Sunday 12 December 2010

Awas Gadis Malaysia

Assalamualaikum,

Selera lelaki malaysia sekarang telah beralih arah. Ramai telah memilih Gadis Maghribi sebagai teman hidup sepanjang hayat. Kata mereka gadis Maghribi ada pakej lengkap sebagai isteri yang akan menemani mereka sehingga keakhir hayat.

Mereka ini dikatakan masih belum tercemar oleh budaya sosial yang terlampau, mereka yang tinggal dipinggir bandar masih menjadi gadis pingitan yang sangat taat kepada perintah kedua ibubapa, disamping mengamalkan pergaulan yanga sangat terhad, cuma diantara gadis dengan gadis sahaja.

Kos untuk mengahawini mereka juga tidak terlalu tinggi cuma RM14,000 sahaja termasuk belanja pergi balik kesana, kenduri dan berbulan madu. Berbanding dengan kos untuk berkahwin dengan gadis di Malaysia sendiri kadang-kadang boleh mencecah RM 30,ooo hingga RM40,000 termasuk hantaran, kenduri kendara dan lain-lain hal untuk perkahwinan yang sederhana.

Menurut Harian Merto hari ini beberapa orang lelaki Malaysia yang telah berjaya mengahwini gadis Maghribi tersebut, mereka menyatakan kebahgiaannya mengahwini gadis Maghribi, yang bukan sahaja cantik, taat masih belum tercemar malah begitu pandai menjaga diri dan suami.

Gadis Malaysia tidak kah rasa tergugat...? tentu tidak kan, bukan semua lelaki Malaysia yang berselera atau ingin berkahwinan dengan wanita dari luar negara atau berkahwin campur, cuma kena selalu ingat, apabila budaya pergaulan anak-anak gadis kita yang telah sangat tercemar ini berterusan tidak mustahil lelaki Malaysia akan berubah arah.

# Lelaki Maghribi tak ada ke yang nak kawin dengan wanita Malaysia, teringin nak kawin dengan lelaki Maghribi.....hehehe...

Sekian Wassalam

Friday 3 December 2010

Tahun Baru Lagi

Assalamualaikum,

Diam tak diam, pejam celik, pejam celik dah nak sampai pulak ke tahun baru Hijrah 1432, cuma 3 hari saja lagi iaitu pada 07-12-2010 ini. Makin cepat rasaya masa berlalu. Rasa macam baru semalam berikrar dengan azam baru. Masih banyak lagi azam yang dibuat pada tahun 1431 ini yang belum terlaksana sepenuhnya malah masih ada juga yang langsung tak di mulakan perlaksanaannya. Tiga hari lagi dah nak melangkah ke tahun lain pula. Kalau macam itu rasa-rasanya baik dibawa sajalah azam yang lama tu ke tahun baru nanti untuk dilaksanakan disamping mengekalkan kecemerlangan perlaksanaan azam yang telah terlaksana.

Disamping melaksanakan azam, banyak juga peristiwa-peristiwa pahit manis yang telah terjadi pada tahun ini yang telah meninggalkan seribu kenangan pahit manis dihati kita walaupun bukan terjadi kepada diri kita sendiri, tapi masih meninggalkan kesan yang mendalam dihati kita. Peristiwa gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, banjir besar, letusan merapi, pembunuhan, kemalangan ngeri yang kesemua peristiwa ini telah meragut berpuluh-ruluh malah beratus-ratus ribu nyawa bukan sahaja di Malaysia ini malah dinegara jiran kita dan seluruh dunia amnya.

Semua ini dapat kita ambil iktibar betapa rapuhnya nyawa kita dan mudahnya diambil pergi oleh yang Empunya Hak, tidak kira tua atau muda, kecil atau besar, yang sakit maupun yang sihat. Malah semua ini juga membuatkan kita insaf dan kembali merenung diri sendiri, dimanakah kedudukan kita sebenarnya, sudahkah kita membuat persiapan untuk menghadapi hari-hari tersebut. Atau kita masih lalai dibuai keseronokan dan kesenangan yang sementara ini.

Tidak lupa juga kita merenung diri apakah sumbangan kita dalam membantu mereka-mereka yang masih berkesempatan untuk bernafas setelah mengalami peristiwa ngeri tersebut. Memang mustahil bagi kita untuk membantu mereka secara terus dengan menghadirkan diri, malah kita juga tidak berkemampuan untuk menghulurkan bantuan2 dari segi kewangan namun ada juga diantara kita yang berkesempatan untuk menyumbang setakat termampu melalui agensi2 yang dilantik. Bagi kita yang memang betul2 tidak berkemampuan kita masih berpeluang untuk menghulurkan bantuan dengan berdoa dengan penuh tulus ikhlas agar penderitaan mereka segera di ringankan atau dihilangkan.Tidak ada apa yang lebih baik dari berdoa untuk kesejahteraan mereka.

Semua ini juga merupakan azam untuk kita menjalani kehidupan ditahun baru 1432 ini nanti. Disamping memperkukuhkan ibadah untuk diri kita sendiri, keluarga dan saudara sekeliling kita.Semuga segala usaha kita, diberkati dan dimakbulkan.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432.

Sekian, Wassalam.


Tuesday 30 November 2010

Asal Usul Nama Tanjung Besar.

Assalamualaikum,

Bila sebut saja nama Tanjung Besar, bagi kami yang betul2 berasal dari kampung Tanjung Besar, (bukan mukim Tanjung Besar ye, sebab mukim tu besar,) kampung Tanjung Besar hanyalah sebuah kampung kecil yang terletak dalam kelompok kampung2 kecil seperti kampung Tanjung Juntai, kampung Tanjung Besar, Kampung Bukit Belau, kampung Bukit Perangkap dan kampung Gong, ada lagi beberapa nama yang tertinggal. Kampung2 kecil ini adalah berjiran dan luasnya hanyalah boleh memuatkan beberapa buah rumah sahaja dengan tak lebih dari 40 orang penduduk bagi setiaap kampung.

Menurut Sinar harian hari ini nama Tanjung Besar dicadangkan Ahmad Ketot Abdul Rahman seperti yang terdapat didalam buku karangan beliau, tahun berapa tidak dinyatakan. Nama Tanjung Besar ini berasaskan nama asal iaitu " Sawa Besar" yang diambil sempen dari spesis ular sawa.

Ular Sawa itu ditemui oleh penduduk kampung ketika berkubang pada musim panas disebuah tasik Danau Asah yang terletak dibawah kaki bukit.

Ular Sawa itu berlingkar disepanjang Sungai Rengai sehingga ke Sungai Kepong iaitu disepanjang tanjung yang terdapat disungai2 itu. Maka setelah bersepakat, mereka bersetuju untuk menamakan kampung itu sebagai Tanjung Besar.

Tidak di ketahui pula sama ada nama Tanjung Besar ini di beri kepada mukim Tanjung besar atau pun hanya untuk kampung Tanjung Besar, yang memang terletak berhampiran dengan sungai Kepong.

