Monday 28 November 2011

Air Oh Air

Assalamualaikum,


Wah membazir air nampak!

Begitulah, kita kadang2 lupa atau sengaja tak mau ingat.
bila air banyak bukan main lagi kita , mandi kalau tak 
setengah jam tak bersih, buka paip sebesar-besarnya supaya 
cepat penuh kolah, basuh kereta, pun mau besar supaya 
senang nak tembak mana2 kekotoran yang terlekat
pada kereta. Sental2 tak main, tembak lagi mudah.
Cuci pinggan kat dapur pun kena air besar,
kalau kecil macam lidi mana nak bersih pinggan mangkuk tu.
bayar bil setakat RM 50, ala biasalah tu,
tak adalah mahal sangat.

TAPI

Hari ni air tak ada kat rumah saya.
Air kolah dah kotor, 
ari tu masuk sabun,
dah keluarkan tapi airnya dah kelabu.
nak mandi ke tak 
air yang macam tu.
nak mandi ke tak.

Air oh air,
baru teringat betapa berharganya air,
kalau tak ada semua 
kerja tak menjadi.

Jimatlah air.

Semuga jumpa lagi
Wassalam.

Sunday 27 November 2011

Sallam Maal Hijrah 1433

Assalamualaikum,

Sallam Maal Hijrah buat kawan2 rodog2 
yang dikasihi selalu, semuga tahun baru ini
akan menjadi tahun yang penuh 
barakah, bertambah keimanan,
bertambah amalan,
bertambah rezki,
ketakwaan,
dan
keceriaan.
Amin.

Wassalam.

Saturday 26 November 2011

Dak Tecit Demam Cengekring

Asslamualaikum,

Kawan2, rodong2 semua,
semuga ceria selalu dihujug minggu ini.

Petang ini saya bersiaran dari Kuantan
dah 3 malam saya berada di Kuantan, jenguk
si tenit yang tak berhenti-henti
sakit, demam dan batuk
kalau orang dewasa rasanya mudah
sikit nak mengubatinya,
tapi kanak2 yang masih bayi ni,
susah sikit.

Sekarang ni nampaknya dak tecit ni dah terkena 
demam cengkering pulak.
sesiapa yang tak tau 
apa dia demam cengkering, demam ni
adalah sama dengan demam campak.
tapi nasib baik tak teruk sangat.


Esok rasanya nak balik dah.
Tak sampai plak hati rasanya nak tinggalkan
dak techit yang tengah tak sihat tu.
Nenek doakan dak tecit cepat sembuh.
Dan cepat besar.
Amin.

Semuga Jumpa lagi.
Wassalam

Tuesday 22 November 2011

Moh Kita Berodong.

Assalamualaikum,

Selamat tengahari. Dah tengahari dah yee, tak sedar
cepatnya masa berlalu. Apa kahabr rodong2
 hari ni? Semuga sihat selalu.

Teringat soalan Dr.Faiz, Daddy ziyyad
dalam komennya untuk entry saya semalam,
apa maknanya rodong? maka hari ini saya  nak buat
entry tentang rodong.

Untuk makluman semua rodong2
jawapan saya ini berdasarkan pengalaman saya,
yang saya tengok dan saya dengar dari 
orang tua2 dahulu.

Saya rasa setiap daerah di Pahang ini tahu
apa makna perkataan rodong ini,
cuma pengertiannya saja yang agak berbeza.
Walau bagaimana pun ianya tetap merujuk kepada
maksud nya yang umum ialah kawan.

Pada pengertian saya pula, perkataan rodong ini 
bermakna kawan yang dekat dihati, 
kawan baik, kawan yang jika kita sedang
bersedih dia adalah penghiburnya,
kawan yang jika kita sedang gembira dia juga 
turut gembira. Kawan yang jika dia tiada disisi 
kita akan merasa kerinduan dan kekosongan, 
jika dia ada berdekatan kita tidak akan merasa
betapa kita dihargai.

Rodong juga lebih dirujuk kepada isteri atau suami
yang sangat dicintai.
Suatu waktu dulu, tidak ada orang yang memanggil
kepada isteri atau suaminya dengan panggilan
orang rumah, sebaliknya panggilan rodong
digunakan menandakan betapa rapatnya 
hubungan mereka. Rodong maknanya tidak 
boleh berpisah, sentiasa bersama. Bagi saya 
panggilan orang rumah
untuk isteri membayangkan betapa tidak
rapatnya hubungan pasangan itu.

