Showing posts with label Bila Hatiku Terusik. Show all posts
Showing posts with label Bila Hatiku Terusik. Show all posts

Thursday, 14 May 2015

Ibu Siapakah Ini

Assalamualaikum

Dalam masa dua hari berturut-turut ini Tuhan uji kakmah dengan 
insiden yang kakmah rasa sangat menyayat hati. Sangat simpati 
rasanya melihat kejadian-kejadian seperti ini,

Ibu Siapakah Ini.

Semalam sewaktu kakmah sedang membeli barang keperluan dapur kakmah disapa oleh seorang ibu tua yang kelihatannya sangat penat. Kakmah tanya dia nak kemana,dia bertanyakan stesen bas. Kakmah pun tunjukkan stesen bas yang tak berapa jauh dari tempat kami duduk itu. Selepas itu dia bertanyakan pula dimana kedai makan, kakmah pun tunjuk kedai makan yang berhampiran dengan stesen bas itu juga. Lapar agaknya makcik ni, bisik hati kecil kakmah. Setelah makcik itu berlalu kakmah habiskan masa kakmah duduk bersembang dengan kawan2 kakmah yang juga sedang membeli barang keperluan dapur. Lama juga kami bersembang sambil menunggu tuan kedai memarut kelapa kami.

Selesai membayar barang2 kakmah pun beredar untuk balik kerumah kakmah tidak berapa jauh dari kedai itu. Dalam perjalanan kakmah nampak seorang kenalan kakmah sedang memimpin seorang perempuan tua, kakmah sapa dari jauh, siapa. Dia menggeleng kepala sambil menghantar perempuan itu kekerusi di stesen bas. Setelah itu dia mendapatkan kakmah sambil menggelengkan kepalanya. 

"Sapa tu" Sapa kakmah
" Entahlah " Jawabnya sambil terus becerita bahawa dia nampak makcik tu sedang berjalan mundar mandir diatas landasan keretapi seperti tidak tahu kemana hendak pergi. Dia tanya makcik tu hendak kemana, dia kata hendak balik. Kemana, kata makcik tu ke Benta, tapi tak tau dimana stesen bas. Rupa-rupanya itulah makcik yang bertanya kakmah sewaktu dikedai tadi. Rupanya dia tidak faham petunjuk kakmah semasa dia bertanyakan dimana stesen bas dan kedai makan tadi. Kesian makcik tu, yang lebih sedih lagi makcik tu rupa2nya nyanyuk dan kurang pendengaran. Persoalannya macam mana ibu yang seperti itu boleh terlepas keluar dan boleh pergi kebandar sendirian dengan menaiki bas awam pula. Dimanakah anak-anaknya yang menjaganya. Kakmah hanya mau bersangka baik, munkin ibu ini tinggal sebatang kara, tidak ada anak dan saudara mara dan memang tinggal sendirian. Subhanallah, kesiannya.


Cerita pagi tadi pula, sewaktu kakmah sedang berjalan balik dari menjalani pemereksaan darah di LPPKN Lipis, kakmah seolah-olah ternampak seseorang yang kakmah kenal. Kebiasaannya kalau kakmah nampak seseorang yang kakmah kenal, lebih-lebih lagi kalau mereka itu ahli persatuan yang kakmah kendalikan, Kakmah akan dekati mereka untuk bertanyakan khabar, Untuk bertanyakan berita terkini mereka.

Bila mendekatinya, sah dia orang yang kakmah sangka. Dia seorang ibu tunggal yang sangat naif dengan seorang anak lelakinya yang berumur 13 tahun. Dari jauh kakmah perhatikan dia sedang bercakap dengan seorang perempuan dalam keadaan kesedihan. Kakmah menghampirinya dan apabila menyedari kakmah menghampirinya dia kelihatan sedikit ceria. Belum sempat menjawab salam kakmah, dia terus bercerita bahawa dia telah kehabisan duit untuk belanja, mendapat tahu bantuan kewangan dari JKM telah keluar dan sedia di tuntuk melalui bank pembayar, dia dan anaknya pergi ke bank untuk menuntut bayaran tersebut, tapi malangnya cara pemberian wang bantuan tersebut telah berubah, ia diberi secara berkumpulan, dan untuk kumpulannya wang tersebut hanya boleh di keluarkan minggu depan, begitu menurut ceritanya.

Bila kakmah tanyakan bagaimana dia keluar dari kampungnya yang jauhnya lebih kurang 15 km dari bandar ini, dia kata dia datang menaiki bas dan hanya membawa tambang pergi untuk dua orang, dan tidak ada tambang balik. Dia cuba meminta pada makcik yang dia jumpa tadi tapi makcik tersebut kata dia pun tak ada duit. Kakmah tanyakan, berapakah tambangnya kalau menaiki bas atau menaiki kereta sewa, Rm2 untuk bas dan RM 10 untuk bas katanya.

