Monday 15 June 2015

Pai Kastad Buah-buahan

Assalamualaikum,

Selamat malam, rakan alam maya kakmah, semuga dalam lindungan Allah selalu. Alhamdulillah bertemu lagi kita malam ni. Bulan Ramadhan tinggal dua hari saja lagi. Dikesempatan ini kakmah nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada rakan blogger, rakan alam maya dan sesiapa saja yang membaca ayat ini.


Alhamdulillah ini rupa pai yang kakmah buat petang semalam. Pai inti kastad dan topingnya buah-buahan, tak kiralah buah apa asal ada dalam dapur kakmah. First time kakmah buat pai, terliur sangat, jumpa saja resipi terus kakmah buat petang semalam tu.

Kalau nak cuba buat ni kakmah kongsikan resipinya.

Bahan A

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega
1 biji telor C
3 sudu gula icing

1. Gaul semua bahan ini jadikan doh, canai 0.5cm, letakkan dalam acuan pai, bakar suhu 180c 
    selama 20 minit,

Bahan B

1 biji telur A
1 cawan susu cair
4 sudu tepong kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu teh vanilla
hiasan buah-buahan, mangga, anggur, strawbery, kiwi atau apa saja

1. Satukan semua bahan, masukkan dalam periok, masak api sederhana, sentiasa kacau dengan pemukul telur supaya adunan tidak berketul.
2. Kacau hingga likat, tutup api dan terus tuang kastard kedalam pai yang sudah masak. Hias dengan hirisan buah-buahan.
3. Sejukkan didalam peti ais, apabila sejuk boleh di potong dan makan.

Alhamdulillah, mudah saja.

Jumpa Lagi,
Wassalam.


Friday 12 June 2015

Trip Kota Bahru

Assalamualaikum,

Selamat malam sahabat alam maya kakmah semua, semuga semuanya dalam lindungan Allah selalu dan salam sejahtera kepada semua sahabat maya yang bukan berugama islam. Semuga gembira jua.
Diam tak diam dah nak abis bulan Shaaban yer,dan diam tak diam dah habis dua minggu cuti sekolah.Kakmah pasti kebanyakan dari kita ada membawa anak-anak jalan-jalan cuti-cuti malaysia dan mana yang ada jalan-jalan cuti-cuti keluar negara tu, Alhamdulillah, rezki anda semua, mesti anak-anak suka. Kepada yang tak cuti-cuti tu pasti ada juga meluangkan masa balik kampung menjenguk ayah bonda, atuk nenek. Alhamdulilah.Bagi kakmah pula, cuti sekolah ni anak-anak dan cucu-cucu ajak berkelah di Kota Bahru, Kelantan. Trip kali ini merupakan hadiah kepada dua cucu-cucu kakmah yang dapat anugerah cemerlang dalam pepereksaan mereka.


Segala-galanya bermula disini. Kanak-kanak ni memang suka sangat kalau diajak berjalan. Biar pun terpaksa bersesak-sesak naik kereta. Kakmah sebuah kereta je dengan anak, menantu dan cucu dari Kuala Lumpur. Sebuah kereta lagi dah sedia menunggu di Kota Bahru, sebab anak besan kakmah tu suami dia orang Kota Bahru, Bachok sebenarnya, tapi dekat sangat dengan Kota Bahru, sehinggakan kakmah rasa masih berada di Kota Bahru.


Ni Istana Jahar, dulu Istana Sultan Mohamad 11, sekarang ni dah jadi Muzium Adat istiadat diRaja Kelantan.Istana Jahar diambil sempena pokok Jahar yang tumbuh di perkarangan istana itu. Kakmah tak sempat nak masuk istana ini sebab nak cepat balik ke Lipis, anak Kakmah kena balik ke KL malam itu juga. Kami cuma keliling je bandar Kota Bahru.


Malam pertama kami menginap disini, Sudara Beach Resort namanya, masih dalam kawasan Bachok. Resort ni betul-betul terletak ditepi pantai. Bukan apa, masa suntuk, petang tu lepas check in, terus aja bawak anak2 mandi pantai, dan lepas tu mandi kolam untuk lepaskan hajat mereka. 

Oppsss, tetiba ada gambar ineh, hehe kakmah tersilap upload gambar, tak ikut turutan langsung. Ini somtam makanan Thailand, tapi kat mana-mana pun di Malaysia ni yang menyajikan maskan Thailand kita pasti jumpa makanan ni, kakmah percaya semua kita dah selalu makan makanan ini. Kakmah panggil kerabu mangga jee. Ni masa kami makan malam di Wakaf Che Yeh mlam kedua tu, dimana kami menginap di Home Stay dekat situ. Kakmah ingatkan Wakaf Che Yeh tu satu daerah ke, rupanya nama tempat dalam kota baru tu, kira-kira macam pasar malam lah.


