Tuesday 29 December 2009

Azam Tahun Baru


Assalamualaikum.

Dua hari aja lagi, bermulalah tahun baru Masihi 2010. Keh awal-awal lagi dah menyiapkan senarai azam tahun baru Masihi nih, tapi azam tahun Masihi ni lainlah sikit dari azam tahun Hijrah. Inilah senarai azam keh untuk tahun 2010 ini yang sedaya upaya keh akan laksanakan kesemuanya.

1. Nak tukar selipa Jepun keh yang kalau nak dikatakan dah buruk tu taklah buruk sangat, masih in good condition lagi. Tapi taun nih keh tak nak lagi pakai selipa jepun, keh nak pakai sandal plak.Barulah ada kemajuan sikit. Hehehe..hahaha..kah kah kah..mengapa plak ada yang ketawa bila keh kata nok tukar selipar jepun kepada sandal. Kecik sangat, murah sangat, mengarut. Tak kan plak keh nak pakai kasut Alfio Raldo, Rorin kee, atau Bata kee. Kalau keh nak, keh memang boleh beli kasut tu semua, cuma keh tak nak, keh takut kalau keh beli nanti tak berpakai, akhirnya hujung tahun nanti kasut keh masih baru dan tersimpan dalam kotak lagi...

2. Nok tukar par ( purse ) baru sebab par lama keh tu dah ada lubang2 sikit. selalu duit seleng keh jatuh, biasanye duit 5 senlah. Sebenarnya duit seleng 5 sen tu lah yang keh paling sayang sebab selalu bila keh pegi pasar raya nak beli gula yang berharga RM 1.50, tengok-tengok duit keh tinggal Rm 1.45 sen. akhirnya keh balik tangan kosong, tak dapat nok beli gula sebab duit kurang 5 sen. tak kan 5 sen nok utang juga lagipun pasaraya mana dia nok bagi utang walaupun 5 sen.

Itulah sahaja azam tahun baru 2010 keh. Itu aja?. Yee, bagi keh lebih baik azam keh dua aja tapi keh dapat melaksanakannya dengan jaya, daripada keh ada sepuluh azam tapi satu pun tak terlaksana.

Sekian Wassalam.


Monday 28 December 2009

Naik Bas

Assalamualaikum.

Masa keh selalu berulang alik ke Kuala Lumpur dulu keh selalu naik bas ekspress, sebab nok bawak kereta takut dah, sebab pernoh accident dekat lebuh raya KL-Karak. Kebiasaan keh kalau naik bas baru aja 5 minit bas berjalan keh dah tetido, tak sedo kemenda dah. Sedar tak sedar kalau bas berenti nok suruh penumpang buang air kat tol Bentong. Pas tu tido balik, sampai Pekeliling baru sedo semula. Ada juga masa keh tak sedo, bila sedo keh tengok dalam bas dah terang, tak ada orang sorang pun. Sampai hati dereba bas tak mengerak ke keh.

Ada satu ari tuh keh pegi KL naik bas pagi, bas ari tuh penuh, semua tempat duduk ada orang. Macam biasa rutin keh lima minit bas jalan keh pun tido. Dalam sedak keh tido keh rasa ada menda langar siku keh yang keh letok atas palang kerusi. Bila terjaga keh sempat nampok sorang awek India dalam lingkungan umur awal 30an berlari kedepan sambil terhoyong hanyang. Dalam ati keh tak ada menda lain mesti awek nih tak tahan nok ke tandas. Kalau bas berhenti buleh juga keh menumpang, kata keh dalam hati. Tapi lain pulok keh dengo, awek tu macam marah ke derebar. Diantara ayat yang keh dengo pasti " Awak tak fikir ke kat belakang tu ada 40 nyawa yang awak perlu jaga tau." Hehehe..rupanya awek ni gayat naik bas yang dipandu terlalu laju. Bila awek tu lalu dekat keh dalam keadaan tak puas ati setelah bergaduh dengan derebar, keh tanya awek tuh" Apa hal?" " Eii itu orang bawak bas laju sangat tau, 120 dia bawak, dia tak fikir belakang ada 44 orang...bla...bla...bla." " Tak apalah, saya pun nak sampai cepat, meeting pukul 9.30" kata keh sambil tudung muka dengan saputangan untuk sambung tido.