Kakmah tanya kalau tak dapat duit macam mana awak nak balik, jalan kakilah nampaknya, kata dia. Sebut pasal jalan kaki ni kakmah tak heran sangat sebab kakmah sendiri adalah pejalan kaki tegar sejak lesen memandu kakmah di gantung oleh JPJ lapan bulan yang lalu. Malah berjalan kaki membuatkan kesihatan kakmah semakin baik.

Tapi berjalan kaki di tepi jalan raya yang sunyi sejauh itu kerana tiada duit untuk membayar tambang bas walaupun hanya bernilai RM4 adalah amat memilukan.

Maha suci Allah, Allah telah hantar Kakmah kepadanya dalam keadaan dia kesuntukkan itu. Kakmah buka dompet kakmah, alhamdulillah ada RM12 semuanya baki setelah membuat pelbagai bayaran pada hari semalam. Kakmah keluarkan not RM 10. Pinjam ye kak RM 10, bisiknya perlahan. Kakmah cuma angguk sambil menghulurkan not kepadanya. Halal, tak payah bayar, itu saja kakmah mampu katakan. Rasa nak menitik air mata kakmah.Bagi kakmah bukan nilai RM 10 itu yang menjadi persoalannya tapi harapan seorang ibu tunggal yang sangat naif, buta huruf, dan tidak tahu apa2 yang begitu gigih untuk menyara anak2nya itulah yang sangat menyentuh perasaan kakmah.

Apabila kakmah tanyakan sama ada dia sudah sarapan ke belum, pada mulanya dia jawab perlahan sudah, tapi bila kakmah tanyakan berkali-kali dia kata belum. Bagaimanalah dia menahan kelaparannya sehingga basnya sampai pada pukul 1.30 tengahari nanti sedangkan wakti itu baru sahaja pukul 10.30 pagi. Ada lagi 3 jam untuk dia menahan lapar, munkin satu jam perjalanan bas dan berjalan kaki kerumahnya. Nak kakmah suruh dia gunakan duit yang kakmah bagi itu takut dia terlebih pakai langsung habis, tidak meninggal untuk tambang bas.

Dipendekkan cerita kakmah teringat sebelum keluar tadi kakmah ada masak nasi goreng, belum makan lagi, apa salahnya berikan kepadanya dan anaknya. Kakmah balik kerumah yang sangat hampir dengan tempat kami bertemu itu, buatkan sedikit minuman dan berikan kepadanya. Alhamdulillah barulah lega hati kakmah dapat menjalankan tenggungjawab sebagai ahli masyarakat.

Maaf kawan-kawan, kakmah ceritakan ini bukan niat nak menunjuk-nunjuk, apalagi untuk berperasaan riak. Kakmah hanya ingin berkongsi fenomena masyarakat kampung seperti kakmah dan watak2 dalam cerita kakmah ini, dan ingin melahirkan rasa sedikit tidak puas hati dengan sistem pentadbiran jabatan kerjaan khususnya JKM ini yang semakin menyusahkan rakyat termiskin ini dan sistem kekeluargaan yang semakin longgar seperti dalam cerita kakmah yang pertama. Wallahhualam bissawab.

Semuga Jumpa lagi,
Wassalam.

Wednesday, 7 January 2015

Banjir Luar Biasa

Assalamualaikum.

Alhamdulillah bertemu lagi rakan2 blogger dan rakan2 pembaca blog kakmah.

Alhamdulillah bencana banjir sudahpun berlalu, namun kesan dari bencana tersebut masih lagi terasa dan masih lagi menghantui mereka-mereka yang terlibat. terutamanya mereka yang telah kehilangan harta benda dan rumahtangga. Doa kakmah untuk mereka tabah menghadapi musibah ini. Anggaplah ini satu iktibar dan ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua bencana ini. Sekurang-kuranya anda semua akan mendapat rumah baru dalam beberapa bulan lagi, sekurang-kurangnya anda semua telah mendapat bantuan makanan, pakaian dan peralatan yang diperlukan, Alhamdulillah, In Shaa Allah anda semua akan mendapat rumah baru dalam beberapa bulan lagi untuk menggantikan rumah lama yang munkin sudah terlalu buruk dan tidak sesuai didiami lagi. Itu janji pemerintah dan itu adalah diantara hikmahnya.

Banjir kali ini memang luar biasa rasanya. Walaupun semasa banjir kakmah berada di Langkawi, tetapi kakmah sentiasa mendapat maklumat dari rakan2 FB dan mendapat gambar2 terkini tentang banjir, cuma kakmah bersyukurlah rumah kakmah diatas bukit dan ditingkat 2, tidak terlibat langsung dengan banjir. Walau bagaimanapun sekembalinya kakmah, kakmah dapat merasakan kesayuannya apabila melihat kesan2 yang ditinggalkan oleh air banjir. Kakmah dapat membayangkan air yeng sedang melaut, melimpahi sungai tempat kakmah pernah mandi sewaktu kecil dulu, dihadapan rumah kakmah sekarang ini, hanya beberapa kaki sahaja dari tangga rumah kakmah.

