Friday, 27 May 2011

Soalan-Soalan Yang Telah Dijawab Oleh Allah Didalam Al-Quran

Assalamualaikum,

Apabila ditimpa oleh musibah, atau kesusahan kita seri bertanya soalan seperti dibawah ini, yang memang telah pun sedia dijawab oleh Allah didalam Al-Quran :-

1. Mengapa Aku sering diuji?

Firman Allah, maksudnya: " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, ' kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui yang manakah orang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta."
( Surah al-Ankabut: 2-3 )

2. Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan.

Firman Allah, maksudnya : " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
( Surah al-Baqarah: 216 )

3. Kenapa aku diuji ujian seberat ini?

Firman Allah, maksudnya, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
( Surah al-Baqarah: 286 )

4. Bagaimana kan ku hadapi ujian ini?

Firman Allah, maksudnya, "Wahai orang yang beriman. Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (dimedan perjuangan) dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan,") (Surah Ali Imran:200)
Firman Allah lagi, maksudnya: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengarjakan sembahayang; dan sesungguhnya sembahayang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

5. Apa yang aku boleh dapat dari semua ini.

Firman Allah, maksudnya, "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka."
(Surah at-Taubah: 111)

Sumber: Solusi.

Sekian Wassalam.

6 comments:

  1. bagus sessi soalan & jawapan ni...boleh dijadikan juga sebagai sumber motivasi

    ReplyDelete
  2. masih lagi kita nak persoal akan kebenarannya, pelik tul sikap makhluk bernama manusia ni, kann?

    ReplyDelete
  3. Kala tak ande ujian ande yang hanyut dek arus deras...

    ReplyDelete
  4. Lipis lady maaf cik ina tak meyinggah kat sini, tak tahulah lately ni blog cik ina ada problem, tengok tu semlam cik ina terpaksa tukar template yang cik ina dah buat sendiri tuk blog dapur tu. geram je ngan blogspot ni. nak wat cam manakan.

    ReplyDelete
  5. soal jawab yg memotivasikan diri... trima kasih berkongsinya

    ReplyDelete