Ada pulak satu hari tuh keh naik bas ke KL juga, dalam bas kosong aja, keh ambik kesempatan duduk kerusi depan sekali sebab memang febret keh duduk depan senang keh nok nengok kedepan, tapi yang keh tak suka tuh bila ada sesuatu yang tak normal didepan keh selalu nok memberek.Kadang2 tuh keh memberek dulu dari derebar. Kebetulan pulok derebar ari tuh keh kenal sikit2, nye ajak pulok ke keh berborak, terganggu keh nok tido. Tapi yang keh tak puas atinya dereba nih sebok betullah...dahlah ajak keh berborak, sambil tu tak berenti2 membalas SMS. Keh tanya dia sapa SMS, "Entah, tak berenti-renti SMS."katanya " Kalau tak kenal tak payah balaslah, sampai KL karang baru balas " kata keh, "Tak apalah saya dok belakanglah nok tido kejap" sambung keh sambil berangsur kebelakang.

Petang tuh masa nok balik keh tertinggal bas plak, terpaksalah keh naik bas pukul 8 malam. Tak berapa ramai juga orang dalam bas malam tuh. Biasalah keh kalau ada aja kosong kat seat depan keh mesti duduk didepan. malam tuh keh betul2 duduk belakang derebar. Bolehlah keh tido sampai ke lepih fikir keh dalam hati. Tapi malam tuh mata keh tak nak terlelap pulak, walau pun keh dah memejamkam mata sampai pedih. Boring betul, nok membaca gelap. Last sekali keh pun pasang angan-angan. tah bila keh terlelap pun keh tak tau, bila tersedar keh dah berada di Raub. Kebanyakan penumpang turun di Raub, cuma tinggal beberapa orang ja dalam bas. Baru beberapa minit bas berjalan keh ternampak drebar sapu muka dia dengan tangan kiri, tangan kanan pegang stereng. Tak lama lepas tu dia garu2 kepala plak, kadang-kadang tu keh tengok bekecapi sekali tangan dia mengusap muka, mengaru kepala yang keh rasa tak berapa gatal. Mengantuk dah derebar nih kata keh dalam hati.

Kesimpulannya kalau kebanyakan drebar mengamalkan perbuatan seperti dalam cerita keh diatas alamatnya bas yang deme bawak tuh tak mustahil akan menjadi seperti bas Sani yang dalam gambar diatas tuh. Mintak2 dijauhkan Allah bahaya yang macam tuh.

Sekian Wassalam.






Saturday 26 December 2009

Ilang

Assalamualaikum.

Masa keh ilang par kat hospital beberapa taun yang lepas, keh taklah begitu kisah sangat, cuma keh risau ke kad pengenalan keh tu ajalah, bukan keh tak buleh buat baru, tapi baru dua bulan lepas keh dapat pakai kad tu sebab kad lama keh dah patoh, tu pun keh kena tunggu setaun nok mendapatkannya, kena dua kali berulang alik ke pejabat pendaftaran sebab saloh masuk data.
Duit dalam par tu rasa keh adalah dalam RM40, tu pun keh tak kisoh sebab keh dah halalkan orang yang mengambilnya tu, pada keh itu rezki dia yang Allah beri melalui kehilangan par keh. Ikut dialah nok buat menda dengan duit tuh. Dalam pada tuh keh berdoa juge bio tergerak hati dia untuk memulangkan kad pengenalan keh. Tiga ari lepas tuh, ada kawan keh datang kerumoh memulangkan kad pengenalan keh, katanya dia jumpa dekat kedai runcit dekat taman dia. Dia tanya keh, matnya jauh sangat peginya kad aok tuh, keh jawab, munkin jatuh masa keh amik duit nok beli barang padahal keh tak penoh pegi pun kedai tuh.

Masa keh ilang selipa jepun buatan Malaysia keh di Masjid India, masa pegi semayang, keh tak risa sangat, keh dengan berkaki ayam mencari selipa jepun keh keliling masjid tapi tak jumpa. dua tiga kali keh keliling, tak jumpa juge, keh duduk ajalah atas tangga sambil tumpang dagu. Bukan keh tak buleh berjalan kaki ayam pegi kekedai beli selipa baru, cuma bila keh cuba jalan ada batu tajam kena tapak kaki keh. Lima belas minit keh tunggu datanglah hamba Allah lalu depan keh, " Akak tuh selipa saya" kata keh. " Yee ke katanya sikit terperanjat," ingat selipa masjid, maaf yee lama ke aok tunggu". "tak lama sangat " kata keh, tak apalah kala akak nok pakai lagi pakailah dulu" kata keh.

