Saturday, 6 September 2014

Nasi Daging dengan Daging Sos Lada Hitam

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, semalam tengok rancangan 
Masak dengan hati, masak with iman Chef Ammar,
Waww..dia masak nasi daging,
Subhanallah sedapnya,
Kakmah pun apa lagi salinlah resipinya lebih kurang,
takut terlupa hari ni kakmah terus cuba masak
Nasi Daging ni asalnya dari Timur Tengah agaknya
Sedap sangat rasanya,
Kalau makan tak berlauk pun dah sedap,
Apa lagi kalau ada lauknya.


Tengok Chef Ammar tu buat lauknya daging gulung,
tapi kakmah tak mampulah nak buat sebab kena guna
daging cincang, susah sikit nak cari daging cincang
kat tempat kakmah ni,
Jadi kakmah buat daging goreng dengan sos lada hitam aja.
Boleh lah tahan sedapnya.


Terlanjur dah post gambar ni, 
kakmah pun nak juga kongsi resipinya,
tapi resipi kakmah ni adalah sikit kekurangan
disana sini maklumlah salin pun tak berapa sempat.


Ok Bahan-bahannya dulu yee..

4 cawan beras basmathi basuh dan toskan
2 cawan daging kisar.
2 cawan carrot yang diparut halus
2 labu bawang besar dicincang
5 ulas bawang putih dicincang
2 sudu lada hitam yang dah ditumbuk halus
2 sudu mentega atau majrin,
3 sudu minyak masak
Stok daging secukupnya
1 sudu teh garam

Cara membuat daging kisar -

Rebus 1 kg daging yang dah dibersihkan, jangan dipotong
biarkan seketul besar. Bila sudah masak dan empuk
potong halus sebesar biji jagung, masukkan dalam
blender kering dan kisar. Jadikan untuk 2 cawan.
Selebihnya dipotong untuk masak dengan sos lada hitam
Simpan air rebusan daging untuk masak nasi.


Cara Memasaknya

- Panaskan 6 cawan air rebusan daging dalam rice cooker.
- Panaskan kuali dengan minyak masak,
- Masukkan mentega atau majrin
- Masukkan bawang merah dan bawang putih, 
- Bila bawang dah layu masukkan carrot hingga layu juga
- Masukkan beras, kacau hingga rata.
- Bila dah rata tutup api.
- Pindahkan bahan tumisan kedalam rice cooker
yang dah dipanaskan air rebusan tadi
- masukkan daging kisar, lada hitam dan garam.
-Kacau rata, dan tutup periuk.
Biarkan nasi masak macam biasa.
- Bila dah masak kacau dan sedia dihidangkan.

Selamat memasak.
Jumpa lagi
Wassalam.

No comments:

Post a Comment