Tuesday 31 August 2010

Apakah Kita dah Letih

Assalamualaikum,

Setelah genap 53 tiga tahun, apakah jiwa patriotikkita sudah menipis atau kita sudah terlalu letih untuk mengibarkan Jalur Gemilang dimana2 saja bagi memeriahkan sambutan hari merdeka ini. Tahun ini sambutan Hari Merdeka terasa hambar, bermula dengan kurangnya pengibaran Jalur Gemilang di permis2 perniagaan, dirumah2 malah di jabatan2 kerajaan juga. Diikuti dengan tiadanya perarakan secara besar-besaran, munkin kerana bulan Puasa. Tapi yang nyatanya sambutannya terasa amat hambar.

Beberapa tahun yang lepas, apabila tiba 15 Ogos, kebanyakan pemilik kenderaan akan memacakkan bendera dibumbung kereta mereka, tapi tahun ini boleh dibilang dengan jari kereta yang ada memacakkan bendera dibumbungnya dan menyelimutkan bonet hadapannya dengan bendera.

Yang paling sedih di Indonesia pulak, Jalur Gemilang diinjak2 tanpa ada rasa hormat langsung terhadap negara kita yang bukan sedikit budi dan baktinya terhadap warga mereka disini. Apakah agaknya akan jadi beberapa tahun lagi, setiap 31 ogos, apakah ianya akan semakin hambar, atau akan terus dilupakan tarikh itu?

Renung2kanlah.

Sekian, Selamat Berpuasa.


Monday 30 August 2010

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Assalamualaikum,

Beberapa jam saja lagi akan bergemalah diseluruh Malaysia, negara kita yang amat dicintai ini, dengan Laungan Keramat MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! untuk kali yang ke53. Inilah pengorbanan dan anugerah yang paling berharga dari para pemimpin kita sejak lebih setengah abad yang lalu, memerdekakan negara kita dari penjajah. Pengorbanan Mereka ini sangat besar dan tidak ternilai harganya.

Sebagai rakyat biasa kita juga ada peranaan untuk mengisi kemerdekaan ini, walaupun peranan kita munkin kecil, tapi kalau kita tidak bertindak membendungnya ianya boleh merosakkan negara kita yang dicintai ini. Contohnya, perasaan hasad dengki, iri hati, fitnah memfitnah, rasuah, dan sebagainya, walaupun nampaknya perkara kecil tapi bila ianya berleluasa ia akan mengakibatkan negara mengalami korupsi.

Begitu juga dengan keruntuhan moral, yang sekarang ini bukan saja terjadi dikalangan anak2 muda malah orang dewasa, warga emas dan sesiapa saja tidak terkecuali. Penyalahgunaan dadah, keganasan baik didalam rumahtangga maupun diluar, pergolakan politik yang melampau,semuanya ini menyumbang kepada bertambahnya beban kepada kerajaan dan pemimpin kita.

Memang sedih bila memikirkan perkara ini sedang berleluasa terjadi dinegara kita yang bebas dan merdeka ini dan tanpa kita sedari kita sedang mengheret negara kita ini kearah kehancuran.

Oleh itu sebagai warga negara yang sedang menikmati keindahan dan kenikmatannya berada di sebuah negara yang merdeka, marilah kita sama2 memerangi segala anasir yang boleh merosakkan negara kita yang dicintai ini.

Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke 53, Semuga Negara Kita Yang Dicintai Ini Akan Terus Kekal Aman dan Merdeka Sehingga Bila-Bila.

Sekian Selamat Menjalani Ibadah Puasa.



Sunday 29 August 2010

Set Hidangan Berbuka Puasa dan Sahur.

Assalamualaikum,

Tak ada ayam percik, tak ada daging rendang, tak ada murtabak, tak ada lompat tikam, yang ada cuma masak lemak pucuk ubi, ikan kerisi goreng, ikan masin goreng dan yang paling istimewa sambal belacan, (bukan belacan jingga yee, belacan cap 3 udang warna hitam dah kome guna pakai sejak zaman mak dulu ) yang dicicah dengan ulam kobis. Pembuka mulut Kurma, pembasuh mulut pula dulukuih ketayap. Modal cuma Lima ringgit. Amacam boleh terima tak, hidangan untuk 2 atau 3 orang ni...minuman, air suam, tak ada dalam gambar...


