Sunday 31 January 2010

Rumah Sampah

Assalamualaikum,
Sampah ni memang tak reti basa, orang dah bina rumah cantik2 untuk dia,
dia tetap duduk luar rumah juga.

Sekian Wassalam

Wednesday 27 January 2010

Kekayaan Allah

Assalamualaikum,
Pasti damai rasa hati kalau dapat berada ditempat seperti ini.
Inilah bukti kekayaan Allah SWT.













Sekian, Wassalam.

Monday 25 January 2010

Macam-Macam Ada


Assalamualaikum.

Bebaik yee kala beli daging kat paso tu, tanya dulu itu daging
lembu curi kee,takut deme cucuk ubat pelali karang,
bahaya untok kesihatan...Lebih bahaya lagi kala deme
tuh sembelih lembu tengoh pengsan.

Sekian, Wassalam.

Thursday 21 January 2010

Tinggi Sikit Aja

Assalamualaikum.

Pukul 10.30 malam tadi keh pegi sepital bawak adik amik ubat pening kepala।
Nasib baiklah malam nih tak ada orang lain yang sakit, cuma adik sorang aja।
Taklah lama sangat menunggu। Dalam 5 minit gitu nama adik dipanggil
untuk berjumpa HA, Aji Rosli। Mula keh tengok aja adik berjalan menuju
kebilik Aji Rosli। Bila adik dah duduk, keh mula buat muka tak malu ikut
adik masuk bilik dan bediri belakang adik, sambil perati Aji memereksa
darah adik।

"Tinggi ke? "tanya keh selamba, padahal keh dah tau darah adik tak tinggi।
Takkanlah baru umur 17 tahun dah ada darah tinggi. "Tak" kata Aji Rosli।
"Biasa aja, bagi ubat pening ajalah, angin tu" kata Aji sambil memasukkan
ubat dalam plastik।

" Saya nok check darah tinggi juga buleh?" selamba aja keh bertanya।
Aji pandang ke keh sambil tersenyum। " Buleh het ahh" kata de Aji।

Bila adik bangun dan keluar dari bilik keh tanpa dipaksa terus duduk
atas kerusi sambil hulur tangan kanan keh untuk dipereksa। Aji Rosli
pun tanpa dipaksa terus balut lengan keh dengan kain pembalut yang
ada wayar yang disambung pada meter mengechek darah।

Pening rasa kepala keh bila kain pembalut menjerut lengan keh। Rasa
macam kecut lengan keh। Banyak kali lengan keh di jerut, tapi meter
tuh tak berenti juga। " Rosok pulok meter nih" kata keh dalam ati।
" Tuttt"...keh tengok meter berenti। Macam tak percaya aja bila tengok
bacaan pada meter.

" Tinggi ke daroh saya?" Tanya keh buat2 tak tau। Aji nye diam ke diri
sambil pandang muka keh। " Tinggi sangat weh" kata de Aji, "206 tu ke"
Tanya keh "Ha,ah" kata de Aji. "Par 101" Sambung Aji। "Amik ubatlah"
"Tak apalah, tinggi sikit aja" Kata keh sambil angkat punggong keluar
dari bilik Aji Rosli। " Keh takut aok pengsan tengoh jalan karang" jerit
Aji Rosli। " Dan lagi balik sampai kerumoh" Jerit keh pulok sambil lambai
tangan pada Aji Rosli.

Sekian, Wassalam.

Tuesday 19 January 2010

Macam Tak Caya

Assalamualaikum.

Tepat jam 6.30 pagi keh menelefon steysen bas
Lim Siong bertanyakan sama ada bas dah nak
jalan ke tidak. " Belum lagilah" kata Master.
" Master tunggu saya yee.." " Awak dekat mana"
" Saya kat rumah lagi" " Mana" suara Master tinggi
sikit takut keh jauh lagi rosak jadual bas. " Ala
dekat aja,CP.Saya baru nak turun dari rumah ni"
kata keh nipu sikit pada hal keh baru aja siap pakai
baju yang lain2 belum lagi." Cepat sikit nanti awak
kena tinggal" "OK " kata keh.

Tepat jam 6.40 pagi keh sampai di Terminal, lengang
sorang pon tak ada kat situ. bas dah start enjin, gaya
nok jalan sangat dah. " Tadi awak telefon ke" Master
jerit keh dari jauh. " Yee" Kata keh. " Saya nak jalan
dah" Keh pon naik bas. " tadi tengok ada dua tiket jual,
tapi satu tu tak datang" kata master tanpa keh tanya.
"Tak sedo bangunlah tuh, tak per, hari nih saya charter
bas nih untuk saya seorang" kata keh. " Hahaha" master
gelak. Cam biasa keh mengambil tempat belakang dreba,
tapi mood untuk borak pagi nih tak ada. Keh cuma
mengelamun.

