Thursday, 30 September 2010

Jamuan Raya Lagi,

Assalamualaikum,

Aktiviti angkut mengangkut barang pindah terpaksa ditangguhkan kepada hari Ahad ini, memandangkan hari tersebut cuti, kurang sikit orang dilaluan keh nok membawa barang. malu pulak rasanya kerap sangat berpindah randah ni, kena buat kerja malamlah agaknya baru tak ada orang.

Tengahari ini keh nak relex2 otak sikit sambil makan2. Hari ini YB Dato' Abdul Rahman, Adun Padang Tengku buat rumah terbuka di dewan Residen Kuala Lipis, semua rakyat dijemput hadir untuk menjamu selera, keh pun tak nak ketinggalan untuk menikmati jamuan tersebut untuk menjimatkan budjet makan dan budget tenaga memasak.

Esok pun ada jamuan hari raya lagi yang mana esok giliran YB Dato' Shahrom Othman Ahli Parlimen Lipis pulak menjamu rakyat jelata. Lusa pun ada lagi jamuan yang di buat oleh ADO plak, nama keh tak berapa ingat. Pendek kata orang Lipis mana yang dekat dan ada kelapangan tu bolehlah datang menjamu selera selama 3 hari berturut-turut.

Terima kasih daun keladilah YB, YB semua kerana belanja kami rakyat jelata nih. Tahun depan belanja lagi.

Sekian Wassalam.

13 comments:

  1. sedap sedap. jamuan raye ni mesti kena pegi. jimat tenaga nak masak nanti. hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, Jah..

    Lebih jimat lagi kalau tapau sikit..untok malam pulak..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Ni pesanan untuk en Yassin, akuanakPahang, keh langsung tak dapat masuk blog aok, masuk aja terus kena serangan MALWARE...nok juga baca entry aok, menarik seme nampok tajuknya..

    ReplyDelete
  4. salam,
    aok asyik makan je lepas raya
    ni yak...jaga wei naik pulok
    KG nya nanti..he he..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, En Zul,

    Memang yee, tak boleh nak elak,sejak lepas raya ni makaan sesaja.naik KG tak apa, takut semuanya mendadak naik nanti

    ReplyDelete
  6. Selamat menjamu selera bagus org lepeh nie yeek rajin buat rumah terbuka... org Jerantut nie macam suam-suam kuku aje hehehehe......

    ReplyDelete
  7. Lor..ngape tak ngajok kome ketet pergi ke rumoh terbuka..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaukum, En Yassin,

    Syawal pun dah tinggal beberapa hari saja lagi dah, sebab tu orang jerantet dah suam-suam kuku gamoknya.

    ReplyDelete
  9. banyak lagi ke rumah terbuka, bolehlah kome datang dari kuantan jugak.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, En Relevan,

    Mohlah weh, belum start lagi nih, keh tunggu aok kat rumoh...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,endiem,

    Esok YB Dato' Shahrum buat rumoh terbuka, lusa ADO, mohlah..datang ajalah..semua rakyat dijemput datang..

    ReplyDelete
  12. sementara masih ada .....pegi jelahhhh

    ReplyDelete
  13. ssalamualaikum, Cikgu Jang,

    Yeelah, tadi pegi bantai de ujan, basoh kuyup kome..tapi tetap makan juga...

    ReplyDelete