Sunday 26 May 2013

Jamuan Hari Ibu Bapa Pula

Assalamualaikum,

Selamat Petang Minggu,
Dah puas ke berhari minggu atau ada yang dah sambung
cuti hari esok, terlanjur anak-anak sekolah pun dah bercuti
ada yang ambil peluang balik kampung ke.
Apa-apa pun aktiviti anda semua kakmah doakan semuga
semuanya selamat, ceria dan gembira selalu.


Memang seronok kalau selalu dapat undangan dan dapat
menghadiri jamuan macam ini. Kebetulan kakmah dan
kawan-kawan dari Pertubuhan Ibu Tunggal Daerah Lipis
atau pun terkenal juga dengan nama singkatnya NUSRAT
pun mendapat undangan menghadiri jamuan sempena 
Hari Ibu Dan Hari Bapa yang dianjurkan oleh Pengurus
Hotel Lipis Centrepoint. Untuk pertubuhan NUSRAT
dengar ceritanya kami 20 orang semuanya telah ditaja 
oleh seseorang yang merahsiakan identitinya. Terima kasih
kami ucapkan kepada penaja tersebut.
Tahun depan silalah taja lagi yee..hehe..


Kebetulan juga rezki kakmah lagi, dapat pulak
bawa pulang hamper cabutan bertuah. Rezki 
cucu-cucu kakmah yang kebetulan balik bercuti
malam tadi.


Semuanya kelihatan sangat seronok. Kami dihidangkan
dengan Steam Boat 5 rasa, Nasi Goreng, Mee goreng, 
Puding dan bermacam lagi  hidangan yang enak-enak
dan lazat-lazat oleh pihak pengurusan hotel
Mr Siong . Terima kasih juga Mr Siong yang telah
mencarikan penaja untuk kami.


Rilex sambil menyaksikan persembahan nyanyian
sementara menunggu dijemput untuk mengambil
makanan secara buffet.


Artis dari NUSRAT, Puan Asmah sedang mendendangkan 
sebuah lagu buat kami.


Kalaulah selalu macam ni, mau bertambah berat badan. 
Memang pun kakmah nie dah semakin 
betambah kilo nampaknya. Alhamdulillah.

Jumpa Lagi,
Wassalam.

Monday 20 May 2013

Kek Span Gula Hangus


Assalamualaikum

Sallam Pagi Isnin,
Selamat memulakan kerja, semuga keriangan sentiasa
mengiringi rakan-rakan blogger semua, tak kiralah
kerja apa, dipejabat ke, dirumah ke, semuga dilakukan
dengan penuh bersemangat dan rasa tanggungjawab.

Berbalik kepada tajuk kakmah pagi ni,
kakmah sebenarnya dah lama mencari resipi
apam gula hangus sebab kakmah memang gemar sangat
apam tu. Semalam masa kakmah ronda-ronda 
kakmah terjumpa resipi kek span gula hangus ni,
tengok bahan lebih kurang sama dengan
apam gula hangus yang kakmah cari tu, kakmah pun
apa lagi terus je buat.


 kan dah jadi,
cuma gambar je kurang memuaskan,
tapi tetap jadi juga, rasanya pun sedap. 
Terima kasih Puan sitiazahar,
Kakmah minta izin kongsi resipi yee



Kepada yang rasa nak cuba tu ni kakmah 
kongsikan resipinya

Bahan-bahannya

1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

Cara nak buat gula hangus
1. Gula digoreng dengan api sederhana hingga cair
2. Bila dah cair masukkan air panas perlahan-lahan, takut meletup,
    Kacau hingga sebati lepas tu masukkan mentega hingga cair, tutup api dan ketepikan.