Kakmah masih ingat banjir seperti ini pernah melanda pantai timur pada tahun 1971, waktu itu banjir lebih teruk lagi sehingga sekolah kakmah tenggelam sampai ke tingkat dua, tapi tahun ini sekolah kakmah itu cuma ampuh padang sahaja. Tetapi kekuatan banjir kali ini menjadi luar biasa apabila arusnya yang deras boleh mencabut, mengubah dan menghanyutkan rumah2 yang terlibat berbandingkan banjir tahun 1971 yang hanya menengelami rumah dan bangunan tetapi tidak menghanyutkannya. Subhanallah....

Kepada mangsa2 yang kebanyakannya telah pulang kerumah tetapi mendapati rumah telah musnah, dan kepada semua mangsa2 kakmah harap bersabarlah, ini semua adalah dugaan untuk mengangkat darjat anda semua disisi Allah SWT. In Shaa Allah semua kesusahan ini akan dapat diatasi, dalam sedikit waktu lagi, apa yang ada, apa yang tersedia gunakanlah seadanya buat sementara waktu ini. Jangan lupa panjatkan doa kepada Allah SWT semuga semuanya dipermudahkan dan segera diganti.

Wassalam.

Wednesday, 26 March 2014

MH 370 Menjunam Ke Lautan Hindi

Assalamualaikum,

Dengan pengumuman YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pukul 10.00 malam semalam, berakhirlah penantian dan harapan yang amat menyiksakan selama 18 hari yang lalu. Kini seluruh dunia telah mengetahui MH370, pesawat penerbangan Malaysia yang dilapurkan hilang itu sebenarnya telah menjunam ke Selatan Lautan Hindi. Tanpa landasan, tiada daratan pesawat tersebut dipercayai, disahkan telah berakhir didasar Lautan Hindi. Dikhabarkan juga harapan untuk menemukan kesemua penumpang dan anak kapal dalam keadaan selamat adalah tipis sekali malah hampir tiada langsung.

Terkejut, sedih, pilu, kecewa, begitulah agaknya perasaan ahli keluarga penumpang dan anak2 kapal pesawat tersebut. Tidak terkecuali juga perasaan tidak puas hati, mengapalah ahli keluarga mereka yang terpaksa menerima nasib malang itu.

Kalau ditanya kakmah sendiri, kakmah masih belum boleh menerima kenyataan itu, bagaikan ianya satu kenyataan yang tidak berasas sama sekali. Mengapa tidak ada sebarang bukti yang boleh ditatap untuk menandakan itulah sebenarnya yang terjadi, mengapa tidak ada satu gambar pun yang di muat naik oleh mana-mana pihak untuk membuktikan bahawa itulah cebisan dari pesawat yang hilang itu.

Walau apapun perasaan kita, itulah hakikatnya apa yang terjadi. Tragedi ini telah disahkan oleh pakar-pakar didalam bidang masing-masing yang berkaitan dengan tragedi itu. 

Benarlah agaknya penampakan-penampakan yang disaksikan beberapa saksi seperti yang diceritakan diblog-blog peribadi, laman-laman sosial yang kakmah pernah baca, yang mana dilapurkan ada individu-individu tertentu yang dapat menyaksikan peristiwa dan insiden yang terjadi kepada pesawat tersebut. Seolah-olahnya Allah ingin orang-orang tertentu ini menyaksikan apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat tersebut.

Dilaut Cina Selatan misalnya, seorang pekerja pelantar minyak menyaksikan sebuah kapalterbang sedang terbang menjunam dengan ekornya terbakar. Juga seorang nelayan yang menyaksikan kapalterbang yang sedang terbang rendah, lebih rendah dari kebiasaannya. Juga penyaksian seorang Wanita dari Johor yang baru pulang dari umrah dengan menaiki pesawat Arab Saudi. Dia dikhabarkan telah melihat sebuah kapal terbang sedang berada diatas lautan, dalam keadaan senget dan berangsur-angsur tenggelam dilaut andaman.

Begitu juga penyaksian sepasang suami isteri dari Indonesia, yang menyaksikan kapalterbang tersebut berada didasar Laut Cina Selatan yang mana kesemua penumpag dan anak kapal telah meninggal dunia dan masih tegak duduk dikerusi. Juga penyaksian seorang penduduk kepulauan yang menyaksikan sebuah kapalterbang yang terbang rendah dan mendengar bunyi bising suara orang didalam pesawat tersebut.

Walaupun cerita ini nampak seperti lucu dan tidak logik, tetapi itulah kuasa Allah SWT, apabila dia berkehendakan seseorang itu menyaksikan kebesarannya, dia tidak memilih darjat, pangkat atau kedudukan seseorang itu. Sesiapa pun boleh menyaksikannya, dengan izin NYA.

