Monday 30 January 2012

Paten Labah-Labah dan Ketam : Crochet Lagi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah selesai bab makan tengahari,
Kawan2 dah makan ke belum?
Mesti semua dah makan tengahari.
Alamak mangantuklah plak lepas makan tadi.
Tengahari gini kalau ngantuk, blogwalking lah,
selesai masaalah mengantuk.

Tengah2 blogwalking teringat plak
nak mengait, paten dah ada.


Tengok ni, ini namanya paten labah-labah
pinjam dari besan saya, punyalah bersemangatnya saya
nak mengait. 


Paten ni walaupun nampak mudah tapi sebenarnya susah juga.
Banyak kerja bilang membilang kena buat.
tapi kalau dah dimulakan dah jadi mudah lah sebab
stepnya cuma perlu diulang-ulang je.


Ni yang saya dah cuba. 
nampak tak kemas dan hodoh, tapi asasnya
saya dah tahu. Mudah saya nak buat nanti bile
contohnya saya dah pulangkan nanti.


Yang kat atas ni plak paten ketam.
Nampak sama je dengan paten labah-labah,
tapi ia sama sekali tak serupa.
Cara membuatnya pun lain. Yang ini dimulakan dari sudut,
paten labah2 dimulakan dari sudut juga
tapi memanjang ke kiri. Yang ini terus menaik keatas.


Paten ketam yang saya dah buat.
Cukuplah ni sekadar buat contoh. nanti kalau dah siap 
saya kongsikan pula dengan kawan2.


Nilah dua paten yang berlainan, tapi nampak seakan2 serupa.

Ok, enjoy ye..
Wassalam
Nak Order bahulu : tel kakmah 019-9242529

Lempeng Cicah Madu

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Syukur Pada Allah, kita masih diberi
peluang untuk bernafas di pagi ini.
Selamat Pagi Isnin yang cerah dan ceria.
Apa khabar kawan2, mesti pagi ni semuanya bersemangat
nak memulakan kerja, maklumlah dah dua hari bercuti.
Dah sarapan ke belum? Kalau belum sarapan tu, pergilah
sarapan dulu, nanti perut tu masuk angin plak.


Saya dah sarapan, tengok menu saya diatas tu. 
Mudah aja sarapan saya, lempeng bodo
cicah pula dengan madu, madu pun sesudu aja,
tapi tak ada rasa madu pun, manis sesaja. tak apalah
janji ada nak lawan dengan lempeng saya ni.
Minum plak nescafea O aja. 
Alhamdulillah, kenyang.
Lepas ni boleh memulakan kerja dengan bersemangat.
Oppsss..ni tengah taip entry kejap.

Jumpa lagi,
Wassalam.

Nak tempah bahulu call 019-9242529.

Sunday 29 January 2012

Bertemu Rakan Facebook.

Assalamualaikum,

Selamat berhari minggu buat kawan2 semua.
Hari ni saya nak cerita sikit tentang facebook. Saya sebenarnya
memang dah lama ada akaun facebook, kalau tak silap sejak tahun 
2008 lagi, tapi tak aktif. Bukan apa sebenarnya saya tak pandai nak 
main FB ni. Nak letak gambar pun tak pandai.
Lagi memalukan saya tak tau nak tulis apa kat
wall saya. Saya rasa lebih susah lagi menggunakan FB dari
berblog.

 Ni Rakan FB saya Alina yang juga bersaudara dengan saya. Alhamdulillah.

Oleh kerana itu terbiarlah FB saya tanpa perhatian. friend
pun ada beberapa orang aja, tu pun anak2 dan menantu serta
anak2 sedara aja. Tapi sejak beberapa bulan yang lalu
adalah pengasas group 
Koleksi Gambar Klasik Pahang atau singkatannya KGKP,
invite saya untuk menjadi ahlinya. 
Satelah meneliti perjalanan group tersebut saya pun 
joinlah memandangkan ada juga baiknya
kalau saya join group ini.

 Saya dengan mak Alina, rupa2nya dia waris saya juga

Sambil berbalas komen dengan ahli2 yang lain kami selang selikan
juga dengan bertanyakan daerah asal masing serta
asal keturunan. Dengan itu ramai juga dah bertemu saudara,
dan rakan2 masa bersekolah, termasuklah saya.
Kat atas tu gambar saya dengan Alina Aisha Abu Bakar.
waris saya yang saya temui
melalui group KGKP di FB. Alina turun ke Lipis
dengan suami, anak, mak, ayah dan adik2 nya.
sambil menghadiri majlis kawin sepupunya, dapat juga
dia meluangkan masa bertemu saya.

