Thursday 30 September 2010

Jamuan Raya Lagi,

Assalamualaikum,

Aktiviti angkut mengangkut barang pindah terpaksa ditangguhkan kepada hari Ahad ini, memandangkan hari tersebut cuti, kurang sikit orang dilaluan keh nok membawa barang. malu pulak rasanya kerap sangat berpindah randah ni, kena buat kerja malamlah agaknya baru tak ada orang.

Tengahari ini keh nak relex2 otak sikit sambil makan2. Hari ini YB Dato' Abdul Rahman, Adun Padang Tengku buat rumah terbuka di dewan Residen Kuala Lipis, semua rakyat dijemput hadir untuk menjamu selera, keh pun tak nak ketinggalan untuk menikmati jamuan tersebut untuk menjimatkan budjet makan dan budget tenaga memasak.

Esok pun ada jamuan hari raya lagi yang mana esok giliran YB Dato' Shahrom Othman Ahli Parlimen Lipis pulak menjamu rakyat jelata. Lusa pun ada lagi jamuan yang di buat oleh ADO plak, nama keh tak berapa ingat. Pendek kata orang Lipis mana yang dekat dan ada kelapangan tu bolehlah datang menjamu selera selama 3 hari berturut-turut.

Terima kasih daun keladilah YB, YB semua kerana belanja kami rakyat jelata nih. Tahun depan belanja lagi.

Sekian Wassalam.

Tuesday 28 September 2010

Alahaii...Cerita Hantulah Pulak.

Assalamualaikum,

Esok dalam pukul 5.00 petang keh dengan dibantu oleh beberapa orang Bangla yang disewa khas akan memindahkan barang2 dari rumah ini ke kedai dan rumah baru. Mood nak pindah dah datang sejak tengahari semalam. Barang pun dah kemas sikit2, pagi esok sambung lagi kemas. Pagi tadi keh dengan adik bertungkus lumus membasuh rumah, tapi belum siap betul lagi. Akan disambung petang nanti.

Dalam keh sibuk membasuh rumah pagi tadi Ustazah Fazlin datang nak tengok kut2 masih ada barang2 dia dalam rumah tu kerana sebelum keh nak sewa ni dia sewa rumah tu buat kelas Fardhu Ain. Tiba-tiba keh teringat la plak kata2 anak keh masa bagi tau dia keh dah dapat rumah tu..." Jangan2 mak nak sewa rumah yang berhantu yang kawan keh duduk dulu" kata dia selamba. " Yee kee, mat ada rumah berhantu ke situ?" tanya keh selamba. Walau pun selamba ada lah juga cuaknya dalam hati ni.

Sejak dari hari itu, dalam sepuluh hari yang lepas keh tak henti2 menyiasat tentang rumah itu, dan rumah yang selang satu pintu dari rumah itu. Oleh kerana keh cuma dibenarkan oleh tuan rumah untuk menyewa selama 3 bulan aja rumah itu, keh terpaksa memohon rumah selang satu pintu dari rumah sekarang dari PKNP, mudah sikit nak pindah nanti. Jawapan dari pihak PKNP macam positif aja tapi mereka tu macam cuak juga menjawabnya.

Bila keh tanya Ustazah Fazlin sama ada benar dakwaan orang2 yang pernah menyewa disitu ada gangguan di rumah2 tertentu, Ustazah Fazlin tidak menafikan. " Tapi rumah yang akak nak sewa ni tak ada gangguan, kalau rumah PKNP tu ada, saya pun pernah sewa rumah tu untuk anak2 yatim, memang ada budak2 yang nampak bayang2 hitam melintas." Kata Ustazah Fazlin. "Tapi cuma orang yang lemah saja yang akan diganggu, orang yang kuat semangat tak diganggu pun". Aduilah, mendengarnya pun dah lemah semangat. Serba salah lah plak rasanya hati ni. Tapi tak ada pilihan lain dah. Semua urusan dah sampai keperingkat akhir dah. Tinggal nak angkut barang aja lagi.

Akhirnya setelah mencatur segalanya, susah senangnya, baik buruknya, untung ruginya, keh kuatkan semangat ini. Keh teruskan membersih rumah tersebut, dan keputusan muktamatnya petang esok tepat pukul 5 petang acara angkut mengangkut akan tetap di laksanakan oleh bangla2 yang dah keh tempah beberapa hari yang lalu. Hanya pada Allah keh bertawakal agar keh menjadi diantara orang2 yang paling kuat semangat, yang tidak akan diganggu gugat oleh iblis dan syiatan laknatullah tersebut. Semuga perpindahan ini akan menjadi perpindahan yang diberkati Allah, dan semuga melalui perpindahaan ini juga rezki keh akan bertambah, memandangkan kedudukan kedai keh yang baru ini tidak tersorok lagi seperti yang sekarang ini. Amin.

Kepada rodong2 juga keh mohon doakan agar keh dijauhi dari gangguan2 yang tidak diingini dan keberkatan dari perpindahan ini.

Sekian, Wassalam.

