Showing posts with label Perkongsian Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Ilmu. Show all posts

Monday, 1 August 2022

Buah Apa Ini

Assalamualaikum
Sahabat blogger dan Sahabat pengunjung setia Blog Lipislady.
Alhamdulillah, jumpa lagi kita di awal tahun baru
Hijrah 1444, semuga kita semua di Hidayahkan
oleh ALLAH dengan Azam Baru.

Alhamdulillah, siapa kenal, buah apa ni?

NANGKA!  Salah

CEMPEDAK Pun salah

Ha, ini je yang kita boleh makan dari buah ni, Dah siap rebus ni dengan garam, boleh dan sedap dimakan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam atau gula. Boleh juga dipotong nipis untuk dibuat bubur atau pengat, yang dah direbus ni

Inilah buah BANGKUNG, jarang dah jumpa buah ni, hampir pupus dah pokoknya. Alhamdulillah, di kampung Kak Mah ada lagi, sepokok aja.

Ok semua sahabat, sampai sini dulu,

Semuga jumpa lagi,

Wassallam

 

Wednesday, 11 September 2013

Mimpi

Assalamualaikum

Apa khabar rakan-rakan blogger, pengunjung-pengunjung    setia kakmah? Lama kakmah tak menjenguk rakan-rakan dan kawan-kawan disini, semenjak lepas raya ni kesihatan kakmah tak berapa baik, demam, batuk dan selsema, menjadikan kakmah rasa begitu berat nak berbuat sesuatu. Kakmah cuma berbari je di tempat tidur, sambil berehat-rehat, kadang-kadang dapat jugalah kakmah menggunakan masa rehat itu untuk membaca buku yang berfaedah dan membelek-belek surat khabar lama yang ada dalam simpanan kakmah. 

Dalam pada membelek-belek kakmah terjumpalah satu artikel ini didalam sebuah akahbar lama, lalu kakmahrasa ingin untuk berkongsi cerita ini bersama-sama teman-teman kakmah yang dikasihi melalui blog ini. Semuga cerita ini boleh memberi sedikit menafaat untuk kita semua. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Maksud ayat daripada surah AL-'ASHR
( MASA )
Di turunkan di Makkah
3 ayat

"1. Demi masa.  2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.  3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat ( nasihat-menasihati ) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran."

KISAH YANG MUNKIN NYATA

Seperti biasa setelah pulang dari pejabat dan tiba dirumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Aku rasa aku sangat malas untuk membersih diri dan menunaikan solat. Sementara isteri dan anak-anak sedang berkumpul diruang tengah sambil menonton television.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi-sepoi yang menghembus tepat dimukaku.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya, berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba-tiba sudah berdiri didepan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangan yang tiba-tiba itu.

Sebelum sempat bertanya siapa dia....tiba-tiba aku rasa dadaku sesak, sukar untuk bernafas...

Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan perlahan-lahan dari dadaku...terus berjalan kekerongkongku...sakitttt...sakit...rasanya....

Keluar air mataku menahan rasa sakitnya..

Oh...Tuhan...apa yang telah terjadi pada diriku....

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh...kkhhh...kkhhh...kerongkong ku berbunyi...

Sakit rasanya. Sakit yang teramat sakit....

Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...

Badan ku gementar.... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak....air mataku seolah tak berhenti....

Tangan dan kakiku kejang sedetik setelah benda itu meninggalkan aku...

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu...pergi...berlalu begitu saja..hilang dari pandangan...

Namun setelah itu.....aku merasa aku jauh lebih ringan, sihat, segar, cerah....tidak seperti biasanya.

Aku hairan.... isteri dan anak-anak ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba-tiba terkejut berhamburan kearahku.

Disitu aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku diatas sofa yang ku duduki tadi.

Badannya dingin, kulitnya membiru...

Siapa dia???

Mengapa anak-anak dan isteriku memeluknya sambil menangis, mereka menjerit..histeria...terlebih isteriku...seolah tidak mahu melepaskan orang yang terbujur itu.