Disungai inilah tempat keh selalu mandi masa kecil2 dulu, sungai yang airnya sejuk, berwarna kehitam dan mempunyai kedalaman yang boleh ampuh orang dewasa. Satu lagi cerita sungai kepung yang merintasi kampung Tanjung Juntai, didalamnya ada seekor resing ( labi-labi ) berwarna putih, menurut cerita datuk nenek kome dulu dia adalah kembar kepada datuk nenek kami yang selalu timbul untuk bertemu dengan kembar dan orang tuanya. ( Kebenarannya wallahualam, tapi keh sendiri pernah melihat resing ini timbul satu ketika dulu. )

Dikampung Tanjung Juntai juga ada tiga buah kubur yang batu nisannya sentiasa membesar mengikut bertambahnya tahun dan sehingga sekarang masih membesar, lebih tinggi dari manusia. Batu tersebut asalnya adalah batu nisan bersaiz biasa sahaja.

Saya tunggu apa komen En Yassin AAP dan lain2 anak Tanjung Besar.

Sekian Wassalam.

Sunday 28 November 2010

Apa Dah Jadi

Assalamualaikum,

Menurut sebuah akhbar tempatan, purata 10 orang wanita di Malaysia menjadi mangsa keganasan termasuk fizikal, mental dan seksual pada setiap hari.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie kes tersebut termasuklah kes rogol, bunuh, dera dan keganasan rumahtangga.

"Lapuran statistik disediakan mengikut sumber kes-kes yang telah dilapurkan kepada polis yang terbaru untuk tahun ini juga secara tidak langsung membuktikan tahap serious keganasan terhadap wanita di Malaysia" kata beliau. ( macam zaman jahiliah )

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen Say No - United To End Violence Against Women sempena hari Antarabangsa Menangani Keganasan terhadap Wanita 2010 dan Kelab Youth orbit - Circle of Influence ( Kelab YO )

Menurut Seai Kie, dalam kebanyakan situasi kes keganasan terhadap wanita sebenarnya dilakukan oleh orang yang dikenali atau pun mereka yang paling rapat dengan mangsa. kes juga berlaku di mana saja tanpa mengira faktor kaum. kepercayaan agama, status ekonomi dan sosial.

"Kes begini bukan saja mengancam nyawa dan kesejahteraan mangsa, jika dibiarkan berlaruta terutama dalam kalangan golongan muda yang merupakan generasi masa depan negara. Ia boleh meruntuhkan masyarakat dan menghalang kemajuan sesebuah negara" Jelasnya.

Berita kaki :

Dalam masa satu bulan dua orang remaja di Kuala Lipis dilapurkan hilang, Kemana mereka ni pergi yee..

Sekian Wassalam.

Saturday 20 November 2010

Bertemu Rodong Lama

Assalamualaikum,

Bertemu rodong lama memang sangat menyeronokkan, apa lagi rodong yang sama2 bersusah senang, sama bersuka duka apa lagi yang dah terlalu lama tak berjumpa dan tidak mendengar khabar berita. Pagi tadi tiba2 saja bekas rodong lama telefon ajak minum2 dekat gerai daun pisang dekat pekan sari Kuala Lipis. Kami yang kebetulan memang baru balik dari pekan sari kerana nak buka kedai bergegas semula ke pekan sari. Teruja juga bila diberitahu ada orang jauh nak jumpa.

Rupa2nya Puan Salmah dan suaminya Hj. Awang Kenik dari Sarikei Sarawak datang menziarahi kami dalam perjalanan mereka dari Paka Terengganu menuju ke Kuala Lumpur. Walaupun mereka sepatutnya boleh saja menggunakan lebuhraya Kuantan Kuala Lumpur, tapi demi untuk menzirahi kami di Kuala Lipis, mereka sanggup menyimpang ke Jerantut dan seterusnya kemari.

Puan Salmah dan suaminya merupakan orang yang paling awal saya temui semasa datang ke Sarikei dan menetap disana pertengahan tahun 1977 yang lalu. Masa itu merekalah diantara orang yang boleh berbahasa Melayu Semenanjung dengan baik yang boleh saya fahami percakapan mereka. Merekalah juga merupakan rodong2 yang sama2 pusing seluruh daerah Sarikei termasuk kependalaman, untuk mengadakan persembahan kebudayaan. Suatu kenangan yang sukar dilupakan.

Bergambar Bersama Anak Cucu Tuan Hj. Kenik dan Puan Salmah.

Di pertemuan yang singkat dan penuh makna ini sempat juga kami makan-makan bersama dan selepas itu mengabadikan kenangan dan bergambar beramai-ramai di steysen keretapi yang diantara tertua di Malaysia yang dibina dalam tahun 1926 ini. Puan salmah dan Tuan Hj. Awang Kenik mempunyai ramai keluarga di Semenanjung termasuk di Temerloh dan di Paka.

Tak lupa juga 0 mile yang menjadi mercu tanda bandar Kuala Lipis, yang sering menjadi perhatian setiap pelancung yang datang ke Kuala Lipis.

Sayang masa terlalu singkat untuk kami bermesra, kerana mereka akan balik ke Kuala Lumpur untuk meneruskan perjalanan ke Perak pula. Semuga Kami akan bertemu lagi dimasa akan datang insyaAllah jika dipanjangkan usia.


Sekian, Wassalam

Thursday 18 November 2010

Selamat Hari Raya Kurban


Assalamualaikum,

Kepada semua rodong2 dan pengunjung blog ini diucapkan Selamat Hari Raya Qurban, Semuga pengorbanan kita di terima Allah.

Sekian Wassalam.

Friday 12 November 2010

Sakit Gigi


Assalamualaikum,

Semasa membelek-belek dan membaca satu majalah dwi bulanan yang terkenal tadi terjumpa artikel ini, lalu keh petik untuk dikongsi bersama teman2. Tajuk seperti diatas. Seringkali kita kalau diserang sakit gigi, selagi mampu ditanggung pasti tidak akan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Kita selalu menganggap sakit gigi adalah penyakit remeh yang tidak perlu diberikan perhatian yang serious.Ada setengah tu sampai buruk berlubang-lubang dan semuanya dah berwarna hitam gigi tu masih juga bertahan, maklumlah gigi asal, sayang juga nak di cabut apa lagi nak digantikan dengan gigi baru yang palsu.

Tahukah kita sakit gigi boleh menjadi punca serangan pelbagai penyakit kronik seperti nyeri mata, strok, jantung, diabetes dan kelahiran pra matang untuk ibu-ibu yang mengandung. Sebenarnya ada banyak penyakit yang bermula dari mulut dan gigi kerana mulut adalah pintu masuk segala macam benda asing kedalam tubuh.

Sakit gigi boleh menyebabkan serangan jantung kerana kuman yang bersarang pada gigi yang berlubang boleh menembusi kesaluran daraah dan berkumpul dijantung. Gigi yang rosak teruk juga boleh menganggu sistem imun tubuh. Ini kerana sistem imun yang rosak akibat serangan bakteria akan merembes sejenis protein, cytokines. Ia menyebabkan kerosakan sel pankreas yang menghasilkan insulin, hormon yang memicu serangan diabetes.

jadi kalau ada gigi yang dah nampak tanda2 rosak tu lekas2lah mendapatkan rawatan, jangan tunggu sampai gigi tersebut rosak teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Tuesday 9 November 2010

Akibat Jarang Online

Assalamualaikum

Inilah akibat jarang online, traffic semakin menurun. Pendapatan tak usah
ceritalah, takada lalu dah. Aduh bilalah nak selalu online ni..Adakah kawan2
pun dah semakinmelupakan lipislady. Walau bagaimana pun lipislady
munkin akan mengadakan sedikitkejutan menjelang tahun baru nanti,
insyaAllah, lambat lagi weh. masih ada 27 hari untukmelangkah ketahun
baru Hijrah, dan masih ada 52 hari lagi untuk ke tahun Masihi.
Apakah anda semua dah bersiap dengan azam baru ke? lagi2 azam. hemm..