Masa keh ilang moto yang keh letok bawoh rumoh keh ari tuh keh selamba aja mencarinya keliling kawasan perumahan keh. Bila keh cari-cari tak jumpa keh pun beransur kebalai polis nok buat repot. Polis tu tanya keh, apa nombor plat moto, keh bagi tau. Polis tuh senyum semacam aja kat keh, keh pon senyum juga. Moto akak ada dalam pago tu hah, kata dek polis tuh. "Mengapa En", kata keh. "Semalam kami buat rondaan, semua moto yang tak berkunci leher kami hangkut kebalai, kalau akak nak moto akak balik, bawak geran dan sila bayar denda Rm 50." "Yeelah" kata keh. Dalam perjalanan balik keh sempat pegi nengok moto keh sambil ucap selamat tinggal, kita tak kan bersama lagi kata keh. Sampai sekarang moto tuh masih ada lagi dalam pago dibalai tuh. Keh tak lepas nok mengambiknya sebab moto tuh tak ada rodtek. Kesian ke moto keh, tapi deme tuh jaga bebaik moto keh, jarang sekali keh pegi menziarahinya, itu pun kala kebetulan keh datang untok menyemok saman kereta keh.

Tapi bila keh dengo ada enjen jet yang berharga RM100 juta hilang dalam kawalan pihak yang bertanggungjawab, keh rasa terkilan sikit sebab menda tuh mahal sangat, menghilangkannya bermakna membazirkan duit, kala nye sedekoh ke keh lima nam ratus buleh juga keh beli selipa baru, atau par baru. Tapi kala tak silap keh berita awal yang keh dengo enjen tuh bukan ilang dalam simpanan atau kawalan, enjen tu memang ditanggalkan untuk di repair dan keluor dari kawalan pun dengan izin, cuma dia ilang dalam perjalanan nok pegi merepair...atau dalam perjalanan balik dari merepair...Wallahhuallam.

Sekian wassalam


Thursday 24 December 2009

Nyanyoklah Pulok

Assalamualaikum,

Pret..Pret, Pret..Pret...tu bunyi telefon keh, hah kak Midoh!! "aok de mana", tanya kak Midoh, 'kat rumoh' kata keh, 'Karang aok YB, bla..bla..bla..' 'yelah' kata keh, 'surat jangan lupa bla..bla..bla..', 'yelah' kata keh, AJK kehormat bla..bla..bla.., 'yelah' kata keh, selama beberapa minit bercakap dengan kak Midah keh hanya berkesempatan bercakap 'yelah, yelah,yelah,'. Ok salamualaikum,kata kak Midah tanpa memutuskan talian. Telepon keh pon masih kat telinga.

Keh pun terus bergegas mencari semua dokumen yang kak Midoh maksudkan, dah dapat semua keh sambor par, sambo kunci, pesan dengan bebudok kala ada orang cari kabo keh pegi seberang pas tu keh terus turun kebawoh. Sampai sekerat tangga keh teringat talipon tak bebawok, karang orang talipon susoh pulok. Keh belari naik tangga semula untok ambik talipon. Puas keh cari talipon tah mana duduknye. Selok bawoh kertas, selok bawoh fail, dalam laci meja pun keh tak jumpa talipon, raba dalam kocek pon tak jumpa. Lah, mana pulok keh letok talipon nih tadi..Bekelincok keh mencari talipon tak jumpa juga. Tanya kat bebudok nih seme kata tak tau.

Buzz..buzz.. mesej masuk...lahaulawalakuwataillabillahh...rupanya sepanjang2 keh mencari surat, mencari fail tadi dan sepanjang mencari talipon nih, talipon nih memang ada dalam tangan...
Nyanyoklah dah rupanya keh nih....

Sekian Wassalam.

Wednesday 23 December 2009

Acu Teka

Assalamualaikum.

Acu deme tengok bete2 apa ada atas pokok kelapa nih?

