Ya kakmah teringin sangat nak memiliki sebuah mesen jahit yang sempurna, maksudnya lebih baik dari mesen jahit yang kakmah ada sekarang, supaya kakmah boleh menjahit dengan lancar.

Kakmah juga ingin memiliki sebuah mesen jahit tepi supaya supaya tidak terganggu tugas kakmah menjahit bila kadang-kadang toke kedai jahit tidak dapat menjahit tepi kain kakmah dengan segara sepertimana yang kakmah inginkan. Dan yang pentingnya kakmah inginkan sebuah mesen jahit sulam.

Ahamdulillah melalui 1 AZAM ( Akhiri ZAman Miskin) kakmah dah 90% berjaya memiliki semua itu. Pagi tadi kakmah dah pergi temuduga dengan JKM, dah isi borang dan dah pun menandatangani Akujanji. InsyaAllah tak lama lagi kakmah akan dapat memiliki semua yang kakmah idamkan selama ini.

Itulah puncanya kakmah senyum simpul aja dalam gambar kat atas tu. haha..Alhamdulillah syukur ku padaMU ya Allah.

Semuga Jumpa Lagi.
Wassalam.

Tuesday, 11 September 2012

Kisah Abil dan Gee

Assalamualaikum,

Selamat Pagi Selasa kakmah ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger, pengunjung setia dan tak setia. Dah sarapan pagi ke semua? kakmah belum sarapan lagi. Kejap lagi kut. Kepada yang tengah bersarapan tu, (ada yang makan nasik lemak, roti canai, nasi dagang, mee goreng, nasi kerabu, subhanallah sedapnya, terliur plak kakmah rasanya), jangan lupa kepada orang mereka yang kurang bernasib baik, yang tidak mampu untuk bersarapan kerana tidak mampu untuk membeli sarapan, tidak mampu untuk makan kerana sedang terlantar sakit, ataupun sedang berpuasa kerana sebentar lagi akan menjalani pembedahan. Kepada mereka meraka ini marilah kita berdoa semuga Allah mempermudahkan rezki mereka, menyembuhkan mereka dari sakit supaya dapat semula menikmati rezki Allah yang lazat lagi nikmat ini.


Sebenarnya entry ini terilham setelah beberapa kali kakmah membaca blog dari blogger yang gambarnya tertera diatas ini. Biasanya kalau kakmah jalan-jalan kat blog kakcik seroja kakmah tak kan lupa untuk klik ke link blog dia untuk mengikuti perkembangan perjalanan hidup mereka berdua. Abil Fikri dan Gee. Bagi kakmah mereka adalah lambang cinta sejati seorang suami terhadap isterinya. Setiap kali kakmah membaca catatan Abil, kakmah rasa sangat terharu dengan keikhlasannya merawat dan menjaga isterinya. Lebih-lebih terharu lagi dengan keyakinannya terhadap janji dan rahmat Allah.


Dikesempatan ini, kakmah juga mendoakan semuga Gee akan sembuh sepenuhnya sebagaimana impian suaminya Abil, dan kepada kawan2 semua mari kita sama2 mendoakan Gee cepat sembuh, dan Abil sentiasa sihat supaya dapat merawat Gee sesempurna munkin. Kepada Abil, kakmah harap terus bersabar, teruskan berusaha kerana satu hari nanti pasti Gee akan sembuh sepenuhnya dan kembali menjalani kehidupan ini seperti sediakala.


Kasih sayang suami memang tiada batasannya. Seperti Abil yang sanggup berhenti kerja kerana ingin merawat sendiri isterinya. Tapi tidak semua suami yang sanggup berbuat seperti ini melainkan mereka adalah orang2 yang dipilih oleh Allah. Abil adalah seorang diantaranya. Sekali lagi kakmah doakan semuga Allah memberkati usahanya. Semuga Gee sembuh seperti sediakala. Semuga mereka berkesempatan untuk menikmati kehidupan berumahtangga seperti sebelum Gee terlantar sakit. Amin Ya Allah.

Semuga jumpa lagi
Wasalam.


