Saturday 23 February 2013

Macam Mana Nak Order Barangan Dari Website Harmoni

Assalamualaikum

INTIMAC, 
Diantara produk Harmony 
Dan banyak lagi.

Sila klik link ini kalau nak tengok produknya.



Ada rakan yang SMS kakmah bertanyakan macam mana nak order
Produk Harmoni dari website yang diberikan.
Kepada yang belum tau lagi macam mana caranya, ada dua cara 
boleh order, yang pertama boleh SMS kakmah, kakmah tolong 
orderkan, Kalau SMS kakmah, kakmah perlukan 
1. Nama Produk
2. Banyak yang di kehendaki,
3. Nama dan alamat penghantaran,
4. Alamat email 
5. Buat pembayaran ke akaun kakmah
a. MAYBANK  :  156114099481
CIMB BANK  :  06110003683201
Normah Binti Kumin
6. SMS Bukti pembayaran..019-9242529 atau 016-9540985
7. Tunggu Kakmah buat pengesahan dan balas email atau SMS
8. Kakmah order dan tunggu barangan sampai.

Mudah kan.

1. Kalau nak order sendiri, kena masuk ke website ini :-


2. Perkara pertama untuk membolehkan anda membeli secara online ialah mendaftar dengan website tersebut. Sila mendaftar dengan menklik butang ,Not Register Yet?. Setiap kali anda ingin membuat 
pesanan susulan anda mestilah Login dengan menggunakan username dan passward yang anda telah 
registerkan/daftarkan.

3. Setelah register, masuk ke website anda sendiri, pilih barangan yang anda kehendaki,  barang yang 
anda nak beli tersebut boleh masukkan kechart, ( Add to Chart ) Disebelah kanan website, diatas sekali
ada butang Show Chart disitu ada tercatat harga barangan yang telah anda pilih, atau nak beli. Untuk langkah seterusnya nak buat pembelian, boleh klik butang show chart dan anda akan di bawa kepada laman yang memaparkan nama barangan yang anda nak beli dan harganya sekali.

4. Langkah seterusnya skroll ke bawah sikit dan klik pada butang  Checkout.

5. Isikan Billing information/ maklumat penghantaran dan Shipping Information anda.
    Ini penting untuk diisi kerana barangan anda akan dihantar ke alamat ini.

6. Setelah itu klik butang Next, untuk pergi ke Shipper atau penghantaran. Pilih cara penghantaran sama ada
 Pos Laju - Peninsular ( Semenenjung ) Malaysia atau Pos Laju _ Sabah / Sarawak. Ada perbezaan kos penghantaran antara semenanjung dengan Sabah/Sarawak.

7. Klik butang next sekali lagi, dibawah sekali ada butang Payment Method, klik pada bulatan disebelah perkataan untuk mencari macam mana pembayaran akaan dibuat, jika pembayaran melalui deposit tunai sila klik pada bulatan dibawah sekali. Setelah membuat pilihan macam mana nak buat pembayaran, sila klik bitang next sekali lagi, anda akan masuk kelaman billing. Disini anda boleh lihat dan pastikan :
      1. Nama barangan yang anda ingin beli
      2. Harga kesemua barangan dan kos pos 
      3. Alamat dimana barangan akan dihantar
      
8. Setelah aanda pasti semuanya betul, anda catatkan jumlah bayaran yang perlu anda bayar.anda bolehlah tekan butang Comfirm Order, sebelum itu anda mesti klik pada kotak kecil dihadapan perkataan I agree to The Terms of Service. (Jika anda terlupa mencatat harganya, anda boleh ulang semula proses seperti mana mula2 tadi. bermula dari Show Chart, untk mendapatkan semula harga yang patut dibayar ) Apabila selesai anda bolehlah buat pembayaran di bank seperti berikut.

1. Maybank Acc. No.  564801641044 - atas nama Studio One Creative

2. CIMB Bank Acc No. 1427-0009929-0-58 - atas nama Studio One Creative

9. Setelah itu, buat pembayaran di Bank, dan SMS kan : 
1. Nama Bank
                                                                                    
  2. Tarikh masuk bank
                                                                                    
  3. Masa
                                                                                      
 4. No Rujukan atau Reference
                                                                                    
   5. Jumlah dimasukkan                  
                                                                                     
  6. No Invois
                                                                                      
 7. Nama Barangan yang nak di pesan.

SMS semua ni ke nombor  012-6229970 dan email ke harmony.myinfo@gmail.com

8. Tunggu beberapa beberapa hari untuk barangan anda sampai.

9. Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi  012-6229970. Pejabat 
   atau jika ingin hubungi kakmah boleh sms atau call no ni 0199242529 atau
   016-9450985




Tuesday 19 February 2013

Bila Didapur Dah Kehabisan Garam

Assalamualaikum,

Hirtam-hitam sitampuk manggis lah plak nasi goreng ni,
sungguhpun hitam, tapi rasanya manis...eee....