Sekian dulu, Wassalam.

Thursday 4 November 2010

Kuantan Lagi

Assalamualaikum,

Walaupun kejadian ini dah hanpir seminggu berlalu namun keh tetap nak meletakkannya di dalam blog keh ini sebagai entry untuk dikenang selagi blog ini wujud dialam maya. Ceritanya minggu lepas keh dengan adik dipelawa oleh Kumprinx untuk menemani dia dengan wifenya ke Kuantan pada hari selasa sebab dia akan menduduki pepereksaan pada hari Rabu dah Khamis. Tapi kerana adik masa tu masih sekolah , keh pun janji nak datang hari Jumaat petang naik bas dengan adik.

Kome bergerak dari rumah lebih kurang pukul 2.40, bas jalan pukul 3.00 petang, sampai dalam pukul 9.00 malam. 6 jam dalam bas buat punggung dan pinggang serta kaki ke jadi kaku. Kali ini keh tak tido sebab keh dah membeli 3 buah buku untuk dibaca, cuma sesekejap aja bila mata rasa terlalu penat keh pejamkan mata untuk 4 hingga 5 minit selepas itu sambung semula membaca sehingga hari gelap dan tulisan dah tak nampak dipandang. Bila hari dah gelap barulah keh mula memejamkaan mata sehingga sampai diterminal Kuantan.

Sebenar keh tak adalah sangat halnya nak ke Kuantan tu, cuma nak sangat berjumpa dengan budaak kecik yang dakam gambar diatas dan bawah tu aja, lama dah tak jumpa rindu sesangat rasanya. Dah besar dah dia, mulut pun dah bijak sangat bercakap, ramah mesra aja. Disamping itu ada satu niat lagi yang tak pernah sampai2 walaupun dah beberapa kali pergi Kuantan. Niat itu ialah nak makan sata. otak2 dan keropok kat Tanjung Lumpur. Nampak gayanya dalam kunjungan keh kali ini berjayalah juga keh menyampaikan hajat keh.

Sebelum makan sata, nampak gayanya semua orang nak mandi laut dulu. kunjungan kali pertama pada petang sabtu gagal nak mandi disebabkan hari hujan tambahan pulak air laut pasang sampai ada naik bendera merah, maka baliklah kome anak beranak dengan kecewanya, terutama dak kecik tu lah yang dah siap dengan peralatan main pasirnya.

Ni gambar pada hari Ahad,pukul 12 tengahari koma sampai tepi pantai, walaupun panas terik tapi itu tidak menghalang deme ni semua untuk mandi dan main air. Ombak memang tinggi masa tu sampai terpaksa keh duduk jadi pemerhati deme yang sedang mandi. Tahlah rasa macam ngeri tengok deme bermain ombak, tak lama keh ajak deme naik memandangkan ombak semakin besar dan semua orang dah naik kedarat.

Kumprinx dan isteri makan burger lepas main air. Tu gaya macam nak sambung mandi lagi, tapi tak jadi memandangkan hari dah macam nak hujan. Lepas mandi koma terus gerak ke Tanjung Lumpur untuk makan2. Inilah hajat keh, alhamdulillah kesampaian juga setelah sekian lama. Sampai sana masa tu hujan lebat, tapi redah juga demi menunaikan hajat. Banyak sangat yang kome order, maklumlah melepaskan hajat, alang2 datang dari jauh, tambahan pulak perut
memang tengah lapar

Mula2 order nih?
hilanglah pulak gambar sata nih tadi.

Lepas tu yang nih.



Lepas tu yang nih, sepatutnya 2 ekor tapi satu dah kena ngap.

Lepas tu nih, keh tak makan sebab takut alergic, adik suap juga sikit
jamah kata dia, tak gatal pun, rugi tak makan banyak.


Dalam masa kurang dari setengah jam semuanya selesai,
tinggal nih aja. Alhamdulillah, murah rezki kami anak beranak.

Yang paling boring ialah adik, niat dia keluar naak babai akak yang nak pergi kerja berakhir dengan aktiviti mengepam tayar kereta akak yang bocor. Setelah ditampal oleh Angah, adik ditugaskan untuk mengepamnya, walaupun adik masa tu masih dalam mood tido. Ha ha....Hari isnin tak ada aktiviti luar, cuma aktiviti buat karipap segera aja sebagai buah tangan untuk ditinggaalkan dirumah kakak. Harai Selasa seawal pukul 7.30 pagi balik Lipis.


Sekian, Wassalam

Friday 29 October 2010

Alahai, Sayunya Bila Perempuan Mula Mengadu

Assalamualaikum,

Dalam entry keh beberapa bulan yang lepas keh ada memaparkan keluhan2 orang lelaki dalam mempertahankan diri mereka kerana munkin nak menambah cawangan atau memang dah tak tahan dengan perangai pasangan, munkin juga tak sampai hati nak tegur berdepan-depan maklumlah sayang kan. Apa pun harapnya sama-samalah kita ambil iktibar terhadap keluhan2 seperti itu demi manjaga kerukunan rumah tangga kita. Keh sendiri ada rumah, tapi belum ada tangga lagi, tapi ini tidak bermakna keh tak tau berhubungan dengan rumahtangga ni. Lagipun keluhan2 begini selalu keh dengar dari kawan2, kenalan dan saudara mara, bukan sengaja keh reka-reka. Pendek kata ini adalah kisah benar!!.

Untuk entry kali ini keh cuba pula rakamkan diantara aduan-aduan orang perempuan terhadap pasangannya. Entry ini tidak bertujuan apa-apa, sekadar untuk berkongsi perasaan kawan-kawan:-

Akak 1. Akak dah jenuh dah, dari mula kawin dulu lagi, sampai sekarang cucu dah dekat nak sedozen, tapi tak ubah-ubah perangainya, tiap-tiap hari tak ada tempat lain duduknya balik-balik kedai kopi, balik-balik kedai kopi. Dah tua-tua nih cuba-cubalah duduk di surau ke masjid ke, kenalah sikit tempatnya.

Akak 2. Laki akak tu kalau tanggal kain ke, sependa ke bukannya pandai nak menyidai, ditinggalnya bulat aja dimerata-rata tempat, kat depan Tv lah paling dia suka, sambil tengok Tv sambil salin seluar, kalau seminggu akak tak kutip, seminggulah kain dia berlengkor kat situ.

Akak 3. Abang tak pandai langsung buat kerja rumah, sampai dalam pantang 40 hari pun saya kena masak untuk dia, dah la tu makan pulak mesti nak ada sambal belacan, kenalah saya tumbuk sambal untuk dia. Macam mana nak jaga badan kalau macam itu, esok badan kita dah tak elok mulalah nak mencari yang lain.

Akak 4. Aboh budok ni, kalau dan membeli barang kat pasar, bukannya reti beli sesikit, beli ikan 2, 3 kilo, haa, kalau ikan tu ikan sajalah.. habis tak kan nak makan ikan goreng aja sampai seminggu, kalau nak beli barang tu tanya dulu, boleh buat senarai .

Akak 5. Kita punyalah manja ke dia, kalau dia sakit demam punyalah jaganya kita sampai tak tak bergerak kita duduk merawat dia, sampai dia balik kerja stokin pun kita tolong bukakan, tapi kalau kita sakit demam bukan nak tolong picit2kan kita, bertanya khabar pun tidak, dia buat selamba aja.