Sekian Wassalam.

Monday 21 December 2009

Tak Kan Melayu Hilang DiDunia

Assalamualaikum,

Dato' Hang Tuah pernah berkata, "Tak Kan Melayu Hilang Didunia" begitulah sayangnya dan yakinnya Dato' Hang Tuah kepada kebijaksanaan dan keberanian serta ketuanan orang melayu.
Memang sampai sekarang orang Melayu sangat berani dan sangat bijak serta mampu menjadi Tuan. Tapi sayangnya kerana keberanian, kebijaksanaan dan ketuanan itulah maka tak lama lagi oranag melayu akan hilang di dunia. Lenyap terus.

Diantara sebabnya ialah:

1. Orang Melayu sekarang terlalu berani mencegah atau menyangkal atau mengelak pemberian serta rahmat Allah lalu mereka makan pil perancang untuk menyekat kelahiran anak, kalau tak ada anak mana nak biak dan kekal orang melayu di dunia..

2. Orang Melayu sekarang terlalu berani dan bijak untuk mencuba berbagai jenis dadah, akibatnya mereka ketagih, mendapat penyakit, hidup tak seperti orang, akhirnya pupus, kalau semakin hari semakin ramai yang menempah jalan sedemikian, orang Melayu pasti akan lenyap.

3. Orang melayu sekarang suka sangat buang zuriat, kalau lahir zuriat dicampaknya dalam longkang, tong sampah, diperhentian bas, pangkal pokok pisang, habis kalau macam itu gayanya
lama-lama pupuslah orang melayu.

4. Orang melayu sekarang semakin changgih, malu mengaku melayu apalagi Islam, lalu mereka tukar penampilan, ikut orang barat dan paling changgih lagi tukar agama dan budaya, ini pun salah satu sebab orang Melayu akan pupus di dunia ini.

Kalau ada nak tokok tambah silakanlah.

Sekian Wassalam.


Sunday 20 December 2009

Cerita Panas..

Assalamualaikum.

Nih Gurindam Menyesak Jiwa.

Akak nih Indon mari,
Rajin nya weh tak terperi,
Tadi keh nengok dia basuh periok dan kuali.
Pakai berus dawai ini,
Lepas tu dia guna sekali lagi,
Untok berus simen yang belemin dan berdaki,
Matnye weh jadi gini,
Nye kongsi aja berus simen dan berus kuali...
Hee yek..keh nengoknya jadi geli,
tak nok dah makan canai dia dan kari sekali...

Sekian Wassalam.

Saturday 19 December 2009

Salah Rumah

Assalamualaikum,

Tadi pegi makan kenduri sambut menantu kawan yang tak berapa keh kenal suami dan familinya. Tapi dia beria2 ajak keh pegi juga lagipun rumah dia dekat dengan rumah kawan seorang lagi yang turut mengundang untuk memeriahkan majlis sambut menantu dia juga.

Masa keh sampai orang tak berapa ramai. Mula keh cari tuan rumah, semestinya kawan keh yang perempuan tu, suami dia keh tak kenal langsung. Tapi keh tak nampak plak dia. Muka dah rasa lain macam, takut salah rumah. Yang tengah makan semua rakan yang keh kenal, masing2 pelawa makan. Tapi selagi keh tak jumpa akak yang bagi kad kat keh dulu keh tak nak makan.

Tengok keh macam terintai2 kawan keh tunjukkan tuan rumah yang lelaki, suami kawan keh, bila terpandang tuan rumoh, dada keh bedebor, soh saloh rumoh..tapi keh gagah juga jumpa tuan rumoh, " Mana akak" kata keh. Lagi keh rasa sempo muka, tuan rumoh macam terkejut tengok keh, munkin dalam hati dia bertanya 'sapa ajak dia nih???' tapi dia pelawa juga keh makan.

Keh amik sikit aja makanan, masih tak pasti sama ada keh tersalah rumah atau dah betul, makan pun keh tak berapa lalu sehinggalah tuan rumoh yang perempuan, kawan keh tu datang hulur jabir warna ungu. " Akak, keh ingat saloh rumoh dah tadi." kata keh. " Isah dok nye, tak ada rumoh lain yang buat kenduri ari ni" Kata kawan keh selamba, dia lupa agoknya tak jauh dari rumoh dia tu ada seorang lagi kawan keh buat kenduri macam dia juga. Alhamdulillah lega.