 Saya dan Alina, dik dan maknya.

Dan paling seronoknya sempat lagi kami ronda2 mencari
waris lain yang juga berada di Lipis.
tengok gambar kat bawah ni, inilah pertemuan jejak
kasih yang terjadi pada malam Sabtu
baru-baru ini. Ini cuma beberapa orang saja yang
sempat kami temui.
Insya Allah dalam masa terdekat kami akan
mengadakan lagi pertemuan sebegini.


Saya kenal keluarga ini sebagai kawan,
bertegur sapa sambil lewa aja kalau bertemu,
Anaknya pernah jadi anak murid saya,
bila tahu kami bersaudara, alangkah seronoknya.
Alhamdulillah, tuhan telah menemukan sebahgian keluarga
yang selama ini saya cari.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.


Wednesday 25 January 2012

Kek Labu Manis Cokolate Rice

Assalamualaikum,

Selamat pagi Rabu. Biasanya hari Rabu ni, orang2 semua 
malas bercakap. Maka jadilah Rabu yang bisu atau pun 
Wordless Wednesday. Tapi saya tetap suka bercakap.
Wahhh..awal betul
saya bersiaran pagi ni. Tulah berkat tido awal, maka
bangun pun awal dan awal2 pagi lagi semua
kerja dah beres. Adalah masa sikit nak berblog sebelum
keluar mencari rezki.


Baiklah, macam biasa kerana saya ni seorang peminat kek,
memang pantang saya kalau ada masa terluang
dan semua bahan ada kat rumah saya pun buat keklah.
Semalam saya buat kek labu manis pulak.
Sedap juga kek ni, memang sesuai sangat dengan selera saya.
Semalam kebetulan pula adik bawak dua orang
kawan dia balik, kerumah, sebiji kek hampir
langsai kami kerjakan. Alhamdulillah. 
Memang sedap.


Ok, masa untuk resipi plak.
Saya ni sebenarnya bukan pandai sangat masak,
tapi nak juga kongsi resipi ini yang saya cipta sendiri,
adik2 kakak2 dan anak2 yang baru nak belajar masak tu
bolehlah cuba sebab bahannya pun tak banyak dan simple aja.

Tapi kalau tak sedap jangan salahkan saya yee,
salahkan resipi hehehe.

Bahan-bahannya 

- 3/4 cawan butter
- 3/4 cawan gula perang,
- 1 cawan labu manis yang dah direbus dan lecek halus.
1 1/4 cawan tepung gandum 
1/6 sk baking powder
1/6 sk soda bicarbonate
3 sudu makan susu pekat manis
5 biji telur gred C
5 sudu cokolate rice.


Cara2nya
- Sapu loyang berukuran 21 cm dengan butter atau majrin
- Ayak tepung dengan baking powder dan soda bicarbonate
- Putar gula perang dengan butter
- Bila dah kembang masukkan telur satu persatu
- Masukkan susu pekat manis
- Masukkan labu manis kacau hingga rata.
- Masukkan tepung gandum
- Akhir sekali masukkan cokolate rice, kacau dan 
- tuang kedalam loyang.
- Bakar dalam oven 180c selama 35 hingga 45 minit.


Dan inilah hasilnya
Kalau makan waktu masih panas lagi sedap.
Sesuai untuk minum teh, 
Tidak terlalu manis.
Cukup untuk makan 8 hingga 10 orang.
Selamat mencuba kapada yang ingin mencuba.

Jumpa lagi,
Wassalam

Tuesday 24 January 2012

Gulai Lemak Pucuk Ubi Dengan Tulang Ikan Kering

Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2, masih dalam keadaan bercuti lagi
yee, saya pasti ramai yang masih dikampung waktu ni.
Takperlah, hari ni saya sekadar nak kongsi 
 menu saya tengahari semalam.
Gulai pucuk ubi dengan tulang ikan masin. Sedapnya.


Memang sedap gulai pucuk ubi ni,
nak-nak plak kalau pucuk ubi tu empok,
Pucuk ubi putih biasanya daunnya empuk berbanding
dengan pucuk ubi yang merah,
liat sikit rasanya.
Cer tengok kat bawah ni, saya simpul dulu pucuk
ubi ni sebelum saya rebus. Saya suka rebus dulu sebelum
dibuat gulai untuk menghilangkan pahit dan maungnya.