Kini, dengan perkhabaran yang telah disahkan itu, putuslah segala harapan untuk menyaksikan ada diantara penumpang atau anak kapal ataupun kesemua akan ditemui dalam keadaan selamat. Kini seolah-olah tumpuan hanyalah untuk mencari bangkai pesawat dan kotak hitam yang akan menjadi saksi terhadap apa sebenarnya yang telah berlaku sebelum pesawat menjunam kedasar lautan.

Lalu tidak adakah yang berharap sesuatu keajaiban akan terjadi, sepertimana didalam filem yang pernah kita saksikan, dimana ada penumpang yang terselamat lalu menemui daratan yang tidak berpenghuni, lalu mereka meneruskan hidup disitu sementara menunggu pihak penyelamat datang untuk menyelamatkan mereka. Namun mampukah mereka meneruskan hidup dilautan atau di daratan dalam jangka waktu yang terlalu panjang ini. Sudah dua puluh hari berlalu sejak hari pertama. Walaupun itu nampak seperti mustahil, namun sebenarnya ia bukanlah mustahil dan tidah boleh diabaikan.

Selesai sudah penantian fasa pertama, kini masuk pula kepada penantian fasa kedua, setidak-tidaknya penantian untuk menemukan bangkai pesawat tersebut dan kesemua jasad-jasad penumpang dan anak kapal jika ianya telah diyakini semuanya telah meninggal dunia disamping penantian untuk menemukan kotak hikmat itu, iaitu kotak hitam.

Dengan pengkuan-pengakuan yang kita sendiri dengar dari semasa kesemasa bahawa pencarian ini amat sukar sekali berikutan keadaan laut yang amat luas dan amat ganas, ombak dan taufan yang sentiasa bergelora serta kedalaman dasar laut yang melebihi 7,000 meter. Lalu kita cuma ada satu harapan dan sandaran sahaja untuk memunkinkan pencarian berhasil dengan segera dan penantian ini membuahkan hasil yang baik sepertimana yang kita harapkan. Dia itulah kuasa yang jitu, kuasa yang tiada tandingannya. Kuasa yang apabila Ia berkata KUN FAYA KUN. Dia itulah ALLAH SUBHANAHUWATAALA.

Sekian dan jumpa lagi
Wassalam.

Tuesday, 11 March 2014

Doa Untuk Kapalterbang MH 370 Beserta Penumpang Dan Anak Kapalnya.

Assalamualaikum, dan salam sejahtera buat semua yang membaca entry ini.

Semua rakyat tahu hari ini adalah hari ke 4 misi mencari kapalterbang milik Penerbangan Malaysia MAS, MH 370 yang dikesan hilang dari radar pada pukul 2.40 pagi Sabtu lalu. Segala usaha telah dikerahkan untuk mengesan pesawat tersebut, namun masih tidak ditemukan satu petunjuk pun yang boleh membawa kepada penemuan pesawat tersebut.

Bukan saja kaum keluarga penumpang dan anak kapal pesawat tersebut, malah seluruh rakyat Malaysia sedang bersedih hati, sedang tertanya-tanya kemanakah perginya pesawat tersebut, apakah sebenarnya terjadi kepada pesawat itu serta penumpang dan kesemua anak kapalnya. Mengapa tidak ada langsung sebarang petunjuk yang membolehkan sebarang tindakan dilakukan yang munkin boleh membawa kepada penemuan pesawat tersebut.

Sebagai rakyat biasa, walaupun hati melonjak kesedihan, namun apalah yang termampu kita lakukan selain dari terus terusan memanjatkan doa kepada Allah SWT, agar diberikan sedikit petunjuk kepada pasukan penyelamat supaya dipermudahkan pencarian kita.

Sebagai kaum keluarga dan waris mangsa, inilah saatnya Allah betul2 menguji kesabaran dan ketabahan kita, munkin ada hikmah disebalik ujiannya ini. Kesabaran, kewarasan dalam apa juga tindakan adalah sangat-sangat dituntut disaat-saat anda berada dalam keadaan ini. Semuga semuanya berada didalam keadaan tenang dan terkawal.

Sebagai manusia biasa, marilah kita perbanyakkan doa untuk kesejahteraan mereka yang terlibat terutama kepada mangsa-mangsa. Mohon Allah pelihara mereka, beri mereka kekuatan tenaga dan akal untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan yang sedang mereka hadapi, mohon Allah segera kembalikan mereka kepangkuan keluarga mereka, itu pun sekiranya mereka masih bernafas, jika sebaliknya, mohonAllah segerakan juga pertemuan dengan mereka supaya dapat disempurnakan tempat mereka bersemadi untuk kali terakhir. Amin Amin ya Allah.

