Assalamualaikum,
Alhamdulillah, tengahari tadi kakmah
minum teh berkuihkan Masala Vadey.
Indian style sikit,
tapi kegemaran kakmah,
Sepiring tu habis kakmah makan,
sedap kalau buat sendiri,
citarasa sendiri,
makan pun masih panas lagi,
Rangup diluar, lembut didalam.
Alhamdulillah.....kenyang sampai kemalam.
Ok kongsi resipi plak.
Bahan-bahannya.
250 gm kacang dal, pilih dal besar, basuh dan rendam 4 jam.
2 tangkai cili kering hiris halus,
( kalau suka pedas boleh bubuh cili padi 3 ulas. )
1 labu bawang besar - potong halus
10 helai daun kari - cincang
setengah sudu garam masala, kalau ada
1/2 inci halia cincang halus,
Garam dan gula secukup rasa
dan Minyak untuk mengoreng
Cara-caranya
1. Kisar kacang dal dengan sedikit air, hingga halus,
tuskan hingga kering.
2. Masukkan semua bahan dicincang, garam dan
gula, gaulkan.
3. Gunakan sudu bulat untuk membentuknya,
dan perlahan-lahan masukkan kedalam kuali
yang telah dipanaskan munyaknya.
4. Goreng sehingga kuning keemasan. Angkat dan
sedia untuk dihidangkan.
* Vadey ni tidak boleh di bentuk atau di bulatkan
menggunakan tangan kerana adunannya terlalu lembik.
Gunakan sudu bulat, bentuk mengikut sudu, leperkan sedikit,
terus masukkan kedalam kuali perlahan-lahan.
Begini cara membentuknya.
Jumpa Lagi,
Wassalam.
No comments:
Post a Comment