Assalamualaikum,
Semalam tak ada entry, hari ni entry gini plak.
Kenal ke tak gambar apa ni.
Ari tu saya buat entry tulang belut untuk lehir baju
malam ni tunjuk ikan belut plak. Tapi resipi belut tak ada
saya tak pandai masak ikan belut ni,
dan saya tak berani nak makan belut.
Seandainya kawan2 tengah berjalan-jalan tetiba
ada benda ni merayap2 diatas jalan,
apa perasaan kawan2, kalau saya eee...mesti terkejut
dan lari tak cukup tanah. Orang kata belut ni boleh hidup didaratan,
dan boleh memanjat sampai ke hujung kelapa.
Makanannya anak2 ikan dan kalau didaratan dia makan
anak2 tikus dan katak. Ada juga diceritakan
zaman mak2 saya dahulu, belut masuk
dalam reban ayam dan makan anak ayam.
kalau kawan2 nak percaya boleh percaya, kalau tak nak
tak apa, tapi itu yang saya dengar dari orang tua2 dulu.
Saya memang geli tengok ikan belut ni. Panjangnya lain macam.
berlengkar-lengkar. Gambar ni saya ambil di Pekan Sari,
Makcik yang jual tu kata belut ni banyak khasiatnya
dan rasanya sangat sedap kalau dibuat sup.
Tak talah sebab saya belum pernah rasa.
Ada juga orang kata dagingnya sedap kalau dibuat kuah laksa.
Saya tak tahu.
Ada kawan2 yang pernah rasa sup daging belut,
cuba cerita sikit macam mana rasanya.
Semuga jumpa lagi.
Wassalam.
Salam LL..
ReplyDeleteSaya siap google wiki baca tentang belut.
Punya la ramai spesis belut ni.
Saya tak penah makan.
W,sallam DO,
DeleteOmboih, siap google yee..
saya sendiri pun tak tau berapa
ramai spesis belut ni...
asalam ... sedap ikan belut nie ... saya sukerrr ... salah satu menu saya berada di jepun dahulu ialah ikan belut ...tq.
ReplyDeleteW,sallam Ajak,
DeleteBelut Jepun sama ke dengan belut Malaysia.
kome bese makan sup belut ni best weh
ReplyDeletesedap dari rasa daging ayam lagi
bukan setakat sup je belut ni
paprik, celup tepung semua boleh buat la
kat kelantan cukup glamer menu nih
spesis yg mkn anak ayam tu memang ade kat kampung kita, tapi kome panggil ikan limbat
Sallam AUC,
DeleteOOO gitu yeee...
Patutlah orang seme kata sedap.
Boleh gak cuba yee.
salam..
ReplyDeleteermm..boleh la try kan
saya sendiri pun kalau
tahu..tak makan..huhu
W,sallam En Zul,
ReplyDeleteMarilah kita menerai,
tapi jangan bagi taulah
daging apa.
Asssaam LL..acik pernah makan belut..goreng berlada..
ReplyDeletetapi tak tau pun belut.ingatkan ikan keli je..dah habis makan baru arwah mak bagi tau.
W,sallam Acik,
DeleteHehe..tipah tertipu lah ye Acik,
Tak pelik ke rasanya...
Assalamualaikum.
ReplyDeleteBelut ini spesis ikan juga, cuma pelik sedikit berbanding ikan-ikan yang biasa kita lihat. Pada saya, belut ini rasanya sedap cuma tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan rasanya. Mungkin suatu masa nanti Puan berkesempatan untuk mencubanya sendiri. :)
W,sallam ashrafi,
ReplyDeletekalau diberi makan saya tanpa memberitahu nama ikannya, munkin saya akan dapat merasanya...
this article gucci replica handbags article source see here now site here replica bags from china
ReplyDelete