Akak 6. Laki aku kalau dapat main komputer macam dah tak sedar ke dunia luar lagi, asik berkurung aja dalam bilik dia tu, anak2 dia tak hirau, makan pun jenuh aku panggil baru datang, kerja rumah tak usah ceritalah, semuanya terbeban atas bahu aku, jemulah aku macam ni..Bilalah nak berubah dia ni.

Ini diantaranya yang selalu keh dengar, tapi sebenarnya banyak lagi, termasuk yang sensitif-sensitif pun ada, tapi itu cerita lain kalilah.

Sekian dulu, Wassalam.


Tuesday 26 October 2010

Menu Malam Tadi

Assalamualaikum,

Kadang-kadang kalau tiap-tiap malam makan nasik lauk goreng2 atau lemak2 atau gulai masam ni muak juga tekak rasanya, oleh kerana itulah keh sejak akhir2 ini telah menukar menu makan malam keh kepada menu yang lebih simple dan jimat, seperti dalam gambar diatas.

Menu malam keh itu ialah bubur oat segera yang yang tak perlu dimasak, cuma kuah nya aja dimasak itu pun cara yaang paling mudah. Cuma rebus aja daging ayam sebesar kotak mancis yang telah dipotong nipis2, dicampur dengan sdikit halia, bawang putih, (untuk buang angin) dan seulas bawang merah atau boleh juga diganti dengan ikan bilis, atau ikan bilis goreng dan sedikit sayur, bila dah masak tuang aja keatas oat tersebut dan kacau. Kalau suka berkuah banyakkan air masa merebus ayam sebab oat ni kuat makan air.

Tengoklah habis sepinggan keh makan, bolehlah mengenyangkan sampai ke pagi. Disamping mudah disediakan, jimat dan tidak ada bahan yang boleh menambah kilo, menu keh ini sebenaranya amat baik untuk menurunkan dan mengawal paras kolestrol dalam badan kerana memang oat ini berfungsi menurunkan paras kolestrol, yang mana secara tak langsung jika kolestrol dalam darah diparas normal, lain2 penyakit terutamanya darah tinggi dan jantung akan terkawal. InsyaAllah.

Sekian, Wassalam.

Sunday 24 October 2010

Ini Ada Satu Cerita


Assalamualaikum,

Petang semalam waktu hujan lebat sedang mencurah-curah dan kilat sabung menyabung, pelangko dentum berdentum, kome tiga beranok berbeka-beka nok makan apa, memang waktu tu perut memang lapo sesangat maklum tak makan tengahari. Pagi tu memang keh ada masak nasi, tapi tak sempat nak masak lauk. Ingat nak masak tengahari dekat nak makan, pun tak sempat. akhirnya tengahari tu makan roti jala berintikan sardin den kentang saja.

Petang tu kumprinx dan isteri dia datang, ingat nak ajak makan kat rumah, tapi kalau nak masak lauk lambat lagi, perut dah betul2 lapo, tak larat nak tahan dah, kumprinx buat cadangan makan kat KFC ajalah. Keh pun setuju ajalah memandangkan kaki pun dah rasa nak menggeletar. Tengah hujan lebat itu juga kome bergerak ke KFC.

Sampai sana keh order nasik dengan seketul ayam, keringlah pulak tak berkuah. Tapi nasik dia, waw..bau memang menyelerakan, rasa pun sedap jugalah, tapi dah makan kering kuranglah lajunya sikit. Menantu keh plak order kentang aja nak makan dengan sos tomato. Tanpa berlengah menantu keh Epi pun mencapai botol sos tomato macam gambo kat atas sambil menuangnya kedalam pinggan dia. " Laa ini bukan tomato, ini sos cili" kata Epi. Pulak dah. Apa hal pulak gambo tomato rasa cili. macam tak percaya keh merasanya sendiri. Yee rasa cili. Setelah di siasat baru tau sos tersebut di refill atau di isi semula. Geli hati keh, kalau ye pun nak refill tengok-tengoklah gambo kat luar botol tu. " Tak kan tak kenal gambo tomato atau gambo cili" kata Epi menantu keh... Sambung Makan.

Sekian Wassalam.

Friday 22 October 2010

Buah Naga

Assalamualaikum,

Pertama kali dengar orang sebut buah naga, keh membayangkan buah tersebut mesti bersisik-sisik macam sisik naga dan panjang macam badan naga, warnanya pun pasti seperti warna naga, tapi keh tak pernah tengok pun bagaimana rupa naga, apalahi buah naga. Itulah pertama kali dengar ada buah naga.

Bila pertama kali orang hadiahkan keh buah naga, memang tak syak lagi, rupanya memang bersisik-sisik tapi taklah sehuduh yang keh pernah gambarkan. Kata mereka rasanya sedap, manis dan berkhasiat.

Bila pertama kali menjamah buah naga pula, keh hampir termuntah masa nak menelannya, tah mengapa tekak keh memang tak dapat menerima langsung rasanya yang agak kemaung-maungan itu. Biarlah sepanjang hidup keh tak mendapat khasiat buah naga, tak apalah, berkata hati keh.

Tah macam mana plak, anak2 memang suka buah naga, mereka beli sendiri bila buah tersebut ada dalam pasaran, suruh keh kupas dan hidangkan, sambil2 tu keh jamahlah sikit-sikit. Lama2 keh jadi biasa dengan rasa buah tu, dan sekarang keh dah jadi hantu ( penggemar ) buah naga.

Sebenarnya buah naga bukan saja enak dan lazat malah berkhasiat. Kajian telah menunjukkan bahawa buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaraan darah. Ia juga dikatakan boleh mencegah kanser usus dan mencegah kandungan kolestrol yang tinggi dalam darah.

Buah naga juga mengandungi protein yang mampu mengurangi metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung, serat yang boleh mengawal kanser usus, kencing manis dan diet. Ia juga mengandungi karotin untuk kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit, kalsium untuk tulang dan fosferos untuk pertumbuhan tisu badan.

Buah ini juga mengandungi zat besi untuk menambah darah, vitamin B1, B2, B3 dan vitamin C untuk kulit.

Kepada penggemar buah naga, dengan memakan sebiji buah naga seolah-oleh kita telah mendapat diet yang hampir sempurna. Amalkanlah memakannya untuk tubuh yang sihat.

Sekian, Wassalam.


Wednesday 20 October 2010

Tersungkur Dikaki Tangga


Assalamualaikum,

I am back again, he he entah ke berapa kali i am bak dah, tapi keh tetap macam coklat juga, sekejap ada sekejap tak ada. Nak buat macam mana, masa sangat cemburu ke keh ni, tak boleh nak dicuri langsung untuk berinternet tambahan pulak internet bermasaalah sangat, terpaksalah keh melupakan aktiviti berbeloh untuk seketika.

Banyak jugalah agaknya yang keh ketinggalan terutama entry rodong2 yang sentiasa menarik, kalau ada masa pasti keh akan membaca semua entry yang keh ketinggalan, begitu juga entry keh sendiri, kadang2 tu ada juga datang ilham nok menulis, tapi apakan daya, kadang2 terus je terlupa.

