RAKAN YANG SUDI MEMERIAHKAN BLOG INI

Thursday, May 10, 2012

Bunga Ros Dari Plastik Beg (Tutorial)

Assalamualaikum,

Selamat pagi Khamis, pakai baju warna apa hari ni? 
warna yang sesuai dan baik untuk hari Khamis ni ialah warna oren 
atau kuning. Jadi, pakailah baju oren..atau kuning hari ni.



Pagi ni kakmah bukanlah nak buat entry pasal baju atau pasal warna.
Cuma kakmah nak buat tutorial macam mana nak buat bunga
ros dari plastik beg bising yang kadang2 bertimbun dalam
simpanan kita. Maklumlah setiap kali kita beli barang kita akan dapat
plastik beg tu, tak kiralah besar atau kecik. nak buang akan 
mencemarkan kawasan, kerana plastik beg ni sangat susah 
nak lupus, ambil masa bertahun-tahun untuk lupus.


Bukankah cantik kalau kita boleh buat seperti ini,
Setelah mengeluarkan barang2 yang kita beli dari kedai tu, 
lipatkan semula plastik beg "yang bersih sahaja" itu supaya 
dia tidak berkedut. Apabila dah banyak bolehlah buat seperti yang
kakmah ajarkan ni. Hasilnya pasti memuaskan hati kita.
Tapi kakmah gunakan plastik yang baru, yang kakmah beli khas
untuk buat bunga kerana bunga kakmah ini untuk dijual kepada 
kawan-kawan kakmah.

Oklah, mari kita mulakan :-


1. Bahan-bahan yang diperlukan seperti diatas, Dawai untuk batang, 
dawai atau benang untuk pengikat, plastik beg, daun, pelilit batang, 
dan pelayar untuk memotong dawai dan gunting, 


2. Potong tepi beg yang bercantum,


3. Potong plastik beg selebar 4 hingga 5 inci, Kakmah gunakan
plastik beg yang sederhana besar dan keras supaya senang dibentuk.


4. Sekarang kita dah dapat plastik yang berlapis dua, potongkan
supaya menjadi dua bahagian. Lipatkan ditengah2 bahagian.


5. Pintalkan seperti ini di bahagian yang berlipat.


6. Supaya menjadi seperti ini.


7. Gulungkan seperti ini supaya menjadi bentuk bunga ros.


8. Ikat dengan dawai atau benang dipangkalnya.


9. Ikat dengan dawai kasar yang telah dipotong sepanjang
yang diperlukan, sebagai tangkainya dan lilitkan dengan pelilit 
batang warna hijau.


10. Lekatkan daun, lilit lagi sehingga sampai kepangkal batangnya.
Seeloknya gunakan daun ros, tapi kakmah guna daun tulip 
kat stok daun ros dah habis.


11. Dah pun jadi sekuntum bunga ros warna oren, 
sesuai untuk warna hari ini.


Cantik untuk diletakkan dimana2 sudut rumah kawan2...
kalau ada masa bolehlah cuba yee.

Sekian dulu.
Semuga jumpa lagi,

Wassalam.

20 comments:

  1. cheqna memang failed r bab2 gini =)
    kreatif n cantik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam cheqna,

      Kakmah dulu macam cheqna juga,
      tapi bila banyak masa terluang,
      jadi suka plak nak buat menda2 gini.

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Kak Mah.

    Saya ni jenis KERASTANGAN, memang cemburu tengok Kak Mah boleh buat bunga cantik macam tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam kakcik,

      kakmah rasa kerastangan campur tak ada masa tu,
      kalau ada masa mesti taangan jadi lembut..kan kakcik..

      Delete
  3. tangan bangku x leh nak wat kraft cenggitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Tentang Kita,

      Hehe...ada gak tangan bangku yee,
      ingatkan kaki bangku je...hehe

      Delete
    2. tangan bangku tu reka sendiri..hehehe^__^

      Delete
  4. Salam perkenalan,

    Kreatifnye Kak Mah ni..
    Makchaq ni sama spesis ngan kakcik, walau nampak senang, bila buat.. out...
    M pun besar, cuba sekali dua tak jadi langsung patah semangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsallam makchaq,

      Salam perkenalan diterima, Terima kasih sudi bertandang ke blog kakmah,

      Kena bagi kurus sikit M tu, haha..
      kakmah pun sama sebenarnya ( M ) tu kadang2 terlebih besar..

      Delete
  5. Replies
    1. Sallam Ryu,

      Alhamdulillah, sebenarnya mudah aja,
      kakmah kalau boring, inilahkerja kakmah..

      Delete
  6. Kak,

    tangan yg membuat bunga roa ini sgt kreatif, subhanaALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Mak Wardah,

      Alhamdulillah, sebenarnya tangan kakmah pun
      keras juga, tapi setelah dilentur-lentuk,
      bolehlah sikit2..

      Delete
  7. cantik....klu dulu2 pergi rumah kenduri selalu dpt bunga telur yg guna bunga dari plastik mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam munna,

      Sekarang ni semua ni dah tinggal kenangan kan munna, kakmah nak hidupkankembali kraft macam ni, insyaAllah..

      Delete
  8. tq.Idea bagus untuk di ajarkan kepada anak murid masa perjumpaan kelab dan persatuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Cikgu Hani,

      Barapa orang cucu dah cikgu?
      Memang bagus idea cikgu tu, suruh dia orang tu kumpul beg bekas barang yang mak dia orang bawak balik dari kedai tu...

      Delete
  9. Hello LipisLady, wow! You sure very talented and very creative. They are beautiful!
    First time I see these made this way. Beautiful.

    Oh ya, you senang datang pondok saya. I have something for you.
    Minum ayer sejuk first, ha ha.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lee,

      Ada minat, ada bakat dan rajin belajar,
      hasilnya berjaya...

      Thanks for the invitation,
      sekarang juga kakmah datang.

      Delete