Sekian,
Wassalam


Tuesday, 31 December 2013

Diambang Tahun Baru

Assalamualaikum,
Alhamdulillah,
Akhirnya sampai juga kakmah  penghujung tahun 2013, 
Beberapa minit saja kita akan akan meninggalkan tahun 2013 ini untuk melangkah ke tahun baru, tahun 2014.
Harapan kakmah semuga tahun baru ini akan lebih baik dari tahun ini dari semua sudut dan segi.

Banyak yang telah kakmah lalui sepanjang tahun 2013 ini yang pahit maupun yang manis, yang pahit kakmah dah lupakan, yang manis tetap akan menjadi kenangan sebagai bekal untuk kakmah terus mengharungi hidup ini.

Semuga dengan pertambahan usia ini, akan bertambah matanglah diri ini, dan yang pentingnya akan bertambah juga ketakwaan dihati.
Kepada anak2, menantu2 , cucu2 dan tak lupa juga sahabat2, rakan blogger kakmah dan pengunjung2 blog kakmah, marilah kita sama2 mempertingkatkan jati diri kita, semuga tahun baru 2014 ini merupakan tahun yang cemerlang buat kita semua.

Akhir kata Selamat Menyambut Tahun Baru 2014

Jumpa lagi

Wassalam.

Tuesday, 13 August 2013

Sunyilah Pulak

Assalamualaikum

Raya dah berlalu, suasana yang riuh rendah
beberapa hari yang lalu kini dah menjadi sunyi
sepi. Anak-anak cucu dah pulang kebandar,
kini tinggallah nenek keseorangan.

Alamak sunyilah pulak rasanya
tinggal sendirian begini. Anak2 cucu
semua dah balik semalam
hari ini mereka semua dah mula
bekerja. Niat hati dari pagi tadi
bila dah tinggal seorang begini bolehlah
buat kerja dirumah, mengemas, mencuci
membasuh, tapi sampai sekarang satu
apa pun tak jadi lagi.

Cuma yang ada hanyalah rasa kesunyian
yang teramat sangat, setelah ditinggalkan
mereka....

Tak taulah berapa hari keadaan ini akan
berterusan, harap-harapnya hari esok
semangat ini akan datang kembali
untuk membolahkan kakmah ni bekerja
macam biasa.

Walau macam mana pun tengahari tadi
dah lepas kehospital dah untuk membaharui
appointment yang tertunggak semasa bulan
aritu. Harap-harapnya kali ini tak
tertunggak lagi.

Jumpa lagi
Wassalam.


Sunday, 18 November 2012

Angah Tertelan Sepit Rambut. panjang,

Assalamualaikum,

Semalam Kakmah terkejut sungguh bila anak kakmah bagi tau
kami kena ke hospital dulu, sedangkan kami sebenarnya sedang
bersiap2 untuk ke rumah orang kawin. Apa lagi, makan kendurilah.

" Angah tertelan sepit rambut, sekarang ada kat hospital."
Kata anak kakmah, terasa sebak dada kakmah 
mendengarkan ungkapan itu.

Mengapa jadi macam itu? kakmah mula bayangkan 
keadaan Angah, cucu sulung kakmah yang baru berusia 
7 tahun itu menghadapi keadaan yang sangat mencemaskan.
Kakmah juga bayangkan ketika kakmah sendiri tersangkut tulang ikan bilis 
yang tak sampai pun sebesar rambut dan kurang dari 1 sentimeter panjang kat 
kerongkong kakmah, terasa sangat peritnya, cemasnya, dan tak henti2 
kakmah cuba mengeluarkannya dengan berbagai cara sehingga 
hilang rasa tulang tu kat kerongkong kakmah.

Yang ini bukan lagi tulang ikan bilis,
tapi sepit rambut yang berlekuk-lekuk sepanjang hampir
5 sentimeter, Subhanallah, tak dapat kakmah bayangkan
macam mana cemasnya cucu kakmah yang sekecil itu menghadapinya.

Sampai kat  hospital kakmah terus sergah menantu kakmah,
" Mengapa awak bagi anak makan sepit rambut? Tak ada nasi ke?"
Hehe, kesian kaklong, menantu kakmah, sedih je mukanya.
" Takpelah, sabar, doakan sepaya cepat selesai masaalah ni"
Pujuk kakmah sambil peluk dan cium memantu kakmah.

Selepas tu kami 4/5 orang terus je masuk ke bilik kecemasan.
Tempat angah terbaring lesu, pucat je kakmah tengok muka dan badannya.
Kakmah ingatkan dia pingsan, rupanya tidur je, Alhamdulillah, Ya Allah.

Tabahnya hati angah, terus je bercerita dengan kakmah 
macammana dia korek tekaknya sampai muntah
dalam percubaannya untuk mengeluarkan sepit yang tersangkut
dikerongkongnya, sebelum seorang jururawat yang tinggal sebelah
rumah menasihatkan supaya dibawa kehospital dengan segera.
Kakmah lihat meleleh airmatanya sambil bercerita.