Banyak2 peristiwa yang keh lalui selama keh cuti berblog, peristiwa hari Isnin yang baru ni lah yang keh paling tak dapat lupakan. Pagi isnin 18-10-10, cuma 8 hari saja selepas hari jadi keh yang ke dot dot dot. Pagi tu keh bangun pukul 6.00, selesai solat seperti biasa keh menadah air untuk di hangkut kekiosk, tapi sebelum turun keh terniat dalam hati nak minum dulu dengan adik sebab perut pun terasa lapar, lutut pun rasa macam longgar, badan pulak rasa macam tak berapa selesa, lemah semacam aja. Tah macam mana siap je tadah air keh pun terus turun sampai terlupa nak minum. Masa turun tangga keh tak rasa apa pun, cuma penatnya lain macam sikit tapi tak pulak rasa pening.

Masa nak menyusup ke belakang tangga keh memilih untuk melangkah longkang memandangkan jalan sebelah lagi hampir sangat dengan tong sampah yang baunya amat meloyakan. Tah macam mana masa nak melangkah longkang kaki kanan keh munkin tak cukup besar langkahannya, terus terjerlus kedalam longkang. ALLAH, keh menjerit.Keh pun tersungkur dengan kedua-dua belah belah lutut terkena birai longkang yang tajam. Kedua-dua tong air terlepas dari tangan, sebelah pipi terhantuk pada batu, keh tertiarap dengan kedua belah kaki didalam longkang. SAKIT...cuma Allah saja yang tahu, dalam hati keh cuma memikirkan selepas ini boleh kah keh berjalan lagi, atau keh terpaksa diusung ke hospital, tapi sapa yang akan mengusungnya kerana tak ada seorang pun manusia yang ada disekitar situ pada pagi itu. Keh cuba bertenang dalam kesakitan yang teramat sangat sambil meraba-raba pipi keh yang terkena batu, dah bengkak dan ada cecair yang melekit. Darah!!.. Keh berusaha untuk membalikkan badan dan cuba menarik kaki untuk duduk sambil mengesat darah pada pipi. Bila dah berjaya duduk keh meraba-raba lutut, sakit...keh picit kedua lutut tapi bahu sebelah kiri sakit teramat sangat tapi berusaha juga untuk memastikan kedua lutut keh tidak cedera. Alhamdulillah bila keh cuba untuk membengkokkan lutut keh, masih boleh, cuma terasa sakit sangat.

Keh bersyukur kepada Allah kerana melindungi keh dari kecederaan yang lebih teruk. lima minit kemudian keh berjaya naik semula kerumah untuk memberitahu adik yang memujuk keh untuk ke hospital, tapi keh menolak sebab keh rasa boleh bertahan lagi, dan luka-luka pun keh boleh ubatkan sendiri, minyak gamat ada.. Hari itu keh cuma rehat sampai pukul 10.00 pagi, lepas itu keh berkerja seperti biasa dengan pipi yang tembam dan luka, dan sedikit luka dibahu.

Alhamdulillah setelah 3 hari peristiwa itu berlaku hari ini keh dah rasa segar, cuma luka dipipi dan bahu masih pedih.


Gambar Aktiviti Sebelum Kejadian


Semasa pegi pekan sari lipis jumpa buah ini, penjualnya kata ini buah sarsi, kalau rebus airnya rasa sarsi.



Kek Hari Lahir hadiah Lonik untuk keh dan Awil yang lahir
pada 15-10 lima hari selepas neneknya.
" Selamat Hari Lahir Awil dan Nenek"


Awil dan Tisya tak sabar nak potong kek kat rumah nenek Aton,
Duduk atas tikar aja dan tak ada jamuan. Sekadar melayan ke
anak2.


Char Kwieu Tiaw terlazat di Kuala Lipis, dimasak oleh Chef
Angkatan Tentera, 8 Melayu semasa jamuan hari raya baru2 ini.


Very Loving Couple, akak Bitah dengan Encik Mustapar
sambut hari jadi, keh dijemput untuk makan2. Tah berapa
tahun dah usia perkahwinan mereka nih, lupa plak nak tanya,
yang jelasnya mereka ada keluarga besar yang kesemuanya berjaya
dalam pendidikan akademik dan Agama. Alhamdulillah.


Ni sekadar menunaikan amanah. 4 orang Bangla yang menolong keh
berpindah dulu, bila keh hala aja kamera ke deme tarus aja deme
berposing, hantar surat khabar ke, tanya deme, masuk blog kata keh,
jangan tak masuk tau, katanya. Yee, ini saya dah masukkan.

Alhamdulillah, tamat entry hari ini.

Sekian, Wassalam.



Wednesday 13 October 2010

Malam Pertama....

Assalamualaikum,

Nih cerita paling sensasi, pasti semua orang teruja nak mengetahuinya. nanti dulu weh, malu juga nok mendedahkan cerita malam pertama nih. tapi tak apalah yek, anggap saja ianya sebagai hiburan semata-mata.

Ceritanya begini, pada mulanya keh memilih malam Rabu untuk dijadikan malam pertama keh, hehehe...tidur rumah baru lah....mudoh het kenen kelain...tapi tah macam mana berkemas tak siap2, nok tak nok terpaksalah tunda ke malam Jumaat, adik pun setuju nok bermula dengan malam Jumaat. Sementara nok menunggu malam Jumaat kome berdua beranak tido rumah lama beralas toto sehelai seorang.

Hari Khamis tu keh balik rumah dalam pukul 6.30 petang, talipon semua orang yang keh rasa boleh menemankan keh, kalau tak tido pun, dapat sembang2 aja pun jadilah untuk menaikkan semangat keh. Lagi pun keh memang rasa takut sangat, kebetulan pula lampu cuma ada diruang tamu saja, semua bilik tak ada lampu termasuk dapur dan bilik air. Tapi semuanya tak dapat menemankan keh. Semua ada hal sendiri, kebetulan malam Jumaat semua orang kesurau atau masjid untuk berjemaah.

Adik pun malam tu lambat balik sebab berada di rumah kawan dia, maka tinggallah keh seorang diri dalam kegelapan. Sampai dirumah suasana memang suram dan gelap, satu lampu mana cukup, keh pun pasang lilin disetiap bilik dan sudut. Siap pasang lilin keh mandi untuk solat Maghrib. Sambil tu mata melilau kesetiap sudut yang samar-samar. Terasa macam mintak pula nak lihat ada sesuatu didalam kesamaran itu.

Masa berada didalam bilik air tu lah tiba-tiba saja perasaan takut datang, mengigil keh ketakutan, rasa macam tak nak bergerak sebab keh rasa setiap pergerakan keh diperhatikan. Tapi keh gagahi juga untuk solat di ruang tamu, terang sikit. Masa duduk tahayat akhir keh perasan macam ada sesuatu melintas dibelakang keh. Berderau juga darah, tapi alhamdulillah dapat juga keh menyudahkan solat dengan sempurna.

Lepas solat tak henti2 keh membaca ayat-ayat al-Quran yang mana keh ingat sambil cari buku Yasin, baru perasan kesemuanya satu kotak berisi surat yassin masih tertinggal dirumah lama. Nasib ada satu Quran yang dah lama, cari surah Yassin dan baca sampai tamat. Lepas tu cepat2 talipon adik suruh balik, rupanya adik masih dirumah kawannya sebeb kat sana hujan.

