Wednesday 12 December 2018

Kaswi Pandan

Assalamualaikum


Alhamdulillah,

Jumpa lagi kita di pagi minggu yang tenang dan membahgiakan ini. Semuga rakan-rakan blogger dan pengunjung setia Kak Mah berada didalam keadaan sejahtera selalu.

Hari ini hari minggu kan, ramai yang bersantai-santai saja dirumah bersama keluarga, masak-masak dan makan-makan sekeluarga. Menikmati masa yang berkualiti bersama keluarga setelah seminggu masing-masing bergelangang diluar mencari rezki dan menuntut ilmu.

Masak hari ni kan. Ohh, apa menu sahabat-sahabat semua hari ini. Tu kat atas Kak Mah ada satu idea untuk minum teh petang nanti. Kuih Kaswi Pandan. Sedap kuih ni untuk buat minum petang. Boleh cuba buat petang ni. Ni Kak mah kongsi resipinya ya.

Bahannya

2 cawan tepung gandum
Setengah cawan tepung beras
3/4 cawan tepung ubi
3/4 cawan gula
1 cawan santan
2 cawan air daun pandan yang dikisar dari 4 helai daun pandan dan tapiskan
1 cawan air biasa
3/4 sudu teh kapur sireh bancuh dengan 3 sudu makan air, dan tapiskan

Cara

1. Panaskan pengukus
2. Sediakan loyang berukuran 9.5 in atau 24 cm
3. Gaulkan kesemua tepung dan gula didalam besen.
4. Masukkan air biasa dan air pandan sekali gus dan kacau sebati
5. Masukkan santan dan kacau lagi hingga sebati.
6. Tapiskan kedalam bekas lain, jika ada biji-biji hancurkan dengan sudu didalam 
    bekas pertama dengan menggunakan bater yang telah dita[is, dan tapiskan kekali lagi
    hingga tuada berbiji lagi
7. Masukkan air kapur sirih dan kacau hingga rata sekali lagi.
8. Masukkan kedalam loyang ditapis sekali lagi.
9. Kukus selama 45 minit.
10. Bila masak, diangkat dan sejukkan baru di potong lalu gaulkan dengan kelapa parut yang
     telah digaul dengan garam.
11. Hidangkan untuk minum petang.


Jumpa lagi
Wassalam

Tuesday 27 November 2018

Apa Khabar

Assalamulaikum,
Rakan Blogger, pengunjung setia Blog Kak Mah, apa khabar semuanya.
Kak Mah alhamdulilah sihat-sihat aja, cuma sibuk sikit yang membuatkan Kak Mah tak berkesempatan nak update Blog kesayangan Kak Mah ini.

Diam tak diam dah sebulan setengah lebih Kak Mah menyepi, namun Kak Mah tengok, masih ada lagi yang mengunjung Kak Mah disini. Alhamdulillah, terima kasih semuanya. Kak Mah juga mohon maaf banyak-banyak kerana dah lama tak menghidangkan apa-apa cerita dan masakan untuk rakan-rakan semua, ini kerana Kak Mah sibuk sesangat.

Kak Mah sekarang ni menjadi pengasuh kepada dua orang baby abang Kak Mah buat sementara waktu, munkin sehingga penghujung bulan December 18 ini, untuk memberi laluan kepada mak mertua abang Kak Mah yang pergi memunaikan umrah dan berehat seketika. Itulah sebabnya Kak Mah menyepi.

Kak Mah sekarang ni berada dirumah abang Kak Mah, jadi dengan dua orang baby yang masing-masing berumur 11 bulan dan hampir dua tahun, Kak Mah menjadi amat sibuk disiang hari, dan sangat penat dimalam hari.

Sekarang ni dah hampir pukul 1 pagi, Kak Mah sedang berihat, sementara mata masih belum mengantuk inilah Kak Mah menulis sekadar bertanya khabar rakan-rakan semua. Semuga semuaya dalam lindungan Allah sentiasa.

Kak Mah rasa cukup setakat ini dulu buat kali ini, semuga kita berjumpa lagi dilain kali, salam mesra dari Kak Mah dan selamat berehat, dan semuga esok apabila anda semua bangun tidur ia akan menjadi hari yang terbaik dari hari-hari yang lalu.

Terima Kasih semua.