Masa tu pihak hospital sedang bersiap-siap nak bawa Angah 
ke hospital Temerloh kerana doktor kurang berkeyakinan nak 
mengeluarkannya di hospital Lipis, kerana kurang peralatan.
Kakmah tunggu sampai Angah dan Ibu bertolak.

Berita terkini malam semalam Ayah dah sampai dari KL,
percubaan untuk mengeluarkan sepit tu dah dibuat tapi gagal.
sepit tu dah turun kebawah sikit.
Dan sedang menunggu giliran untuk buat cara lain.
Hari ni belum ada maklumat lagi dari Ibu dan 
Ayah yang ada di hospital Temerloh tu.
Kakmah doakan Angah selamat menjalani
proses mengeluarkan bendaasing dalam kerongkongnya,
Kawan2, tolong doakan cucu kakmah yee..

Semuga Jumpa Lagi.
Wassalam

Saturday, 29 September 2012

Kesian Dia.

Assalamualaikum,


Dia ni kakmah jumpa semalam bertenggek diatas pokok misai kucing,
depan rumah anak kakmah, selang sebuah rumah aja dari rumah kakmah.
Kakmah rasa dia ni tersesat macam anak ular itu hari atau terjatuh dari
sarangnya. Kecil lagi dia nie, bulu pun belum tumbuh penuh.


Masa kakmah sentuh dia, dia diam aja, tak bergerak, kakmah rasa
dia nie sakit. Kakmah tak maulah ganggu sangat dia. Tapi kakmah 
sempat juga ambil gambar dia. Masa kakmah ambil gambar pun
dia diam aja. Tengok tu sayu je nampak muka dia. Kakmah tak 
berdaya nak tolong dia. Kalau dia boleh nganga mulut pun boleh juga 
kakmah suapkan ulas2 nasi kedalam mulut dia. Tapi dia tetap diam
dan membisu seribu bahasa. Akhirnya kakmah tinggalkan aja dia
dengan hati yang sedikit kesal, sebab tak tau apa nak dilakukan
untuk membantu dia. 


Pagi tadi semasa lalu dekat situ, kakmah tengok dia dah tak ada, cuma
tinggal beberapa helai bulu sahaja, menandakan dia dah tak ada.
Kakmah rasa dia dah menjadi habuan kucing yang selalu lalu lalang
kat situ. Kesal plak rasa hati kakmah kerana tak selamatkan dia,
atau sekurang-kurangnya bawa dia masuk kerumah, bagi dia
perlindungan.
Kejamkah kakmah???

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Tuesday, 11 September 2012

Kisah Abil dan Gee

Assalamualaikum,

Selamat Pagi Selasa kakmah ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger, pengunjung setia dan tak setia. Dah sarapan pagi ke semua? kakmah belum sarapan lagi. Kejap lagi kut. Kepada yang tengah bersarapan tu, (ada yang makan nasik lemak, roti canai, nasi dagang, mee goreng, nasi kerabu, subhanallah sedapnya, terliur plak kakmah rasanya), jangan lupa kepada orang mereka yang kurang bernasib baik, yang tidak mampu untuk bersarapan kerana tidak mampu untuk membeli sarapan, tidak mampu untuk makan kerana sedang terlantar sakit, ataupun sedang berpuasa kerana sebentar lagi akan menjalani pembedahan. Kepada mereka meraka ini marilah kita berdoa semuga Allah mempermudahkan rezki mereka, menyembuhkan mereka dari sakit supaya dapat semula menikmati rezki Allah yang lazat lagi nikmat ini.


Sebenarnya entry ini terilham setelah beberapa kali kakmah membaca blog dari blogger yang gambarnya tertera diatas ini. Biasanya kalau kakmah jalan-jalan kat blog kakcik seroja kakmah tak kan lupa untuk klik ke link blog dia untuk mengikuti perkembangan perjalanan hidup mereka berdua. Abil Fikri dan Gee. Bagi kakmah mereka adalah lambang cinta sejati seorang suami terhadap isterinya. Setiap kali kakmah membaca catatan Abil, kakmah rasa sangat terharu dengan keikhlasannya merawat dan menjaga isterinya. Lebih-lebih terharu lagi dengan keyakinannya terhadap janji dan rahmat Allah.


Dikesempatan ini, kakmah juga mendoakan semuga Gee akan sembuh sepenuhnya sebagaimana impian suaminya Abil, dan kepada kawan2 semua mari kita sama2 mendoakan Gee cepat sembuh, dan Abil sentiasa sihat supaya dapat merawat Gee sesempurna munkin. Kepada Abil, kakmah harap terus bersabar, teruskan berusaha kerana satu hari nanti pasti Gee akan sembuh sepenuhnya dan kembali menjalani kehidupan ini seperti sediakala.