Bahan untuk kek

4 biji telur kalau boleh gred A
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu esen vanilla

Cara-cara

1. Pukul telur hingga kembang.
2. Masukkan susu pekat manis, pukul lagi,
3. Masukkan tepung gandum dan soda bicarbonate yang diayak terlebuh dahulu.
4. Masukkan esen vanilla.
5. Masukkan gula hangus dan kacau rata.
6. Perap 3 hingga 4 jam sebelum dibakar.
7. Selepas 3 atau 4 jam kacau adunan dan masukkan kedalam loyang, 
    tapis adunan takut ada biji2 tepung yang tidak larut.
8. Bakar selama 1 jam pada suhu 160 C selama 1 jam.
9. Gunakan api bawah sahaja selama 45 minit selebihnya 15 minit gunakan api
    atas dan bawah. Selepas 1 jam cucuk dengan lidi untuk menentukan masaknya.

Terima kasih Sitiazahar
Selamat mencuba

Jumpa lagi.
Wassalam.


Sunday 19 May 2013

Ronda-Ronda Tengah Malam

Assalamualaiku,

Yang pastinya tengah-tengah malam buta ni
tak kan ada orang nak ronda-ronda kat rumah kakmah ni,
berlainan pulak dengan kakmah,
kakmah lebih selesa meronda-ronda dimalam@pagi-pagi
macam ni, sejuk sikit hehhe.

Diantara rumah-rumah yang kakmah cerobohi

Ni rumah HOK SENGOTI
Sampai sekarang pun kakmah tak faham ke
habuk apa makna hok sengoti tu.
Tolong cikgu Imanshsh bagi tau kakmah
apa maksudnya.

Rumah Aku Anak Pahang 
kepunyaan Encik Yassin Sulaiman
pun jadi sasaran kakmah malam nie,
tak ada gambar rumah AAP nie.

Rumah bakal doktor yang comel lote
Azie Azra ni pun kakmah ceroboh juga, 
tapi gambar dia tak tak boleh curi huhuhu..
jangan mare yee Azie, kakmah dah ceroboh
rumah awak..


Alamak, rumah Ticer Hani pun kakmah serbu,
maaf yee cikgu, comei baby tu, lena tido.


Che ngah si puteri rimba yang cantik manis, 
gambar siapa bersanding tu?
Suka warna back ground blog chengah.

Alamak sakit lah plak lutut ni, banyak 
sangat ronda2, ok sambung esoklah plak,
kepada yang kakmah dah ceroboh 
rumahnya tu, kakmah minta maaf yee,
cuma kunjungan persahabatan jee..

Sambung menceroboh rumah kawan2
sambil buat senaman pagi dan jogging-jogging...
jaga-jaga rumah sapa plak ni yang kakmah intai.

Haaa...rumah Puan Azie Azah kita,
Seri Bulan yang sentiasa berangan-angankan
Hisyam dia, macam pungguk rindukan bulan,
Ada kuih ketayap lagi kat rumah dia,
terliur kakmah tengok, kebetulan kakmah
pun belum sarapan pagi, nak mintak malu hehe...

Malam tadi kakmah dah intai dah,
tapi dia tengah makan ni, malas nak kacau.
sapa? Sapa lagi kalau bukan Encik IR Ajak kita,
bertambah lapo weh, tak jadi gini,
deme asik makan aja..

Kita skodeng pakcik ni plak,
mula-mula kakmah panggil dia Al-lavendari,
pas tu tengok orang semua panggil dia Dato' @ Datuk
kakmah pun panggil dia Dato'@Datuk,
pas tu dia suruh panggil Pakngah,
tapi kakmah nak panggil dia Abang Ngah,
kita tengok, dia marah ke tak....

Owh, tetiba Cik Diana datang skodeng kakmah,
terima kasih Cik Diana,
Salam perkenalan...kakmah dah serbu rumah
Cik Diana..haha...

Penatlah plak, jalan-jalan tapi tak dapat makan,
oklah kakmah nak pi minum teh tarik,
kat dapur kakmah jee..
sambil makan bahulu.