Jumpa Lagi,

Wassalam


Saturday 6 October 2018

Trip To Cameron Highlands

Assalamualaikum, Rakan Blogger, pengunjung setia Blog Kak Mah, semuga semuanya dalam situasi yang menyenangkan. Alhamdulillah, Kak Mah pun dalam keadaan yang sangat memuaskan.

Dua Minggu lepas Kak Mah berpeluang berlibur ke Cameron Highlands, ikut anak Kak Mah jalan-jalan. Cameron Highland ni satu tempat yang paling Kak Mah suka, sebab cuacanya yang sejuk. Selain itu ni hah,


Inilah yang paling Kak Mah suka.
Bunga Ros, besar-besar dan cantik. Tapi lawatan kali ini Kak Mah tengok 
bunga ros nya tak berapa cantik, terlampau sihat macam mabuk baja pun ada.


Tapi sempat jugalah kak mah snap jambak ros oren ini, dalam gambar ni tak berapa cantik,
 tapi kalau tengok kat luar memang cantik sangat.


Pejalanan dari tempat kak mah ini cuma memakan masa lebih kurang dua jam sahaja. Kalau nak tidur disana pun boleh, nak pergi balik hari pun boleh. Tapi kak mah lebih suka tidur sana, dapat melawat banyak tempat dan boleh berlama-lama sikit.


Ini diantara tempat favourate Kak Mah.
Kaktus, kaktus, kaktus......

 Ladang Teh Bahrat


Wawww...besarnya, tapi harga tak mampu milik pulak,
akhirnya kak mah pulang dengan dengan kaktus yang berharga
RM2 sepasu, hehe. taklah kecewa sangat. Didik-didik nanti dia besarlah

Ni pun memadailah,

Inilah bentunya salah satu pokok kaktus yang kak mah beli tu 
kalau dah terlalu besar,
Cantik sungguh.

Kalau nak bermalam pula, boleh bermalam disini. Dorm ini namanya, 
Hikers Sleep Port 
berada di Tanah Rata Berhadapan dengan Stesyen Bas Tanah Rata.
 Ada beberapa kedai makan pelbagai disitu. Kalau perlukan transport juga disediakan 
dengan bayaran tertentu. dan beberapa minit sahaja untuk sampai ke Stesyen 
MARDI jika berjalan kaki.

Kalau nak makan Steam Boat, haa makan disini, bayar sekali, makan 
kenyang, boleh tambah berkali-kali. Kedai ini berada di kawasan
perumahan Prima Tanah Rata, 

Makanlah apa saja, dari daging haiwan darat hingga lautan.
Sayur-sayuran segar hingga buah-buahan.


Ini Tauke Dorm Hikers Sleep Port. Makan malam di Highland Steamboat
Cheese Grill Kak Mah dan anak Kak Mah dia yang belanja, RM 38
saja seorang. Tapi ruginya Kak Mah tak makan sea food. Alergic, huhu.


Kalau nak masuk ke stesyen Mardi ni dikenakan bayaran sebanyak
RM 5 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak berumur dibawah 13 tahun.


Di MARDI


Di MARDI.

Kak Mah ada juga pergi ke Kea Farm, atau Kea Market, pusat membeli
belah sayur-sayuran segar dan bunga-bungaan di Brinchang, tapi terlupa
pulak nak ambil gambar, sibuk membeli belah hehe.

Semuga Jumpa Lagi.

Wassalam




Saturday 15 September 2018

Kari Ayam Tanpa Santan


Assalamualaikum,

Sallam sejahtera semua sahabat blogger Kak Mah dan sahabat pengunjung setia Blog Kak Mah yang di hormati. Kak Mah dah beberapa hari buat Kari ni, dan memang berhajat nak upload kat sini, cuma sangkut sikit sebab Laptop kak Mah sakit perut dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Adalah juga seminggu dia berada di hospital. Itulah sebabnya hari ini seawal pukul 3 pagi kak Mah dah ready untuk memulakan tugas memblog, hehe.



Ni Kak Mah nak tunjuk cara kak mah buat Kari ayam tanpa santan, versi Kak Mah sendiri. Bukan nak mengajar yer cuma nak kongsi aja macam mana caranya Kak Mah buat. Allah, siapalah Kak Mah nak mengajar pulak, Kak Mah ni tukang masak bukan, Chef pun bukan, hehe, cuma Kak Mah ni suka masak. Orang perempuan memang suka masak kan. Itu normal yer.