Monday, 10 September 2012

Betul Ke Ini Buah Tin

Assalamualaikum,

Tengahari semalam kakmah kerumah kak Mahfuzah di kampung Bercang, sudah pastilah dalam daerah Lipis.Menjengah je kat pagar dia kakmah nampak satu pokok yang buah dia macam kat bawah ni. Kakmah pun tegur, "Eh buah ara besarnya, ni ara nasi ni, buat ulam sedap". Tapi bila kakmah tengok balik bentuk batang dan bentuk daunnya, memang jauh berbeza dengan bentuk pokok ara nasi yang kakmah pernah tengok selalu tumbuh di tebing2 sungai.


Pokok ara yang selalu kakmah tengok tumbuh tepi sungai tu batangnya lurus menegak, dahannya pun lurus, kalau diptong didalamnya kosong semacam batang buluh. Daun nya pula berbulu. Tapi yang ini pokoknya 
semacam pokok koko dan daunnya pun seakan-akan daun pokok koko, tapi lebih lebar dan membujur. Kat bawah ni rupa buah yang dah masak, warnanya merah, didalamnya pun merah, tapi banyak getah macam buah ara juga.


Bila kakmah nampak je kak Mahfuzah kakmah terus tanya, itu buah apa kak?  " Eh itu buah tin" kata kak Mahfuzah. " Buah Tin yang macam orang selalu bawak balik dari mekah tu ke,yang dah dikeringkan? Yerlah kata kak Mahfuzah.


Betul ke ini buah tin, kakmah pun ragu-ragu juga sebenarnya, tapi kak Mahfuzah kata ramai yang datang kerumah dia ambil buah ni untuk di buat gulai lemak dengan daging. Sedap katanya. Kakmah pun berkesempatan juga rasa sikit buah dia yang telah masak, tidak manis cuma ada rasa lemak2 sikit.

Walau apa pun pokok ni memang lebat berbuah, seluruh pokok ditumbuhi buah, tapi macam mana nak manafaatkan buahnya, atau macam mana nak keringkan supaya menjadi seperti buah tin kering yang orang jual bersama kurma, atau pun yang orang bawa balik dari Mekah tu. Kesian buah ni membazir saja, buahnya yang masak akan gugur tanpa dipedulikan.

 Ini buah tin yang kakmah google dari blog nie

 dan gambar ni plak dari blog ni

Pokok yang kakmah tengok semalam tu nmacam ni lah...

Atau Tin tu sendiri bermaksud ara, pokok ara ni ada beratus-ratus jenis, ada yang boleh dimakan, ada yang tak boleh dimakan. Kakmah tak pasti, sesiapa yang tahu tu tolong bagi tau kat kakmah dan kawan2 lain yee.

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.


Sunday, 9 September 2012

Sekotak Air Soya dan Sepotong Kek.

Assalamulaikum,

Selamat berhari minggu, selamat berehat, selamat berlibur.



Sekotak air soya dan sepotong kek
   Inilah sarapan pagi saya
Air soya dikatakan pencegah penyakit
   Kek ni sekadar penyedap rasa.

Saturday, 8 September 2012

Sarapan Mamee Cawan.

Assalamualaikum,

Selamat pagi sabtu. Selamat bercuti hujung minggu, selamat menguruskan rumahtangga, selamat berlibur. Panjang ucap selamat kakmah pagi ni yek. Apa taknya kakmah tengah fening kepala sekarang nie. Mengapa??? Apa taknya, pagi ni puas selongkar dapur, selongkar peti ais, tak ada satu pun makanan yang boleh membuka selera kakmah. Nak keluar beli makanan ke pekan sari pun, hari hujan kat sini.

Alhamdulillah, akhirnya dapatlah secawan mamee kat atas peti, walaupun kakmah tak berapa minat sangat dengan mee segera ni, terpaksa jugalah kakmah makan, ni hah baki kakmah makan, tak larat dah nak menghabiskannya. Simpan je, kalau rasa nak makan lagi nanti kakmah panaskan aja, boleh makan lagi. Rugi rasanya kalau dibuang.

Oklah, kepada yang tengah bersarapan,
Selamat bersarapan.
Jumpa lagi,
Wassalam.

Friday, 7 September 2012

Nasi Impit Kuah Kacang.

 Assalamualaikum,

Selamat hari Jumaat.

