Friday, 18 May 2012

Sup Ikan Lumet Rampai Labu Manis

Assalamualaikum,

Dalam entry yang lepas kanda Deru Ombak ada tanya kakmah
macam mana rupa ikan lumet. Kebetulan plak untuk lauk makan
malam tadi kakmah masak sup ikan lumet dengan sayur labu manis.
Ni gambar sup yang kakmah buat malam tadi.


Kakmah terus je ambil gambar ikan lumet dengan sup nya yang dah 
siap sekali,haaa..beinilah rupa ikan lumet. Ada kawan2 yang pernah tengok
ikan lumet ni dimana2 pasar di semenanjung ni. Ikan ni dah siap 
panggang, mereka panggil panggang lumet, kalau yanag segarnya 
kakmah sendiri pun tak kenal  macam mana rupanya.


Ini resipi sup ikan lumet

Nak buat supnya mudah aja, 
Kenalah ada ikan lumet ni 5/6 ekor, 
labu manis, atau nenas madu, atau batang keladi,
halia sikit, serai 2 batang gitu, 
bawang merah dan bawang putih. 
boleh juga tambah sikit belacan kalau suka.
dan kalau nak pedas boleh tambah lada kecik.
jangan terlampau pedas nanti tak jadi sup.

Bawang putih, bawang merah, halia,
 serai tumbuk dulu pecah2 dan tumiskan,
masukkan labu, atau batang keladi, atau nanas.
batang keladi tu rebuslah sikit dulu, buang air gatal dia,
toskan baru masukkan dalan alatan tumis.
masukkan air untuk kuahnya, bila dah separuh masak
 barulah masukkan ikan lumet. Didihkan lagi hingga
ikan lumet empuk, angkat dan hidangkan waktu
masih panas.
Kalau nak campur belacan, bancuh sikit belacan
dengan air, masukkan selepas menumis bawang 
dan yang lain2.


Ikan lumet ni lembut je, banyak tulang tapi lembut,
tidak mengakibatkan lekat tulang sebab boleh dimamah.
Sedap juga kalau digoreng garing, tak payaah buang tulang,
semuanya boleh dimamah.

Sekian, semuga kita berjumpa lagi,

Wassalam.


11 comments:

  1. Assalamualaikum CekMah..
    Pertama kali kenal Nama ikan ni.. Saya taktau Ada ke idak jual dipasar. Rencah dan bahan sup tu senang dpt.

    Tetima kasih CekMah.. Pasti ni mknan tradisi org pahang kan.. Kemarin saya try buat sambal bilis belimbing hitam. Belimbing tu saya buat sendiri jadi hitam.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsallam DO,

      Ikan ni sebenarnya banyak terdapat diSarawak.
      Anak dan menantu kakmah baru balik dari Sarawak,
      bawak balik ikan ni, bagi kat kakmah sikit. Kat Pahang kakmah tak pernah nampak ikan ni.

      Sedap tu sambal belimbing hitam, anak perempuan kakmah suka sangat makan sambal tu.

      Delete
  2. cik ngah pun pertama kali tahu nama ikan ni..selalu beli buat goreng je macam ikan kering biasa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Cik Ngah,

      Kalau goreng memang sedap,
      rangup sampai ke tulang.

      Delete
  3. ikan lumet ne ikan kering je kak?? mcm pelik jek rupenyee..(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Sweet Honesty,

      Ikan salai, asal dari Sarawak,
      Pelik tapi sedap.

      Delete
  4. 1st time saya dengar nama ikan lumet ni..:)

    ni ikan makan biasa ke, atau macam ikan kering?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Dr. Daddy Ziyyad,

      macam inak kering juga,
      tapi yang ni disalai,
      tak masin, rasa asli je.

      Delete
  5. aish..
    tak pernah tengok lak ikan lumet ni,
    tapi sup tu macam sedap sangat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam Ryu on ahsfantasy24.com,

      First time rasa munkin sup ni pelik rasanya,
      kakmah masa mula rasa dulu tak boleh telan,
      ikan ni rasa laian sikit, tapi sekarang
      kakmah dah biasa makan..sedappp...

      Delete