Bahannya mudah aja :
- 1 ikat pucuk ubi, buang tangkai dan simpul
- 7 atau 8 keping tulang ikan talang, potong kecil dan rendam
- 2 mangkuk santan.
-12 ulas cili api, 
- 1/2 in kunyit hidup, 
- 5 ulas bawang merah,
- 1 ulas bawang putih,
- 1 keping asam gelugur,
- Garam secukup rasa.


Cara penyediaan macam biasalah,
- celur pucuk ubi hingga masak, angkat dan tuskan,
- tumbuk cili, kunyit, bawang merah dan bawang putih.
- masukkan bahan tumbuk, tulang ikan, santan dan
asam gelugur dan masak atas api.
- bila tulang dah masak, masukkan pucuk ubi, 
Bila masak, boleh angkat dan hidangkan.. 


Selesai sudah resipi mudah saya.
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Saturday 21 January 2012

Ada Yang Pernah Makan Sup Belut?

Assalamualaikum,

Semalam tak ada entry, hari ni entry gini plak.
Kenal ke tak gambar apa ni.
Ari tu saya buat entry tulang belut untuk lehir baju
malam ni tunjuk ikan belut plak. Tapi resipi belut tak ada
saya tak pandai masak ikan belut ni,
dan saya tak berani nak makan belut.


Seandainya kawan2 tengah berjalan-jalan tetiba 
ada benda ni merayap2 diatas jalan,
apa perasaan kawan2, kalau saya eee...mesti terkejut
dan lari tak cukup tanah. Orang kata belut ni boleh hidup didaratan, 
dan boleh memanjat sampai ke hujung kelapa.
Makanannya anak2 ikan dan kalau didaratan dia makan
anak2 tikus dan katak. Ada juga diceritakan
zaman mak2 saya dahulu, belut masuk
dalam reban ayam dan makan anak ayam.
kalau kawan2 nak percaya boleh percaya, kalau tak nak
tak apa, tapi itu yang saya dengar dari orang tua2 dulu.

Saya memang geli tengok ikan belut ni. Panjangnya lain macam.
berlengkar-lengkar. Gambar ni saya ambil di Pekan Sari, 
Makcik yang jual tu kata belut ni banyak khasiatnya
dan rasanya sangat sedap kalau dibuat sup.
Tak talah sebab saya belum pernah rasa.
Ada juga orang kata dagingnya sedap kalau dibuat kuah laksa.
Saya tak tahu.

Ada kawan2 yang pernah rasa sup daging belut,
cuba cerita sikit macam mana rasanya.

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.

Thursday 19 January 2012

Cekodok Kelapa

Assalamualaikum,

Pejam celik, pejam celik, hari ni dah
hari Khamis rupanya yee. Begitu cepatnya masa berlalu. 
Hari ni dah 19 hari kita berada di tahun 2012.
Semuga dalam masa 19 hari ini dan hari2
seterusnya kita di lindungi Allah,
diberiNYA taufik dan hidayah,
diberiNYA kebahgiaan
dan kecemerlangan.

Pagi ni bangun dari tidur,
perut saya terasa lapar yang teramat sangat.
tengah fikir2 apa nak buat untuk
sarapan pagi, ternampaklah tepung yang masih
belum berbuka. Tu sebenarnya tepung
untuk buat baulu, tempahan untuk hari Isnin ni.
Teringat plak nak buat cekodok. Dah lama sangat
tak makan kodok kelapa. Tengok dalam peti
ada kelapa parut putih yang saya beli
untuk buat inti. Tapi belum sempat nak buat lagi. 


Ok, cekodoklah dulu.
Buat pun mudah aja, untuk adik2 dan anak2 yang
baru nak belajar masak tu, nilah bahan2nya.
- 1 cawan tepung gandum
- 4 sudu kelapa parut putih
- 1/2 cawan ikan bilis
- 3 ulas bawang merah dimayam
- 2 tangkai daun sup
- 2 helai daun bawang
- 3/4 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- 3/4 cawan air sejuk dalam peti sejuk.
- Minyak untuk menggoreng.


