Assalamualaikum,
Bagi sesetengah orang belacan merupakan bahan mesti ada didalam sesetengah masakan atau makanan terutamanya sambal belacan, ( kalau dah nama sambal belacan tu mestilah bahan utamanya belacan, tak ada pulak orang buat sambal belacan bubuh tempoyok atau belimbing itam), kuah laksa asam, sambal nasik lemak juga mesti bubuh sikit belacan supaya ada sikit kicknya. Itu kata pakar belacan yee, bukan kata keh, keh sendiri sejak dah berumur nih dah tak berapa gemo belacan ni kecuali sambal belacan untuk dimakan dengan Laksa Sarawak.
Dulu belacan warna kehitam-hitaman aja, yang tu aja yang keh gunakan untuk buat sambal, tapi sekarang ni dah ada pulok belacan yang berwarna jingga. Kebanyakan orang lebih suka membeli belacan yang berwarna jingga ini kerana nampak lebih menarik dan permintaan untuk belacan jingga ini telah meningkat sejak akhir2 ini.
Sekarang ni dah heboh diperkatakan belacan berwarna jingga boleh menyebabkan kanser. Ini
dikenali dengan nama Rhodamine B yang diharamkan penggunaannya oleh kerajaan sejak 50 tahun dulu kerana bole menyebabkan kanser.Oleh kerana nak untung besar ala2 skim cepat kaya pengusaha belacan menggunakan bahan terlarang ini untuk membuat belacan mereka kelihatan lebih menarik, lebih basah dan tahan lama disamping harganya lebih murah.
Rodhamin B merupakan sejenis bahan kimia berwarna merah dan sangat beracun apabila terkena cahaya matahari. Ia dihasilkan daripada dietillamonophenol dan phatalic anchidria, yang digunakan sebagai pewarna kertas, tekstil dan colok bagi masyarakat cina. Rodhamin B bersifat karsinogenic dan menyeranag hati orang yang memakannya.

Kepada suri rumah berhati-hatilah memilih belacan untuk kegunaan harian anda, kalau boleh beli aja belacan berwarna kehitam-hitaman macam yang zaman dulu tu, atau susah2 sangat tak payah makan belacan.
Kepada yang selalu makan nasik dikedai sila berhati2 kalau sambal belacan tu warna merah terlampau, tak payahlah makan sambal belacan tu, malanlah sambal lain untuk menambah pedas. Jangan bahayakan diri anda sendiri kerana nak mengikutkan selera.
Sambal petai ni pun kalau letak sikit belacan bertambah
sedap agaknya.
Sekian Wassalam