Kasih sayang suami memang tiada batasannya. Seperti Abil yang sanggup berhenti kerja kerana ingin merawat sendiri isterinya. Tapi tidak semua suami yang sanggup berbuat seperti ini melainkan mereka adalah orang2 yang dipilih oleh Allah. Abil adalah seorang diantaranya. Sekali lagi kakmah doakan semuga Allah memberkati usahanya. Semuga Gee sembuh seperti sediakala. Semuga mereka berkesempatan untuk menikmati kehidupan berumahtangga seperti sebelum Gee terlantar sakit. Amin Ya Allah.

Semuga jumpa lagi
Wasalam.


Saturday, 30 June 2012

Maafkan Kakmah

Assalamualaikum,

Maafkan Kakmah,
Sebab lama tak masuk blog kawan2
walaupun kawan2 ada tinggal komen
kat blog kakmah nie,
pun kakmah tak jawab,

semuanya gara2 kakmah kurang sihat,
betul2 kakmah rasa sakitnya,
menyucuk dan berdenyut 
dekat ulu hati dan belakang kakmah.
hingga kadang2 kakmah tak boleh tidur,

Tapi kakmah masih aktif,
memindah dan mengangkut barang,
walaupun kadang2 kakmah rasa
amat sakit dan tak berdaya,
kadang2 pula kakmah hanya mampu 
berbaring sambil menahan sakit
akibat sakit dan kesibukan ini
mood untuk berblog pun jadi
berkurangan. Tapi rindu pada blog 
kawan2 masih menebal,
rindu nak komen,
rindu nak baca entry baru kawan2

Doakan kakmah cepat sembuh yee..
Semuga jumpa lagi
Wassalam.


Tuesday, 5 June 2012

Hijrah Kakmah

Assalamualaikum,

Bohonglah kalau kakmah katakan bahawa
hati kakmah tak rasa sedih, tak rasa sayu langung nak meninggalkan
kerjaya yang telah kakmah lakukan selama hampir 
10 tahun yang lalu. Walaupun kakmah sentiasa nampak ceria,
tapi dalam hati kakmah ni terusik juga.

Tapi tak perlah kan, bila keadaan dah tak mengizinkan,
kakmah tak boleh nak buat apa lagilah. bak kata pepatah, bila kita
dah sesat dihujung jalan, kembalilah kepangkal jalan.
tapi kakmah taklah sampai sesat dihujung jalan, cuma ada
beberapa faktor penting yang membuatkan kakmah ingin berhijrah dari
kerjaya yang ada sekarang kepada kerjaya yang lebih
menyenangkan, mudah dan mendatangkan hasil yang tidak terhad.

Sebab itulah sejak beberapa minggu kebelakangan ni 
kakmah sentiasa je sibuk, mana nak berkemas barang 
yang nak di bawa berhijrah, mana yang nak dibuang, mana yang
nak di jual sebagai barang bundle, hehe.. yang selebihnya
kakmah berkira-kira nak bawak balik kerumah aja.
Bukan apa, kakmah sebenarnya nak melakukan kerjaya ni dari
rumah sahaja, malas dah kakmah nak berulang alik
dari rumah kekedai.

Munkin disebabkan faktor usia dan faktor kesihatan, 
membuatkan kakmah rasa seronok sangat ketika berada dirumah.
Dapat melakukan segala kerja yang kakmah minat,
mengait dan menjahitlah, apa lagi..

Oleh kerana itu kakmah memutuskan nak berhijrah dari
menjadi cikgu komputer kepada menjadi stokis satu
jenama barangan. Nanti kakmah ceritakan 
dientry akan datang bila kakmah dah dapat upload gambarnya.
Yang pentingnya semuanya itu kakmah akan
lakukan dari rumah sahaja. Lebih selesa.
InsyaAllah.

Oklah, nanti kita jumpa lagi dientry akan datang.
Kakmah nak undur diri dulu.
Semuga jumpa lagi,

Wassalam.

Wednesday, 23 May 2012

Masih Ada Yang Sayang

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah, walaupun internet lambat dan problem,
akhirnya dapat juga kakmah upload gambar ini yang
sepatutnya semalam dah kakmah keluarkan entry ini.


Semua orang kenal gambar ni kan, bukan nak menunjuk, sekadar 
melahirkan rasa syukur dalam keadaan ekonomi kakmah yang
sedang gawat ni, masih ada orang yang sudi membantu menyumbangkan
alat penting untuk kakmah buat bahulu ni. Mixer lama kakamah dah
terbakar, nak beli sendiri dalam keadaan sekarang ni tak mampu
lah kakmah.


Sebenarnya muxer ni sumbangan Ahli Parlimen Lipis, YB.
Dato' Dr. Mohd. Shahrom  Osman,  kakmah mohon peruntukan
SOS, "Saya Orang Susah". Alhamdulillah berjaya. Bukan itu je,
kakmah mohon juga plastik sealer ni supaya mudah kakmah
nak packing bahulu kakmah dalam plastik kecil2 untuk
dihantar kekedai-kedai.