Siapa dia????

Betapa terkejutnya aku......ketika wajahnya dibalikkan...

Dia...dia....dia mirip dengan aku....ada apa ini Tuhan???...

Aku cuba menarik tangan isteriku...tapi tak mampu.

Aku cuba pula untuk merangkul anak-anak ku tapi tak berjaya..

Aku cuba jelaskan, kalau itu bukan aku...

Aku cuba jelaskan kalau aku ada disini...

Aku mulai berteriak...tapi mereka seolah tak mendengarkan aku...

Seolah mereka tak melihat ku...

Dan mereka terus menerus menangis. Aku sedar, aku sedar bahawa lelaki misteri tadi telah membawa roh ku keluar dari jasad ku...

Aku telah mati....Aku telah matiii....

Aku telah meninggalkan mereka...tak kuasa aku menangis...berteriak....aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku...

Aku sangat sedih. Selama hidupku belum banyak aku lakukan untuk membahagiakan mereka.

Belum banyak yang telah ku lakukan untuk membimbing mereka kejalan yang benar..

Tapi waktu telah habis.... masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk disofa setelah penat seharian bekerja...

Sesungguhnya...bila aku tahu aku akan mati...aku pastiakan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untu keluarga dan lain-lain...

Aku menyesal, aku terlambat menyedarinya...

Aku mati dalam keadaan belum solat....
Oh..Tuhanku,....Jika KAU inginkan keadaanku masih hidup, masih bisa membaca bicara hati ini...sungguh aku amat sangat bahagia...

Kerana aku masih ada waktu untuk bersimpuh...mengakui segala dosa....dan berbuat kebaikan, sehingga bila maut menjemput ku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia..

Wallahualam....

Kalau nak share silakan.


Sekian 
Wassalam...


Monday, 10 September 2012

Betul Ke Ini Buah Tin

Assalamualaikum,

Tengahari semalam kakmah kerumah kak Mahfuzah di kampung Bercang, sudah pastilah dalam daerah Lipis.Menjengah je kat pagar dia kakmah nampak satu pokok yang buah dia macam kat bawah ni. Kakmah pun tegur, "Eh buah ara besarnya, ni ara nasi ni, buat ulam sedap". Tapi bila kakmah tengok balik bentuk batang dan bentuk daunnya, memang jauh berbeza dengan bentuk pokok ara nasi yang kakmah pernah tengok selalu tumbuh di tebing2 sungai.


Pokok ara yang selalu kakmah tengok tumbuh tepi sungai tu batangnya lurus menegak, dahannya pun lurus, kalau diptong didalamnya kosong semacam batang buluh. Daun nya pula berbulu. Tapi yang ini pokoknya 
semacam pokok koko dan daunnya pun seakan-akan daun pokok koko, tapi lebih lebar dan membujur. Kat bawah ni rupa buah yang dah masak, warnanya merah, didalamnya pun merah, tapi banyak getah macam buah ara juga.


Bila kakmah nampak je kak Mahfuzah kakmah terus tanya, itu buah apa kak?  " Eh itu buah tin" kata kak Mahfuzah. " Buah Tin yang macam orang selalu bawak balik dari mekah tu ke,yang dah dikeringkan? Yerlah kata kak Mahfuzah.


Betul ke ini buah tin, kakmah pun ragu-ragu juga sebenarnya, tapi kak Mahfuzah kata ramai yang datang kerumah dia ambil buah ni untuk di buat gulai lemak dengan daging. Sedap katanya. Kakmah pun berkesempatan juga rasa sikit buah dia yang telah masak, tidak manis cuma ada rasa lemak2 sikit.

Walau apa pun pokok ni memang lebat berbuah, seluruh pokok ditumbuhi buah, tapi macam mana nak manafaatkan buahnya, atau macam mana nak keringkan supaya menjadi seperti buah tin kering yang orang jual bersama kurma, atau pun yang orang bawa balik dari Mekah tu. Kesian buah ni membazir saja, buahnya yang masak akan gugur tanpa dipedulikan.

