Saturday 21 January 2012

Ada Yang Pernah Makan Sup Belut?

Assalamualaikum,

Semalam tak ada entry, hari ni entry gini plak.
Kenal ke tak gambar apa ni.
Ari tu saya buat entry tulang belut untuk lehir baju
malam ni tunjuk ikan belut plak. Tapi resipi belut tak ada
saya tak pandai masak ikan belut ni,
dan saya tak berani nak makan belut.


Seandainya kawan2 tengah berjalan-jalan tetiba 
ada benda ni merayap2 diatas jalan,
apa perasaan kawan2, kalau saya eee...mesti terkejut
dan lari tak cukup tanah. Orang kata belut ni boleh hidup didaratan, 
dan boleh memanjat sampai ke hujung kelapa.
Makanannya anak2 ikan dan kalau didaratan dia makan
anak2 tikus dan katak. Ada juga diceritakan
zaman mak2 saya dahulu, belut masuk
dalam reban ayam dan makan anak ayam.
kalau kawan2 nak percaya boleh percaya, kalau tak nak
tak apa, tapi itu yang saya dengar dari orang tua2 dulu.

Saya memang geli tengok ikan belut ni. Panjangnya lain macam.
berlengkar-lengkar. Gambar ni saya ambil di Pekan Sari, 
Makcik yang jual tu kata belut ni banyak khasiatnya
dan rasanya sangat sedap kalau dibuat sup.
Tak talah sebab saya belum pernah rasa.
Ada juga orang kata dagingnya sedap kalau dibuat kuah laksa.
Saya tak tahu.

Ada kawan2 yang pernah rasa sup daging belut,
cuba cerita sikit macam mana rasanya.

Semuga jumpa lagi.
Wassalam.

13 comments:

  1. Salam LL..
    Saya siap google wiki baca tentang belut.
    Punya la ramai spesis belut ni.
    Saya tak penah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam DO,

      Omboih, siap google yee..
      saya sendiri pun tak tau berapa
      ramai spesis belut ni...

      Delete
  2. asalam ... sedap ikan belut nie ... saya sukerrr ... salah satu menu saya berada di jepun dahulu ialah ikan belut ...tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam Ajak,

      Belut Jepun sama ke dengan belut Malaysia.

      Delete
  3. kome bese makan sup belut ni best weh
    sedap dari rasa daging ayam lagi
    bukan setakat sup je belut ni
    paprik, celup tepung semua boleh buat la
    kat kelantan cukup glamer menu nih

    spesis yg mkn anak ayam tu memang ade kat kampung kita, tapi kome panggil ikan limbat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sallam AUC,

      OOO gitu yeee...
      Patutlah orang seme kata sedap.
      Boleh gak cuba yee.

      Delete
  4. salam..
    ermm..boleh la try kan
    saya sendiri pun kalau
    tahu..tak makan..huhu

    ReplyDelete
  5. W,sallam En Zul,

    Marilah kita menerai,
    tapi jangan bagi taulah
    daging apa.

    ReplyDelete
  6. Asssaam LL..acik pernah makan belut..goreng berlada..
    tapi tak tau pun belut.ingatkan ikan keli je..dah habis makan baru arwah mak bagi tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,sallam Acik,

      Hehe..tipah tertipu lah ye Acik,
      Tak pelik ke rasanya...

      Delete
  7. Assalamualaikum.

    Belut ini spesis ikan juga, cuma pelik sedikit berbanding ikan-ikan yang biasa kita lihat. Pada saya, belut ini rasanya sedap cuma tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan rasanya. Mungkin suatu masa nanti Puan berkesempatan untuk mencubanya sendiri. :)

    ReplyDelete
  8. W,sallam ashrafi,

    kalau diberi makan saya tanpa memberitahu nama ikannya, munkin saya akan dapat merasanya...

    ReplyDelete