Ini pula set hidangan untuk bersahur, sambal tempoyak tanpa petai (sahur tak boleh makan petai) sayur goreng, ikan masin lebihan berbuka, dan telor goreng berlada untuk anak bujang. Modal 0.0 RM sebab semua dah ada didapur. Sekali sekala boleh cuba kedua menu ini. Bagi keh amat menyelerakan.

Sekian, Salam Ramadhan Mubarak.

Saturday 28 August 2010

Projek bahulu


Assalamualaikum,

Memang niat keh Raya Tahun ni keh nak business kuih bahulu, tapi tak naklah dah buat bahulu guna dapur tradisional pakai sabut atau arang kayu. Pakai oven lagi mudah. Itu anggapan keh, rupanya tanpa ilmu kita tak boleh buat sesuatu dengan mudah. Begitulah projek bahulu keh. Memang keh tak pernah belajar buat Bahulu guna oven, tapi keh tengok dekat Kuantan Prade deme buat bahulu guna oven mudah aja. Keh pun buat sendiri ikut resipi dulu2 masa bakar guna sabut. Hasilnya ni ha, gambar kat bawah tu :

Lima kali keh mencuba, habis 25 biji telor, setiap kali mencuba keh guna 5 biji telor, hasilnya, cubaan yang pertama ok, shape boleh kira baik, bila makan lembut, tapi bila simpan satu malam, botol yang mulanya penuh jadi seruh ( kurang ) semuanya mengecut akibat kurang tepung agaknya. Hari kedua pula keh lebihkan tepung, tapi pegi esoknya tak seruh dah, tapi bila nak ambil sebiji, semuanya habis melekat. Aduhhh..lah sampai hari kelima pun masih bermasaalah lagi bahulu keh. Geram pun ada rasanya, kecewa pun ada, lucu pun ada, tapi keh tetap bersabar. Semalam keh mencuba lagi mengubah resipi terbaru berdasarkan pengalaman lima hari keh mencuba Alhamdulillah, hasilnya macam kat bawah ni plak :-


Malam tadi sewaktu pasar malam keh terus tunjuk kat kawan2, boleh rasa sekali sebab dah buka puasa, hasilnya, yang dalam gambar ni sold out, dan ada lah tempahan seterusnya. Alhamdulillah, rezki Bulan Ramadhan.

Sekian, Salam Ramadhan untuk semua.

Wednesday 25 August 2010

Pesta Ramadhan dan Pesta Syawal.


Assalamualaikum,

Terlebih dulu keh nok mengucapkan selamat berpesta Bulan Ramadhan kepada rodong2 yang dah lama keh tak temui melalui alam maya ini. Nampak gayanya pesta Ramadhan dah sampai ke pertengahan, dan hari ini adalah hari yang ke 15 kita berada di bulan mulia penuh barakah ini. Harap-harapnya semakin hampir ke penghujung pesta ini akan menjadi semakin meriah, dan janganlah kemeriahan ini di ditenggelami oleh kemeriahan pesta menyambut hari raya atau pesta membeli belah sempena hari raya yang juga semakin hampir tiba.

Setelah beberapa hari menghilangkan diri baru hari ini pulak keh dapat mengupdate blog keh yang dah semakin kurang pengunjungnya ini. Tapi Alhamdulillahlah taklah sampai tak ada orang langsung mengunjunginya. Hari ini hari yang ke 15 kita menunaikan ibadah puasa. Terasa sangat betapa cepatnya masa berlalu meninggalkan kita. 15 hari saja lagi kita akan berpesta bulan Syawal pula.

Namun dalam kemeriahan dan kegairahan menyambut bulan Syawal, atau pun Hari Raya Aidil Fitri ini janganlah pula kita terlupa bagaimana keadaan ekonomi kita sekarang. Maksudnya berjimat cermatlah dalam berbelanja untuk persiapan Hari Raya nanti.

Hari raya bukan bermakna hari kita berpesta besar-besaran, cukup sekadar kita meraikan kemenangan kita mengawal nafsu, kejayaan kita menjalani ibadah, dan kesanggupan kita meninggalkan segala aktiviti yang sering kita lakukan sepanjang tahun, sebelum Ramadhan.

Tidak salah rasanya kalau kita mengubah sikit cara kita menyambut raya tahun ini, dengan berjimat cermat sesuai dengan kenaikan harga kebanyakan barangan pengguna, termasuk harga minyak. Kalau dulu misalnya kita menyediakan 2 hingga 3 pasang baju raya, apa salahnya tahun ini kita kurangkan menjadi satu sahaja, sebaliknya pilihlah baju2 yang baru beberapa bulan dibeli dan ubahsuai sikit dengan menjahit manik2 disana sini supaya nampak menarik untuk dijadikan persalinan hari raya. Begitu juga dengan persalinan untuk anak2, tak perlulah sampai 4/5 pasang seorang.