Keh dah tak reti nak buat apa, ketakutan yang teramat sangat, hanya yang mampu keh buat berbaring diatas sofa sambil baca Quran sehinggalah adik dengan seorang kawan dia yang nak menemani kome, balik dalam setengah jam lepas keh solat. Tengah malam dalam kul sepuluh keh pegi jemput akak dan kumprinx yang baru balik dari Kl pun ada datang. Pukul 12 tgh malam baru mereka balik. Lega sikit rasa ati keh.

Sekarang ni Alhamdulillah, rasa takut dah berangsur-angsur kurang. Keh dah boleh tinggal seorang semenjak semua bilik dah ada lampu, tapi terpaksa pasang kesemua lampu yang ada, tak boleh satu sudut pun yang samar...

Tapi setiap malam dalam pukul 11.00 keatas keh selalu dengar suara beberapa orang perempuan lalu depan rumah keh,dengan tumit kasut kerasnya yang berketap2, tak tau mana deme duduk sebab kebanyakan rumah sebaris dengan keh tu kosong dan disewa sebagai stor sahaja, manakala rumah yang berpenghuni semua keh dah kenal penghuninya.

Biarlah mereka pun makhluk Allah, bisik hati kecil keh...

Sekian, Wassalam.






Tuesday 12 October 2010

Kembali Berblog.

Assalamualaikum,

Kepada semua rodong dan penggunjung blog lipislady, keh dah kembali berblog setelah bercuti sekian lama akibat memindah rumah dan kedai. Aduh letihnya kerja pindah memindah ni, sampai sakut seluruh badan. Alhamdulillah kerja punggah memunggah dah selesai, tapi kerja susun menyusun belum berapa selesai lagi. Tapi kedai dah lama sangat tak buka, income pun dah lama tak masuk keh terpaksa lupakan dulu sementara kerja susun menyusun. Tunggu masa freelah.

Sebenarnya semalam dah keh nak online tapi appointment dengan doktor pakar kat Hospital Lipis buat keh berada sehari suntuk kat hospital. Appointment pukul 10.30, pukul 10.00 keh dah tercatuk kat bilik menanti dengan pesakit yang penuh sesak semuanya menunggu giliran untuk berjumpa doktor. Tapi dek kerana doktor pun sibuk dengan pesakit lain, ada yang nak kena bedah dan sebagainya, meka sesi bertemu doktor keh berakhir tepat pukul 4.30 petang dengan kata2 dari doktor yang memereksa keh " Everything clear" datang semula 4 bulan akan datang. Alhamdulillah.

Sekian Wassalam.

Thursday 30 September 2010

Jamuan Raya Lagi,

Assalamualaikum,

Aktiviti angkut mengangkut barang pindah terpaksa ditangguhkan kepada hari Ahad ini, memandangkan hari tersebut cuti, kurang sikit orang dilaluan keh nok membawa barang. malu pulak rasanya kerap sangat berpindah randah ni, kena buat kerja malamlah agaknya baru tak ada orang.

Tengahari ini keh nak relex2 otak sikit sambil makan2. Hari ini YB Dato' Abdul Rahman, Adun Padang Tengku buat rumah terbuka di dewan Residen Kuala Lipis, semua rakyat dijemput hadir untuk menjamu selera, keh pun tak nak ketinggalan untuk menikmati jamuan tersebut untuk menjimatkan budjet makan dan budget tenaga memasak.

Esok pun ada jamuan hari raya lagi yang mana esok giliran YB Dato' Shahrom Othman Ahli Parlimen Lipis pulak menjamu rakyat jelata. Lusa pun ada lagi jamuan yang di buat oleh ADO plak, nama keh tak berapa ingat. Pendek kata orang Lipis mana yang dekat dan ada kelapangan tu bolehlah datang menjamu selera selama 3 hari berturut-turut.

Terima kasih daun keladilah YB, YB semua kerana belanja kami rakyat jelata nih. Tahun depan belanja lagi.

Sekian Wassalam.

Tuesday 28 September 2010

Alahaii...Cerita Hantulah Pulak.

Assalamualaikum,

Esok dalam pukul 5.00 petang keh dengan dibantu oleh beberapa orang Bangla yang disewa khas akan memindahkan barang2 dari rumah ini ke kedai dan rumah baru. Mood nak pindah dah datang sejak tengahari semalam. Barang pun dah kemas sikit2, pagi esok sambung lagi kemas. Pagi tadi keh dengan adik bertungkus lumus membasuh rumah, tapi belum siap betul lagi. Akan disambung petang nanti.

Dalam keh sibuk membasuh rumah pagi tadi Ustazah Fazlin datang nak tengok kut2 masih ada barang2 dia dalam rumah tu kerana sebelum keh nak sewa ni dia sewa rumah tu buat kelas Fardhu Ain. Tiba-tiba keh teringat la plak kata2 anak keh masa bagi tau dia keh dah dapat rumah tu..." Jangan2 mak nak sewa rumah yang berhantu yang kawan keh duduk dulu" kata dia selamba. " Yee kee, mat ada rumah berhantu ke situ?" tanya keh selamba. Walau pun selamba ada lah juga cuaknya dalam hati ni.

Sejak dari hari itu, dalam sepuluh hari yang lepas keh tak henti2 menyiasat tentang rumah itu, dan rumah yang selang satu pintu dari rumah itu. Oleh kerana keh cuma dibenarkan oleh tuan rumah untuk menyewa selama 3 bulan aja rumah itu, keh terpaksa memohon rumah selang satu pintu dari rumah sekarang dari PKNP, mudah sikit nak pindah nanti. Jawapan dari pihak PKNP macam positif aja tapi mereka tu macam cuak juga menjawabnya.

Bila keh tanya Ustazah Fazlin sama ada benar dakwaan orang2 yang pernah menyewa disitu ada gangguan di rumah2 tertentu, Ustazah Fazlin tidak menafikan. " Tapi rumah yang akak nak sewa ni tak ada gangguan, kalau rumah PKNP tu ada, saya pun pernah sewa rumah tu untuk anak2 yatim, memang ada budak2 yang nampak bayang2 hitam melintas." Kata Ustazah Fazlin. "Tapi cuma orang yang lemah saja yang akan diganggu, orang yang kuat semangat tak diganggu pun". Aduilah, mendengarnya pun dah lemah semangat. Serba salah lah plak rasanya hati ni. Tapi tak ada pilihan lain dah. Semua urusan dah sampai keperingkat akhir dah. Tinggal nak angkut barang aja lagi.

Akhirnya setelah mencatur segalanya, susah senangnya, baik buruknya, untung ruginya, keh kuatkan semangat ini. Keh teruskan membersih rumah tersebut, dan keputusan muktamatnya petang esok tepat pukul 5 petang acara angkut mengangkut akan tetap di laksanakan oleh bangla2 yang dah keh tempah beberapa hari yang lalu. Hanya pada Allah keh bertawakal agar keh menjadi diantara orang2 yang paling kuat semangat, yang tidak akan diganggu gugat oleh iblis dan syiatan laknatullah tersebut. Semuga perpindahan ini akan menjadi perpindahan yang diberkati Allah, dan semuga melalui perpindahaan ini juga rezki keh akan bertambah, memandangkan kedudukan kedai keh yang baru ini tidak tersorok lagi seperti yang sekarang ini. Amin.

Kepada rodong2 juga keh mohon doakan agar keh dijauhi dari gangguan2 yang tidak diingini dan keberkatan dari perpindahan ini.

Sekian, Wassalam.