Tak abis lagi bab makanan ni.
Nasi impit kuah kacang, menu yang selalu kita jumpa bila bertandang kerumah kawan sewaktu hari raya. Hari-hari lain rasanya jarang kita jumpa hidangan nasi impit ni, melainkan kalau ada majlis2 tertentu. Kakmah kalau jumpa nasi impit ni suka sangat makan.


Ada bermacam-macam cara orang buat kuah kacang untuk nasi impit ni. Ada yang suka dicampur dengan udang kering, ada yang dicampur dengan ikan bilis. Rupanya pun bermacam2. Ada yang keputih-putihan, kekuning-kuningan, kemerah-merahan, dan ada yang kehitam-hitaman. Semuanya ada keistimewaan tersendiri dari segi rasanya.


Kuah kacang kakmah pulak, haa macam dalam gambar ni lah rupanya. Nak buatnya pun mudah ada, tak perlu berpeluh-peluh tepi dapur sebab nak goreng kacang atau nak masakkam kuah. Semuanya kakmah percepatkan dan permudahkan. 


Nak buat nasi impit pun senang je, beli aja yang dah siap packing, banyak dijual di kedai, tapi kalau nak jimat, packinglah sendiri, masukkan beras dalam plastik yang tahan panas tu, dan jahit dan rebus selama satu jam. Dah pun siap.

No kacang tanah yang dah kakmah goreng. Goreng hitam sikitlah, baru tak rasa mentah kacangnya. kalau mentah nanti takut kembung plak perut orang memakannya.
Ni kakmah nak letak resipi kuah kacang kakmah, kalau ada sapa2 nak cuba bolehlah yee..

Bahan-bahannya,

200 gm kacang tanah
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 in. lengkuas
4 sudu cili kering yang dikisar sendiri.( cili boh atau cili yang di jual dipasar kakmah tak pernah beli)
3/4 cawan minyak masak,
6 sudu gula.
1/4 keping gula kabung atau 2 sudu gula merah
1 keping asam gelugur ( ada orang letak asam jawa, kakmah nak mudah letak asam keping je)
garam secukup rasa.

Cara-caranya

1.Panaskan 4 sudu minyak dalam kuali dan gorangkan kacang tanah yang dah dibersihkan sehingga garing kehitam-hitaman. Angkat dan tuskan minyak.

2. Bawang besar, bawang putih dan serai di potong dan kisar.

3. Panaskan lebihan minyak masak didalam kuali, tumiskan bahan yang telah dikisar hingga masak dan garing.

4. Sementara menunggu bawang masak, kisarkan kacang tanah dengan 2 cawan air dalam pengisar basah.

5. Bila bawang telah masak masukkan 4 sudu cili kisar, dan masukkan 3/4 cawan gula, kacau hingga kelihatan pekat.

6. Bila telah pekat masukkan kacang tanah yang dah di kisar dengan air, kacau hingga sebati.

7. Tambahkan 4 cawan air lagi, kacau dan masukkan garam, asam keping, gula kabung atau gula merah dan
kecilkan api ketahap sederhana. Biarkan kuah mendidih dalam setengah jam dan kacaulah setiap 5 minit sekalu supaya tidah hangus.

8. Bila kuah dah kelihatan pekat sedikit, rasa garam dan gulanya, dan sedia untuk diangkat. Sejukkan dan sedap dimakan dengan nasi impit atau satay sewaktu dah sejuk.

Selamat memasak dan jumpa lagi..
Wassalam







Thursday, 6 September 2012

Ayam Goreng Berlada Dengan Petai


Assalamualaikum,


Ulam petai ni memang kegemaran kakmah, apa lagi kalau dibuat sambal tumis, tapi petainya janganlah terlebih masak, supaya terasa lemaknya.Beberapa hari yang lepas kakmah terasa macam nak makan sambal tumis petai, diwaktu yang sama kakmah nak juga makan ayam goreng berlada. Haaa...malas punya pasal terciptalah resipi ni. Resipi yang paling simple, tapi puas hati kakmah dapat makan kedua sekali, sambal petai dan ayam goreng berlada dalam satu resipi hahaha...

