Tuesday 31 May 2011

Berapa Jam Anda Berblog Setiap Hari?

Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2 yang sentiasa dekat dihati,
Selamat bertemu kembali setelah tiga hari
saya tidak memperdulikan blog
yang menjadi kesayangan saya ini.

Ini akibat dari kekangan waktu,
ditambah blogger yang tak habis2 problem,
dan internet yang slow giler.

Alhamdulillah hari ini segala-galanya dah nampak ok sikit.
berbalik kepada tajuk saya,
berapa jamkah anda berblog setiap hari?
Percaya atau tidak,
berblog ini sebenarnya memang berhantu.
kalau dah termula menghadap blog ni memang
boleh dikatakan sampai tak sedar makan minum.
Dimulakan dengan update blog,
lepas itu menjawab komen kawan-kawan,
membalas kunjungan kawan-kawan.
semua ini memakan masa yanag sangat panjang
ditambah pula kalau internet macam kura-kura
atau labi labi.

Saya percaya juga setelah selesai aktiviti
seperti yang saya sebutkan diatas,
pasti kita nak juga berjalan-jalan mencari blog
yang memaparkan entry yang menjadi kegemaran kita,
macam kat atas ni misalnya,
saya memang gemar mencari blog yang
memaparkan berbagai barangan kesihatan
tak kiralah dalam bentuk apa sekali pun,
bukan sekadar menjenguk dan menengok,
saya akan habiskan banyak masa untuk
membaca semua penerangan tentang produk.

Dalam tercari-cari kadang-kadang terserempak
pula dengan entry yang memaparkan majlis perkahwinan,
ini merupakan entry yang paling saya suka
apa lagi kalau dipaparkan sekali gambar-gambar
hantaran yang jelas, mulalah nak save gambar tesebut,
( Maaf kepada tuan blog yang pernah
saya save gambarnya, bukan untuk ulang
tayang cuma nak buat contoh.)

Tapi gambar sirih junjung yang kat atas ini saya buat sendiri,
tempahan dari kawan untuk majlis pertunangan
anaknya.

Dan kalau terjumpa blog yang memaparkan
kraftangan yang menarik seperti ini,
bukan saja saya akan melihat entry terkini
kalau boleh keseluruhan blog akan saya geledah,
bergituah taksubnya saya kepada kraftangan
yang berbentuk kreatif. Tapi jarang buat pun walaupun
banyak belajar. Anda pun ada habit macam saya ke?

Satu lagi, blog kek, cupcake
dan segala macam roti, puf akan saya terjah, tak cukup
sekali esok lusa saya akan terjah lagi. Semua ini
terlalu banyak memakan masa saya.

Satu lagi yang amat menarik perhatian saya ialah
blog yang memaparkan masakan
dengan gambar-gambar yang menarik,
blog-blog yang begini memang saya tak boleh tolak,
memang akan saya geledah habis-habisan.
ada juga resipi yang saya copy untuk dicuba
didapur saya.

Last sekali yang paling seronoknya bila berblog
tengah malam, ada pula kopi pekat secawan dan biskut
tawar satu bekas macam dalam gambar ni.
memang sedar tak sedar hari dah pukul 1 pagi.
hahaha.

Ok kalau dah baca entry ini sila ceritakan sedikit
macam mana anda menghabiskan masa
berblog anda untuk kita kongsikan.

***~~~~~***~~~~***~~~~***
Ucapan Tahniah,
Buat nojj yang mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang,
Peringkat UMP.
I Know You Deserve It.
Baca blognya di sini

Sekian Wassalam.

Friday 27 May 2011

Soalan-Soalan Yang Telah Dijawab Oleh Allah Didalam Al-Quran

Assalamualaikum,

Apabila ditimpa oleh musibah, atau kesusahan kita seri bertanya soalan seperti dibawah ini, yang memang telah pun sedia dijawab oleh Allah didalam Al-Quran :-

1. Mengapa Aku sering diuji?

Firman Allah, maksudnya: " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, ' kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta."
( Surah al-Ankabut: 2-3 )

2. Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan.