Terima kasih YB kerana perihatin dengan nasib orang
yang berpendapatan tak tetap macam kakmah nie,
sekurang-kurangnya ringan juga beban kakmah ni.
Dihari yang sama juga rupanya YB sedang memberi sumbangan
sebuah kerusi roda untuk anak kakak yang didalam gambar ni.
Anak kakak ni terlibat dalam kemalangan jalanraya
10 hari yang lepas. Betapa cepatnya peruntukan
yang dikeluarkan demi membantu rakyat yang memerlukan.
Terima Kasih YB.

Semuga Jumpa Lagi,

Wassalam.

Tuesday, 27 March 2012

Beralin Telur.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah,
Malam tadi kawan Kakmah dah bawak Kakmah pergi
berubat secara kampung. Beralin telur je.
Proses tak lama, cuma makan masa dalam 20 minit.
Mula semalam tu Kakmah berat juga nak pergi.
banyak sangat halangan. tapi menjelang petang
semua halangan dapat diatasi.
Kami pergi lepas Maghrib semalam.

Bangun pagi tadi Kakmah rasa badan Kakmah sakit2
Orang kata remuk redam, begitulah rasanya.
Tapi kembung perut Kakmah berkurangan walaupun
Kakmah dah berhenti makan ubat.

Tengahari biasanya adalah masa yang paling lemah
bagi Kakmah, tepi tengahari ni Kakmah rasa bertenaga
bersemangat dan tak mengantuk macam biasa.
Sehingga entry ini ditulis Kakmah
taklah rasa lemah dan mengantuk lagi.

Insya Allah Kakmah harap apa yang Kakmah 
usahakan ini berjaya menyembuhkan Kakmah
tanpa perlu menjalani pembedahan.
Ok, kepada yang baca entry ini jangan lupa
doakan untuk Kakmah yee...

Jumpa lagi,
Wassalam.

Tuesday, 20 March 2012

Nak Buang Ke Tak

Assalamualaikum,

Apa khabar rakan2 blogger, semuga semuanya ceria2 aja.
Cuma saya aja yang kurang ceria sikit.
Banyak yang perlu difikirkan. kejap lagi saya ceritakan.
Sebelum tu,
Mulai hari ni saya akan bahasakan diri saya Kakmah.
Ramai pun yang panggil saya kakmah, sengaja saya yang suka 
membahasakan diri saya dengan perkataan saya.
Dah terbiasa bersaya-saya jadi terikut-ikut
diblog juga.

Ok ye, semalam kakmah gi hospital,
untuk kesekian kalinya dalam masa 5 tahun, jumpa pakar,
mulai tahun lepas kakmah cuma perlu jumpa pakar 
setahun sekali aja, sebab sakit yang kakmah deritai dah pulih,
tapi bukan sepenuhnya. Masih perlu follow up setiap tahun.
tapi semalam lain plak ceritanya, Ketumbuhan yang dulu
dah mengecil, membesar semula, ukurannya 5x5 cm.
Besar tu kata doktor. 

Memandangkan faktor umur doktor nasihatkan kakmah buat pembedahan
untuk membuang ketumbuhan itu. Ishh..risau juga hati kakmah ni,
macam manalah yek nak menjalani pembedahan tu.
Walaupun kakmah rasa dah bersedia, tapi perasaan takut tetap menghantui
fikiran kakmah. Cammana pun reda ajalah, asalkan kakmah selamat.
Semuga rakan2 blogger sudi mendoakan keselamatan dan
kesihatan kakmah dalam masa tempoh penantian ini,
semuga sesuatu yang ajaib berlaku dan kakmah tak perlu menjalani
pembedahan itu.

Ada juga yang syorkan supaya kakmah menjalani perubatan alternatif
dan secara tradisional, inilah yang sedang kakmah fikirkan,
nak ke atau tak nak menjalani perubatan alternatif,
masa yang diberikan cuma beberapa bulan saja, itu pun masa untuk
memantau kesihatan kakmah aja, terutama darah tinggi kakmah
ni perlu diturunkan ketahap normal dulu.

Ahh...pening juga memikirkannya.

K lah, undur diri dulu.
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Tuesday, 21 February 2012

Beginilah Nasib Ku.

Assalamualaikum,

11.30 malam,
hampir tengah malam,
tetiba perut menyanyi lagu keroncong,
telefon En Din,
mee ke nasi ke ada lagi ?,
mee abis, meehoon, nasi ada..
nak makan apa yek.
ish datanglah sini dulu
baru order.


11.45 malam
suasana sepi,
seorang diri,
makan nasi goreng,
rasa nak menitis air mata..
Cik Ina plak bantai ambil gambar..

jumpa lagi
Wassalam.