Tuesday, 5 January 2010

24 Jam = Sehari Semalam

Assalamualaikum.

Nak kata bizi, keh ni taklah bizi sangat, nok kata tak bizi, keh selalu membizikan diri. Anyway inilah pembahagian masa keh dalam sehari semalam bagi melengkapkan 24 jam.

1. - 8 jam untuk kerja rasmi - cari rezkilah tuh - termasuk kira pendapatan
harian - kira hutang

2. - 3 jam kerja amal - persatuan, pertubuhan - buang kayu di tengah jalan
- menjawab pertanyaan yang berbentuk pengetahuan am seperti dimana
tandas awam, pukul berapa,jadual bas, kat sini boleh parking tak...kat
mana tempat bayar parking dan banyak lagi.

3. - 41/2 jam tido - termasuk mimpi,

4. - 11/2 jam mandi termasuk perkara yang bersangkutan dengan
mandi seperti gosok gigi, cuci muka dan perkara yang berkaitan.

5. - 1 jam urus diri - termasuk sapu bedak, colek bincu, sikat rambut
- dan perkara yang berkaitan.

6. - 1 jam kuliah subuh - kuliah ishya, ni untuk anak bujang yang
lambat bangun tido nak pergi sekolah dan tido lewat dari 11 malam.

7. - 2 jam mengurus keluarga - masak, basuh membasuh, stereka
menstereka dan perkara yang berkaitan.

8. - 2 jam berblogging -

9. - 1/2 jam menjawab talipon -

10.- 21/2 jam buat persiapan untuk menuju dunia yang kekal...

Fuhh, dalam banyak2 masa yang ada cuma 21/2 jam aja yang dapat keh peruntukkan untuk membuat persiapan menuju ke dunia kekal, ini tak buleh jadi, betapa lah tamaknya keh dengan masa.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"

Maksud surah Al-Ashr.

Sekian Wassalam.


17 comments:

  1. xcukup 24 jam ni kalau nk diikutkan

    ReplyDelete
  2. Berblogging 2 jam sehari..bagus LipisLady..mengaktifkan minda dan jari jemari..

    ReplyDelete
  3. Kawan x berani nok menyusun atur bender gini bimbang kash pening sebab yang tentu 8 jam sari di pejabat nie maka 8 jam tu wajib kawan mengadap PC...lom dipecahkan lagi keje berapa jam dan hal-hal lainnya.

    ReplyDelete
  4. Dua jam berblog.....ialah, sebab x bosan lagi ....harap2 biar terus berblog sampai berbelas tahun.. hehehehe

    ReplyDelete
  5. wah.. kena nuntut ngan aok lah yg no.7 tuh.. camner leh wat suma tuh kurang dr 2jam..
    terer2.. hehe..

    ReplyDelete
  6. bila awak tulis macam tu, rasa macam menyindir kawan pulak, sebab kawan tidur sekurang2nya 8 jam sehari semalam.

    # tambahan kepada finaz ... teruskanlah hasrat awak yang baik tu !

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    * Daun, ada masanya kurang 2 jam, tolak campur hitung panjangnya 2 jam juga.

    * jah, 26 jam dah, hehehe...kena extand ke hari seterusnya 2 jam...

    * Yee en relevan dan menyegarkan mata...

    * Samalah en yassin, 8 jam waktu rasmi tu kerja keh menghadap komputer juga..maru..sampai pedih mata...

    * kadang tu bosan juga, tapi kadang bertemu perkara baik dalam berblog nih cikgu jang....

    * InsyaAllah kak Aida, buat mas sekarang ni tak ada masaalah lagi tentang tido saya...

    * Finaz, mudah aja, diantaranya, basuh baju campak aja dalam mesen, tak sampai 10 minit, masak nasik tak sampai 5 minit, masak lauk pun tak sampai 5 minit..hehehe..nih kena bagi kursus secara intensif, kat sinih tak cukup ruang..

    * En al-lav...ooppsss...tu tido rasmi aja, ada gak tido tak rasmi..hehehe...

    ReplyDelete
  8. Lama betul aok berblog sehari wehhhh..

    ReplyDelete
  9. imam ghazali kabo, cukup le kale kite idop 60 tahun dan tido selama 8 jam sehari sebenonya kita dah amik masa selama 20 tahun dari umur kita untuk tido aje, ace kire balik betui ke dok

    ReplyDelete
  10. Hebat aok, kawan pun tak leh nak susun masa kawan sampai mcm ni sekali.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    * Nok wat goneh weh echam, menda keje keh seharian dok mengadap komputer, bila jemu buat keje keh membloglah...

    * tu sebab keh ambil keputusan tido 41/2 jam saja cemomoi, keh tak nok masa keh banyok sangat terbuang untuk tido..

    * Susoh jugek en Idi, tapi kena jujur pada diri sendiri. InsyaAllah keh akan mencatatkan setiap perkara yang keh lakukan dan masanya.

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah......allah bagi masa dah cukup.pandai2 la kita nak gunakan masa...

    semoga segala urusan kita dipermudahkan olehNya...aminnn

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,

    Yee en mazru, saja membzkan diri..hehehe..tak ada keje cari keje...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, ben, insyaAllah, segala-galanya dalam peliharaanNYA..AMIN..

    ReplyDelete