Cara buatnya senang aja,
- Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana sahaja.
- masukkan kesemua bahan kedalam bekas,
- masukan air sejuk sedikit demi sedikit 
- sambil kacau hingga rata. 
- apabila minyak panas bolehlah digoreng.
- kaut sesudu makan penuh untuk satu biji kodok.
bahan untuk 18 hingga 20 biji 
( masa menggoreng minyak mesti banyak,
biar kuih tenggelam sepenuhnya, mesti sentiasa 
dibalik-balikkan supaya garingnya elok.)



Inilah kodok kelapa yang sungguh rangup diluar 
lembut didalam. Sedap makan waktu masih panas
cicah pula dengan cili sos atau sos 
pencicah keropok,
lawan plak dengan air kopi panas atau nescafea
atau milo. Sayalah tu yang minum milo.

Jumpa lagi dilain entry.
Wassalam.

Wednesday 18 January 2012

Blog Macam Mana Yang Anda Suka.

Assalamualaikum,

Selamat malam. Apa khabar semua. Harap2 sihat dan sejahtera selalu ye. Malam ni saya tak nak cerita apa2,
cuma saya nak kawan2 kongsikan pendapat kawan2 tentang blog2 yang selalu kawan2 kunjungi. maksud saya bukan bercerita tentang blog tersebut. Cuma saya nak tahu diantara banyak2 blog yang ada di alam maya ni, blog apakah yang kawan2 minat dan suka sekali.

Harap2 kepada sesiapa saja yang mengunjungi dan baca entry ini, sudilah apa kiranya berkongsi dengan saya tentang blog2 yang kawan2 minat dan selalu kunjungi. Rasanya ini saja untuk malam ni. Sekian Wassalam.




Tuesday 17 January 2012

Sarung Kusyen Lagi

Assalamualaikum,

Rodong2 kawan2. 
Hari ni lambat sikit saya online.
Sibuk sikit hari ni.


Lama dah saya tak kongsikan hasil kaitan saya
dengan kawan2. Sarung kusyen ini salah satu hasilnya.
Lama sangat dah saya siapkan sarung kusyen ini.
paten biasa aja. Paten granny. 
mudah nak buat, tapi dapat ke saya lambat
juga siapnya.


Biasalah saya bukan ada masa sangat untuk
mengait, tapi demi hobi saya gagahkan
juga walau pun hanya untuk sebaris sehari.

Kusyen ni satu je sebenarnya. Saya ambil gambar 
kedua-dua sidenya.


Memang gembira sangat bila tengok hasil kerja kita siap,
sebab itulah walau dengan apa cara sekalipun,
saya mesti akan luangkan masa untuk
menyambung kerja2 saya yang belum siap,
walaupun untuk beberapa minit.

Jumpa lagi
Wassalam.

Monday 16 January 2012

Tulang Belut

Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2 hari ni. Harap semuanya sihat2
belaka ye. Ada yang rasa mengantuk ke lepas makan
tengahari ni tadi. Kalau rasa mengantuk tu,
mari kita blogwalking sekejap. Nanti hilanglah 
mengantuknya tu.

Tengok tajuk entry saya ni mesti kawan2 dah
tahu hari ni saya nak kongsi apa.
Yer, jahitan tulang belut yang biasa di jahitkan
pada lehir baju kurung.
Saya rasa anak2 kita sekarang ni dah tak
kenal lagi dengan jahitan tulang belut ni apalagi
nak menjahitnya. Semuanya dah guna manik2 yang
bergemerlapan aja. 

Inilah rupanya jahitan tulang belut,

Yang dalam gambar ni saya jahit pada baju kurung 
kawan saya. Minggu lepas dia hantar dua pasang baju
untuk saya jahitkan. Dia minta saya jahitkan
tulang belut sekali.

Mulanya saya cuak juga, maklumlah dah lama
tak menjahit tulang belut ni,
takutlah kut2 dah lupa susup sasapnya.
Tapi bila dah mula buat seronok pulak
rasanya. Memang ini hobi saya masa muda2
sebelum bekerja dulu, mengambil tempahan
menjahit baju kurung, dan terus dijahit
tulang belutnya.

Memang kalau ada baji kurung yang dijahit 
tulang belut ni nampaklah tradisional sikit.

Ok lah, nak sambung menjahit semula.
Jumpa lagi.
Wassalam.