Sunday 26 September 2010

Pindah Rumah

Assalamualaikum,

01-08-08 keh pindah rumah nih, depan keh buat kelas, belakang keh buat tempat tinggal. Alhamdulillah keh suka sangat tinggal sini, apa taknya keluar je rumah terus ke tempat kerja, tak payah jalan jauh, tak payah naik kereta, kalau terlambat masuk kelas boleh jerit aja dari dalam pada pelajar suruh tunggu kejap atau buat kerja sendiri.

Tapi inilah orang kata panas tak sampai kepetang, senang pun tak bertahan lama, Tak sampai pun 3 tahun, sedangkan aggrement 3 tahun, Tuan rumah keh ni yang gila nok buat rumah burung telah dengan kejamnya menghalau keh dari rumahnya ini. Berbagai alasan keh berikan supaya dia mengizinkan keh duduk sampai hujung tahun ini atau setidak-tidaknya sampai anak keh habis pereksa SPM dia, tapi rayuan keh tidak dihiraukan. Minggu lepas aja dua kali dia menziarahi keh, bertanya perkembangan persiapan keh untuk pindah. Tapi keh buat tak tau aja walau pun keh dah dapatkan kedai untuk kelas dan sebuah rumah untuk tempat tinggal. Namun mood untuk mengemas atau membungkus atau menyepah macam dalam gambar diatas masih belum datang lagi. Yang dah bersepah tu anak keh yang datang khas dari KL untuk menolong keh. Tu pun keh buat tak tau aja..

Aksi dua beradik ni, Tisya dan Zawil, memang deme berdua ni tak henti2 mengemas, ngalohkan nenek dia. Rajin sungguh.


Tisya, dari mula tiba sampai ke balik tak henti2 mengemas...sampai tak sempat tido tengahari. Memandangkan keadaan, dengan mood yang tak sampai-sampai tah bilalah keh ni dapat memindahkan barang2 nih ketempat baru. Esok lusa kut, mana tau tiba2 semangat nok pindoh sampai....InayaAllah..


Sekian Wassalam.

Monday 20 September 2010

Tolonggg....Help mee...

Assalamualaikum,

Hari ini giliran keh plak diserang amaran seperti diatas,
tak tau nak buat mendah dah nih, blog langsung tak boleh buka,
tolonglah, cammana nak buat nih..

Wassalam.

Sunday 19 September 2010

4 Hari Tak Sentuh Komputer

Assalamualaikum,

Memang busy tahap tak sempat mandi sejak empat hari yang lepas. Bermula dengan aktiviti mengurut tapak kaki kawan2, lepas itu keesokan harinya hadir jamuan Raya Cikgu Zaini di Kpg keh, pas tu menyinggoh beberapa buah rumah sesedara yang belum dizirahi lagi, balik dah reloh ( senja ). Penat je rasa badan, tapi gembira juga dapat berjumpa sedara mara yang sekian lama tak jumpa walau pun kampung keh hanya sekangkang kera aja jauhnya dari rumah keh sekarang ni.

Hari ketiga sibuk tak angkat kepala pulok buat persiapan untuk jamuan hari raya yang diadakan semalam, keh berdua dengan rakan ambil kontrek masak nasi impit dan kuah kacang bersama puding, dan of courselah bahulu memandangkan keh dah buat promosi besar-besaran kuih bahulu keh. Dari pagi sampai menjelang subuh hari sabtu baru semuanya siap sempurna. Dan petang semalam adalah kemuncaknya, kami dari team 1 Malaysia menganjurkan jamuan Hari Raya untuk ahli2 kami. Malam tadi ada plak taklimat MLM (Meniaga Larut Malam) memandangkan taklimat MLM ni maksudya seperti dalam kurungan diatas, maka kehadiran keh hanyalah sekadar untuk menbanyakkan orang, kerana mata dah tak berapa nok celik, dan telinga pun dah tak berapa nok mendengor.

Balik tido setengah jam, dan bangun pukul 12.30 untuk memulakan operasi bersih membersih sisa2 kerja semalam. Sampai 3.30 pagi baru beres dan boleh tido. Hari ini plak bermula pukul 9 pagi tadi ada tamu datang beraya, nasib baik ada nasi impit dan kuah kacang semalam yang masih baik lagi sebagaai hidangan beserta dengan serdak2 biskut yang semakin lama dah menjadi semakin sedap.

Dan akhirnya setelah berhempas pulas ( bertungkus lumus) menyempurnakan kerja yang sepatutnya, akhirnya sekarang dapatlah juga keh mengupdate blog keh ini. ( Gambar Raya tak ambil satu pun, terlupa pun yee, tak berkesempatan pun yee, walau bagaimana pun raya ni keh sambut dengan meriah sekali.) Esok memulakan kerja seperti biasa, Posa Nam terpaksa ditangguhkan untuk beberapa hari lagi.

Sekian Wassalam.

Tuesday 14 September 2010

Jiran Keh Mendahului Sosilawati

Assalamualaikum,

Apalah murahnya nilai nyawa manusia sekarang ini. Ianya boleh dicabut bila2 masa saja dengan kejamnya. Berita kehilangan dan kematian jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya sekali lagi mengemparkan rakyat Malaysia yang perihatin. Tapi sebelum itu Kuala Lipis digemparkan dengan berita kematian seorang kontraktor jutawan yang dah dua tahun menjadi jiran keh. Beliau dibunuh dengan kejam sekali.

Mereka berdua hilang pada hari yang sama, dan munkin menjadi mangsa pada hari yang sama juga, bezanya seorang dah ditemui dan selamat di semadikan, tapi yang seorang lagi beserta 3 rakannya masih menjadi tanda tanya.Begini agaknya pertanda dunia akhir zaman, nyawa manusia sudah tidak ada nilai lagi.

Sekian Wassalam.



Selamat Hari Raya Aidil Fitri.


Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

Rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan selamat hari raya kepada rodong2, kawan2 dan pengunjung blog ini, sempena Aidil Fitri yang mulia dan meriah ini. memandangkan sebelum raya keh tak berkesempatan nak mengucapkan selamat hari raya. Hari ini dah masuk hari kelima kita beraya, mesti mood raya dah semakin berkurangan, ada setengah nya dah mula bekerja dari semalam lagi.

Tapi keh sendiri belum mula kerja lagi, tah lah tak tau mana nak mulakan kerja ni, sendat rasanya otak memikirkan betapa banyaknya kerja yang perlu dibereskan. mana nak memindah rumah, memindah kedai, dengan barang2 yang satu pun tak berkemas lagi, tempoh yang diberikan oleh tuan rumah pun dah semakin hampir...Ahhh..serabutnya...

Ni semua gara2 burung walidlah. Menurut tuan rumah tempat keh menyewa ni, tempat ini akan dijadikan rumah untuk burung2 walid bersarang, dan dalam masa beberapa tahun lagi tuan rumah ini akan menjadi jutawan sarang burung. Muskil juga hati keh ni, dah sedap2 duduk sini disuruh pindah plak. Yang lebih muskilnya mecam mana rumah kedai yang ditengah2 pusat bandar ni boleh dibuat rumah burung pula?? Macam-macamlah deme nih nok kaya cepat.

Sekian dululah untuk pagi ini. Jumpa lagi.