Kalau didapur dah kehabisan garam, mau rasanya dapur tak berasap,
apa taknya, nak masakkan apa kalau garam tak ada, memang sangat tak
sedap kalau semua masakan tak bergaram, kecuali kalau ada ikan
masin, bolehlah agaknya buat2 pengganti.


Kat dapur kakmah ni pun kehabisan garam, sebab itulah
nasi goreng kakmah hari ni hitam manis...Kicap plak semuanya kicap
 manis, tak ada kicap masin dah kat rumah kakmah nie...
Macam mana kakmah boleh lupa nak beli garam,
tak taulah...hari ni je dah dua kali kakmah turun kedai,
Turun kali pertama tadi kakmah nak beli garam dan topak telefon,
sampai bawah singgah beli topak dulu,
siap topak terus naik atas, Sampai rumah baru sedar garam
tak beli lagi, tak jadilah kakmah nak buat kodok ikan bilis,
tukar jadi kuih bom.

Turun kali kedua nak beli garam dengan telur,
macam mana boleh terlupa nak sebut garam, beli telur aja,
Bila nak buat nasi goreng tadi baru sedar garam tak ada.
Tapi kakmah lebih rela jadi pak pandir dengan mak andeh,
yang nak kan pisang bakar dulu baru boleh kekedai membeli
mancis api, akhirnya pisang jadi hitam saja, masaknya tidak.

Kakmah plak nak makan nasi goreng dulu baru nak turun 
beli garam, tak kiralah tak ada garam, lebih rela gantikan 
dengan kicap manis. Hasilnya itulah nasi goreng kakmah,
yang hitam manis...

Ok, nak pi beli garam dulu,
Jumpa lagi,
Wassalam.


Kuih Peteri Kubang

Assalamualaikum,

Lama dah kakmah tak makan kuih ni, biasanya kalau bulan puasa 
arwah mak kakmah suka sangat buat kuih nie, dan memang inilah 
kuih kegemaran kakmah.Semalam tu rasa teringin betul nak makan 
kuih peteri kubang ni, biasalah kakmahpun selongkarlah 
tempat simpan barang2 masakan kakmah, terjumpalah tepung 
pulut yang masih belum dibuka lagi. Gula merah dan ada juga sikit
 kelapa parutyang masih elok dalam peti. Apa lagi kakmah pun buat  
inti dan uli tepung  pulutSikit aja, sebab kakmah makan sorang. 
Tengok tu untuk sembilan biji je..hehe..


Kuih ni orang panggil puteri mandi, tapi kat kampung kakmah panggil 
peteri kubang,ikut loghat kampunglah tu kiranya.Walau apa pun kuih
 ni memang sedap, buat punmudah, kuih tradisional lah katakan.
Orang2 dulu memang suka kuih yang lemak manis.
Termasuklah kakmah yang suka sangat kuih nie.


Macam mana nak buatnya, isshh mudah aja.
Mula-mula sediakan inti kelapa..kakmah suka inti yang manis dan
 kenyal sikit.Macam mana nak jadikan kenyal, lebihkan gula merah 
atau gula kabung darigula putih, tambahkan sikit tepung apabila inti 
dah masak, hah jadilah dia kenyaldan rasa macam inti kelapa muda.

Kakmah tak ada resipi untuk kuih ni sebab kakmah kalau buat tak 
pernah bersukat pun bahan2nya, main curah je macam mak kakmah
 dulu. Tapi kalau rasa nak cuba tu tinggal msg kat komen, nanti 
kakmah respond.

Sekian dulu
Wassalam.

Monday 18 February 2013

Yang Mana satu Nak Buat Dulu Nie

Lebihan benang, buat macam ni...

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua rakan-rakan blogger,
Semuga semuanya sihat dan sejahtera pagi ni.
Selamat menjalankan tugas semua ye...
tak kiralah dimana anda bertugas. 

Kakmah tengah kompius ni,
ada dua tiga kerja yang nak dibuat ni,
dan nak kena siapkan dalan dua tiga hari ni juga,
Ni yang dok merapu-rapu ni,
tak tau mana satu nak buat dulu,


Tugas yang pertama nak kena buat bahulu
biasalah, ini punca rezki kakmah,
tepung dah siap goreng awal pagi tadi dah,
tapi bula kedapur tadi,
teringat plak ke kain baju orang
yang belum berjahit,
ada dua tiga pasang, tuannya masing-masing
dah tanya, bila nak siap baju dia orang...