Firman Allah, maksudnya : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
( Surah al-Baqarah: 216 )

3. Kenapa aku diuji ujian seberat ini?

Firman Allah, maksudnya, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
( Surah al-Baqarah: 286 )

4. Bagaimana kan ku hadapi ujian ini?

Firman Allah, maksudnya, "Wahai orang yang beriman. Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (dimedan perjuangan) dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan,") (Surah Ali Imran:200)
Firman Allah lagi, maksudnya: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengarjakan sembahayang; dan sesungguhnya sembahayang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

5. Apa yang aku boleh dapat dari semua ini.

Firman Allah, maksudnya, "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka."
(Surah at-Taubah: 111)

Sumber: Solusi.

Sekian Wassalam.

Wednesday 25 May 2011

Apa Yang Penting Untuk Sebuah Blog.


Assalamualaikum,

Blog satu ketika dulu hanyalah sebuah dairy, online dairy untuk kegunaan sendiri, untuk mencatatkan peristiwa2 penting untuk menyimpan gambar penting sipenulis. Saya masih ingat lagi pertama kali saya kenal blog ialah semasa saya menyertai laman sosial Myspace. Ada ruang untuk kita menulis blog disitu, ada juga ruang untuk rakan-rakan kita meninggalkan komen mereka.

Masa itu saya memang langsung tak reti macam mana nak tulis blog, mengakibatkan ruangan blog saya terbiar kosong. Tapi bila saya dah mendapat ramai rakan, adalah seorang berdua yang memenafaat ruang blognya dengan menulis segala peristiwa yang dilaluinya. Dari situlah saya kenal blog.

Tapi semenjak saya kenal Blogger, saya rasa fungsi blog bukan sahaja untuk mencatatkan pengalaman, malah lebih dari itu ada yang mengambil peluang untuk menjadikan blog sebagai medium untuk menjana pendapatan. Alhamdulillah ada yang dah menjadi kaya hanya dengan berblog.

Kerana blog itu bukan lagi personal online dairi, jadi apakah yang penting untuk sebuah blog. Mestilah follower. Tanpa follower sunyilah blog, kita menulis pun seperti menulis untuk diri sendiri, baca sendiri dan syok sendiri. Blog yang ramai follower adalah blog yang paling berjaya walaupun isinya ringan-ringan dan santai sahaja. Dan blog yang berjaya boleh juga menjadi sebagai punca pendapatan sampingan, dengan berbagai iklan yang menjanjikan pendapatan.

Disamping Follower, komen dari pengunjung terhadap entry yang kita postkan juga penting untuk mendapatkan maklum balas dari pengunjung dan pembaca. Makin ramai penggunjung yang memberikan komen semakin rajin pula kita menghasilkan entry baru. Blog atau tulisan yang tanpa pengomen seolah-olah kita bercakap kepada diri sendiri. Walaupun ada yang berkata Aku menulis blog bukan untuk di baca dan dikomen oleh orang lain, habis tu untuk apa kita berblog, kalau sekadar nak buang masa menulis.

Saya sendiri pun banyak belajar berblog melalui kawan2 follower saya dengan cara membaca blog mereka dan mengambil contoh apa yang patut untuk memperbaiki blog saya. Terima kasih kepada semua Follower saya, pengomen, pengunjung dan sesiapa saja yang tersinggah di blog saya ini. Tanpa anda semua siapalah saya.

Sekian, Wassalam.


Tuesday 24 May 2011

Mini Kebun

Assalamualaikum,

Susahnya,
kalau nak buat cekodok
untuk makan dua orang pun,
kadang2 nak juga letak daun kucai,
barulah sedap sikit.
kena juga berlari kepasar, nak mintak
beli dua batang pasti tak
dapat.

Susah-susah sangat
saya pun berusaha mencari benih kucai,
dapatlah kat rumah kawan kakak,
tanpa malu2 saya pun mintak sikit untuk
tanam salam pasu sendiri.

Ni daun kucai saya yang berusia dua hari dalam
pasu barunya. Harap-harap dia membiak
dan segar dalam jagaan saya.