Nak resipi?
Ada yang malas macam kakmah juga ke?
Boleh aja, sila salin resipi kat bawah ni yee.. 

Bahan-bahannya.

1. 6 atau 7 ketul ayam dipotong sederhana besar.
2. 8 tangkai cili kering
3. 1 setengah biji bawang besar
4. 3 ulas bawang putih.
5. 1 setengah keping petai
6. Minyak secukupnya.
7. Garam dan sedikit gula.
8. Sedikit serbuk kunyit.
9. Setengah sudu air asam jawa ( kalau rasa nak masam sikit, boleh lebihkan)

Cara-caranya.
1. Ayam dibersihkan, gaul dengan garam dan kunyit, goreng sehingga masak, jangan terlalu garing.
2. Cili kering di potong dan rendam dalam air panas sekejap, dan tuskan.
3. Kisar sebiji bawang besar bersama dengan bawang putih dan cili kering yang dah di rendam.
   ( Kalau suka pedas boleh dilebihkan cili)
4. Dalam minyak secukupnya, tumiskan bahan yang telah dikisar tadi, masukkan satu setengan camca gula,
    setengah sudu air asam jawa dan tumis hingga garing.
5. Bila dah garing masukkan suku cawan air, didihkan, masukkan garam.
6. Bila dah mendidih masukkan petai yang dah dibuang kulit, dan hiriskan lebihan setengah biji bawang besar 
    tadi dan masukkan sekali. kacau lagi hingga bawang dan petai layu dan kuah agak pekat.
7. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng, kuap balikkan hingga sambalnya rata menyaluti ayam.   
8. Angkat dan sedia dihidangkan.

Simple kan, adik2 dan anak2 yang baru nak belajar masak tu boleh cuba. Terima Kasih.

Jumpa lagi,
Wassalam

Sunday, 2 September 2012

Time Testing

Assalamualaikum,

Dah lama sangat kakmah ni berblog,
rupanya ada lagi benda yang kakmah tak perasan dalam mengendalikan blog ni.
Biasanya kalau kakmah berblog pagi, dia tulisnya PM,
pas tu hari bulan lewat sehari.

Pagi ni baru kakmah betul2 perasan.
Puas jugalah kakmah adjust tarikh dan masa kat PC kakmah,
tak jadi juga.
Rupanya kat blog ni sendiri ada time settingnya yee..
baru kakmah tau hahaha...
Walau pun dah lama berblog, 
rupanya kakmah ni masih belum habis lagi 
belajarnya tentang blog ni.
Alhamdulillah, pagi ni semuanya settle.

oklah, jumpa lagi
Wassalam.

Edit sikit
Alhamdulillah,
tepat dah masanya.


Saturday, 1 September 2012

Sampai Bila

Assalamualaikum,

Entahlah sampai bila,
kakmah tak boleh nak upload gambar nie,
Data cable rosak @ tak boleh pakai dah
boring betul kalau buat entry tak ada gambar,
yang kakmah beli semalam pun 
tak leh guna gak,
esok mesti nak kena tukar ni,
gambar yang kat dalam phone kakmah nie
dah expired dah, 
lama sangat tak upload dan buat entry

Tengahari tadi kakmah pergi 
Wedding of The Year Lipis 2012,
meriah sungguh, tapi sayang 
tak ambil gambar,
bukan apa, kakmah takut gambar tu berkulat
lagi kat dalam phone ni.
esok kakmah harap2 dah boleh upload
apa2 gambar untuk entry kakmah 
seterusnya. Meriahlah sikit kalau blog
kakmah nie dah ada gambar.

Jumpa lagi,
Wassalam.

Friday, 31 August 2012

Merdeka ! Merdeka ! merdeka !

Assalamulaikum,


Sallam Pagi Jumaat kakmah ucapkan kepada rakan2, sahabat2, para pengunjung blog kakmah.
Hari ini hari ulang tahun kemerdekaan negara kita tercinta yang ke 55. 
Selamat Hari Merdeka
Kakmah ucapkan kepada semua sahabat2, rakan2 kawan2 dan pengunjung
setia atau sekali sekala blog kakmah ini, dan kepada semua Rakyat Malaysia.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Jumpa lagi,
Wassalam.