Bab menyediakan juadah hari raya juga kadang2 tanpa disedari kita telah melakukan pembaziran. Ini terbukti apabila kita dengan ghairahnya menyediakan 2/3 jenis juadah untuk pagi raya sahaja. Apa kata tahun ini kita sediakan satu juadah sahaja dalam kuantiti yang banyak untuk dijamu kepada keluarga dan tetamu yang datang, kerana biasanya tetamu yang datang itu akan pergi atau telah pergi ke beberapa buah rumah, dan mereka telah menjamah bermacam2 juadah. Jadi tidak perlulah kita menghidangkan beberapa jenis juadah kepada mereka. begitu juga dengan kuih2 yang lain, sediakanlah beberapa jenis sahaja dalam kuantiti yang banyak kerana membeli dalam kuantiti yang banyak boleh menjimatkan kos.

Lagi satu yang selalu menjadi isu apabila menjelang Syawal ialah masaalah nak balik kampung mana. Ini sebenarnya perkara kecik aja, kalau suami isteri saling bertolak ansur. Raya kan 2 kali setahun, kalau tempat jauh,Raya Puasa balik kampung suami, Raya Haji balik kampung isteri, atau sebaliknya, selesai masaalah, dan tahun hadapan tukarkan pula. Kalau dekat Alhamdulillah, boleh balik 2/2 kampung. Tapi kadang2 ini pun menjadi isu besar sampai bergaduh suami isteri.
Walau bagaimana tolak ansur dan saling memahamilah yang terbaik untuk mengendalikan keadaan begini.

Sekian, Selamat Meneruskan Berpesta.

Tuesday 17 August 2010

Setelah Sekian Lama



Assalamualaikum.

Rodong2 yang selalu dekat dihati keh. Selamat menjalani Ibadah Puasa kepada semuanya. Semuga Ibadah kita ini walau sekecil mana pun akan ditimbangkan oleh Allah untuk mendapat ganjaran yang baik di Akhirat kelak.

Amboih lama bete keh tak menjenguk blog keh ini, dah bersawang nampaknya,apa lagi untuk menjenguk blog rodong2 semua. Mintok maaf lah, nak katakan keh sibuk taklah sibuk sangat, tapi mood untuk berblog tuh hilang seketika, almaklumlah niat nok memperbetulkan dan memperelokkan ibadah itulah yang paling keh utamakan dalam bulan mulia ini. Begitu juga harap2nya kepada rodong2 semua. Keh mintok maaflah kerana tak melawat dema, dah seminggu lebih rupanya. Disamping itu keh nok ucapkan terima kasih juga kepada rodong2 yang masih menjenguk blog keh walaupun tak ada hidangan yang baru. Kesetiaan rodong2 keh sangat2 hargai dalam mengeratkan lagi sillaturahim dialam maya ini.hari ini rupanya dah seminggu atau 7 hari dah kita berpuasa. Tanpa disedari
masa berlalu begitu pantas sekali.

Sebut tentang nak mengutip sebanyak munkin pahala dibulan barakah ini, memang banyak sangat yang kita boleh buat baik sewaktu bekerja maupun sewaktu dirumah dikala berehat bersama keluarga. Selain dari perkara wajib, banyak perkara2 sunat yang jarang2 dapat kita lakukan sewaktu bukan bulan puasa boleh kita lakukan dibulan puasa ini. Contohnya membaca beberapa potong ayat Al-Quran selepas solat Zohor kerana kalau bukan bulan puasa masa solat kita menjadi pendek kerana berebut nak makan tengahari.Satu lagi bila buat makan petang lebihkan sedikit untuk dikongsi2kan dengan jiran yang terdekat, Amalan ini disamping dapat bersedekah dapat juga mengeratkan persahabatan sesama jiran. Disamping melakukan solat tarawih, lakukan juga solat sunat Tahajud setiap malam sepanjang bulan Ramadhan ini bagi meningkatkan lagi pahala kita disamping berdoa supaya diperkenankan segala doa kita kerana bulan Ramadhan ini setiap doa orang yang meminta dengan ikhlas begitu mudah diperkenan oleh Allah SWT. Semuga kita juga diantara orang2 yang diperkenankan doanya dengan mudah.