*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*

Begitu juga kalau nak buat masakan yang
memerlukan
beberapa tangkai daun kesom,
kena gak beli dipasar, seikat seringgit,
gunanya beberapa tangkai aja,
selebihnya kering dalam peti.

Tiga minggu lepas saya beli daun kesom,
guna sikit selebihnya saya rendam
dalam botol, Dah segar dan tumbuh akar,
saya pindahkan kedalam pasu ini.

Inilah hasilnya,
dah segar daun keson saya yang berusia
2 hari juga masa gambar ini diambil.


*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*~~~*


Daun pandan pun sama,
tiap kali nak guna pergi rumah akak,
ambil beberapa helai,
gunanya 2 helai, yang lainnya kering.

Minggu lepas pergi lagi rumah akak
ambil daun pandan.
Akhirnya dia campak dua batang
anak pandan yang dah ada akar.
"Ambik ni, tanam dalam pasu" kata akak.
Sebelum ni tak ada idea ke
nak tanam ni semua.
Tapi tak apa,
belum terlambat.

Pandan ni baru letakkan dalam pasu
setelah seminggu direndam dalam
baldi.

Semuga mereka ni semua subur,
dan tak payahlah lagi
saya nak membeli di pasar.

Banyak lagi akan menyusul.
InsayaAllah.

Sekian Wasalam.

Monday 23 May 2011

Resipi Sambal Jering

Assalamualaikum,

Sambal Jering,
apa istimewanya sampai ada
yang request
Resipi Sambal Jering,
hehe.


Ni saya close up kan gambar sambal jering
yang saya masak malam tadi.
Khas untuk adinda Gerhana Luka
yang request resipinya.

Terima kasih ye dik kerana menghargai
apa yang saya paparkan disini.

Kepada sesiapa yang nak cuba resipi saya
ni silakanlah yee, walaupun anda
dah ada resipi sendiri.

Ini Bahan utamanya.
Tambah dengan ni.

Dan ini.

Dan ada lagi yang terlupa nak
ambil gambar.

Ok, kita tengok resipinya.

Bahan-bahannya:-

1. 6 Keping jering yang besar, bersihkan dan potong jangan terlalu nipis.
2. 1 gengam ikan bilis
3. 1 ulas bawang besar sederhana
4. 5 atau 6 sudu cili kering, mesen sendiri punya
5. 1 sudu tempoyak yang masih manis bancuh dengan 1/2 cawan air.
6. 2 cawan air
7. 3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih mesin halus.
8. Garam dan gula secukup rasa
9. 1/2 cawan minyak kelapa.

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng jering sehingga masak dan garing sedikit dengan api yang sederhana. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng Ikan bilis sehingga separuh masak dan angkat.
3. Dengan minyak yang sama tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dimesin.
4. Masukkan cili mesin dan kacau hingga masak.
5. Masukkan tempoyak, jering dan ikan bilis, kacau rata.
6. Masukkan air, garam dan gula dan masak diatas api yang sederhana hingga jering betul2
empuk.
7. Apabila separuh pekat rasa garamnya, dan masukkan bawang besar yang telah dihiris.
8. Kacau hingga pekat dan angkat.
9. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba,

Sekian, Wassalam.

Sunday 22 May 2011

Coconut Shake.

Home Made Punya.



Assalamualaikum,

Kawan-kawan masak apa hari ni,
Dah ada idea nak masak ke belum,
atau hari ni nak makan kat luar aja,
Kalau belum ada idea nak masak
boleh juga try idea masak saya hari semalam.



Tengok ni, Masak lemak kuning ayam
dengan kentang, best gak, masak pedas sikit.



Ini plak taugeh kasar goreng
Favourate saya ni,



Tambah ngan sambal sambal jering,
apalah pinggan transparent,
buat malu betul.



Haa..siap ada ulam raja lagi,
cicah budulah tu apa lagi,
gambar budu lupa nak ambil.


Tak ada ikan goreng atau ayam goreng.
Banyak sangat dah lauk,
tak larat nak makan,
lagi pun membazir banyak sangat lauk,


Pembasuh mulut,
tak ada buat kuih untuk pembasuh mulut,
tapi saya ada buat Coconut Shake
Sedap, bolehlah buat pemanis mulut
lepas makan.
Nak cuba buat Coconut Shake sendiri,
kat bawah ada saya sediakan resipi,
silalah kalau sudi.