Friday, 24 August 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Kakmah ucapkan kepada semua Rakan-rakan
blogger kakmah, pengunjung2 setia blog kakamah,
pengunjung-pengunjung yang sekali sekala datang kesini,
dan tak lupa juga kepada pengunjung yang tiba-tiba
tersesat kesini. 

Rindu, rindu, rindu,
itulah yang dapat kakmah gambarkan perasaan kakmah sekarang ini.
Setelah sekian lama tak update blog, tak bw, malah langsung tak 
jengah blog ni, kakmah rasa tersangat rindu dengan kawan2,
blog2 kawan2, harap2 lepas ni kakmah tak culas2 lagi.
tak faham apa maksud culas tu, 
hehe, culas tu maksudnya,
lebih kurang tak seriouslah, atau tak bersungguh.

Jumpa lagi,
wassalam.

Friday, 3 August 2012

Sekadar Bertanya Khabar

Assalamualaikum,

Kawan2 semua, Selamat Pagi, Selamat Berpuasa,
Hari ni kakmah online sekadar nak bertanya
khabar kawan2, Dah buat persiapan 
Raya ke. Kakmah percaya
semuanya
dah 
kan,
walaupun
hari ni baru
hari ke empat belas kita
berpuasa. Diam tak diam je yee, pejam
celik, pejam celik dah nak raya. Oklah kawan
kawan, selamat berpuasa, selamat membuat persiapan raya.
Wassalam

Monday, 23 July 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Assalamualaikum,

Maafkan kakmah ye kawan-kawan, rakan blogger dan pengunjung
blog kakmah kerana terlambat mengucapkan Salam Ramadhan
kepada rakan-rakan semua.
Doa kakmah semuga Ramadhan kali ini akan menambah berkat kehidupan
kita semua, semuga segala amalan kita diberikan
ganjaran yang berlipat ganda. Semuga kita sentiasa sihat agar dapat
menjalankan ibadah puasa dengan sempurna.
Selamat menjalani ibadah puasa
dan
yei yei yei....tak lama lagi nak RAYA...

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Friday, 13 July 2012

Maka Kesibukan Kakmah Pun Bermula.

Assalamualaikum,


Sallam Ceria Pagi Jumaat.
Setiap hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing,
Hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa dari hari-hari
yang lain. Terdapat enam keistimewaan hari Jumaat ia-itu : 

1. Berlakunya Kiamat.
                              
2. Nabi Adam dicipta dan dia juga disingkirkan dari Syurga.

3. Penghulu segala hari.                        

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

 5. Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku.

 6. Makbulnya doa diantara dua khutbah.

( Kebanyakan ulama' berpendapat bahawa makbulnya doa
 yang dibaca diantara dua khutbah iaitu ketika imam sedang
 duduk antara khutbah pertama dengan khutbah kedua.)
                                   
                                                      
Bagi kakmah pula hari Jumaat ini adalah permulaan hari-hari
yang sibuk bagi kakmah menjelang bulan Ramadhan dan
sepanjang bulan puasa ini nanti.

Dijangkakan ada lima program sumbangan kasih Ramadhan
yang akan kakmah kendalikan sepanjang bulan ramadhan ini,
ini baru peringkat pertubuhan yang kakmah anggotai, belum
lagi kakmah mengira peringkat jabatan kerajaan yang biasanya 
kakmah sertai atau turut serta mengendalikannya.

Malam kelmarin, malan Khamis adalah permulaan kepada
segala program yang dirancang. Dimulakan dengan Jabatan
Agama Islan Daerah yang telah mengadakan program
" Majlis Bersama Saudara Muslim Peringkat Daerah Lipis"
Sempena sambutan Bulan Ramadhan.

Tak ada banyak gambar yang kakmah dapat tangkap,
malulah plak sebeb kakmah duduk kat meja 
Al Fadhil Tuan Kadi dan timbalannya.
Cuma yang satu kat atas tu aja yang dapat kakmah
tangkap, tu pun tak berapa betul sudutnya,
dan kak mah ambil dalam keadaan tergesa-gesa.
Tu pun sekadar nak masuk dalam aktiviti persatuan
kakmah. Hehe..
Oklah, hari ni kakmah kena pergi bank lagi, 
urusan semalam belum selesai,
berapa banyak kali kena pergi bank, tak taulah,
termasuk hari ni dah 3 hari kakmah berulang ke bank,
cuma nak buka akaun untuk persatuan. 
Susah juga yek nak buka akaun bank untuk persatuan nie..