 Ini buah tin yang kakmah google dari blog nie

 dan gambar ni plak dari blog ni

Pokok yang kakmah tengok semalam tu nmacam ni lah...

Atau Tin tu sendiri bermaksud ara, pokok ara ni ada beratus-ratus jenis, ada yang boleh dimakan, ada yang tak boleh dimakan. Kakmah tak pasti, sesiapa yang tahu tu tolong bagi tau kat kakmah dan kawan2 lain yee.

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.


Friday, 9 March 2012

Mendulang Emas.

Assalamualaikum,

Sallam Pagi Jumaat yang berkat.

Firman Allah yang bermaksud,
" Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak
serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah
maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) 
azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar 
emas perak dan harta benda) itu dalam neraka jahanam,
lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka,
serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka):
" Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri,
oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu."
(At-Taubah: 34-35)

Niat nak buat entry ini dah lama dah,
sajalah nak suruh rakan2 hok mana yang tak kenal lagi
benda yang dalan gambar kat bawah ni tengok,
dan kenal apa kegunaannya.


Inilah yang sebenar-benarnya dulang, 
yang diperbuat dari kayu, biasanya kayu2 yang keras,
ditengah-tengahnya ada pusat, iaitu lubang kecil
 dimana sebarang logam yang yang telah tersisih
dari pasir dan tanah semasa proses mengayak akan masuk
kedalam lubang tersebut

Dulang ni digunakan untuk mencari emas,
biasanya dianak2 sungai, dikampung2 dan dalam hutan.
Orang dulu2 nak cari emas guna dulang ni aja.
cara yang pernah saya tengok, masuk je kedalam sungai,
korek2 tanah ditepi teping sungai, atau korek
pasih didalam sungai tu, ayak dengan air sungai untuk membuang
segala sampah, pasir dan tanah, yang hanya tinggal emas.
Tu pun kalau tempat tu ada emas.


Oklah, sebut pasal emas teringat harganya plak.
Mahal betul harga emas sekarang ni yee, 1 gm 
pun dah dekat nak RM 200. Kalau ada duit beli emas lebih baik.
Bila harga emas naik lagi, jual berbaloi juga kan...

Setakat ni ajalah entry pagi ni.
Semuga jumpa lagi,

Wassalam.

Friday, 17 June 2011

Tazkirah Pagi Jumaat.

Assalamualaikum,

Sallam Pagi Jumaat untuk rakan-rakan blogger yang berhenti sekejap di blog Lipislady ini. Semuga hari ini kita semua lebih ceria, lebih bermotivasi, lebih sihat dan ditambahkan Iman dari semalam.

Untuk santapan minda kita pagi ini saya ingin berkongsi tajuk ini :-

TUJUH SUNNAH RASULULLAH YANG PERLU KITA AMALKAN.

1. SOLAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga dari tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan 3 atau 4 pagi. jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Diantara Fadilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan diwajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan orang mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab keatasnya.
5. Mendapat catatan amalan dari tangan kanan.
Firman Allah Yang bermaksud :
"Dan bangunlah pada sebahgian dari waktu malam serta kerjakanlah " sembahyang Tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagi kamu; semuga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkan mu pada hari akhirat ditempat yang terpuji"(Al-Isra : 79 )

2. MEMBACA AL-QURAN SEBELUM TERBIT MATAHARI.

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca al-Quran sebelum terbit matahari. Besar pahala bagi orang yang membaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan jadikan Al-Quran sebagai bacaan-bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah Yang Bermaksud,
" Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kejalan Yang amat betul ( Ugama Islam) dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala yang amat besar." ( Al-Isra : 9 )

3. JANGAN TINGGALKAN MASJID

Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah dimasjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah dimasjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya kemasjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala : Hadis Nabi SAW yang bermaksud :
" Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh ( para sahabat ) melakukan solat dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah untuk membakar rumah mereka dengan api."