Bahan-bahannya:

1. 1 gelas air kelapa muda.
2. 3 sudu isi kelapa yang masih lembut.
3. 1/3 cawan susu cair F&N
4. 3 sudu gula dibancuh dengan sedikit air suam.
5. 1 scop ais krim vanilla ( atau ikut suka sendiri)
6. 1 setengah cawan ais cube.

Cara-Cara.

1. Masukkan kesemua bahan kedalam blender dan blend sehingga kesemua bahan hancur.
2. Masukkan 4/5 ketul ais cube kedalam gelas dan tuangkan coconut shake yang telah diblend.
3. Hiaskan dengan satu scop ais krim Vanilla.

Resipi menghasilkan lebih kurang dua gelas coconut shake.


Selamat mencuba.

TAKZIAH DAN AL-FATIHAH BUAT 13 ORANG MANGSA YANG TERKORBAN DALAM TRAGIDI TANAH RUNTUH RUMAH ANAK YATIM HULU LANGAT, SELANGOR.

Sekian, Wassalam

Sunday 15 May 2011

Kerabu Mangga Muda


Assalamualaikum,

Hari ini tak tau nak masak apa lagi,
banyak sangat kerja yang nak dibuat yang sedang
berlegar didalam kepala ni.
tapi satu pun tak mula lagi. Dari bangun
tidur tadi lagi sendi rasa ketat aja.
Banyak sangat tido kut,
maklumlah malam tadi tido awal
bangun pulak lewat.

Apa-apa pun yang dah pastinya
lepas siap entry ni saya nak buat bahulu.
Telor dah basuh, tepung dah ayak
tinggal pukul telur aja lagi.

Kepada yang tak pernah buat kerabu mangga
muda tu boleh tiru resipi simple saya ni,
kepada yang selalu buat tu boleh juga tengok
resipi saya ni, munkin lain sikit dengan resipi anda.
Saya punya mudah aja.

Ok Bahan-Bahannya ialah :

1. 1 biji mangga epal yang sederhana besarnya.(Mangga epal kurang masam)
2. 3 sudu ikan bilis yang telah ditumbuk
3. 6. ulas bawang merah.
4. 2 ulas cili merah
5. 5 ulas cili padi ( Boleh tambah banyak lagi kalau suka pedas)
6. Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara

1. Kupas dan cincang mangga muda.
2. Mayang bawang merah, cili merah dan cili padi.
3. Masukkan kesemuanya kedalam mangkuk termasuk ikan bilis yang telah dirumbuk tadi.
4. Masukkan garam dan gula mengikut sukatan dan keperluan masing2.
5. Sedia untuk dihidangkan.


Sekian Wassalam.

Tuesday 10 May 2011

Amalan Murah Rezki

Assalamualaikum,

Allah SWT memberikan jalan buat setiap hambanya untuk memperoleh rezki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan didunia dan akhirat. Kita juga sering diingatkan supaya sentiasa berusaha untukmencari rezki yang halal dan diredhai. Kita juga digalakkan berdoa untuk memurahkan rezki dan untuk dikasihani.

Selain itu kita juga dugalakkan agar sentiasa melakukan beberapa perkara yang boleh membantu membuka pintu rezki kita.

Antaranya :

1. Menyempatkan diri beribadah.
Allah tidak mensia-siakan pengabadian hambanya seperti firman Nya didalam hadis qudsi yang bermaksud :
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan Al Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakkan Istighfar
Sabda Nabi SAW:
"Barangsiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masaalahnya dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka." ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.

3. Tinggalkan Perbuatan Dosa.
Dosa bukan saja membuat hati resah malam menutup pintu rezki. Sabda Nabi SAW :
"...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat Tarmizi."