Kalau dah melakukan segala yang wajib dan sunat, jangan lupa juga meninggalkan segala yang haram dan makruh dan berusahalah untuk menghindarikan diri dari melakukan segala macam perkara yang kurang baik yang kadang2 tu memang menjadi kebiasaan kita seharian. Contoh diantaranya kurangkan bercakap banyakkan berzikir, kurangkan memandang perkara2 yang boleh menimbulkan keinginan, kurangkan berjalan tanpa tujuan2 tertentu.

Ingatan ini sebenarnya untuk diri keh sendiri, tapi kalau ada yang sudi mengambil iktibar keh amat2 menghargainya.

Sekian, Wassalam.

Tuesday 10 August 2010

Trip To Kuantan.

Assalamualaikum,

Sabtu baru ni kome anok beranok buat trip ke Kuantan, Kumprinx and Eppy nok mandi laut sebagai penutup Syaa'ban, keh pun nok juga menengok kot2 ada oben yang lebih muroh dari harga yang ada di sini. Oben keh yang lama tu buruk sangat dah, nok cuba masok bahulu tak berapa masok dah. Sampai lah masanya keh rasa nok menggantikannya dengan yang lebih baru sikit. untok tidok membazir keh nok cari yang harga muroh sikit tapi jenama yang sama dengan hok diLepih nih.

Nih gambo masa beli ikan di Padang Lalang,sebelum balik, tapi keh tak
beli ikan banyok, takut peristiwa ngeri dalam keretapi berulang kembali.

Dapat pon oben yang harganya kurang dari RM100. Dua sekali komeh hangkut, maklumlah muroh, satu untok keh, satu untok Eppy, Nojj dah beli lama dah, dia yang tunjuk jalan supaya beli di Kuantan, lebih muroh. Tapi bile kome singgoh di Pasaraya Besar (giant) dalam perjalanan balik harganya dah jadi seratus lebih. Nasib kome tak tersilap beli, kalau tak wal hasil balik asal l


Semua orang gembira, hajat dah sampai.

Tiba pulok masa untuk kome berkelah ditepi pantai Teluk Cempedak, atau Teluk Nangka kata sedara keh masa kome kecik2 dulu selalu curi main kat TC@TN kalau tak sekoloh, siap kena marah...( Saudara keh tu Arwah Din dah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, alfatihah untuknya sempena Ramadhan ini semuga rohnya dicucuri rahmat, Amin)


Suka sangat cucu main pasir, nenek pun apa kurangnya,
bertahun dah tak main pasir.



Bincang nak mandi ke tak, tapi keh tak mandi, biarlah orang2
muda aja yang mandi, keh takut ketam dan obor2. Keh jadi jaga.




Posing sebelum mandi.


Suka sangat nenek dapat main tepi pantai, lama dah tak
berkelah.


Pemandangan laut sibat hari. Duduk dalam laut
sampai hari gelap.

Baru keh perasan jurugambar tak ada dalam gambar ni, tak apa nanti kita datang lagi.

Sekian aja, Wassalam

Monday 9 August 2010

Ramadhan Mubarak

Assalamualaikum,

Sallam sejahtera buat semua rodong2 yang mengenali keh, juga pengunjung2 yang sudi berkunjung ke blog keh yang tenggelam timbul ni. Semuga anda semua diberkati Allah dalam keadaan sihat dan gembira selalu. Memang keh sejak akhir-akhir ni kurang sangat masa untuk berblog disebabkan masa yang begitu cemburu dan tugas-tugasan yang tak kunjung habis.

Kita sedia maklum bulan Ramadhan akan tiba dalam masa dua hari dari sekarang, hari Rabu ini kalau masih diizinkan Allah untuk kita bernafas, mulalah kita semua umat Islam menjalani ibadah puasa dan amalan2 lain yang disunatkan didalam bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ini.

Untuk itu entry keh kali ini khas untuk mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK" ini saja kepada semua rodong2 yang selalu bertandang kesini begitu juga kepada anda2 semua yang sudi menziarahi blog ini dan juga yang kebetulan tersinggah kesini. Tanpa anda semua tak bermaknalah blog ini. Semuga dengan kedatanganya bulan yang penuh dengan barakah ini kita diberi ilham yang lebih baik untuk menjayakan blog kita masing2.

Sekian Wassalam.