MORALNYA : Kala ada orang yang tak berapa kenal bagi kad undangan kawin, kalau tak pegi tak mengapalah, buat malu ke muka aja, pegilah aja ke majlis kawan yang kita betul2 kenal..

Sekian, Wassalam.

Thursday 17 December 2009

Maal Hijrah

Assalamualaikum.

Kepada rodong blogger dan follower yang setia , dan sesiapa juga yang mengunjungi blog saya ini, sempena Tahun Baru Hijrah, saya ingin mengucapkan selamat melangkah ke Era Baru. Selamat Membuka Dairi Baru dan Selamat Melaksanakan Azam Baru. Semuga Allah sentiasa bersama kita dalam setiap apa juga usaha yang kita lakukan, dan semuga kita diberkati dengan Kejayaan, Kesejahteraan, Rumahtangga yang aman, Anak-Anak yang soleh dan solehah serta Kesihatan yang baik. AMIN.

Sekian, Wassalam.

Tuesday 15 December 2009

Sayangku

Assalamualaikum.

Tiada kata secantik bahasa nok ku ucapkan betapa sayangnya aku kepada mu. Namun apakan daya, keh dah tak ada daya upaya nok berkata-kata. saksikanlah sendiri buktinya..

Sekian, Wassalam.

Monday 14 December 2009

Bubur Lior

Assalamualaikum.

Acu tengok akak2 nih, deme nih sebenonya tengoh meneran bubur lior. Bubur ni biasanya dibuat untuk menjamu tetamu yang hadir dimajlis bercukur rambut baby yang baru aja lepas pantang 40 hari.

Bubur lior untuk deme yang tak tau, ialah bubur cendol
bermasak yang diperbuat daripada tepung beras, yang digaul dengan misan yang telah dimasak untuk kuah bubur tersebut. Setelah digaul sebati dengan misan barulah diteran dengan alat yang seperti didalam gambo.

Sekian Wassalam.

Friday 11 December 2009

Hijrah

Assalamualaikum.

Maru bete budok dua orang nih, dah sama beso dengan ayoh nok berdukung lagi, takut ke mendalah tuh..

Hehehe, sebenonye deme tuh bukan takut ke apa, cuma nok bermanja, nok merasa berdukung dengan ayoh untok kali terakhir, sebab sebentar aja lagi deme dah nok meninggalkan alam kanak-kanak untok memasuki alam remaja.

Ini sebenonya pandangan disebuah klinik swasta di Kelantan yang menganjurkan berkhatan beramai-ramai secara percuma untuk kanak-kanak yang keluarganya tak mampu nak mengeluarkan belanja untuk mengkhatankan anok mereka.

Tahniah kepada klinik D'Raja Kelantan yang menganjurkan program murni ini yang mana mendapat kerjasama sepenuhnya dari Hospital Raja Perempuan Zainab 11 dan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang krian.

Sekian wassalam.

Thursday 10 December 2009

Nikah Batin

Assalamualaikum.

Pernah tak deme dengo orang nikah Batin (Tajdi). Keh tak tau sama ada nikah ni diterima Allah atau tidak, tapi ramai orang yang mempraktikkan nya, terutamanya bagai lelaki yang nak berpoligami tapi tidak mendapat izin dari isteri tua.

Ini keh nok merujuk kepada permohonan seorang wanita yang telah bernikah batin dengan seorang lelaki dan memohon Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan pernikahan mereka. (Sila rujuk Berita Harian hari ini)

Bukan kisah wanita ini yang keh nok ulas, bio dialah, tapi cara nikah batin itu yang menarik perhatian keh. Ini yang keh tau dari sumber tertentulah.

Cara nikah batin ni senang aja. Pertama mestilah mendapat persetujuan kedua pasangan, lelaki dan perempuan. Isteri orang pun boleh bernikah batin dengan pasangannya kalau keduanya setuju, maknanya perempuan tu ada dua suamilah. Bagi perempuan, tak kira dia tu Dara atau janda atau isteri orang wali tidak diperlukan.

Semasa berakad nikah cuma pasangan berdua saja yang berijab dan kabul, dan mesti dalam keadaan tidak berpakaian, Wallahhuallam. Selepas itu buleh bersenggama.. Full Stop...

