Wednesday 7 January 2015

Banjir Luar Biasa

Assalamualaikum.

Alhamdulillah bertemu lagi rakan2 blogger dan rakan2 pembaca blog kakmah.

Alhamdulillah bencana banjir sudahpun berlalu, namun kesan dari bencana tersebut masih lagi terasa dan masih lagi menghantui mereka-mereka yang terlibat. terutamanya mereka yang telah kehilangan harta benda dan rumahtangga. Doa kakmah untuk mereka tabah menghadapi musibah ini. Anggaplah ini satu iktibar dan ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua bencana ini. Sekurang-kuranya anda semua akan mendapat rumah baru dalam beberapa bulan lagi, sekurang-kurangnya anda semua telah mendapat bantuan makanan, pakaian dan peralatan yang diperlukan, Alhamdulillah, In Shaa Allah anda semua akan mendapat rumah baru dalam beberapa bulan lagi untuk menggantikan rumah lama yang munkin sudah terlalu buruk dan tidak sesuai didiami lagi. Itu janji pemerintah dan itu adalah diantara hikmahnya.

Banjir kali ini memang luar biasa rasanya. Walaupun semasa banjir kakmah berada di Langkawi, tetapi kakmah sentiasa mendapat maklumat dari rakan2 FB dan mendapat gambar2 terkini tentang banjir, cuma kakmah bersyukurlah rumah kakmah diatas bukit dan ditingkat 2, tidak terlibat langsung dengan banjir. Walau bagaimanapun sekembalinya kakmah, kakmah dapat merasakan kesayuannya apabila melihat kesan2 yang ditinggalkan oleh air banjir. Kakmah dapat membayangkan air yeng sedang melaut, melimpahi sungai tempat kakmah pernah mandi sewaktu kecil dulu, dihadapan rumah kakmah sekarang ini, hanya beberapa kaki sahaja dari tangga rumah kakmah.

Kakmah masih ingat banjir seperti ini pernah melanda pantai timur pada tahun 1971, waktu itu banjir lebih teruk lagi sehingga sekolah kakmah tenggelam sampai ke tingkat dua, tapi tahun ini sekolah kakmah itu cuma ampuh padang sahaja. Tetapi kekuatan banjir kali ini menjadi luar biasa apabila arusnya yang deras boleh mencabut, mengubah dan menghanyutkan rumah2 yang terlibat berbandingkan banjir tahun 1971 yang hanya menengelami rumah dan bangunan tetapi tidak menghanyutkannya. Subhanallah....

Kepada mangsa2 yang kebanyakannya telah pulang kerumah tetapi mendapati rumah telah musnah, dan kepada semua mangsa2 kakmah harap bersabarlah, ini semua adalah dugaan untuk mengangkat darjat anda semua disisi Allah SWT. In Shaa Allah semua kesusahan ini akan dapat diatasi, dalam sedikit waktu lagi, apa yang ada, apa yang tersedia gunakanlah seadanya buat sementara waktu ini. Jangan lupa panjatkan doa kepada Allah SWT semuga semuanya dipermudahkan dan segera diganti.

Wassalam.