4. Sentiasa Ingat Allah.
Banyak mengingati Allah akan membuat hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman. Firmannya :
" (iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd : 28)

5. Berbakti dan Mendoakan Kedua Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar sesiapa ingin panjang umur dan ditambah rezkinya hendaklah berbakti kepada kedua ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda SAW juga bersabda: "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahgiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani. al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezki berdasarkan sabda Nabi SAW", "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezki (Allah) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat Baik dan Menolong Orang Yang Lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah mengembirakan dan meraikan orang tua,orang sakit, anak yatim dan fakir miskin juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi SAW:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah dikalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan Hajat Orang Lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri seperti sabda Nabi SAW:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranyamaka Allah akan menunaikan hajatnya..." ( Riwayat Muslim)

8. Banyak Berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu aa'lam

9. Buat Kebajikan Banyak-Banyak
Ibnu Abbas berkata:
" Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya pada hati, kemurahan rezki,kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezki dan makhluk lain mengutuknya." Ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , iaitu Allah limpahi hamba Nya dengan keluasan rezki dan rasa kaya dengan pemberian Nya.

10.Berpagi-Pagi
Menurut Rasulullah SAW berpagi-pagi ( memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat berjemah) adalah amalan yang baik.

Dan banyak lagi amalan-amalan untuk memurahkan rezki. InsyaAllah akan disambung nanti.

Sumber : Majalah MIDI

Sekian Wassalam.

Monday 9 May 2011

Kuih General Mahbob


Assalamualaikum,

Broadband Celcom hari ini mengecawakan betul,
pagi tadi cuba nak berinternet,
tapi line celcom bukan lagi lambat
malah tak ada line langsung.
nak buka internet pun tak boleh
maka tak berinternetlah saya
sampai ke pukul 4.00 tadi.

Ni baru betul2 boleh,
adalah line tapi slow gile,
sampai tahap boleh menaikkan darah.

Semalam dah janji nak bagi resipi
Kuih Jeneral Mahbob
kata En Zul macam kuih lompang
kata endiem dengan daddy ziyyad pulak
macam koleh kacang

Bukan, ini memang kuih tradisional Pahang
tak ramai yang tahu,
saya dapat resipi dalam majalah Perempuan
keluaran tahun 1994
dah 17 tahun weh betul2 tradisi
dimasak oleh chef Fiza sempena Pesta Malaysia

Cerita sikit macam mana kuih ni dapat nama,
bukan saya cerita yee,
tapi chef tu cerita

Ada seorang General orang putih masa
mereka memerentah Pahang
Dia suka sangat makan kuih ini sehingga mabuk
nak makan sokmo.
Lalu orang yang buatkan kuih ini
namakan dia
Kuih General Mabuk
Tak sedap sangat sebut mabuk
diubah jadi mahbub.

Apa2 pun ceritanya kita tengok resipinya
Memang sedap kuih ni.
Mudah menyediakannya.

Bahannya.

1. 5 biji telur ayam
2. 1 cawan santan pekat
3. 1 cawan gula putih
4. 3 sudu tepung beras
5. 1 cawan air
6. Sedikit pewarna kuning
7. 1 helai daun pandan
8. Sedikit mentega untuk disapukan kepada loyang.

Cara-Cara

1. Sapu loyang bulat berukuran 8 in dimeter dengan mentega.
2. Masak gula dengan secawan air tadi hingga hancur, masukkan daun pandan sekali,
sejukkan.
3. Goreng tepung beras hingga kuning dan sejukkan.
4. Bila air gula dan tepung dah sejuk, pecahkan telur dalam mangkuk ( jangan lupa basuh dulu telur) masukkan santan pekat dan air gula, kacau rata.
5. Masukkan tepung dan kacau lagi perlahan hingga sebati. Akhir sekali masukkan pewarna kuning kacau untuk ratakan.
6. Tapiskan adunan kedalam loyang dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
7. Setelah masak angkat dan sejukkan. Setelah potong hiaskan tahi minyak yang digoreng dengan sedikit garan diatasnya.

( Ha itulah yang nampak macam koleh kacang, sebenarnya warna kuih ni mestilah kuning,
tapi saya semalam tu pewarna kuning tu dah macam warna kelabu. bahaya betul pewarna tu)

Selamat mencubalah yee weh. Mudah aja.

