Tuesday, 8 November 2011

Selamat Pagi.

Assalamualaikum,

Selamat Aidil Adha, semuga semuanya ceria selalu.
Terlambat dua hari mengucapkan selamat kepada rakan2
maya, tapi masih dalam suasana raya lagi kan walaupun
dah ramai yang mula kerja hari ini.


Pagi ini saya juga ceria sebab pagi2 lagi dah buka pintu
dan terus nampak kehijauan dihadapan pintu
rumah saya. Pokok2 bunga yang saya semai semenjak
pindah kerumah ini dah mula subur dan membiak
walaupun ada juga satu dua pokok yang layu
dan terus mati.

Saya memang minat menanam bunga dan sayur,
dulu masa masih gadis sunti, masa masih dikampung
keliling rumah saya penuh dengan bunga-bungaan
dan sayur-sayuran. Itu semua dah tinggal kenangan.
Dan kenangan itulah yang saya ingin kutip kembali.
Kenangan bersama bunga2an dan sayur2an.
Disamping bunga2an saya tanam juga pokok kunyit
mana tau nak buat rendang ke hapa ke, tak payah lagi
nak beli daun kunyit.
Ni hah daun kaduk pon ada untuk untuk ulam.
Semua ni mudah aja tumbuh dan suburnya.

Tengoklah ini, melihat pokok2 yang subur begini
boleh menjadi terapi minda dan mata.
Hati yang rungsing boleh jadi senang bila
lihat bunga2an yang cantik. mata yang penat
juga boleh direhatkan dengan melihat daun2
yang hijau.

Akhir sekali ini bunga kesayangan saya,
yang saya bawak turun dari CH baru-baru ini.
Menyesal plak beli satu saja, ingatkan bila di bawa
kebawah dia akan layu, macam bunga Mawar yang saya
bawak turun sebelumnya. Yang ni Alhamdulillah
masih segar dan sedang sedang berbunga.
Nampaknya banyak lagi kuntum2
baru sedang bercambah.

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.

11 comments:

  1. Segar-segar nampaknya dedaunan itu. Segar juga mata menadang. :)

    ReplyDelete
  2. salam aidiladha LL..
    cantik2 bunga LL dan hidup subur pulak tu..

    ReplyDelete
  3. Sallam Kakcik,

    Yerlah kakcik,tulah saya suka sangat
    menengoknya, hari2 saya belek.

    ReplyDelete
  4. Sallam Acik Erna,

    Kena dengan bajanya kut,
    tu yang subur sangat tu..
    Apa2 pun saya memang suka bunga.

    ReplyDelete
  5. agaknya bunga2 yg jual kat CH tu memang boleh je hidup subur kat bawah.. maknaya kita tertipu ke? haha

    ReplyDelete
  6. Sallam Aidil Adha En Hisyam,

    Ada sesetengahnya boleh hidup,
    ada yang tak boleh, bergantung
    pada ketahanan pokok tersebut
    dan penjagaan kita. Yang jelasnya
    pokok dari CH tu memang mudah naik
    kulat kalau bawak kebawah an terlebih
    air.

    ReplyDelete
  7. Salam Aidil Adha LL,
    Dah habis beraya dah?

    ReplyDelete
  8. Salam, semoga anda ceria sentiasa selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  9. CANTIK2 DAN SUBUR BUNGA YANG AKAK TANAM... MUNNA BAB TANAM MENANAM AGAK KURANG SIKIT TAPI EN ABG MUNNA M,MG SUKA BERCUCUK TANAM

    ReplyDelete
  10. canteknya pokok-pokok akak tanam..sy pasti akak beratngan sejuk..sy minta juga tp tgn sy panas jd pokok sy nmpk x brp nk segar..

    ReplyDelete