Sekian semuga kita mendapat Taufik dan HidayahNya.

Wassalam

Wednesday 9 December 2009

Bunga Gelenggang.

Assalamualaikum.

Bunga ni orang lepih panggil bunga gelenggang, tempat lain keh tak taulah panggil apa. Daun gelenggang ni berkhasiat untuk mengubati penyakit gatal2, kurap dan panau.
Caranya , amik dalam lima nam lai pucuk muda, gulung pas tu ikat dengan getoh gelang. sebeloh ujongnya kerat bio lepan, lepas tu tenyehlah ke tempat yang ada kurap dan panau, buat 2 kali sehari. masa tenyeh tu bio sampai keluar air dari daun dia. Tenyeh sampai rasa pedih. Kala rasa pedih jangan pulok basuh nanti tak menjadi, tahan ajalah. Oh yee lupa pulok, sebelum tenyeh daun gelengang tu kikis dulu panau atau kurap tu bio tanggal keropengnya.

Kepada sesapa yang ada kurap celah kelengkang tu, tapi malu nok jumpa Dr. hah ubat ajalah sendiri dengan daun gelenggang nih, buat sampai baik. Penyakit tu merbahaya terutama kepada orang yang dah bersuami isteri. Lahh, sampai kesitu pulok...tapi ini kebenaran, tak perlu malu...

Satu lagi kala ada anok yang masih bayi umur dalam lingkungan sebulan ke 10 bulan yang ada penyakit sembelit, tak payohlah makan julap dulu, cuba amik tujuh lai daun gelenggang nih, letok bawoh tempat tido dia, biokan sampai pagi, kala tak berok juge, ambil lagi daun muda upur dengan tapok tangan, airnya sapu pada perut.

InsyaAllah, tapi jangan lupa baca Selawat keatas Nabi sebelum nok mulakan.

Sekian, Petua dari Lipislady.

Wassalam.



Tuesday 8 December 2009

Nyonya dan Tin Kosong.

Assalamualaikum.

Pagi tadi selepas solat subuh kira2 pukul 6.15 pagi gitu keh menjenguk ke tingkap untuk melihat panaurama pagi sambil menghirup udara segar. Lengang aja sekitar sini, tak ada menda yang bergerak lagi.

Cuma jauh di sudut sana berhampiran dengan tong sampoh adalah seorang perempuan cina sedang mengorek tong sampoh, untok cari tin bekas minuman yang dibuang orang. Hampir setiap pagi keh nampok nyonya nih mengorek tong sampoh, bukan baru tapi sejak keh duduk sini lagi. Setiap pagi dan petang rutin hidup dia korek tong sampoh. Istikamah betol dia melakukan kerja tuh tak kira hujan ke panas.

Ditempat lain pun keh pernoh tengok dia melakukan kerja yang sama, pendek kata dia beroperasi seluruh bandar Lipis dan kawasan sekitarnya. Keh tertanya2 berapa agaknye pendapatan dia sebulan dengan kerja itu. Pagi tadi aja keh nampok dia mencebet 2 kampit plastik beso sarat dengan tin2 kosong. Dan nyonya nih tak ada kerja lain selain dari mengutip tin untok menyara hidupnya.


Moralnya :

- Beristikamahlah dalam melakukan sesuatu pekerjaan, barulah kita buleh berjaya. Bak kata orang yang buat MLM ( Meniaga Larut Malam ) biarkan duit cari duit.

Doa
Usaha
Istikamah
Tawakal

= Berjaya.

Sekian, Wassalam

Monday 7 December 2009

Motivasi Pagi Isnin


Assalamualaikum.

Seorang sahabat yang baru pulang dari Korea becerita, di Korea tak ada "Night Life". Kehidupan malam di Korea begitu sunyi. Bila di tanya mengapa, dia jawab rata-rata orang korea tidur tidak lewat dari pukul 9.30 malam. Mengapa mereka tidur begitu awal? Jawapannya ialah untuk membolehkan mereka bangun seawal pukul 4.00 pagi.

