Saturday, 12 November 2011

Kek Kismis Mudah

Assalamualaikum,

Semuga pembaca2 blog lipislady ini ceria dan sejahtera
pada hari ini dan hari2 seterusnya.

Bangun pagi tadi saya rasa perut kosong yang
teramat sangat. Tau sajalah kalau dah perut kosong tu
macam2lah yang berkarang dihati. Nak makan apa?
Walaupun hari ni pekan sari, tapi saya rasa tak
berapa terliur nak makan kuih2 dari pekan sari.

Dua tiga kali keluar masuk dapur, tak tau apa nak buat
untuk sarapan. Belek2 juga buku masakan zaman2 dulu,
tapi satu pun tak ada yang berkenan dihati.

Masa nak buat jus oren ternampaklah plastik yang
berisi kismis yang saya beli dari pasar malam,
malam tadi. Terus saja saya teringat nak buat
kek, kek kismis yang dah lama saya tak buat.
Tanpa berlengah terus saya siap-siapkan
bahan-bahannya. Tak sabar rasanya nak makan
kek kismis yang resipinya saya dapat dari
arwah mak mertua saya dari Sarawak.
Saya cadang nak buat kek ni masa raya puasa dulu.
tapi dek seb menjahit dan buat bahulu,
sampai ke raya haji pun hasrat nak buat kek ni
masih tak tercapai.

Alhamdulillah, hari ni dah tercapailah hasrat saya
nak buat dan makan kek ini, tapi sayang tak
dapat makan dengan anak dan cucu yang
memang suka kan kek.

Pada saya memang sedap kek ni, lembut dan
tidak berapa manis, yang penting nya murah sebab
saya guna majerin pelangi saja.

Saya nak bagi resipilah mana tau ada kawan2 yang
nak cuba bolehlah cuba.

Kek Kismis.

1. 250 gm majerin pelangi
2. 5 biji telor A
3. satu cawan gula perang
4. 1 3/4 cawan tepung gandum.
5. 1 1/2 cawan kismis hitam.
6. 3/4 cam. teh b/powder
7. 3/4 cam. teh soda bicarbonate
8. 1 camca makan parutan kulit oren.

Cara-caranya.

1. Cincang kismis hingga halus dan gaul dengan 2 sudu tepung gandum.

2. Ayak tepung dengan b/ powder dan soda bicorbonate

3. Pukul Gula perang dengan majerin hingga kembang.

4. Masukkan telur satu persatu hingga habis.

5. Masukkan tepung, kismis dan perutan kulit oren.

6. Kuap balik perlahan hingga rata.

7. Masukkan kedalam loyang yang berukuran 22 cm yang telah disapu
majerin, dan bakar dalam oven 180 c selama 40 hingga 45 minit.


Sekian,
Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

14 comments:

  1. hujan2 ni sedap makan kek panas2...

    ReplyDelete
  2. assalam LL..terima kasih setakan resepi..
    dirumah ni kisis je tak de..kalau tak dah tentu membakar kek dah ni..

    ReplyDelete
  3. Sallam Cikgu Hani,

    Saya pun makan panas2, habis gak 2/3 potong..hehe..

    ReplyDelete
  4. Sallam Acik Erna,

    Sama2, Musim hujan perut lapar sesaja yee Acik..

    ReplyDelete
  5. Sallam Puteri Rimba,

    Senang aja, saya mana pandai buat kuih susah2, bercampur malas pun ada...

    ReplyDelete
  6. kak ... saya ambil resepinya, simpan dulu nanti nak buat juga

    ReplyDelete
  7. Wahhh Kek Kismis. Nampak pun tau memang lembut dan gebu tuuu...

    Terimakasih berkongsi resipi. Nanti bila2 mana tahu, saya memerlukannya. Terimakasih kak!

    ReplyDelete
  8. Sallam ibuintan,

    Silakan, boleh cuba bila2..

    ReplyDelete
  9. Sallam Azie,

    Makan panas2 sedapnya, lembut..

    Sama2, nanti boleh cuba yee..

    ReplyDelete
  10. Salam, nak makan apa-apa pun, teringat pada anak cucu kan...

    ReplyDelete
  11. mudoh hek kala memang Allah bagi baket tu pada urangnya, ase pegang tepung je jadi kek, ase pegang pisang je jadi pengat..

    ReplyDelete
  12. kek kismis mesti letak kismis ke ? saya tanya sebab cucur badak, tak ada pun badaknya.

    sebenarnya tak tahu apa nak komen. hehe

    ReplyDelete