Tepat jam 9 pagi, bila buka mata tengok rupanya
keh dah sampai KL, dalam bas ada 5/6 orang sedang
turun bas, tah bila dan dimane deme tu naik keh kurang
pasti.Huh...baru keh perasan lenyak betul keh tido
pagi nih. malas nok jalan kaki keh ambil teksi ke destinasi
yang jauhnya kalau keh jalan kaki tak sampai 10 minit
sampailah. Tunggu klient sampai, sambil perati orang
keluar masuk bank dengan urusan masing2.

Tepat jam 10 pagi semua urusan selesai, tinggal tunggu
masuk hasil bulan depan. Memandangkan awal lagi klient
pelawa ajak minum. "Kalau nok belanja boleh" kata keh
tak malu. " Memang nak belanja pun" " Beres"

Tepat jam 11.30 pagi aktiviti minum dan borak selesai.
Mana lagi, PJ dah cancel, Klang pun tak jadi, mana lagi
baliklah. Memandangkan perut dah kenyang, keh ambil
keputusan ronda kejap sambil window shopping. Sandel!!,
yee mesti beli. Baju!! mesti beli......berjaya juga......

Tepat jam 1.00 tengahari keh sampai terminal bas semula.
"Tiket 1.30 Lipis satu. Ada lagi. Ok relex jap, gi cari bahan
bacaan, air bekal.

Tepat jam 4.00 petang keh dah sampai dirumah semula.
Tepat jam 4.50 petang entry terkini ini selamat di taip
dan upload kat Blog Lipislady.

Sekian Wassalam.

Friday 15 January 2010

Moh Kita Kongsi Ajalah


Assalamualaikum,

Dalam pada ada orang yang sangat kejam, ada pula orang yang sangat perihatin sehingga sanggup buat perkara yang orang lain tak sanggup.Lihatlah sendiri.

Sekian Wassalam.

Thursday 14 January 2010

Redha lah

Assalamualaikum.

Kalau yee pun sakit hati, kalau yee pun ada dendam, kalau yee pun benci, janganlah sampai simbah asid. Kesian ciptaan Allah yang sempurna dan lengkap, diubah menjadi cacat. Kepada yang teranaiya, bersabarlah, ada hikmah disebalik kejadian malang yang menimpa...Wallahualam.

Sekian, wassalam

Wednesday 13 January 2010

Cubalah Rasa

Assalamualaikum,

Pulak dah, burger lembu, tapi berperasa ayam, gone tu weh,
ikut danlah, asalkan jangan
YAMBI...

Sekian, wassalam.

Monday 11 January 2010

Masa Kita Semakin Hampir

Assalamualaikum.

Pagi semalam sewaktu keh sedang menyiapkan kerja tidak rasmi, keh dikejutkan dengan berita kemalangan ngeri yang melibatkan keluarga yang berpupu dengan keh. Lonik yang kebetulan berada ditempat kejadian sebaik sahaja kemalangan berlaku, dengan nada sebak memberitahu, Pak Tam dah tak ada. " Innalillahi wainna ilaihirajion " Pak Tam meninggal ditempat kejadian dalam umur hampir 80 tahun. Keh dalam sebak dan terkejut berkejar memberitahu waris terdekat Pak Itam dan kami sampai di Hospital sebaik saja kereta polis yang membawa jenazah tiba. Sempatlah keh menatap wajah Pak Itam yang cedera teruk di kebanyakan bahgian tubuhnya terutama bahagian kepala.

Petang semalam, ketika azan maghrib hampir bergema, keh dikejutkan lagi dengan berita kematian anak kawan karib keh yang berumur baru 28 tahun akibat sakit jantung dan buah pnggang yang gagal berfungsi. Beliau meninggalkan 4 orang anak2 yang masih kecil. Keh diselubungi rasa sebak yang sangat mendalam dengan berita ini memikirkan anak2 nya yang telah hilang tempat bergantung. Pagi tadi seawal pukul 7.45pagi keh dah berada di rumah keluarga arwah Lin yang sedang membuat persiapan untuk pengkebumian.

Sehingga saat keh menulis entry ini rasa sebak masih begitu kuat menyelubungi perasaan keh, bukan kerana tak reda dengan pemergian mereka berdua, tetapi sebak memikirkan setiap detik yang berlalu, masa untuk keh pergi juga semakin hampir. Sebak juga memikirkan persiapan untuk pergi, yang mampu keh lakukan entah terlalu sedikit, entah diterima atau tidak oleh Allah SWT. Sebak dan gembira juga memikirkan betapa kematian mereka berdua kalau di lihat dari keadaan zahirnya mereka layak mendapat Syahid Kecil

Keh pun berdoa kepada Mu Ya Allah matikanlah keh dalam keadaan Syahid, kalau tidak Besar, Kecil pun memadailah. AMIN...


Thursday 7 January 2010

Adik Misi

Assalamualaikum.

