Sunday 22 January 2017

Tahun Baru Yang Berwajah Baru

Assalamualaikum,

Salam pagi Minggu. Tanpa disedari rupanya kita dah 21 hari berada di tahun 2017. Terlalu banyak yang perlu difikirkan, terlalu banyak yang perlu diuruskan, terlalu banyak kesakitan yang dideritai membuatkan Kak Mah terlupa, rupanya dah hampir tiga minggu tak update blog kesayangan ni.

Alhamdulillah malam ni rasa segar dan gembira sikit, lalu teringat semula dekat blog ni. Walau bagaimana pun belum ada lagi topik khusus yang hendak Kak Mah paparkan kepada sahabat-sahabat alam maya Kak Mah. 

Cuma ucapan Selamat Tahun Baru 2017 buat sahabat-sahabat Alam Maya Kak Mah yang setia mengikuti perkembangan Blog Kak Mah. Terima kasih juga kerana memberi sokongan kepada blog Kak Mah ini. Tanpa anda semua siapalah blog ini.

Harapan Kak Mah juga semuga tahun ini berwajah baru buat kita semua, walau dari segi apa pun. Semuga tahun 17 ini adalah tahun kejayaan bagi kita, rohani dan jasmani

Semuga Jumpa Lagi
Wassalam.