Enjoy!!


Semuga jumpa lagi
Wassalam.

Monday 21 November 2011

Gadget Mania

Assalamualaikum,

Harap rodong2 semua sihat2 belaka.


Perhatikan gambar diatas, fenomena ini berlaku
semasa hari Raya Haji baru2 ini kat rumah saya.
Penggunaan gadget beramai2 oleh ahli keluarga
saya. Perhatikan budak tecit yang berumur kurang
dari setahun itu pun dah pandai menggunakan gadget.

Berbanding dengan kita zaman dulu2, umur dah 10 tahun
nak pasang radio pun masih takut2, takut rosak.
Alangkah bertuahnya anak2 zaman sekarang.

Tapi jangan lupa gadget ini juga ada keburukannya.
dengan gadget ini ada rumahtangga yang porak peranda,
pembuangan bayi juga ada yang bermula kerana gedget ini.
Anak2 lari dari rumah pun ada yang berpunca
dari gadget ini. Jadi berhati-hatilah dengan
penggunaan gedget ini.

******************************************************


Ini pula nenek punya cerita. 
Crochet, alas meja yang saya usahakan dah siap.
Lama juga nak siapkan alas meja nih.
Buat sambil-sambilan saja. 

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.

Sunday 20 November 2011

Jelai Street Dari Atas Jembatan Sungai Jelai.

Assalamualaikum,

Ini hari minggu yang malas.


Bukan apa, hari ni plan nak kemas rumah.


Gila-gila nak mengemas ni.


Sejak raya haji ari tu masih belum kemas.

Jumpa lagi.

Wassalam.

Monday 14 November 2011

Apa Ada Pada Bantal.

Assalamualaikum,


Apa ada pada bantal???

Usianya dah lebih 18 tahun, sama usia dengan
tuannya. memang dia tak ada apa2 makna
kepada sesiapa pun. Sering saya tengok dia bergolek
disana sini. Kadang2 ditepi katil, kadang, dibawah katil,
kadang2 hilang entah kemana, terpenyek dihempap
barang2 lain, semasa berkemas baru di jumpai semula,
dan saya letakkan diatas katil tuannya.

Kalau dia berada diatas katil, dia juga sering
terpenyek dihempap oleh kepala tuannya,
kadang2 dihempap oleh tangan tuannya,
kadang2 pula berada nun jauh dihujung kaki tuannya.
Yang paling seringnya ia akan tersepit di celah kedua
paha tuannya, tak pun dicelah kedua tangan tuannya.

Walaupun dia kelihatan tidak dihiraukan
tapi rupanya dia amat disayangani oleh tuannya.
Buktinya pernah satu ketika, sewaktu dia berusia
enam tahun, sama usia tuannya, saya menukar
pembalutnya, yang asalnya berwarna putih tapi
lama kelamaan kelihatan kehitam-hitaman dan
banyak terdapat peta2 diatasnya.

Apabila tuannya sedar pembalut bantal kesayangannya
dah ditukar kepada warna yang ada sekarang, dia
terus menangis sehari suntuk sambil minta saya
memakaikan kembali pembalut yang asal. Kesiannya
saya tengok dia menangis tanpa henti sehingga
tertidur. Tapi mana saya nak cari lagi pembalut
yang dah saya campak kedalam tong sampah,
dan dah dihangkut oleh lori sampah. hampir dua
minggu saya memujuknya barulah dia boleh menerima
pembalut baru bantal goleknya yang berwarna
warni.

Semalam tuannya minta izin untuk bawa
bantal kesayangannya itu bersama2 ketempat belajar,
saya jawab bawaklah. Bila saya tanya nak tukar
tak pembalutnya atau saya buatkan sampul yang
baru, dia kata tak payah, dia nak yang itu juga.

Esok bantal kesayangan ini akan dibawa tuan nya,
Tinggallah ibu tuanya ini yang sebenarnya berasa
sedih untuk berpisah dengan anak bungsunya.
Tapi demi mengaut Ilmu, ibu relakan.

" Selamat Maju Jaya Buat Adik"

Semuga Jumpa Lagi,
Wassalam.

Saturday 12 November 2011

Kek Kismis Mudah

Assalamualaikum,

Semuga pembaca2 blog lipislady ini ceria dan sejahtera
pada hari ini dan hari2 seterusnya.