Ada sapa-sapa yang teringin nak makan bahulu tu,
boleh beli @ order dengan kakmah yee,
order hari ni, sampai minggu depan, of course laa
kena bayar dulu, kosnya satu bekas mengandungi 
50 hingga 60 biji bergantung pada saiz bahulu cuma 
RM 13 aja, belanja pos Rm 7, 
semua kena bank in kakmah RM 20 aja.
kalau nak sila tempah dekat comment.

Semuga kita berjumpa lagi,
Wassalam.

Saturday 18 May 2013

Makanan Pencegah Kancer

Assalamualaikum,
Sallam Pagi Sabtu, Semuga semua blogger
yang setia mengunjungi kakmah
dan semua blogger diluar sana
sentiasa sihat dan sejahtera selalu.

Masa kakmah ronda-ronda online tadi kakmah terjumpa 
satu website tentang kesihatan. Kakmah tertarik dengan 
satu artikel atau gambar-gambar makanan yang selalu kita
makan, dan dipercayai boleh mencegah kanser jika
dimakan berterusan. memang kita memakannya tiap-
tiap hari

Ni kakmah kongsikan dengan kawan-kawan pula yee..


1. Buah epal ni banyak mengandungi flavonoids 
dan polyphenols yang boleh membantu menentang kanser.
 2. Asparagus, mengandungi selenium vitamin A dan C 
yang juga diantara elemen-elemen yang boleh menentang kanser.

 3. Avocado, juga kaya dengan vitamin, 
fiber dan asid folik can copper,
 4. Kunyit, selama ini dalam perubatan tradisional
 banyak menggunakan kunyit, tapi dalam perubatan 
moden juga ianya penting untuk membantu 
proses radiotrapy dan kimotrapy.


5. Brokoli mengandungi isothiocyanates 
yang membantu meningkatkan pertahanan 
badan melawan penyakit.
6.Kentang,  mengandungi Vitamin C 
dan memberi tenaga pada tubuh badan kita.
 7. Labu manis, sedap ni kalau buat pengat, 
kakmah suka, mengandungi alpha-carotene, 
antioxidant.

8. Kacang Merah, buat inti pau, 
fuhh..sedap..ianya mengandungi antioxident 
yang memelihara cell dari serangan redikal 
bebas yang menyebabkan kanser.


Baru-baru ni semasa menjaga kakak kakmah 
di hospital yang mengidap sakit kanser tahap 4,
ramai juga jiran-jiran dalam wad tu mengesyurkan
kakak kakmah makan buah durian belanda
rebus air daun durian belanda dan minum
airnya, tapi belum sempat nak cari bahan tersebut,
kakak dah pergi menghadap Ilahi.
Al Fatihah buat Kakak kakmah.
Semuga rohnya dicucuri rahmat dan 
ditempat bersama para solehah disana.


Jangan lupa jaga kesihatan kita.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Friday 17 May 2013

Cup Cake

  Assalamualaikum,

Sallam pagi Jumaat,
Apa kahabar bolgger-blogger semua,
Haa..kakmah pagi ni batuk-batuk sikit,
sebenarnya dah lama dah batuk ni,
tapi batuk yang kering, tidak berkahak,
Sakit sebenarnya kalau dah termula batuk tu
susah nak berhenti, kering seperti ada sesuatu 
yang mencubut-cubit di dalam kerongkong kakmah nie.



Ini pun kakmah baru balik dari hospital,
ambil darah tadi dan buat ECG,
ECG ini ialah pemereksaan jantung.
Ni semua ialah  persiapan untuk kakmah
berjumpa dengan Doktor Pakar pada
23-5-13 ini nanti. 


Dalam sakit-sakit, dalam batuk-batuk kakmah masih juga
sempat bergelumang dengan tepung, buat bahulu,
tiap-tiap hari kakmah buat bahulu, Alhamdulillah
ada-ada aja orang yang tempah bahulu kakmah,
kalau tak ada orang tempah pun kakmah bungkus
dan hantar aja kekedai. Alhamdulillah...
Murah rezki diberi Allah.