Dalam perjalanan balik kami singgah sini, masjid ini d Kuala Krai. Masjid ini masa banjir tahun lepas hilang ghaib dalam banjir, tetapi segera di perbaiki. Tak taulah secara gotong royong ke atau bantuan kerajaan, tapi sekarang dah cantik dah. Cuma ada sikit-sikit lagi kesan banjir yang tinggal pada pokok-pokok disekitarnya.


Kelantan ni memang kaya dengan seninya, ukiran kayunya yang macam ini dah jarang di temui lagi, tapi yang ini masih kekal walaupun dah terlalu uzur, ada yang dah serpih. Ini dinding dan atap dekat pinti masuk ke Pusat Kraft Tangan, yang mana kami tak sempat nak masuk juga.


Pasar Besar Siti Khadijah, yang kelihatannya seperti indah khabar dari rupa. Munkin kerana sedang menghadapi saingan dari Bazar Baru, Bazar Tengku Anis. Pengunjung pun dah tak berapa ramai disini.

Pantai Irama, dulu merupakan pantai tercantik dipantai timur, namun sekarang ini dah usang dan layu. Pantai ini mengalami hakisan yang teruk, dan ia sedang di tebat untuk menghalang hakisan. Tak ada lagi tempat untuk bermandi manda. Kalaulah tiada deretan kedai colek yang menjadi tarikan pengunjung luar dan tempatan, pastinya pantai ini menjadi sunyi dan lengang.

Tak sah ke kelantan kalau tak makan colek. Singgah sebentar di rumah adik ipar anak besan kakmah untuk petik sendiri mangga muda dan terus makan colek mangga muda. Dimana-mana pun kanak-kanak adalah yang utama. Colek pun mereka makan. Ini masa tengah kelaparan. Apa pun yang terhidang terus dimakan.


Petik sendiri buah mangga. Seronoknya. Itu muda, kalau masak lagi seronok.


Buah Gajus pun ada.

Inilah rupa chalet tempat kami menginap malam pertama, chalet berkembar.

Rezki lagi, malam pertama kami dijamu nasi dagang ori punya, made in Kelantan,dan lompat tikam first class punya.

Nasi dagang kari ayam, gulai ikan aya dan kari udang. Boleh pecah perut dibuatnya.Pencuci mulutnya lompat tikam, tembikai, menu kelantan.

Paling hot kakmah rasa macam bergambar di padang pasir pulak dengan background pokok kurma yang sedang berbuah, sayang tak dapat menatap buah kurma dari dekat sebab semua ahli rombongan tak mengizinkan kakmah cross jalanraya tu, kesuntukan masa. Serious, ini bukan gambar tampal yee, ini gambar asli, bergambar dengan buah kurma Malaysia dari kejauhan. Apa nama kurma Malaysia ni nanti yee, kurma Siti Khadijah atau Kurma Tengku Anis?

Trip kakmah kali ini berakhir disini saja.

Semuga berjumpa lagi dilain kali, sallam bahagia.

Wassalam.

Thursday 4 June 2015

Paten Terkini Kakmah

Assalamualaikum
Sallam Syaaban semua sahabat alam maya kakmah, hari ini dah 18 Syaaban yee, cuma ada 12 hari saja lagi kita nak menyambut bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan.Harap kita semua dah bersedia untuk melalui bulan Ramadhan yang sangat-sangat dinantikan oleh semua umat Islam ini.

Baiklah, untuk entry kakmah kali ini, kakmah nak kongsikan paten kait atau crochet yang kakmah sedang siapkan. In shaa Allah sebelum raya semuanya akan siap, jika tiada aral yang melintang. Silalah lihat, kalau berkenan atau teringin nak tempah boleh aja tinggalkan pesan kat komen dibawah tu, sertakan link anda nanti kakmah balas. Atau message aja kat no phone kakmah. Ok.

Paten ni boleh buat alas meja makan kerusi 6,8, atau 10
bergantung pada pilihan anda.

Yang warna kuming ni namanya paten bunga lawang,
nantikan paten seterusnya apabila siap nanti.

Yang ni paten biasa, granny boleh juga buat alas meja atau 
penutup peti ais. Kakmah selalunya buat penutup oven aja.

Ini paten yang kakmah buat menggunakan bunga lawang,
kat tengah2 tu yang lima kuntum tu lah bunga lawang.
ni untuk alas meja kopi yang bujur.

Alhamdulillah, harap sahabat2 semua suka menatap paten
kait atau crochet kakmah ini.

Semuga Jumpa lagi.
Wassalam.