Ok kawan2, jumpa lagi...
Tolong doakan kakmah sentiasa sihat,
supaya mudah kakmah nak buat kerja amal nie yee kawan2.
Terima kasih.
Wassalam.


Tuesday, 10 July 2012

Kakmah Kembali Bersiaran

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dipagi yang cerah, dipagi yang ceria,
dipagi yang berkat ini, kakmah kembali bersiaran
melalui blog kesayangan kakmah ini.



 Apa khabar kawan-kawan kakmah semua, semuga semuanya
sihat2 dan ceria belaka. Yang paling utamanya, semuga semuanya
dah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan
al mubarak yang akan sampai dalam masa sepuluh hari saja lagi.



Diam tak diam kita dah 20 hari berada didalam bulan
Syaaban. Alhamdulillah syukur kakmah pada Allah,
kerana kakmah dah kembali sihat seperti biasa pada
saat ini dan dah cukup bersedia untuk menjalani ibadah
puasa pada bulan Ramadhan nanti.


Cumanya kakmah teringin nak mengenang kembali detik-detik
beberapa minggu yang lepas sekadar sebagai kenangan, dimana
kakmah di uji Allah dengan beberapa peristiwa, yang mana kakmah
anggap hanya ujian Allah menjelang Ramadhan ini, dan kakmah 
harap ujian ini sebagai kifarah terhadap dosa-dosa kakmah 
yang lalu sama ada yang kakmah ketahui atau yang kakmah 
tak sedar, maklumlahkan, kita sebagai hamba ini memang
tak sunyi dari malakukan dosa sama ada sedar atau tidak.


Ini diantaranya, yang terjadi sewaktu kakmah nak balik
ke Lipis dari Kuantan. Walaupun nampak sikit je tapi,
membuatkan kami tersadai ditepi lebuhraya selama hampir
4 jam dalam cuaca gelap dan hujan renyai2 kerana 
kebocoran tangki air. Keadaan masa tu tak payahlah 
kakmah ceritakan, bayangkan saja kakmah dengan anak
 kakmah dengan 2 orang baby dalam kereta ni ditepi lebuhraya
pada pukul 8.00 malam, diluar kereta hujan renyai2.
Alhamdulillah, semuanya selamat.
Dan banyak lagi kejadian termasuk kakmah terpaksa
terbaring dalam wad kecemasan dari pukul 12.00
pagi hingga 3.30 pagi kerana sakit dada.
dan yang lain2nya yang sangat menyentuh hati kakmah
yang tak perlu kakmah ceritakan disini,
kerana kakmah tak mau menyinggung perasaan 
mana2 pihak.



Akhirnya kakmah kembali ceria bila kawan kakmah
yang seorang ni ajak kakmah pergi rombongan ke Air Hitam
dan Tangkak dan dia tolong bayarkan tambang untuk kakmah.
Alhamdulillah, terima kasih ye Asmah. Tengok tu,
lepas solat Zohor, sempat lagi dia posing untuk blog kakmah.


Gambar sekadar hiasan terlanjur kakmah dah berjanji nak
upload kesemua gambar yang kakmah ambil kedalam
blog kakmah nie.

  
Layu dah muka masing2 kerana kepenatan.
Ni dah nak balik nie.








Dan yang pentingnya kalau pergi Johor,
mesti rasa ni. Mee Bandung Muar.
Sedap, memang sedap, tu je yang kakmah mampu cakap.
Kalau nak tahu macam mana sedapnya.
Kena rasa sendiri.


Kat dalam kedai langsir pun sempat lagi kami bergambar.
Yang pentingnya dapat gambar paten langsir, 
macam dalam gambar kat atas. Banyak lagi paten
langsir yang kakmah tangkap gambar,
cuma tak upload kesini.


Kain langsir kakmah sempat beli.

Ok kakmah kena pergi hospital dulu. Jumpa lagi.
Wassalam.