Malam tadi keh pegi klinik swasta untuk jumpa doktor, nok mintak ubat, bukan mintak sebenarnya, tapi beli ubat untuk penyakit keh yang tak berapa kronik nih. pertama kali dalam masa hampir 2 tahun keh pergi ke klinik swasta. Biasanya kalau keh sakit keh pegi sepital aja, jimat duit, bayar seringgit dapatlah sekelomping ( sejabir ) ubat. tapi malam tadi keh bayo 30 ringgit keh dapat dua kampit kecik ubat aja, macam rasa tak cukup aja. Apa buleh buat kat situ aja yang ada jual ubat yang sesuai dengan sakit keh yang tak berapa kronik nih.

Sampai kat kaunter keh bagi tau ke adik misi tuh keh nok berjumpa dengan doktor. Dia terus hulur kertas kecik. " Tulis nama sinih" katanya. Keh tanya dia tak nak kad pengenalan kee, sambil tuh tulislah juga nama keh dalam kertas kecik tuh. " Kalau ada kad pengenalan baklah sinih " katanya. Dia ingat keh pendatang tanpa izin agaknya.

Keh berenti menulis, ambil kad pengenalan dari dalam par, bagi kat dia. Huh...cepat betul adik misi tuh sambar kad pengenalan keh dengan muka yang sedikit masam. Lepas tu dia terus hayun tubuhnya menuju ke almari tempat simpan kad.

" Ramai pulak orang malam nih, menyampah betul, orang nak balik cepat." OOppsss..."kesian ke adik misi tu, tapi nok kerja, tapi lorat ke rumoh pulok" kata keh dalam hati.

Moralnya:-

............

Sekian wassalam.

Tuesday 5 January 2010

24 Jam = Sehari Semalam

Assalamualaikum.

Nak kata bizi, keh ni taklah bizi sangat, nok kata tak bizi, keh selalu membizikan diri. Anyway inilah pembahagian masa keh dalam sehari semalam bagi melengkapkan 24 jam.

1. - 8 jam untuk kerja rasmi - cari rezkilah tuh - termasuk kira pendapatan
harian - kira hutang

2. - 3 jam kerja amal - persatuan, pertubuhan - buang kayu di tengah jalan
- menjawab pertanyaan yang berbentuk pengetahuan am seperti dimana
tandas awam, pukul berapa,jadual bas, kat sini boleh parking tak...kat
mana tempat bayar parking dan banyak lagi.

3. - 41/2 jam tido - termasuk mimpi,

4. - 11/2 jam mandi termasuk perkara yang bersangkutan dengan
mandi seperti gosok gigi, cuci muka dan perkara yang berkaitan.

5. - 1 jam urus diri - termasuk sapu bedak, colek bincu, sikat rambut
- dan perkara yang berkaitan.

6. - 1 jam kuliah subuh - kuliah ishya, ni untuk anak bujang yang
lambat bangun tido nak pergi sekolah dan tido lewat dari 11 malam.

7. - 2 jam mengurus keluarga - masak, basuh membasuh, stereka
menstereka dan perkara yang berkaitan.

8. - 2 jam berblogging -

9. - 1/2 jam menjawab talipon -

10.- 21/2 jam buat persiapan untuk menuju dunia yang kekal...

Fuhh, dalam banyak2 masa yang ada cuma 21/2 jam aja yang dapat keh peruntukkan untuk membuat persiapan menuju ke dunia kekal, ini tak buleh jadi, betapa lah tamaknya keh dengan masa.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

Maksud surah Al-Ashr.

Sekian Wassalam.


Monday 4 January 2010

Tauliah

Assalamualaikum.

Melihat gambar ini apakah yang sedang anda fikirkan??

Sekian Wassalam.

Sunday 3 January 2010

Burger

Assalamualaikum.
Keh masih ingat lagi kali pertama keh makan burger. Masa tuh burger baru diperkenalkan di Malaysia agoknya, sebab keh jarang tengok orang makan burger. Kalau ada sapa-sapa makan burger di khalayak ramai, pakai pulok pisau dengan garpu, memang nampok western sangatlah.

Tak ketinggalan jugalah keh sendiri, kalau makan burger mesti mintok pisau dengan garpu, tak buleh makan dengan tangan, cara potong burger juga mesti nampak western sikit, sambil tuh keh pandang kiri kanan nok menunjukkan kewesternan keh. Kalau kebetulan masa tuh keh sorang aja makan burger, orang lain seme makan nasik dengan gulai masam ikan semilang dan sambal jering, ulam terung manggor cicoh peda, lagilah tingginya hidung keh, rasa macam keh baru balik dari England aja.

Tapi sekarang nih burger dah menjadi roti lambok berinti daging cincang yang buleh dibeli dengan harga seringgit dipekan sari. Malu pulok rasanya keh nok beli, macam budok2 sekolah beli burger seringgit.

Paling keh malunya harga burger lambok pekan sari dah naik 20 sen, sama naik dengan harga gula, berikutan kenaikan harga gula yang juga 20 sen sekilo. pening dah keh memikirnya apa sebenonya kena mengena kenaikan harga gula dengan kenaikan harga burger lambok.

Lu Pikirlah Sendiri.

Sekian Wassalam.