Assalamualaikum,
Apa khabar kawan2 hari ni. Harap semuanya sihat2
belaka ye. Ada yang rasa mengantuk ke lepas makan
tengahari ni tadi. Kalau rasa mengantuk tu,
mari kita blogwalking sekejap. Nanti hilanglah
mengantuknya tu.
Tengok tajuk entry saya ni mesti kawan2 dah
tahu hari ni saya nak kongsi apa.
Yer, jahitan tulang belut yang biasa di jahitkan
pada lehir baju kurung.
Saya rasa anak2 kita sekarang ni dah tak
kenal lagi dengan jahitan tulang belut ni apalagi
nak menjahitnya. Semuanya dah guna manik2 yang
bergemerlapan aja.
Inilah rupanya jahitan tulang belut,
Yang dalam gambar ni saya jahit pada baju kurung
kawan saya. Minggu lepas dia hantar dua pasang baju
untuk saya jahitkan. Dia minta saya jahitkan
tulang belut sekali.
Mulanya saya cuak juga, maklumlah dah lama
tak menjahit tulang belut ni,
takutlah kut2 dah lupa susup sasapnya.
Tapi bila dah mula buat seronok pulak
rasanya. Memang ini hobi saya masa muda2
sebelum bekerja dulu, mengambil tempahan
menjahit baju kurung, dan terus dijahit
tulang belutnya.
Memang kalau ada baji kurung yang dijahit
tulang belut ni nampaklah tradisional sikit.
Ok lah, nak sambung menjahit semula.
Jumpa lagi.
Wassalam.
tengok tajuk tadi ingat ade resepi belut pulak
ReplyDeleteresepi tulang belut...
jahit belut rupenya
Sallam AUC,
DeleteTulah, sayangnya saya tak makan belut,
kalau tak mesti dah ada resipi dah.
nampak lebih kemas kalau buat jahitan tulang belut ni
ReplyDeletesallam munna,
DeleteKadang2 rasa lebih kemas dari manik..
ma pandai jahit ni...tapi saya tak pandai...nak belajar tapi tak sempat...zaman sekolah dok asrama...dah habis sekolah kerja jauh pulak..urmmmm...
ReplyDeleteSallam Puteri rimba,
DeleteNak buat macam mana,
kami dulu tak duduk jauh dari mak,
tu yang boleh belajar.
sekarang saya tak boleh jahit dah..masaalah mata dan syndrom carpal tunnel saya yg makin menjadi jadi.
ReplyDeleteSallam Cikgu Hani,
DeleteSaya Alhamdulillah, mata ok lagi,
dulu tu tangan saya tak boleh pegang
jarum lama2, sekarang ni dah ok dah.
ya Allah...tadi sambil menyapu lantai, saya ada terfikir nak post entri pasal tulang belut...yg saya jahit sendiri..konon nak tunjuk step by step....camner kita boleh berfikiran yg sama? ajaibnya..
ReplyDeleteSallam Queenie,
DeleteMacam berjanji plak yee,
Tu yang dinamakan ada chemistry tak?
salam..
ReplyDeletemata lalat pun nampak
cantik juga yak..?
W,sallam En Zul,
DeleteYerlah memang cantik, mata lalat tu dah moden sikit.Tapi saya kurang pandai buat.
Cantik..
ReplyDeleteSallam Deru ombak,
DeleteKlasik...
Dulu-dulu baju kurung tak dipanggil baju kurung jika takde tulang belut.. skrg dah bertudung, tak nampak pun tulang belut tu.. tapi semakin hilang lah khazanah seni jahitan..
ReplyDeleteSallam Che mid,
DeleteWalaupun bertudung ada juga orang yang mahu semua baju kurungnya di jahit tulang belut, contohnya kawan saya nie.
Saya adalah orang yang tak suka tulang belut. Pelik kan? Leher baju kurung saya hanya boleh dijahit piping sahaja. Selain dari itu memang tak kena, sebab saya mudah rasa geli rimas dan gatal gatal.
ReplyDeleteTapi saya pun pernah pandai jahit Tulang Belut ni. Belajar. Sekarang dah lupa terus...
Sallam Azie,
ReplyDeleteSaya tau azie alergic kepada benda2 keras.
saya plak kalau baju ada lable kat belakangnya
saya mesti akan buang,guntingkan, kalau tak tengkuk saya gatal dan mengelupas.
cantiknya....lepas ni nak 'menulang belut...'
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete