Assalamualaikum,
Sambil borak-borak dengan anak bongsu,
sambil dengar-dengar luahan hatinya,
Sambil nasihat-nasihat apa yang patut,
Besar juga cita-cita anak bongsu kakmah ni rupanya
dan sebesar mana cita-citanya
begitulah juga besarnya rintangan yang terpaksa
ditempuhinya, dalam mencapai cita-cita itu
Orang yang bijaksana,
orang yang dah berjaya selalu berkata,
tanpa rintangan, tanpa cabaran
pasti tidak ada kejayaan,
Kalau ada pun kejayaan itu tidak sehebat mana,
dan tidak akan begitu berkesan dihati.
lalu hadaplah cabaran itu dengan reda
dengan tabah demi cita-cita
demi kejayaan.
Sambil berborak, sambil bersembang,
tangan kakmah ni jalan juga,
menjalin benang-benang yang pelbagai warna,
ini juga cita-cita kakmah,
Untuk cita-cita yang tak seberapa ni pun
kadang-kadang ada juga rintangan
yang terpaksa kakmah hadapi.
Tapi Alhamdulillah,
dapat juga kakmah siapkan sebesar ini
untuk malam ni aja.
Pagi @ 3.45 dah, fuhhh..
Selamat malam @ pagi
Selamat tidur.
Jumpa Lagi,
Wassalam.
makin besar cita2 makin hebat rintangan tapi makin lumayan juga pulangannya nanti kan :D
ReplyDeleteAssalamualaikum,
Deletejulietchun, betul tu,
pendek kata apa saja yang kita buat sebelum betul2
berjaya mesti ada rintangan, cuma kadang2 tu dapat
diatasi dengan mudah, tidaklah terasa sangat dihati.
Ada tu terpaksa menghadapi rintanga yang besar,
sampai macam rasa tak termampu di hdapi lagi.
Ikut kemampuan sendiri.
Salam puan, saya nak tanya sikit, kat mana nak dapatkan jarum crochet yg saiz besar? dah puas saya cari tapi tak ada..dulu, selalu guna yg saiz besar untuk kait tali rafia buat itu ini..tua2 ni rasa nak mengait lah pulak.
ReplyDeleteWalaikumsallam,
DeleteCikgu Hani, nanti saya tengokkan kat kedai yang
saya selaalu beli alat mengait tu,
kalau ada nanti saya tolong belikan yee..
salam kenal! :)
ReplyDeletenape xbleh nak add friend ek. dia kuar mende ni
ReplyDeletehttp://asifbymagicbackgrounds.blogspot.com/
W,sallam,
Deleteyer ke? nanti kakmah cuba tengok..