Assalamualaikum,
Broadband Celcom hari ini mengecawakan betul,
pagi tadi cuba nak berinternet,
tapi line celcom bukan lagi lambat
malah tak ada line langsung.
nak buka internet pun tak boleh
maka tak berinternetlah saya
sampai ke pukul 4.00 tadi.
Ni baru betul2 boleh,
adalah line tapi slow gile,
sampai tahap boleh menaikkan darah.
Semalam dah janji nak bagi resipi
Kuih Jeneral Mahbob
kata En Zul macam kuih lompang
kata endiem dengan daddy ziyyad pulak
macam koleh kacang
Bukan, ini memang kuih tradisional Pahang
tak ramai yang tahu,
saya dapat resipi dalam majalah Perempuan
keluaran tahun 1994
dah 17 tahun weh betul2 tradisi
dimasak oleh chef Fiza sempena Pesta Malaysia
Cerita sikit macam mana kuih ni dapat nama,
bukan saya cerita yee,
tapi chef tu cerita
Ada seorang General orang putih masa
mereka memerentah Pahang
Dia suka sangat makan kuih ini sehingga mabuk
nak makan sokmo.
Lalu orang yang buatkan kuih ini
namakan dia
Kuih General Mabuk
Tak sedap sangat sebut mabuk
diubah jadi mahbub.
Apa2 pun ceritanya kita tengok resipinya
Memang sedap kuih ni.
Mudah menyediakannya.
Bahannya.
1. 5 biji telur ayam
2. 1 cawan santan pekat
3. 1 cawan gula putih
4. 3 sudu tepung beras
5. 1 cawan air
6. Sedikit pewarna kuning
7. 1 helai daun pandan
8. Sedikit mentega untuk disapukan kepada loyang.
Cara-Cara
1. Sapu loyang bulat berukuran 8 in dimeter dengan mentega.
2. Masak gula dengan secawan air tadi hingga hancur, masukkan daun pandan sekali,
sejukkan.
3. Goreng tepung beras hingga kuning dan sejukkan.
4. Bila air gula dan tepung dah sejuk, pecahkan telur dalam mangkuk ( jangan lupa basuh dulu telur) masukkan santan pekat dan air gula, kacau rata.
5. Masukkan tepung dan kacau lagi perlahan hingga sebati. Akhir sekali masukkan pewarna kuning kacau untuk ratakan.
6. Tapiskan adunan kedalam loyang dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
7. Setelah masak angkat dan sejukkan. Setelah potong hiaskan tahi minyak yang digoreng dengan sedikit garan diatasnya.
( Ha itulah yang nampak macam koleh kacang, sebenarnya warna kuih ni mestilah kuning,
tapi saya semalam tu pewarna kuning tu dah macam warna kelabu. bahaya betul pewarna tu)
Selamat mencubalah yee weh. Mudah aja.
Sekian Wassalam.
Koleh tahi minyak?
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteermmm..konfirm sedap
kueh nih..nanti koi cari
di pekan sari temerloh
meti ada rasanya..
:)
kena buat.. ni dah ada resipi..
ReplyDeleteiaya ada iras2 kue kole..
ReplyDeletenak buat tahi minyak yg berat sikit tu... klau nak rasa kena pergi sana lah..kan
boleh cuba ni, nanti akak cilok resepi ye.akak pun pakai broadband yang sama, sengal gak.
ReplyDeletekoi dah salin dah resepi te, ingat nak buat, cuma memikirkan tahi minyak ni, tapi msti buat, sedap kuih ni...!TQ
ReplyDeleteNama general orang putih tu Mahbob? hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikuk,
ReplyDeleteCikgu Hani,
haha..koleh kacang dibuat dari tepung kacang hijau kan? saya tak pernah buat.
En Zul,
Yelah mesti ada, cuma selama ni kita tak tau namanya aja.
endiem,
Buat jangan tak buat weh.
Ibuintan,
kalau tak ada tahi minyak pun tak apa,
cuma lari sikit rasanya.
Kesilapan, ejaan kat atak tu sebenarnya Assalamualaikum,
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteCik Ina,
Bolah aja kalau sudi.
CekWa,
Tak ada tahi minyak pun tak apa Cekwa.
Daddy Ziyyad,
Hehe tak pasti plak, tak diterangkan sapa nama general tu.
sedapnye. nanti mak buat la ye. taknak buat sendiri. hehehe
ReplyDeletengape kaler kuning tu jadik gitu. bahye betul la
iskh celcom memang kekadang buat pedih ulu ati je
ReplyDeletelapo ni...
Nama kampung saya kat Melaka - Semabok. Diorang kata berasal dari perkataan "Sir Mabuk". Mat Salleh ni memang suka mabuk kat negara kita gamaknya.
ReplyDeletesalam kenal,
ReplyDelete1st time dtg dari blog cemomoi
tertarik pd tajuk lipis lady
pasai suami kita org sana :)
SALAM ZIARAH DAN KENAL..
ReplyDeleteni kueh kole kacang bkn jeneral mabuk!!!!
ReplyDelete