Ahhh...rasa macam serabutlah plak,
Minggu depan plak nak mesyuarat Agung, 
dua persatuan plak tu berturut hari,
nak kena buat minit, surat jemputan,
minta sumbangan...fuhh banyak kerja tu,

Alangkah baiknya kalau kakmah ada 
banyak tangan dan banyak kepala...
tak jadi ni, kena mulakan satu satu,
kalau tak langsung satu pun tak jadi nanti,

One Two Sommm...
ohhh...jahit bajulah dulu,
jap lagi putar bahulu,
malam nanti mengadap komputer..
Ok set...

Jumpa lagi,
Wassalam.

Monday 11 February 2013

Trip To Cameron Highland Lagi

Assalamualaikum,

Selamat bertemu kembali dalam entry kakmah malam ni.
Kakmah malam ni nak cerita pasal trip kakmah dan anak,
menantu serta cucu-cucu kakmah ke mana lagi kalau bukan
Cameron Highlands.Untuk kesekian kalinya anak kakmah
merancang untuk melancung ke Camern Highland cuti Tahun
Baru Cina ni, dan kakmah cuma dimaklumkan sehari sebelum
pergi. Tapi kakmah ikut je, bukan kakmah yang bawak kereta. 
Kakmah cuma duduk dibelakang je sambil tidur..


Semalam masa makan-makan dirumah kakmah, ada juga kakmah
dengar mereka bincang-bincang adik beradik, supaya kami jangan
pergi pada hari ni memandangkan semalam dikatakan jam teruk
sepanjang perjalanan ke Tanah Rata dan Brinchang. Tapi 
memandangkan hari ini aja masa yang kami ada, kami teruskan saja
niat kami. 


Jadual bertolak sepatutnya selepas Subuh hehehe,tapi sebaliknya  
selepas Duha baru kami bertolak. Apa lagi baru je masuk pekan 
Ringlet, jalan dah macam sesak. Pergerakan ke atas menjadi
terlalu lembab. Semangat untuk terus mendaki pun menjadi semakin 
lembab jugalah. Sampai berhampiran kebun teh Bharat, kereta dah
tak boleh bergerak. Banyak kereta yang tersadai dekat situ saja, 
semuanya lepak kat situ dan bergambar. Kena tunggu orang dari
atas turun kebawah barulah boleh naik. Kami yang tak sabar terus
aja pusing dan turun balik. Akhirnya kami hanya berkelah di tepi 
jalanraya dan ditepi longkang haha....Apa boleh buat, kalau kami 
bertolak selepas subuh munkin kami boleh lepas naik keatas.


Akhirnya setelah beli sikit sayur kat gerai-gerai yang ditepi jalan,
ingat nak beli strawberry, tak ada plak, kami pun terus je balik...
Kesian cucu kakmah dua beradik, tak dapat apa, tapi dapatlah juga
bergambar dengan pokok strawberry dan bunga. Dahlah tu, esok-
esok datang lagi.

Moralnya kalau musim perayaan janganlah naik ke Cameron Highland,
kalau nak selesa, Pergilah hari-hari cuti yang lain atau paling baik hari 
bekerja baru selesa nak berpoya-poya dan membeli belah. Kalau nak 
seronok lagi tidurlah semalam dua disana.

Jumpa lagi.
Wassalam.

Saturday 2 February 2013

Nuffnang ohh Nuffnang

Assalamualaikum,

Selamat bercuti, selamat berhari Minggu,

Lama dah kakmah tak buat entry pasal Nuffnang,
Bukan apa, kakmah sebenarnya tak berapa
faham macam mana Nuffnang ni berfungsi
memberi kita imbuhan apabila kita memasang
iklan pada blog kita,

Tapi sekarang kakmah rasa
kakmah tak perlu faham apa-apalah
tentang itu semua,
yang kakmah selalu buatnya,
buka page Nuffnang kakmah,
tengik sebelah atas kanak,
ok dah, tutup.

Tapi Alhamdulillahlah baru-baru ni kakmah dapatlah
cashout tepat-tepat je waktu kakmah betul-betul
perlukan Wang, Alhamdulillah,
Terimakasih Nuffnang,

Tapi ye,
kakmah ada muskil sikit
apakah status duit tu untuk kita
menggunakannya,
Kena juga tahu kan statusnya,
takut nanti ada yang subhah,
Tolong kawan-kawan,
mana yang betul-betul tau tu
Bagitaulah kat kakmah
Semuga kita semua mendapat Berkat,
diatas apa yang kita lakukan.

Jumpa Lagi,
Wassalam.