4. JAGA SOLAT DUHA.

Solat sunat Dhuha adalah solat yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini sangat banyak kelebihannya. Diantara kelebihannya ialah pintu rezki dibuka dan dimurahkan rezki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir diwaktu matahari tergrlincir. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
" Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseeorang kamu bersedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha," ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.)

5. JAGA SEDEKAH.

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :
" Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan ( disiksa ) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada harti kiamat kelak dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui Dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan. (Mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) yang katakan akan membunuh mereka jika kamu orang-orang yang (dalam apa yang kamu dakwakan itu)" ( Al-Imran :180 )

6. JAGA WUDHUK TERUS MENERUS

Wudhuk adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wudhuknya akan disayangi oleh Allah. Kata Khalifah Ali bin Abu Talib :
" Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."

7. ISTIGHFAR SETIAP MASA.

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :
" Dan Allah tidak sekali-kali akan menyiksa mereka, sedang engkau (Wahai Muhammad) ada diantara mereka; dan Allah tidak akan menyiksa mereka sedang mereka beristighfar (minta ampun)." ( Al-Anfal :33 )

Semuga kita diberkati Allah dalam Iman.

Copy paste dari sini lama dulu.

Sekian Wassalam.

Monday, 13 June 2011

Manafaatkan Musibah Dan kesusahan Yang Menimpa

Assalamualaikum,

Semua orang tak suka musibah dan kesusahan
Semua orang sedaya upaya akan
mengelakkan
diri meraka dari ditimpa musibah
dan kecelakaan.

Tapi musibah dan kecelakaan datang
tanpa diundang dan tanpa diduga.
Apabila ditimpa musibah
kita juga sering menyalahkan
pihak ketiga, atau sesiapa saja
yang terlibat dengan musibah itu.

Lebih parah lagi jika
turut menyalahkan diri sendiri,
menyesali diri mengapa awal-awal lagi
kita tidak mengelakkan diri
dari musibah dan kecelakaan itu.

Mulalah dihati berkarang-karang,
susahlah aku kalau macam ini,
apa akan jadi selepas ini,
maka kita pun bersedih tidah henti-henti,
sehingga ada yang menjejaskan kesihatan serta
prestasi diri.





Sebenarnya itu bukan cara yang betul untuk
kita menghadapi dan menangani
musibah dan kecelakaan yang betul.

Seperti apa yang terjadi kepada saya sendiri,
sehingga hari ini, sudah masuk 6 bulan
saya tidak berkereta.
Pada mula kereta saya masuk bengkel
saya membayangkan betapa susahnya saya
nak bergerak kemana-mana,
tanpa kenderaan.

Saya juga menyesal mengapa lambat sangat
saya sedar yang kereta saya ada bermasaalah,
sehingga apabila dihantar kebengkel,
masaalahnya jadi bertimpa-timpa,
dari satu menjadi dua,
dari dua menjadi tiga.

Kini setelah setiap hari berulang alik
ketempat kerja dengan berjalan kaki,
baru saya terfikir betapa bermanafaatnya
diatas kerosakan kereta saya.

Diantara menafaatnya,
setiap pagi saya tidak perlu berjogging
untuk mengeluarkan peluh,
cukup sekadar berulang ketempat kerja,
Setiap pagi juga saya terpaksa
panjat dan turun tangga jejantas
yang mana telah menguatkan lutut saya
yang dulu ada sedikit bengkak
dan terasa tidak selesa apabila turun
dan naik tangga.

Di perjalanan pula saya sering
terjumpa rakan-rakan lama sewaktu
bersekolah dan sewaktu bekerja dulu,
dan telah membuka peluang
perniagaan kepada saya.

Dan yang paling penting saya dapat
menjimatkan kos minyak
yang sentiasa naik harganya,
untuk saya menafaatkan kepada
perkara lain yang lebih mustahak.

Walau bagaimana pun ini
tidak bermakna saya akan terus
tidak berkereta,
InsyaAllah saya akan berkereta semula
bila semua masaalahnya selesai.

Sekian Wassalam.