Sunday 26 September 2010

Pindah Rumah

Assalamualaikum,

01-08-08 keh pindah rumah nih, depan keh buat kelas, belakang keh buat tempat tinggal. Alhamdulillah keh suka sangat tinggal sini, apa taknya keluar je rumah terus ke tempat kerja, tak payah jalan jauh, tak payah naik kereta, kalau terlambat masuk kelas boleh jerit aja dari dalam pada pelajar suruh tunggu kejap atau buat kerja sendiri.

Tapi inilah orang kata panas tak sampai kepetang, senang pun tak bertahan lama, Tak sampai pun 3 tahun, sedangkan aggrement 3 tahun, Tuan rumah keh ni yang gila nok buat rumah burung telah dengan kejamnya menghalau keh dari rumahnya ini. Berbagai alasan keh berikan supaya dia mengizinkan keh duduk sampai hujung tahun ini atau setidak-tidaknya sampai anak keh habis pereksa SPM dia, tapi rayuan keh tidak dihiraukan. Minggu lepas aja dua kali dia menziarahi keh, bertanya perkembangan persiapan keh untuk pindah. Tapi keh buat tak tau aja walau pun keh dah dapatkan kedai untuk kelas dan sebuah rumah untuk tempat tinggal. Namun mood untuk mengemas atau membungkus atau menyepah macam dalam gambar diatas masih belum datang lagi. Yang dah bersepah tu anak keh yang datang khas dari KL untuk menolong keh. Tu pun keh buat tak tau aja..

Aksi dua beradik ni, Tisya dan Zawil, memang deme berdua ni tak henti2 mengemas, ngalohkan nenek dia. Rajin sungguh.


Tisya, dari mula tiba sampai ke balik tak henti2 mengemas...sampai tak sempat tido tengahari. Memandangkan keadaan, dengan mood yang tak sampai-sampai tah bilalah keh ni dapat memindahkan barang2 nih ketempat baru. Esok lusa kut, mana tau tiba2 semangat nok pindoh sampai....InayaAllah..


Sekian Wassalam.

Monday 20 September 2010

Tolonggg....Help mee...

Assalamualaikum,

Hari ini giliran keh plak diserang amaran seperti diatas,
tak tau nak buat mendah dah nih, blog langsung tak boleh buka,
tolonglah, cammana nak buat nih..

Wassalam.

Sunday 19 September 2010

4 Hari Tak Sentuh Komputer

Assalamualaikum,

Memang busy tahap tak sempat mandi sejak empat hari yang lepas. Bermula dengan aktiviti mengurut tapak kaki kawan2, lepas itu keesokan harinya hadir jamuan Raya Cikgu Zaini di Kpg keh, pas tu menyinggoh beberapa buah rumah sesedara yang belum dizirahi lagi, balik dah reloh ( senja ). Penat je rasa badan, tapi gembira juga dapat berjumpa sedara mara yang sekian lama tak jumpa walau pun kampung keh hanya sekangkang kera aja jauhnya dari rumah keh sekarang ni.

Hari ketiga sibuk tak angkat kepala pulok buat persiapan untuk jamuan hari raya yang diadakan semalam, keh berdua dengan rakan ambil kontrek masak nasi impit dan kuah kacang bersama puding, dan of courselah bahulu memandangkan keh dah buat promosi besar-besaran kuih bahulu keh. Dari pagi sampai menjelang subuh hari sabtu baru semuanya siap sempurna. Dan petang semalam adalah kemuncaknya, kami dari team 1 Malaysia menganjurkan jamuan Hari Raya untuk ahli2 kami. Malam tadi ada plak taklimat MLM (Meniaga Larut Malam) memandangkan taklimat MLM ni maksudya seperti dalam kurungan diatas, maka kehadiran keh hanyalah sekadar untuk menbanyakkan orang, kerana mata dah tak berapa nok celik, dan telinga pun dah tak berapa nok mendengor.

Balik tido setengah jam, dan bangun pukul 12.30 untuk memulakan operasi bersih membersih sisa2 kerja semalam. Sampai 3.30 pagi baru beres dan boleh tido. Hari ini plak bermula pukul 9 pagi tadi ada tamu datang beraya, nasib baik ada nasi impit dan kuah kacang semalam yang masih baik lagi sebagaai hidangan beserta dengan serdak2 biskut yang semakin lama dah menjadi semakin sedap.

Dan akhirnya setelah berhempas pulas ( bertungkus lumus) menyempurnakan kerja yang sepatutnya, akhirnya sekarang dapatlah juga keh mengupdate blog keh ini. ( Gambar Raya tak ambil satu pun, terlupa pun yee, tak berkesempatan pun yee, walau bagaimana pun raya ni keh sambut dengan meriah sekali.) Esok memulakan kerja seperti biasa, Posa Nam terpaksa ditangguhkan untuk beberapa hari lagi.

Sekian Wassalam.

Tuesday 14 September 2010

Jiran Keh Mendahului Sosilawati

Assalamualaikum,

Apalah murahnya nilai nyawa manusia sekarang ini. Ianya boleh dicabut bila2 masa saja dengan kejamnya. Berita kehilangan dan kematian jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya sekali lagi mengemparkan rakyat Malaysia yang perihatin. Tapi sebelum itu Kuala Lipis digemparkan dengan berita kematian seorang kontraktor jutawan yang dah dua tahun menjadi jiran keh. Beliau dibunuh dengan kejam sekali.

