Assalamualaikum
Salam Hari Isnin. Selamat bertemu kembali dalam
entry saya hari ini. Dua hari dah saya tak buat entry baru yee.
Bukan saya dah lupa azam saya untuk post satu
entry setiap hari. Cuma saya tak berkesempatan nak
online sebab sedang berada di uala Lumpur.
Nanti lepas ni saya buat entry saya di KL plak.
Entry hari ni saya nak share resipi gulai ayam yang saya
buat dua minggu lepas. Ayam gulai lemak kampung dengan
belimbing hitam. Bahan dan cara buatnya sama
aja dengan gulai ayam yang biasa kita buat,
cuma saya tambah belimbing hitam sebagai ganti
asam keping atau asam gelugur.
Ni bahan2 awasnya. Bawang merah lima ulas,
halia seinci, lengkuas seinci, kunyit hidup seinci, bawang
putih dua ulas kalau kecil kalau besar satu memadai.
Serai dua batang, cili api saya bubuh 20 ulas aja,
sebab saya tak suka pedas. jangan lupa belimbing
hitamnya, lapan hingga 10 biji.
Kesemua bahan diatas tu hendaklah ditumbuk .
Cili dan kunyit ditumbuk hancur, yang lain2 tu tumbuk
separuh hancur.
Jangan lupa ayamnya sepuluh ketul atau satu 1/2 ekor.
dan santan k11/2 mangkuk, simpan santan pekatnya
1/2 mangkuk.
Cara buatnya mudah aja, masukkan bahan yang dah di
tumbuk kedalam periuk, masukkan ayam dan santan,
belimbing hitam dan garam, masak atas api
yang sederhana hingga masak. Masukkan santan pekat,
masak hingga mendidih semula, rasa garamnya,
lepas tyu angkat dan boleh makan.
Selamat mencuba.
Wassalam.
Baca tajuk pun dah buat kakcik telan airliur. :)
ReplyDeletepuuhhh mok weh!
ReplyDeleteterliur kome huhuhu
Belimbing tu buat saya kecur air liur... huhu
ReplyDeletebelimbing hitam tu macamana kak?...
ReplyDeleteperghh..sodapnyeee..terliur den, dah la tgh lapo..
ReplyDeletewaaahh, bagus lah u ni..tumbuk pakai lesung. kalau ai dah hentam masuk blender aje..heheee
Salam LL
ReplyDeleteTerliur.. Nak masak untuk mkn mlm.. Tapi belimbing hitam tu cemane elk. Yang Ada kat tepi rumah ni belimbing besi biasa jek.
asalam .... perrrhhh .... sodappp turrr ...mengancam selera ...tq.
ReplyDeletewaahhh...kecurrr air liur koi...hehehe
ReplyDeleteSallam Kakcik,
ReplyDeleteSaya terliur sangatlah tu, sebab tu saya buat lama dah tak makan, asik goreng2 aja.
Sallam AUC,
ReplyDeleteMemang sedap weh AUC,
masakan kampung laj katakan.
Sallam I'Mulan,
ReplyDeleteBelimbing tu kalau buat serondeng sedap juga tau.
Sallam munna,
ReplyDeleteBelimbing rebus dengan belimbing hitam tu menda yang sama munna, cuma saya sebut belimbing rebus.
Sallam Cik Sibuk,
ReplyDeleteMemang saya lebih sika tumbuk,
rasa awsanya kuat sikit. Kalau blend hilang rasanya.
Sallam Deru Ombak,
ReplyDeleteBelimbing hitam tu ialah belimbing
buluh yang direbus, cuba tanya kat
pekan sari stau pasar malam.
Sallam Ir Ajak,
ReplyDeleteYang sedapnya belimbing tu lah.
Buat orang kecur air liur
Sallam Yastro,
ReplyDeleteTu yang nok dengar nya tu,
Sampai kecor air liur haaa..
kalau ganti asam keping dengan belimbing tu, sama ke rasa masam gulai tu? ke lagi sedap?
ReplyDeleteNampok sedak.Kitnye belimbing ter koi kaloh lalu...
ReplyDeleteSallam En Hisyam,
ReplyDeleteBergantung pada penerimaan seseorang terhadap belimbing rebut tu...
Sallam Nizam,
ReplyDeleteKala aok kaloh dengan belimbing guna lah asam gelugor atau asam jawa, sama juga...
ala...nak komen tp dah azan maghrib plak...
ReplyDeletepepun thanks for the reipe ya
Sallam Queenie,
ReplyDeleteMaghrib first.
Terima kasih sudi singgah.