Wassalam

Wednesday 1 September 2010

Mencari Malam Al-Qadar,

Assalamualaikum,

10 malam terakhir dibulan Ramadhan telah berlalu 2 malam, malam ini adalah malam ke 3, iaitu malam ke 23 dibulan Ramadhan. 10 malam terakhir dibulan Ramadhan adalah malam yang paling dinanti2kan oleh umat Muhammad kerana diantara malam itulah kita akan berpeluang mendapat malam Al-Qadar, dimana setiap ibadah yang di laksanakan pada malam itu pahalanya digandakan seolah-olah kita telah beribadah selama 1,000 bulan iaitu bersamaan 83 tahun. menjadikan kita seolah2 menghabiskan seluruh hidup dan usia kita untuk beribadah. Bayangkan jika kita hidup hanya 70 tahun, sedangkan ibadah yang kita dapat untuk 83 tahun.

Bagi mencari malam2 yang berkemunkinan sebagai malam Al-Qadar maka kalangan ulama' ada menyatakan bahawa al-Qadar diturunkan pada malam2 yang ganjil, iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 dibulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Al-Qadar pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan dan ada juga ditemui pada malam 23. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya dia bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Kesimpulannya malam LailatulQadar itu berpindah dari satu tahun kesatu tahun yang lain didalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah disepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat. ( Petikan dari Risalah Ramadhan Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis )

Kesimpulannya marilah kita sama2 meningkatkan ibadah dan amalan kita di10 malam terakhir ini, cuma tinggal 8 malam saja lagi, 2 sudah berlalu. Diantara ibadah mudah yang boleh kita lakukan, membaca alQuran, bertasbih dan bertahmid, beristghfar, berselawat keatas nabi, lakukan sentiasa kerana lailatulqadar turunnya tidak lama. Beruntunglah kita yang dapat menbaca walau sepotong Bismillah pun diwaktu Lailatulqadar turun. Lakukan dengan hati yang sangat ingin bertemu, semuga Allah menemukannya.

Cara Kita menghadapi 10 Malam Terakhir Dibulan Ramadhan.

1. Tidur dirumah, malas dah nak ke masjid kerana terlalu penat, setelah hampir sebulan menunaikan Terawih, masjid lengang bermula malam 21 Ramadhan.

2. Sibuk mengemas rumah, menghias, mengecat untuk persiapan Hari Raya.

3. Sibuk bakar kuih Raya untuk dihidangkan kepada tetamu kelak.

4. Last minit jahit langsir atau baju anak.

Memanglah, itu tanggungjawab kita demi memastikan Hari raya dapat diraikan dengan penuh meriah, tapi disamping tangan kita yang sibuk membuat kerja, mulut kita masih boleh mengucapkan tasbih dan tahmid, masih boleh mmengalunkan ayat2 alQuran yang kita hafal. Semuga kita bersedia mulai malam ini. InsyaAllah.

Perkongsian ini adalah peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa juga yang sudi menerimanya.

Sekian, Selamat Menggandakan Ibadah. Wassalam

Tuesday 31 August 2010

Apakah Kita dah Letih

Assalamualaikum,

Setelah genap 53 tiga tahun, apakah jiwa patriotikkita sudah menipis atau kita sudah terlalu letih untuk mengibarkan Jalur Gemilang dimana2 saja bagi memeriahkan sambutan hari merdeka ini. Tahun ini sambutan Hari Merdeka terasa hambar, bermula dengan kurangnya pengibaran Jalur Gemilang di permis2 perniagaan, dirumah2 malah di jabatan2 kerajaan juga. Diikuti dengan tiadanya perarakan secara besar-besaran, munkin kerana bulan Puasa. Tapi yang nyatanya sambutannya terasa amat hambar.

Beberapa tahun yang lepas, apabila tiba 15 Ogos, kebanyakan pemilik kenderaan akan memacakkan bendera dibumbung kereta mereka, tapi tahun ini boleh dibilang dengan jari kereta yang ada memacakkan bendera dibumbungnya dan menyelimutkan bonet hadapannya dengan bendera.

Yang paling sedih di Indonesia pulak, Jalur Gemilang diinjak2 tanpa ada rasa hormat langsung terhadap negara kita yang bukan sedikit budi dan baktinya terhadap warga mereka disini. Apakah agaknya akan jadi beberapa tahun lagi, setiap 31 ogos, apakah ianya akan semakin hambar, atau akan terus dilupakan tarikh itu?

Renung2kanlah.

Sekian, Selamat Berpuasa.


Monday 30 August 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Assalamualaikum,

Beberapa jam saja lagi akan bergemalah diseluruh Malaysia, negara kita yang amat dicintai ini, dengan Laungan Keramat MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! untuk kali yang ke53. Inilah pengorbanan dan anugerah yang paling berharga dari para pemimpin kita sejak lebih setengah abad yang lalu, memerdekakan negara kita dari penjajah. Pengorbanan Mereka ini sangat besar dan tidak ternilai harganya.

Sebagai rakyat biasa kita juga ada peranaan untuk mengisi kemerdekaan ini, walaupun peranan kita munkin kecil, tapi kalau kita tidak bertindak membendungnya ianya boleh merosakkan negara kita yang dicintai ini. Contohnya, perasaan hasad dengki, iri hati, fitnah memfitnah, rasuah, dan sebagainya, walaupun nampaknya perkara kecil tapi bila ianya berleluasa ia akan mengakibatkan negara mengalami korupsi.

Begitu juga dengan keruntuhan moral, yang sekarang ini bukan saja terjadi dikalangan anak2 muda malah orang dewasa, warga emas dan sesiapa saja tidak terkecuali. Penyalahgunaan dadah, keganasan baik didalam rumahtangga maupun diluar, pergolakan politik yang melampau,semuanya ini menyumbang kepada bertambahnya beban kepada kerajaan dan pemimpin kita.

Memang sedih bila memikirkan perkara ini sedang berleluasa terjadi dinegara kita yang bebas dan merdeka ini dan tanpa kita sedari kita sedang mengheret negara kita ini kearah kehancuran.

Oleh itu sebagai warga negara yang sedang menikmati keindahan dan kenikmatannya berada di sebuah negara yang merdeka, marilah kita sama2 memerangi segala anasir yang boleh merosakkan negara kita yang dicintai ini.

Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke 53, Semuga Negara Kita Yang Dicintai Ini Akan Terus Kekal Aman dan Merdeka Sehingga Bila-Bila.

Sekian Selamat Menjalani Ibadah Puasa.



Sunday 29 August 2010

Set Hidangan Berbuka Puasa dan Sahur.

Assalamualaikum,

Tak ada ayam percik, tak ada daging rendang, tak ada murtabak, tak ada lompat tikam, yang ada cuma masak lemak pucuk ubi, ikan kerisi goreng, ikan masin goreng dan yang paling istimewa sambal belacan, (bukan belacan jingga yee, belacan cap 3 udang warna hitam dah kome guna pakai sejak zaman mak dulu ) yang dicicah dengan ulam kobis. Pembuka mulut Kurma, pembasuh mulut pula dulukuih ketayap. Modal cuma Lima ringgit. Amacam boleh terima tak, hidangan untuk 2 atau 3 orang ni...minuman, air suam, tak ada dalam gambar...


Ini pula set hidangan untuk bersahur, sambal tempoyak tanpa petai (sahur tak boleh makan petai) sayur goreng, ikan masin lebihan berbuka, dan telor goreng berlada untuk anak bujang. Modal 0.0 RM sebab semua dah ada didapur. Sekali sekala boleh cuba kedua menu ini. Bagi keh amat menyelerakan.

Sekian, Salam Ramadhan Mubarak.