Sekian Wassalam.



Sunday 8 May 2011

Ibu Jasamu Tiada Tandingannya.

Assalamualaikum,

Didadanya ada cinta
yang tak pernah pudar,
dihatinya ada sayang
yang tak pernah padam,
tanggungjawabnya
tak pernah dilupa.
mendidik, mengasuh, memanja.

Dia hanya ingin yang terbaik
untuk semua permata hatinya
ilmu dicurah agama diarah
penat lelahnya tidak pernah dihitung
cuma satu harapannya
apabila dewasa jadilah kita
insan yang berguna
untuk keluarga agama bangsa dan negara.

Itulah ibu
yang jasanya perlu dikenang
bukan sehari dalam setahun
tapi setiap saat setiap masa
selagi nafas yang dihela
belum tiba kenoktahnya.


Sekian wassalam.


Tuesday 3 May 2011

Nostlagia Daun Kesom dan Gulai Tempoyak Ayam.


Assalamualaikum,

Nak cerita sikit aja tentang daun kesom,
sebab kat bawah ada "Resipi gulai masam ayam
daun kesom". Kalau cerita banyak nanti
lambat nak sampai kebawah.

Sekitar tahun 70an,
masa tu saya baru kawin,
dok Sarikei Sarawak.
Tak ada kawan, tak ada saudara mara,
sebatang kara. Nak masak masakan Semenanjong
susah sikit, bahan susah dapat.

Satu hari pegi Belawai,
terjumpalah keladi semacam keladi kemahang,
punyalah terliur nak makan gulai masam
tempoyak keladi kemahang.
Orang situ kata keladi ni orang tak makan,
tapi saya nak juga,
tak kira, "kalau orang sini tak makan
saya makan" kata saya dalam hati.

Saya ambil sulurnya,
kalau buat gulai masam semangkuk
dapatlah. Cari tempoyak jumpalah,
tapi tak macam tempoyak yangmak saya buat.
Gila, masamnya tempoyak kat sana.
Tapi mak selalu buat gulai masam keladi letak
daun kesom. Puas cari daun kesom,
tanya sana tanya sini semua orang
tak kenal. Akhirnya buat ajalah yang mana ada.
Alhamdulillah tak gatal pun,
walaupun tak sesedap mana, bolehlah makan.
Makan sorang, orang lain semua
jeling2.
Tapi sekarang ni orang Sarawak pun dah
tanam daun kesom

Ini daun kesom.


Hari Minggu baru ni saya buat gulai masam
ayam dengan daun kesom. Kat bawah ada saya
kongsikan resipinya kepada yang sudi mencuba.
Tapi resipi ini untuk makan 2/3 orang aja
kalau nak lebih masak lebihlah hehe..


Bahan-bahannya.

1. 1 mangkuk ayam, isi dan tulangnya sekali.
2. 2 sudu penuh tempoyak, yang baik, masam dan masih manis
3. 10 ulas cili padi, lebih sikit untuk yang kuat pedas.
4. 8 hingga 10 tangkai daun kesom.
5. 1 keping asam gelugur.
6. 1/2 camca teh serbuk kunyit,atau 1/2 in. kunyit hidup.
7. 1 1/2 mangkuk air.
8. Secubit gula, atau ikut rasa sendiri.
9. Garam secukup rasa.

Cara.

1. Tumbuk cili hingga lumat, bersama kunyit sekali jika gunakan kunyit hidup.
2. Masukkan air kedalam periuk, masukkan tempoyak dan cili, kunyit yang telah ditumbuk.
Kacau dan masak kuah diatas api sehingga mendidih.
3. Bila telah mendidih, masukkan ayam, daun kesom, dan asam gelugur.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Masak sehingga ayam betul-betul empuk dan kuahnya pekat.
6. Rasa garamnya, dan angkat.
7. Hidangkan setelah disejukkan beberapa jam.

( Gulai masam yang telah disejukkan beberapa jam lebih sedap dimakan kerana semua
asam garamnya telah sebati dan kuahnya lebih pekat.)

Selamat mencuba.

Sekian Wassalam.