Mereka berdua hilang pada hari yang sama, dan munkin menjadi mangsa pada hari yang sama juga, bezanya seorang dah ditemui dan selamat di semadikan, tapi yang seorang lagi beserta 3 rakannya masih menjadi tanda tanya.Begini agaknya pertanda dunia akhir zaman, nyawa manusia sudah tidak ada nilai lagi.

Sekian Wassalam.



Selamat Hari Raya Aidil Fitri.


Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

Rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan selamat hari raya kepada rodong2, kawan2 dan pengunjung blog ini, sempena Aidil Fitri yang mulia dan meriah ini. memandangkan sebelum raya keh tak berkesempatan nak mengucapkan selamat hari raya. Hari ini dah masuk hari kelima kita beraya, mesti mood raya dah semakin berkurangan, ada setengah nya dah mula bekerja dari semalam lagi.

Tapi keh sendiri belum mula kerja lagi, tah lah tak tau mana nak mulakan kerja ni, sendat rasanya otak memikirkan betapa banyaknya kerja yang perlu dibereskan. mana nak memindah rumah, memindah kedai, dengan barang2 yang satu pun tak berkemas lagi, tempoh yang diberikan oleh tuan rumah pun dah semakin hampir...Ahhh..serabutnya...

Ni semua gara2 burung walidlah. Menurut tuan rumah tempat keh menyewa ni, tempat ini akan dijadikan rumah untuk burung2 walid bersarang, dan dalam masa beberapa tahun lagi tuan rumah ini akan menjadi jutawan sarang burung. Muskil juga hati keh ni, dah sedap2 duduk sini disuruh pindah plak. Yang lebih muskilnya mecam mana rumah kedai yang ditengah2 pusat bandar ni boleh dibuat rumah burung pula?? Macam-macamlah deme nih nok kaya cepat.

Sekian dululah untuk pagi ini. Jumpa lagi.

Wassalam

Wednesday 1 September 2010

Mencari Malam Al-Qadar,

Assalamualaikum,

10 malam terakhir dibulan Ramadhan telah berlalu 2 malam, malam ini adalah malam ke 3, iaitu malam ke 23 dibulan Ramadhan. 10 malam terakhir dibulan Ramadhan adalah malam yang paling dinanti2kan oleh umat Muhammad kerana diantara malam itulah kita akan berpeluang mendapat malam Al-Qadar, dimana setiap ibadah yang di laksanakan pada malam itu pahalanya digandakan seolah-olah kita telah beribadah selama 1,000 bulan iaitu bersamaan 83 tahun. menjadikan kita seolah2 menghabiskan seluruh hidup dan usia kita untuk beribadah. Bayangkan jika kita hidup hanya 70 tahun, sedangkan ibadah yang kita dapat untuk 83 tahun.

Bagi mencari malam2 yang berkemunkinan sebagai malam Al-Qadar maka kalangan ulama' ada menyatakan bahawa al-Qadar diturunkan pada malam2 yang ganjil, iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 dibulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Al-Qadar pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan dan ada juga ditemui pada malam 23. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya dia bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Kesimpulannya malam LailatulQadar itu berpindah dari satu tahun kesatu tahun yang lain didalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah disepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat. ( Petikan dari Risalah Ramadhan Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis )

Kesimpulannya marilah kita sama2 meningkatkan ibadah dan amalan kita di10 malam terakhir ini, cuma tinggal 8 malam saja lagi, 2 sudah berlalu. Diantara ibadah mudah yang boleh kita lakukan, membaca alQuran, bertasbih dan bertahmid, beristghfar, berselawat keatas nabi, lakukan sentiasa kerana lailatulqadar turunnya tidak lama. Beruntunglah kita yang dapat menbaca walau sepotong Bismillah pun diwaktu Lailatulqadar turun. Lakukan dengan hati yang sangat ingin bertemu, semuga Allah menemukannya.

Cara Kita menghadapi 10 Malam Terakhir Dibulan Ramadhan.

1. Tidur dirumah, malas dah nak ke masjid kerana terlalu penat, setelah hampir sebulan menunaikan Terawih, masjid lengang bermula malam 21 Ramadhan.

2. Sibuk mengemas rumah, menghias, mengecat untuk persiapan Hari Raya.

3. Sibuk bakar kuih Raya untuk dihidangkan kepada tetamu kelak.

4. Last minit jahit langsir atau baju anak.

Memanglah, itu tanggungjawab kita demi memastikan Hari raya dapat diraikan dengan penuh meriah, tapi disamping tangan kita yang sibuk membuat kerja, mulut kita masih boleh mengucapkan tasbih dan tahmid, masih boleh mmengalunkan ayat2 alQuran yang kita hafal. Semuga kita bersedia mulai malam ini. InsyaAllah.

Perkongsian ini adalah peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa juga yang sudi menerimanya.

Sekian, Selamat Menggandakan Ibadah. Wassalam