Sunday 15 January 2012

Kek Pisang

Assalamualaikum,

Saya doakan semuga hari ini semuanya bahagia
maklumlah hari ni hari minggu kan, 
hari berkumpul bersama keluarga. Mana yang sedang
berjauhan dengan keluarga tu jangan
pula bersedih yee, ada masa ada ketika boleh jumpa.

Saya hari ni tak ada sapa pun bersama dengan saya,
I am so lonely.....hehehe...
tapi tak kanlah kerana keseorangan saya mesti bersedih kan.
Untuk menghilangkan rasa sunyi dan keseorangan 
pagi2 lagi saya duduk mengadap PC,
Google punya Google
terjumpalah resipi kek pisang paling simple 
kat blog zachoes, terus rasa nak cuba resipi neh.

Baru keluar dari oven u...bau semerbak...

Memang dah lama sangat mengidam nak makan kek pisang, 
buatan sendiri, tapi bila tengok resipinya, 
kadang2 bahannya tak ada, terus batalkan, 
tapi hari ni semua bahan yang dikehendaki dah sedia ada
kat rumah. kebetulan pisang pun ada juga. 
terus je saya buat.


Biasalah saya kalau masak memang buat setengah 
bahagian aja, banyak sangat tak larat nak abiskan pulak.
Ini bahan2 untuk setengah bahagian.

- 3 setengah biji pisang berangan- 1/2 cawan minyak masak
-1 sudu kecil soda bikarbonet -3 biji telor gred C
- 1 cawan gula,-1 sudu kecil esen vanilla
-1 setengah cawan tepung gandum


Cara nak buat dia plak,
Memula lumur acuan dengan minyak, panaskan oven 180  C.
Blend pisang dengan minyak dan soda bikarbonet sampai lumat
dan ketepikan dulu.- Pukul telur dengan gula sampai sebati 
- masukkan esen vanilla - masukkan pisang yang dah di blend,
- masukkan tepung yang dah diayak sedikit demi sedikit
kacau perlahan dan tuangkan kedalam acuan.
- Bakar selama 20 hingga 30 minit.


Ha...inilah hasilnya. Menjadi akhirnya. Inilah pertama kali dalam 
hidup saya buat kek pisang. Puas hati sangat rasanya.
Kek lembut dan sedap. Alhamdulillah.


Silalah cuci mata dengan gambar2 yang saya 
kongsikan ini. Kalau nak rasa boleh buat,
bahannya tak banyak.


Kalau nak resipi penuh boleh terus layari 
blog asal dimana saya dapat resipi ini
Tarima kasih bebanyak Puan Zack Zacheos yang telah
mengongsikan resipinya. Dapat juga saya merasa
kek pisang hasil buatan saya sendiri.


Oklah, nak beredar dulu.
Semuga berjumpa lagi dilain entry,
Wassalam

Saturday 14 January 2012

Pincuk Paku.

Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2, rodong2 malam ni,
Semuga sihat dan gembira selalu,
dimalam minggu yang ceria ini.

Munkin ada kawan2 yang bawak keluarga santai2
sambil makan2, maklumlah malam minggu ye.

Bagi saya plak, hanya malam minggu ni ajalah
kesempatan yang ada untuk saya memasak makanan
kegemaran saya. 


Malam ni saya masak ringkas aja. Pincuk Paku namanya 
Ini makanan orang kampung saya.
Tak taulah kampung lain atau daerah lain
ada yang pandai makan masakan macam ni. Rasanya
kalau ada yang beselera kampung sikit tu memang sedap.
Lebih2 lagi kalau yang minat tempoyak tu.


Nak buatnya mudah aja. 
Bahan2nya, setengah ikat pucuk paku.
2 setengah sudu tempoyak yang masam2 manis
15 atau 20 ekor ikan bilis dibelah empat atau
1/2 ekor ikan kembung yang dibakar tanpa garam.
3 atau 4 biji cili padi, boleh tambah kalau suka pedas.
Air suam setengah mangkuk,

Cara nak menyedikannya :

- Celur pucuk paku didalam air mendidih yang dicampur sedikit garam
diatas dapur hingga masak dan empuk. Toskan.
( Jangan curah air mendidih atas pucuk paku, kerana pucuk paku
akan lebam kerana air tak merata.)
- Masukkan air dalam mangkuk, masukkan tempoyak,
kacau sampai sebati.. 
- Masukkan ikan bilis yang dah di basuh.
- Masukkan cili yang dah dipotong2 kasar.
- Akhir sekali masukkan pucuk paku dan kacau rata.
Dah siap Pincuk Paku. Boleh makan.


