Saturday, 18 May 2013

Makanan Pencegah Kancer

Assalamualaikum,
Sallam Pagi Sabtu, Semuga semua blogger
yang setia mengunjungi kakmah
dan semua blogger diluar sana
sentiasa sihat dan sejahtera selalu.

Masa kakmah ronda-ronda online tadi kakmah terjumpa 
satu website tentang kesihatan. Kakmah tertarik dengan 
satu artikel atau gambar-gambar makanan yang selalu kita
makan, dan dipercayai boleh mencegah kanser jika
dimakan berterusan. memang kita memakannya tiap-
tiap hari

Ni kakmah kongsikan dengan kawan-kawan pula yee..


1. Buah epal ni banyak mengandungi flavonoids 
dan polyphenols yang boleh membantu menentang kanser.
 2. Asparagus, mengandungi selenium vitamin A dan C 
yang juga diantara elemen-elemen yang boleh menentang kanser.

 3. Avocado, juga kaya dengan vitamin, 
fiber dan asid folik can copper,
 4. Kunyit, selama ini dalam perubatan tradisional
 banyak menggunakan kunyit, tapi dalam perubatan 
moden juga ianya penting untuk membantu 
proses radiotrapy dan kimotrapy.


5. Brokoli mengandungi isothiocyanates 
yang membantu meningkatkan pertahanan 
badan melawan penyakit.
6.Kentang,  mengandungi Vitamin C 
dan memberi tenaga pada tubuh badan kita.
 7. Labu manis, sedap ni kalau buat pengat, 
kakmah suka, mengandungi alpha-carotene, 
antioxidant.

8. Kacang Merah, buat inti pau, 
fuhh..sedap..ianya mengandungi antioxident 
yang memelihara cell dari serangan redikal 
bebas yang menyebabkan kanser.


Baru-baru ni semasa menjaga kakak kakmah 
di hospital yang mengidap sakit kanser tahap 4,
ramai juga jiran-jiran dalam wad tu mengesyurkan
kakak kakmah makan buah durian belanda
rebus air daun durian belanda dan minum
airnya, tapi belum sempat nak cari bahan tersebut,
kakak dah pergi menghadap Ilahi.
Al Fatihah buat Kakak kakmah.
Semuga rohnya dicucuri rahmat dan 
ditempat bersama para solehah disana.


Jangan lupa jaga kesihatan kita.

Semuga jumpa lagi,
Wassalam.

2 comments:

  1. al-Fatihah buat kakak Kak Mah..moga Allah tempatkan rohnya dikalangan hamba2nya yg beriman dan diredhai...

    sebenarnya bahan pencegah tu bukanlah sukar dicari bahkan tidaklah mahal mana jika dibandingkan ngan kos pngubatannya, kan, cuma ya la kita ni namanya pun insan...sering terlupa dan leka...

    timekasih atas perkongsian ni kak Mah..buatkan saya teringat asparagus saya yg belum sempat dipublish...saya suka semua makanan diatas, labu dan kacang merah terutamanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Queenie,

      Terima kasih sedekahkan Al Fatihah buat kakak kakmah,
      Al fatihah juga buat kakak,
      betul kata Queenie tu, insan yang lemah ini sentiasa
      dalam keadaan lupa dan leka, dan cuma Allah yang tidak lupa untuk
      memberi dugaan dan peringatan kepada kita.

      Delete