Thursday 5 August 2010

Moh Makan Bertih Jagung

Assalamualaikum,

Pop Corn kata orang putih atau bertih jagung kata orang Melayu memang sangat2 digemari oleh kanak-kanak. Bukan aja kanak-kanak orang dewasa macam keh ni pun suka sangat makan bertih jagung nak pulok tengoh leka menengok rancangan kegemaran di TV. Sedo tak sedo abis dua kampit bertih jagung.

Masa anok2 kecik dulu kalau nok beli makanan ringan keh memang akan beli bertih jagung aja sekampit sorang, kuih lain tak main. Salah satu sebeb yang keh tau ialah bertih jagung memang ringan untuk di jinjing, beli lima kampit tak sampai sekilo..sesuai sangat dengan namanya makanan ringan..

Tapi itu bukan cerita sebeno yang keh nok ceritakaan mengenai pop corn atau bertih jagung ni. Itu sekadar intro aja sambil2 mengenang masa silam sewaktu membeli makanan ringan untuk anak2.

Cerita sebenarnya tentang bertih jagung ni, menurut satu kajian di Universiti Scranton, Pennsylvania, Amerika Syarikat, mendapati bahawa makanan ringan ini mengandungi sejenis antioksida iaitu polyphenols, yang mempunyai kesan antioksida sehingga sepuluh kali ganda seperti vitamin C dan D. Ia dapat menyingkirkan radikal bebas daripada tubuh yang berpotensi menyebabkan kerosakan sel dan jaringan tubuh.

Oleh kerana itu kalau terasa nak membeli makanan ringan untuk anak2 belilah bertih jagung. Tapi hati2 yee, selupat atau kulit jagung boleh mengakibatkan anak2 tercekik, kalau nak beri anak2 makan juga terpaksalah diasingkan dulu selupatnya.

Sekian, Wassalam.

Tuesday 3 August 2010

Persona Belacan

Assalamualaikum,

Bagi sesetengah orang belacan merupakan bahan mesti ada didalam sesetengah masakan atau makanan terutamanya sambal belacan, ( kalau dah nama sambal belacan tu mestilah bahan utamanya belacan, tak ada pulak orang buat sambal belacan bubuh tempoyok atau belimbing itam), kuah laksa asam, sambal nasik lemak juga mesti bubuh sikit belacan supaya ada sikit kicknya. Itu kata pakar belacan yee, bukan kata keh, keh sendiri sejak dah berumur nih dah tak berapa gemo belacan ni kecuali sambal belacan untuk dimakan dengan Laksa Sarawak.

Dulu belacan warna kehitam-hitaman aja, yang tu aja yang keh gunakan untuk buat sambal, tapi sekarang ni dah ada pulok belacan yang berwarna jingga. Kebanyakan orang lebih suka membeli belacan yang berwarna jingga ini kerana nampak lebih menarik dan permintaan untuk belacan jingga ini telah meningkat sejak akhir2 ini.

Sekarang ni dah heboh diperkatakan belacan berwarna jingga boleh menyebabkan kanser. Ini

kerana belacan jenis ini dikatakan menggunakan sejenis bahan kimia yang
dikenali dengan nama Rhodamine B yang diharamkan penggunaannya oleh kerajaan sejak 50 tahun dulu kerana bole menyebabkan kanser.Oleh kerana nak untung besar ala2 skim cepat kaya pengusaha belacan menggunakan bahan terlarang ini untuk membuat belacan mereka kelihatan lebih menarik, lebih basah dan tahan lama disamping harganya lebih murah.

Rodhamin B merupakan sejenis bahan kimia berwarna merah dan sangat beracun apabila terkena cahaya matahari. Ia dihasilkan daripada dietillamonophenol dan phatalic anchidria, yang digunakan sebagai pewarna kertas, tekstil dan colok bagi masyarakat cina. Rodhamin B bersifat karsinogenic dan menyeranag hati orang yang memakannya.

Kepada suri rumah berhati-hatilah memilih belacan untuk kegunaan harian anda, kalau boleh beli aja belacan berwarna kehitam-hitaman macam yang zaman dulu tu, atau susah2 sangat tak payah makan belacan.

Kepada yang selalu makan nasik dikedai sila berhati2 kalau sambal belacan tu warna merah terlampau, tak payahlah makan sambal belacan tu, malanlah sambal lain untuk menambah pedas. Jangan bahayakan diri anda sendiri kerana nak mengikutkan selera.


Sambal petai ni pun kalau letak sikit belacan bertambah
sedap agaknya.

Sekian Wassalam