Monday, 13 May 2013

Hadiah Hari Ibu

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dapat bersiaran lagi kakmah pada hari ini. Selamat bertugas buat rodong-rodong, rakan-rakan yang telah memulakan tugas, setelah berhujung minggu, terutamanya para-para ibu yang dah diraikan harinya semalam. 


Alhamdulillah ramai ibu-ibu yang diraikan oleh anak-anak mereka, suami-suami mereka sempena hari ibu semalam. Kakmah pun tak ketinggalan juga diraikan dalam satu majlis Resepsi Bonda yang diadakan di Hotel De' Palma, Ampang oleh anak dan menantu kakmah. Majlis makan-makan itu telah diserikan oleh tazkirah dan ceraman oleh Al Ustaz yang terkenal dengan rancangan 'Kalau Dah Jodohnya" di Astro Oasis, iaitu Ustaz Khazim bin Elias, yang didatangkan khusus oleh pihak Hotel De' Palma Ampang.


Lama dah tak bergambar ramai-ramai begini, anak beranak. Ini keluarga anak kakmah yang sulung, yang telah bersusah payah membawa kakmah ke majlis tersebut. Terima kasih Lonik, ini panggilan manja untuk anak sulung kakmah ni.


Alhamdulillah juga, kakmah telah menang hadiah vaucer dalam cabutan bertuah dan kuiz yang dijalankan sempena majlis tersebut. Hadiah Hari Ibu buat kakmah.Syukur Alhamdulillah.

Dan kini kakmah dah berada di rumah kakmah kembali, bersiaran dari rumah, dan sedang menanti sekarang ni tugas-tugas biasa yang mesti di lunaskan.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

9 comments:

  1. Selamat hari ibu. Seronok dengar ceramah ustaz kazim kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam,

      Selamat Hari Ibu julietchun,
      Memang seronok dengar ustaz khazim berceramah...

      Delete
  2. Selamat Hari Ibu kakmah..
    bertuah tu, dapat dengar Ustaz Khazim berceramah live ..majlis ilmu...majlis naungan malaikat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Doc.singgah kat kakmah nie...

      Delete
  3. Hi LipisLady, happy mother's day. ha ha, saya suka tengok that 1st pic. She's really cute. Apasal dia tengok macham garang tu?
    Nice pics you put up.
    Have a great week, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Uncle,
      Terima kasih datang sini,
      Haha...I pun suka tengok dia macam tu, sebab itulah i ambil gambar dia, ada colour problem plak dah...semua dah jadi pink hehe

      Delete
  4. Kak Mahhhh...! pekaba? sihat?

    Sambutan Hari Ibu Kak Mah yang sangat indah. Semoga terus bahagia, Kak Mah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Azie, Kakmah sihat-sihat aja,
      dah makin montel dah ni hah hehe...
      Terima kasih doakan kakmah..

      Delete