Thursday, 17 May 2012

Keju Ku Sangka Tempoyak

Assalamualaikum,

Sempena Hari Ibu tiga hari yang lepas, anak kakmah dan
isterinya masak2 dan ajak kakmah makan. Tak adalah masak
istimewa sangat, cuma masak2 kampung kegemaran mereka dan
kegemaran kakmah juga. Ada masak lemak pucuk ubi,
ayam masak kicap, ayam masak kicap menantu kakmah ni memang 
sedap sangat kuahnya. Ada sup ikan lumet rampai dengan nanas, 
yang ni paling sedap, kailan goreng belacan, dan paling istimewa
menantu kakmah celur pucuk ubi untuk cicah dengan sambal belacan
dan tempoyak. untuk melengkapkan menu kakmah bawak
gulai tempoyak ikan patin dengan mentimun tahun, dan goreng 
taugeh kasar, lengkap menu kami malam tu.

Keju tu dalam piring kecik terlindung sebelah dengan mangkuk ayam goreng kicap.

Kami makan ala-ala berkelah je untuk menambah selera makan.
Malam tu kakmah memang tak sabar betul nak makan tengok segala
menu yang ada dan tersusun  diatas meja. Menu yang pertama sekali
yang cecah kemulut kakmah ialah ulam pucuk ubi dengan sambal
tempoyak. tapi kakmah rasa pelik bila rasa tempoyak tu langsung tak
ada rasa tempoyak. Lain macam sikit rasanya. takperlah kata hati
kakmah, munkin tempoyak ni dibuat dengan durian yang tak berapa 
cantik. Sebab tu tak manis macam tempoyak biasa. Suap kali yang 
makin bertambah pelik kakmah rasa, sambal ni langsung tak pedas,
munkin menantu kakmah ni gaulkan tempoyak ni dengan cili
mesen yang dibeli dari kedai aja agaknya, kata hati kakmah lagi.
takperlah, makan jelah janji pucuk ubi ada.

Bila kakmah cicah kali ketiga, anak kakmah tegur, "Mengapa mak 
cicah pucuk ubi dengan ni," kata dia. "Mengapa?" kakmah tanya 
dia balik. "NI untuk makan dengan ni" Sambil tunjuk kat kakmah
seketul wadges, " Lahh..makan sambal tempoyak dengan Wadges?"
Kompius betul kakmah...

" Ini kejulah mak, bukan tempoyak" kata anak kakmah...
Kah kah kah, kami semua ketawa..


Sekian dulu, semuga jumpa lagi,

Wassalam.


12 comments:

  1. salam kak mah..he he..acik pun tumpang gelak pepagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam Acik,

      Hehe..Dah otak tempoyak,
      nampak je benda yang serupa tempoyak
      tak ada fikir lain lagi, fikir tempoyak je.

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Kakmah.

    Tempoyak perisa keju ya? hehehe... Tapi memang meriahlah hidangan tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsallam kakcik,

      Lebih kurang gitulah,
      tapi sekali pandang sebijik macam
      sambal tempoyak orang malas,
      Tunbuk lada gaul dengan tempoyak,
      gitulah rupanya...

      Delete
  3. Assalamualaikum Cek Mah,,

    Nak gelak sama boleh.. Apa2 pun, hampir semua menu tu saya kenal, satu jek nak Tanya, sup ikan lunet rampai dgn nenas tu macam mana ya.. :)

    Lauk ni tak kirala kampung ke bandar ke.. Bila dah mkn ramai2 anak beranak semua jadi sedap Dan istimewa. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsallam DO,

      Ikan lumet tu ikan yang nipis lembut tu,
      kat semenanjung ni ari tu kakmah jumpa
      kat Kuala Selangor, tempat lain tak taulah
      ada ke tak, Yang banyaknya di Sarawak aja,
      Orang sana panggil panggang Lumet...
      Masak sup dengan batang keladi pun sedap..

      Memang makan dengan anak ni pembulka selera..

      Delete
  4. Heh lah.. berair mata ku pepagi nih..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Wifenavy,

      Tu lah namanya silap mata,
      naksudnya silap mata memandang..hehe

      Delete
  5. ahahha tergelak saya baca kak
    sib baik ada anak kan
    kalau x der .. harus di telan je
    ekekke ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Ieda,

      Makan walaupun rasanya pelik..
      ingatkan tempoyak versi baru..haha..

      Delete
  6. Sallam Ieda,

    Makan walaupun rasanya pelik..
    ingatkan tempoyak versi baru..haha..

    ReplyDelete
  7. Hahahahaaaaa...adoi, kalau saya pun gitu gamak nyer..

    ReplyDelete