Bangun pagi tadi saya rasa perut kosong yang
teramat sangat. Tau sajalah kalau dah perut kosong tu
macam2lah yang berkarang dihati. Nak makan apa?
Walaupun hari ni pekan sari, tapi saya rasa tak
berapa terliur nak makan kuih2 dari pekan sari.

Dua tiga kali keluar masuk dapur, tak tau apa nak buat
untuk sarapan. Belek2 juga buku masakan zaman2 dulu,
tapi satu pun tak ada yang berkenan dihati.

Masa nak buat jus oren ternampaklah plastik yang
berisi kismis yang saya beli dari pasar malam,
malam tadi. Terus saja saya teringat nak buat
kek, kek kismis yang dah lama saya tak buat.
Tanpa berlengah terus saya siap-siapkan
bahan-bahannya. Tak sabar rasanya nak makan
kek kismis yang resipinya saya dapat dari
arwah mak mertua saya dari Sarawak.
Saya cadang nak buat kek ni masa raya puasa dulu.
tapi dek seb menjahit dan buat bahulu,
sampai ke raya haji pun hasrat nak buat kek ni
masih tak tercapai.

Alhamdulillah, hari ni dah tercapailah hasrat saya
nak buat dan makan kek ini, tapi sayang tak
dapat makan dengan anak dan cucu yang
memang suka kan kek.

Pada saya memang sedap kek ni, lembut dan
tidak berapa manis, yang penting nya murah sebab
saya guna majerin pelangi saja.

Saya nak bagi resipilah mana tau ada kawan2 yang
nak cuba bolehlah cuba.

Kek Kismis.

1. 250 gm majerin pelangi
2. 5 biji telor A
3. satu cawan gula perang
4. 1 3/4 cawan tepung gandum.
5. 1 1/2 cawan kismis hitam.
6. 3/4 cam. teh b/powder
7. 3/4 cam. teh soda bicarbonate
8. 1 camca makan parutan kulit oren.

Cara-caranya.

1. Cincang kismis hingga halus dan gaul dengan 2 sudu tepung gandum.

2. Ayak tepung dengan b/ powder dan soda bicorbonate

3. Pukul Gula perang dengan majerin hingga kembang.

4. Masukkan telur satu persatu hingga habis.

5. Masukkan tepung, kismis dan perutan kulit oren.

6. Kuap balik perlahan hingga rata.

7. Masukkan kedalam loyang yang berukuran 22 cm yang telah disapu
majerin, dan bakar dalam oven 180 c selama 40 hingga 45 minit.


Sekian,
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Friday 11 November 2011

Bukan Sekadar Berblog.

Assalamualaikum,

Selamat Hari Jumaat Yang Berkat.

Kawan-kawan blogger dan pengunjung blog lipislady,
Mulai hari ini kedai online saya dibuka secara resmi.
Tapi tak adalah acara perasmian,
Tapak pun tumpang Blog Lipislady dulu.
Sementara nak bina tapak baru.

Ok, dibawah ni produk pertama saya
dan akan di tambah dari semasa kesemasa
Insya Allah.
Kepada yang sudi nak beli tu silalah order
cuma msg aja saya di No. 019-9242529
memandangkan borang pun belum buat lagi.

______________________________________

KOD BARANG : HB3030
Harga : RM 42

Kos Penghantaran

S/M : RM 8
S/S : RM 10


Material : Canvas
Length : 34 cm
Width : 16 cm
Hight : 25 cm
Bottom Width : 9 cm
Strap Length : 120 cm
Fit to A4 : Yes

Colour

Black : available
beige : available





Semuga Jumpa lagi,
Wassalam.

Wednesday 9 November 2011

Senyum Sumbing.

Assalamualaikum,

haha....sian ke keldai tuh weh.


Pegang kukuh2 abe, karang jatuh.

Kat depan baju biru tu ada satu lagi tempat kosong.

Jumpa lagi,
Wassalam

Tuesday 8 November 2011

Selamat Pagi.

Assalamualaikum,

Selamat Aidil Adha, semuga semuanya ceria selalu.
Terlambat dua hari mengucapkan selamat kepada rakan2
maya, tapi masih dalam suasana raya lagi kan walaupun
dah ramai yang mula kerja hari ini.


Pagi ini saya juga ceria sebab pagi2 lagi dah buka pintu
dan terus nampak kehijauan dihadapan pintu
rumah saya. Pokok2 bunga yang saya semai semenjak
pindah kerumah ini dah mula subur dan membiak
walaupun ada juga satu dua pokok yang layu
dan terus mati.

