Sunday, 19 September 2010

4 Hari Tak Sentuh Komputer

Assalamualaikum,

Memang busy tahap tak sempat mandi sejak empat hari yang lepas. Bermula dengan aktiviti mengurut tapak kaki kawan2, lepas itu keesokan harinya hadir jamuan Raya Cikgu Zaini di Kpg keh, pas tu menyinggoh beberapa buah rumah sesedara yang belum dizirahi lagi, balik dah reloh ( senja ). Penat je rasa badan, tapi gembira juga dapat berjumpa sedara mara yang sekian lama tak jumpa walau pun kampung keh hanya sekangkang kera aja jauhnya dari rumah keh sekarang ni.

Hari ketiga sibuk tak angkat kepala pulok buat persiapan untuk jamuan hari raya yang diadakan semalam, keh berdua dengan rakan ambil kontrek masak nasi impit dan kuah kacang bersama puding, dan of courselah bahulu memandangkan keh dah buat promosi besar-besaran kuih bahulu keh. Dari pagi sampai menjelang subuh hari sabtu baru semuanya siap sempurna. Dan petang semalam adalah kemuncaknya, kami dari team 1 Malaysia menganjurkan jamuan Hari Raya untuk ahli2 kami. Malam tadi ada plak taklimat MLM (Meniaga Larut Malam) memandangkan taklimat MLM ni maksudya seperti dalam kurungan diatas, maka kehadiran keh hanyalah sekadar untuk menbanyakkan orang, kerana mata dah tak berapa nok celik, dan telinga pun dah tak berapa nok mendengor.

Balik tido setengah jam, dan bangun pukul 12.30 untuk memulakan operasi bersih membersih sisa2 kerja semalam. Sampai 3.30 pagi baru beres dan boleh tido. Hari ini plak bermula pukul 9 pagi tadi ada tamu datang beraya, nasib baik ada nasi impit dan kuah kacang semalam yang masih baik lagi sebagaai hidangan beserta dengan serdak2 biskut yang semakin lama dah menjadi semakin sedap.

Dan akhirnya setelah berhempas pulas ( bertungkus lumus) menyempurnakan kerja yang sepatutnya, akhirnya sekarang dapatlah juga keh mengupdate blog keh ini. ( Gambar Raya tak ambil satu pun, terlupa pun yee, tak berkesempatan pun yee, walau bagaimana pun raya ni keh sambut dengan meriah sekali.) Esok memulakan kerja seperti biasa, Posa Nam terpaksa ditangguhkan untuk beberapa hari lagi.

Sekian Wassalam.

13 comments:

  1. salam LL..memang sibuk bebeno kan,..akak pun camtu juga..baru hari ni..dapat menulis..sikit..lebihkan gambo je..itu pun..anak sedara yang ambik gambo..akak pun tak sempat nak megang kamera..

    ReplyDelete
  2. Popalit yeek beraya bete deme... sampai tak sempat mandi hehehe maru weh gitu :) kawan sibuk juga sibuk makan aje mula nok tidor aje.

    ReplyDelete
  3. Popaleh weh.Agok2 larat lagi tak nok buat rumoh terbuke

    ReplyDelete
  4. salam..
    sesekali berehat
    la juga..koi pun sehari
    sebelum raya 9-12 hb sept
    tak boleh nak online juga
    Jengka tak de line broadband
    sakit jiwa nak updated blog
    he he..

    ReplyDelete
  5. salam...

    samalah kite,koi ander dlm 2 hari dok online..

    ReplyDelete
  6. Kak LL tok terlibat ke sambutan hari malaysia ket lepih teh?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,Kak Erna,

    Orang perempuan nih memang sibuk sokmo kalau taimraya yee Kak Erna, tak len nok elak langsung...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, Sha,

    Boleh juga di panggil sengaja menyibuk hehehe..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, En Yassin,

    Keh pun sibuk juga bak makan2 nih, pantang orang hidang je makanan, tak tolok langsung..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, Jejaka Desa,

    Rumah terbuka tak ada dah, hari ni dah sibuk dengan kedai terbuka plak dah..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum, En Zul,

    Malam tadi berehat dah, tapi tidonya tetap dari pukul 12.00 hingga 5.00 juga. Jadi dah tu, segor dah rasa badan hari nih..

    ReplyDelete
  12. 4 hari ok lagi aok..ada yang dah sebulan tak sentuh komputer..sebab komputer rosok..duduk berebut dengan not book anok..

    ReplyDelete