Assalamualaikum,
Apa khabar kawan2, rodong2 malam ni,
Semuga sihat dan gembira selalu,
dimalam minggu yang ceria ini.
Munkin ada kawan2 yang bawak keluarga santai2
sambil makan2, maklumlah malam minggu ye.
Bagi saya plak, hanya malam minggu ni ajalah
kesempatan yang ada untuk saya memasak makanan
kegemaran saya.
Malam ni saya masak ringkas aja. Pincuk Paku namanya
Ini makanan orang kampung saya.
Tak taulah kampung lain atau daerah lain
ada yang pandai makan masakan macam ni. Rasanya
kalau ada yang beselera kampung sikit tu memang sedap.
Lebih2 lagi kalau yang minat tempoyak tu.
Nak buatnya mudah aja.
Bahan2nya, setengah ikat pucuk paku.
2 setengah sudu tempoyak yang masam2 manis
15 atau 20 ekor ikan bilis dibelah empat atau
1/2 ekor ikan kembung yang dibakar tanpa garam.
3 atau 4 biji cili padi, boleh tambah kalau suka pedas.
Air suam setengah mangkuk,
Cara nak menyedikannya :
- Celur pucuk paku didalam air mendidih yang dicampur sedikit garam
diatas dapur hingga masak dan empuk. Toskan.
( Jangan curah air mendidih atas pucuk paku, kerana pucuk paku
akan lebam kerana air tak merata.)
- Masukkan air dalam mangkuk, masukkan tempoyak,
kacau sampai sebati..
- Masukkan ikan bilis yang dah di basuh.
- Masukkan cili yang dah dipotong2 kasar.
- Masukkan cili yang dah dipotong2 kasar.
- Akhir sekali masukkan pucuk paku dan kacau rata.
Dah siap Pincuk Paku. Boleh makan.
Inilah rupa pucuk paku yang banyak terdapat ditepi sungai.
Bukan apa saya cuma takut terpilih salah paku.
Banyak nama2 paku di pahang ni, misalnya paku larat,
paku gajah, paku anjing, dan ada lagi yang saya dah lupa
namanya. Oklah, kalau ada sesiapa nak
rasa tu silalah buat.
Semuga berjumpa lagi, Wassalam.
Salam Kak Mah, Kakya kan, ape pun bedal, terliur jek tengok pincuk paku, silap aribulan esok pepagi dah terchonggok kat pasar cari pucuk paku. Tempoyak Ada dah ni... Tq for sharing eh...
ReplyDeletew,sallam Kakya,
DeleteBagus macam tu Kakya, semua makan,
mudah nak memasak.
Sama2 memang suka nak kongsi apa juga dengan kawan2, tapi saya tak pandai sangat masak.
Salam, buat kerabu pun sedak yak pucuk paku nie:)
ReplyDeletekenapa saya taip asyik keluar kalendar je .. jadi terpaksa saya tumpang komen kat sini. boleh ?
Deletesaya belum pernah lagi makan "pincuk paku" .. pucuk paku biasalah. hehe
W,sallam En Yassin,
DeleteMemang sedak..tapi keh cuba nok buat pinchuk neh, mengembalikan nostalgia masa lampau..hehe
Sallam Tuan Haji,
ReplyDeleteTak ada halnya boleh tulis dimana-mana pun,
asal nampak tulisan.
Dah lama saya tak dengar perkataan ‘pincuk’ nih. Sampai lupa dah rupa cemana...
ReplyDeleteAda tempoyak tu yg buat lebih terangkat tuh, kan? Simple jer menu ni.
Salam Azie,
DeleteOrang belah awak ada juga makanan
bernama pinchuk yee, tapi lain sikit kut,
cara menyedianya.
selalu mkn pucuk paku ni
ReplyDeletejarang buat pincuk ni
terliur la pulak
lek buat la nantu
asalam ... wahhh nampak sedap dan berselara ... terasa lapar plakk ....tq.
ReplyDeletetengok gambar, baca bahan dah telan2 airliur, terasa keenakannya. Pucuk paku dalam gambar ni nampak baik, mana nak cari? saya selalu jumpa yg bergulung2 ujungnya macam ulat tu, ada rerambut putih halus lagi...tu yg trauma nak pegang tu...
ReplyDeletejujur cakap saya tak makan pucuk paku dah lebih 20 tahun....ada lah kesnya tu...tp nampak masakan awak ni, macam keinginan tu bangkit kembali...terimakasih Lipislady...