Korea merupakan negara teknologi yang kedua selepas Jepun dan mereka sedang berusaha untuk menandingi Jepun. Untuk itu mereka terpaksa bekerja kuat dan untuk itu juga mereka bangun pukul 4.00 pagi, dan memulakan kerja seawal pukul 6.00 pagi. Setiap pejabat ada sesi bersenam yang bermula pukul 5.30 pagi sebelum memulakan kerja.

Bila diajukan soalan lagi mengapa mereka berusaha begitu keras sedangkan mereka telah terlalu maju dalam teknologi, jawab mereka, " mereka tak ada apa-apa, cuma usaha yang berlipat ganda akan membantu mereka mencapai kejayaan.

Moralnya :
1. Orang yang bukan beragama Islam pun boleh bangun pukul 4.00 pagi, semata2 untuk mengejar kemajuan, tapi kita yang ada tanggungjawab untuk bersolat Subuh pun kadang2 bangun pukul 7.00 pagi , apalagi kalau hari Minggu.

2. Tidur awal dan bangun awal boleh mencergaskan otak, menyihatkan badan dan mengawal penyakit terutamanya darah tinggi.

3. Sikap merendah diri dan mengaku kekurangan membuatkan mereka berjaya membangunkan negara mereka yang dulu mundur.

4. Semuga kita juga akan mempraktikkan apa yang dilakukan oleh orang korea, mula2 untuk diri kita, lepas tu untuk rumahtangga kita seterusnya untuk negara.

p/s. Kepada hok yang rajin nget mengetea tu kurang2 ke laa... duit hok sepatut mengetea tu campok kedalam tabong, masa hok mengetea tu gunakan untok buat menda lain yang mendatangkan hasil...bela ayam kampong kee, ayam bando kee...

Huh...motivated bete keh lepas mengikuti kelas motibasi nih sabtu lepas.....

Sekian wassalam.




Sunday 6 December 2009

Meriahnye Kuala Lipis Diwaktu Malam

Assalamualaikum,

Ini hanya catatan santai diwaktu dinihari.
Yang keh dengo dan keh pandang.

1. 2.30 Sapa plak mengilai pepagi buta nih,...awek pening lepas minum staut.

1. 2.55 Anjing menyalak silih berganti, tingkah bertingkah, munkin ada 3/4 ekor anjing.
Ramainya anjing liar kat lipis....

2. 3.00 Bunyi keretapi berhenti, dalam 10 minit kut, selepas membunyikan siren, keretapi pun jalan, lama juga bunyinya....ramainya gerabak kereta api....oppsss....banyaknye gerabak....

3, 3.13 bunyi motosikal, Vrommmm..Vrommmm...Vrommm.....sah kes merempit dekat roundabout ikan, ramainye motosikal rempit...satuuu....dua........tiga............ opsss..kereta peronda polis pun nok merempit juge?

4. 3.22, Ada lagi anjing menyalok, hisss...seram gak bulu rome...

5, 3,39, mata dah tak boleh celik


Sekianlah, Wassalam..

Wednesday 2 December 2009

Tunggang Sambil Tido

Assalamualaikum,


Sekadar nok memetik berita dari akhbar beberapa hari yang lalu, yang baru hari ini berpeluang membacanya.


Dipendang,  Kedah seorang wanita berpangkat nenek mati terjatuh dari motosikal yang dipandu oleh anaknya setelah begnya di ragut. Ini memang cerita biasa, ramai dah orang mati dek angkara peragut yang berhati binatang ni.


Tapi cerita yang tak biasanya, ada kee anok nye tak sedo moknye terjatuh dari motosikal dia, acu baca petikan ini, " dia tiba-tiba terasa rengan motosikal yang ditunggangnya dan bila menoleh kebelakang dia mendapati ibunya sudah tiada menyebabkan dia berpatah balik hampir 10 meter sebelum mendapati ibunya terbaring ditengah jalan.


Maru bete, agoknye dia ni tido sambil menunggang motosikal......


Sekian Wassalam.






Tuesday 1 December 2009

Lepas raya ramai Orang Sakit


Assalamualaikum.

Nih gambo keh tangkap semalam, kat klinik swasta, ramainya orang menunggu giliran untuk mendapatkan pemeriksaan Dr. Ramai orang sakit rupanya lepas raya nih, agoknye penangan sup gearbox, lemang dan kuih raya yang dah bercampur2.

Sekian Wassalam.