Saya memang minat menanam bunga dan sayur,
dulu masa masih gadis sunti, masa masih dikampung
keliling rumah saya penuh dengan bunga-bungaan
dan sayur-sayuran. Itu semua dah tinggal kenangan.
Dan kenangan itulah yang saya ingin kutip kembali.
Kenangan bersama bunga2an dan sayur2an.
Disamping bunga2an saya tanam juga pokok kunyit
mana tau nak buat rendang ke hapa ke, tak payah lagi
nak beli daun kunyit.
Ni hah daun kaduk pon ada untuk untuk ulam.
Semua ni mudah aja tumbuh dan suburnya.

Tengoklah ini, melihat pokok2 yang subur begini
boleh menjadi terapi minda dan mata.
Hati yang rungsing boleh jadi senang bila
lihat bunga2an yang cantik. mata yang penat
juga boleh direhatkan dengan melihat daun2
yang hijau.

Akhir sekali ini bunga kesayangan saya,
yang saya bawak turun dari CH baru-baru ini.
Menyesal plak beli satu saja, ingatkan bila di bawa
kebawah dia akan layu, macam bunga Mawar yang saya
bawak turun sebelumnya. Yang ni Alhamdulillah
masih segar dan sedang sedang berbunga.
Nampaknya banyak lagi kuntum2
baru sedang bercambah.

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.

Thursday 3 November 2011

Assalamualaikum,

Ini projek mengait yang terbaru.
Dah lima hari saya mengusahakannya.
rasanya sebelum raya boleh siap.

Memang saya sekarang dah ketagih mengait.
Apalagi bila tengok banyak paten-paten yang
cantik dan menarik dari blog2 khas tentang mengait.

Harapan saya, saya akan dapat menghasilkan
sesuatu yang boleh mendatangkan hasil
sampingan buat saya.

Selamat mengait buat saya.

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.

Wednesday 2 November 2011

Siaran Tergendala



Assalamualaikum,

Diam tak diam dah hari Rabu rupanya hari ni ye.
3 hari dah saya balik dari Cameron Highlands.
Baru hari ni juga saya dapat upload gambar aktiviti di CH.
Sebenarnya tak ada aktiviti sangat selain dari aktiviti
melepak dalam bilik dan tidur.

Bukan apa, kat luar hujan, jadi muskil sikit rasanya
nak keluar jalan2. Dalam bilik pun terasa sejuk
sangat apa lagi kat luar.

Kami berenam beranak, bercucu, sampai dalam pukul 5.00 petang,
check in dan terus aja melepak kat bilik. Nak keluar makan pun
malas, jadi kami makan ajalah apa2 yang ada yang kami bawa
bekal dari rumah. Sementara tunggu mummy ada program
malam tu kami pun ambil kesempatan melepak dan berehat saja.

Hari Sabtu sepatutnya kami keluar jalan2
tapi dek kerana pagi tu hujan, jadi masing2 ambil
kesempatan tidur lagi. Cuma petang tu setelah Kumprinx datang
baru mereka pergi mandi manda kat kolam. Saya tak ikut pun,
dan saya tak tengok pun macam mana rupa kolam mandinya.

Petang barulah kami dapat keluar membeli belah dan cuci mata
kat pasar malam. Tak beli apa2 pun,
cuma beli nasi ayam goreng rempah untuk makan malam.
Sedap nasi ayamnya. Yang jelasnya kami tak dapat
ambil gambar banyak2 sebab kesuntukan masa,
dan pasar penuh sesak menjadikan tak selesa untuk
berposing.


Hari Ahad dekat nak balik baru kami berkesempatan untuk
melawat ke cactus point, itu pun sekejap aja dan
setempat itu aja memandang Mummy and family
nak balik ke Kuantan malam tu juga, sebab esok mereka nak
kerja. Tapi dalam perjalanan nak balik ada dua kejadian
hilang dan tertinggal terjadi membuatkan kami kecoh sekeluarga.
Tapi kedua2nya dapat diselamatkan dan dijumpai semula.
Hampir pukul 5.00 petang baru kami dapat bergerak balik.

Layan gambar kaktus yang menjadi kesukaan saya,
tapi tak beli pun sebab malas nak jaga.



Yang kat atas ni kesukaan saya, kalau dapat satu pasu
bawak balik kat rumah, sukanya sayaaa..
Tak tau plak berapa harganya....

Saya suka tengok bunga yang berwarna warni,
sebab itu saya ambil gambar dan letak kat sini.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.