Inilah rupa pucuk paku yang banyak terdapat ditepi sungai.
Bukan apa saya cuma takut terpilih salah paku.
Banyak nama2 paku di pahang ni, misalnya paku larat,
paku gajah, paku anjing, dan ada lagi yang saya dah lupa 
namanya. Oklah, kalau ada sesiapa nak
 rasa tu silalah buat.
Semuga berjumpa lagi, Wassalam.

Friday 13 January 2012

Jumaat Yang Berkat


Assalamualaikum, 

Sallam pagi Jumaat yang berkat.

JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.
Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: 

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.


“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).


Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.


“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).





Syukur Alhamdulillah, pada pagi Jumaat ni jugalah saya dah boleh tersenyum lebar, bukan selama ni saya tak senyum, cuma dalam senyuman tu ada tersimpan sedikit duka. Apa taknya kuda saya dah lebih setahun masuk bengkel, menjalani rawatan, lepas satu satu penyakitnya, sampai saya tak mampu nak mengeluarkannya disebabkan kos rawatannya yang terlampau tinggi.

Akibatnya bertahun jugalah dia tak ada cukai jalan, tak ada insuran. Bila dah keluar dari bengkel nak dapatkan insuran dan road tax kena masuk PUSPAKOM dulu. Lecehnya, kena berulang alik ke AmBank di Raub menguruskan geran yang dipegang oleh AmBank Temerloh. Pas tu kena jumpa BALA plak ( Runner terkenal di Lepeh) untuk menguruskan nya dengan PUSPAKOM. Maka duit pun berguguranlah macam hujan batu.

Terima kasih bebanyak pada anak-anak saya yang menyumbang pada kejayaan ini. Akhirnya boleh lah mak memandu kereta semula walaupun dah tak berani memandu jauh. Tapi Alhamdulillah tetap akan menyumbangkan kepada kemudahan saya terutamanya untuk mencari rezki sebagai penyambung hidup.

Ada orang nak teka nombor kereta saya. Boleh. Kita tengok sapa yang kena...
Ok jalan dulu yee, nanti kita jumpa lagi. Wassalam.


Thursday 12 January 2012

Makan Angin.

Assalamualaikum,

Selamat malam Khamis, Aiyooo...dah pukul 11 lebeh rupanya,
baru dapat nak buat entry hari ni. Bizi memang bizi saya sejak
sehari dua ni. Tak dapat online langsung. Tambahan pulak
broadband celcom ni lembab. Hilang mood nak online.

Tiga hari dah berlalu, 
tapi saya tetap nak upload gambar2 yang sempat saya
snap semasa berada di K.L. 


Angah yang terlebih senyum.
Tak per, lebihkan senyum, kurangkan gula.

Sebenar tujuan asalnya sesaja nak ziarah cucu tiga beradik ni aja.
Tapi tak sah juga kalau pegi K.L.tak buat sesuatu.
Lagipun ayah dah janji dengan anak2 dia nak
bawak mereka makan2 kat hotel tempat ayah keje.
Saya ikut aja, makan mana boleh tolak.


Tak ada apa nak cerita, layan gambar ajalah. 


Zulaika Husna tak ketinggalan, orang nak makan dia nak makan,
Makanlah juga kentang goreng.
Nama2 makanan kat bawah ni semua saya dah lupa.






Pas makan masuk bilik jap, zulaika, tisya dan angah semua dah
 tertidur dimeja makan. Bertuahnya cucu nenek ni.

Bilik cantiknya. 

Gambar ramai2 kat ruang rehat bilik.

Permintaan Tisya ngan Angah,
Nak bergambar dalam tab mandi. Ni kes tak
sabar nak mandi kolamlah ni.

Zulaika ambil kesempatan berehat kejap sebelum ikut
kakak2 mandi kolam. Masa tu saya tak ada sebab saya
ronda2 kat Gulatis Ampang.

Antara menu makan malam, lepas dia orang ni 
penat mandi kolam.
Ubi kayu rebus weh, colek dengan sambal kicap
dan nyor kukur gaul gula.
Nak tau harganya, tiga ketul tu cuma RM 7.00.


Neh, Daging kambing,
nama masakannya saya dah lupa.

Habis dah gambar.
Sekian dulu, Wassalam.