Malam tadi kakmah siap awal membakar bahulu, 
dah jenuh makan bahulu, teringin pulak rasanya
nak makan kek. Kakmah buat satu adunan kek biasa
kakmah letakkan dalan cawan, selebihnya kakmah
tambah coklat, dapat dua jenis cupcake sekali gus.

Haha...dua jenis kek yang berlainan rupa,
tapi rasanya seakan-akan sama..pandai kan...

Alhamdulillah lepas juga terliur.

Ok jumpa lagi dilain siaran
Semuga anda semua sihat dan gembira selalu.

Wassalam.

Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum,



Buat semua Guru2 kakmah ucapkan

SELAMAT HARI GURU

Jasamu Cikgu kami hargai
Mendidik anak bangsa hingga berjaya
Walaupun di sakiti tapi tidak berkecil hati
Berkhidmat berbakti seikhlasnya.

Wassalam.

Tuesday 14 May 2013

Entry Tengah Malam @ Pagi

Assalamualaikum,

Sambil borak-borak dengan anak bongsu, 
sambil dengar-dengar luahan hatinya,
Sambil nasihat-nasihat apa yang patut,

Besar juga cita-cita anak bongsu kakmah ni rupanya
dan sebesar mana cita-citanya
begitulah juga besarnya rintangan yang terpaksa
ditempuhinya, dalam mencapai cita-cita itu

Orang yang bijaksana,
orang yang dah berjaya selalu berkata,
tanpa rintangan, tanpa cabaran 
pasti tidak ada kejayaan,
Kalau ada pun kejayaan itu tidak sehebat mana,
dan tidak akan begitu berkesan dihati.
lalu hadaplah cabaran itu dengan reda
dengan tabah demi cita-cita
demi kejayaan.


Sambil berborak, sambil bersembang,
tangan kakmah ni jalan juga,
menjalin benang-benang yang pelbagai warna,
ini juga cita-cita kakmah,
Untuk cita-cita yang tak seberapa ni pun
kadang-kadang ada juga rintangan
yang terpaksa kakmah hadapi.

Tapi Alhamdulillah,
dapat juga kakmah siapkan sebesar ini
untuk malam ni aja.
Pagi @ 3.45 dah, fuhhh..
Selamat malam @ pagi
Selamat tidur.

Jumpa Lagi,
Wassalam.

Monday 13 May 2013

Hadiah Hari Ibu

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dapat bersiaran lagi kakmah pada hari ini. Selamat bertugas buat rodong-rodong, rakan-rakan yang telah memulakan tugas, setelah berhujung minggu, terutamanya para-para ibu yang dah diraikan harinya semalam. 


Alhamdulillah ramai ibu-ibu yang diraikan oleh anak-anak mereka, suami-suami mereka sempena hari ibu semalam. Kakmah pun tak ketinggalan juga diraikan dalam satu majlis Resepsi Bonda yang diadakan di Hotel De' Palma, Ampang oleh anak dan menantu kakmah. Majlis makan-makan itu telah diserikan oleh tazkirah dan ceraman oleh Al Ustaz yang terkenal dengan rancangan 'Kalau Dah Jodohnya" di Astro Oasis, iaitu Ustaz Khazim bin Elias, yang didatangkan khusus oleh pihak Hotel De' Palma Ampang.


Lama dah tak bergambar ramai-ramai begini, anak beranak. Ini keluarga anak kakmah yang sulung, yang telah bersusah payah membawa kakmah ke majlis tersebut. Terima kasih Lonik, ini panggilan manja untuk anak sulung kakmah ni.


Alhamdulillah juga, kakmah telah menang hadiah vaucer dalam cabutan bertuah dan kuiz yang dijalankan sempena majlis tersebut. Hadiah Hari Ibu buat kakmah.Syukur Alhamdulillah.

Dan kini kakmah dah berada di rumah kakmah kembali, bersiaran dari rumah, dan sedang menanti sekarang ni tugas-tugas biasa yang mesti di lunaskan.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

Tuesday 7 May 2013

Alahai Rindu Nenek

Assalamualaikum,

Musim mengundi ni pastinya ramai yang balik kampung
untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara.
Dan pastinya riuh rendahlah rumah-rumah nenek dan atuk
kat kamung tu dengan cucu-cucu yang berkumpul..


Rumah kakmah pun tak ketinggalan dengan kedatangan
cucu-cucu kakmah yang enam orang tu. Pendek kata
 memang riuh rendahlah dalam rumah kakmah
dalam sehari dua nie.



Tapi hari ni semuanya dah berakhir,
Sunyi plak rasanya bila ditinggalkan keseorangan ni.
Cucu terakhir yang balik baru sebentar tadi, 
Bila hilang saja mereka dari mata, mulalah hati rasa 
sayu dan sunyi.


Ni satu-satunya cucu lelaki kakmah, tadi dia
tak nak balik, katanya nak tinggal dengan nenek,
tapi apa kan daya, kesian plak kakak dia yang
keseorangan nanti kalau adiknya tinggal..


Pegang duit 10 ringgit lagi, sambil
melaram dengan kasut achu dia.
Bukan nak membeli pun, saja pegang duit 
yang disedekahkan orang.


Amanda, cucu paling kecil,
ni je lah yang tinggal tempat kakmah melepas
rindu, tinggal sebelah rumah kakmah,
tu pun susah juga nak jumpa sebab selalu
ikut mak dia pergi kerja..

Alahai, rindu nenek..

Jumpa lagi yee..

Wassalam.

Sunday 5 May 2013

Jom Kita Menggundi, Jom Kita Menggundi.

 Assalamualaikum,

Sahabat handai taulan, rodong2, 
dan rakan blogger yang sedang membaca entry kakmah
kali ini, selamat bertemu lagi setelah sekian 
lama kakmah kurang memberi tumpuan pada
berblog. Selamat membuang undi pada yang baru nak
keluar untuk pergi membuang undi.


Alhamdulillah, malam tadi semua keluarga kakmah 
ada berkumpul dirumah kakmah, sebab nak mengundi.


Dikesempatan yang begini kami gunakanlah juga untuk 
makan-makan bersama, sambil melepaskan rindu.
Bukan senang nak dapat masa untuk berkumpul begini,
kalau tidak musim hari raya. Masing2 semuanya sibuk 
kerja masing2.


Keluarga besar kakmah ni hah, rasa baru semalam je kakmah
mendukung mereka, menghantar mereka ke taska dan 
tadika. Hari ini mereka pula dah menghantar anak2 ke taska.


Tak sedar rupanya keluarga kakmah ni dah menjadi 
keluarga besar, tidak ada yang lebih bahagia dari dapat
berkumpul begini dengan anak2, menantu2 dan cucu2.



Seronok dapat makan bersama walau pun hidangan tek
seberapa.


Yang pentingnya dapat berkumpul,
Dapat bermesra, terutamanya anak2 yang masih kecil,
Seronok bukan main dapat berjumpa sepupu2 mereka.


Diantara hidangan, Nasi impit kuah kacang, 
siap ada satay lagi.


Haa, tu dia, dah siap terhidang, dari lepas subuh kami 
menyediakannya, sampai pukul 10, malam baru
dapat makan....


Siap ada satay lagi tu, 
yang di bakar menggunakan pemanggang Ajaib
AreIkan dari Syarikat Menang Glasswear


Satu-satunya menantu lelaki kakmah yang bertanggung jawab
membakar satay, guna dapur gas jeee..tak berasap pun,
tapi sataynya lebih sedap.


Ok selamat mengundi semua..
Buatlah pilihan dengan bijak.

Jumpa lagi,
Wassalam.