Ok Ini bahan pertama, Bawang, Bawang putih, Halia, Serai  kalau ada lengkuas lagi bagus. Kak Mah ni tak ada lengkuas, guna ajalah apa yang ada.


Haaa...ni rempah tumis, kulit kayu manis, rempah ketumbar, bunga lawang, asam gelugur, kalau ada jintan lagi bagus, tak kiralah jintan manis ke atau jintan putih, dan kalau ada daun kari nanti campak kan aja sekali kedalam kuali yang dah dipanaskan minyaknya bersama-sama rempah yang lain tu.


Jangan lupa pula ayamnya, dan sebiji dua kentang yang dikupas dan potong wages. Basuh bersih-bersih ayam dan kentang tu siap-siap



Oppsss...rempah karinya, kak mah pakai rempah kari Adabi, kekadang pakai juga Babas, ikut mana adalah, kalau nak pedas tambahkan sedikit cili kisar. Kak mah kisar sendiri cili banyak-banyak sekali dan simpan dalam peti ais. Bahagian beku macam ikan dan ayam, untuk elakkan dari basi dan berlendir.


Ok, Jom kita masak.
Panaskan minyak dalam kuali dulu, satu cawan bolehlah



Campak rempah tumis dan segala yang ada


Tuangkan bahan yang di kisar


Kacau dulu sampa jadi macam ni, kering airnya dan garing sikit


Bancuh rempah dengan cili


Rempah campur cili kisar


Masukkan kedalam kuali


Masukkan sedikit gula perang kacau sampai pekat dan nampak garing.


Baru masukkan ayam, dan kacau hingga sebati


Macam ini


Masukkan secawan air, tunggu hingga mendidih, kecilkan api dan tutup kuali dua puluh minit supaya keluar air manis dari ayam. Buka tutup kuali dan tambah secawan air lagi untuk kuah, tapi kali ini tambah air panas. Masak secara reneh sehingg dapat kepekatan kuah yang di inginkan, Jangan lupa masukkan garam,



Dah masak 


Ajak kawan makan tengahari sambil selfie sedap juga.

Jumpa Lagi

Wassalam.

Monday 20 August 2018

Durian dan Rambutan

Assalamualaikum,

Sallam sejahtera dan selamat pagi, rakan-rakan blogger, pengunjung blog Kak Mah yang setia.
Alhamdulillah, bersua kembali kita di arena Blo Lipislady ini. Alhamdulillah Kak Mah pun dah rasa segar sikit pagi ini.

Oh yer, sahabat-sahabat semua, Kak Mah sebenarnya baru saja sembuh dari demam dan batuk. Lebih dua minggu Kak Mah mengalami demam, walaupun tak berapa teruk tapi berpanjangan dan boleh dikatakan menganggu jugalah aktiviti harian Kak Mah.

Bukan demam yang Kak Mah nak ceritakan disini, sebab demam Kak Mah pun dah sembuh sepenuhnya, batuk pun dah sembuh, cuma yang tinggalnya penyakit biasa Kak Mah sajalah yang merisaukan Kak Mah ni. Kerana penyakit ini Kak Mah terpaksa dikejarkan ke hospital waktu maghrib dan merasa jugalah Kak Mah berehat di bilik kecemasan beberapa jam sebelum di benarkan oleh doktor pulang kerumah lewat tengah malam itu.

Penyakitnya tak lain tak bukan ialah penyakit darah tinggi dan kencing manis. Penyakit ini memang popular sangat dikalangan kita sekarang ini tak kira peringkat umur, jantina dan status kehidupan. Bila Kak Mah berada di hospital untuk rawatan, kebanyakan pesakit yang datang mendapatkan rawatan adalah pesakit darah tinggi dan kencing manis.

Kadang-kadang timbul juga pertanyaan di hati Kak Mah, apakah yang menyebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi ini begitu menular. Orang muda seawal usia tiga puluhan pun dah mula menghidap kencing manis dan darah tinggi. Apakah gula penyebab kencing manis, tapi suatu waktu dulu seingat Kak Mah mak mak sedara, bapak sedara Kak Mah memang hantu gula, hantu nasi. Mereka minum kopi 'O' atau teh 'O' hamapir 5 atau 6 kali sehari. Tapi tak ada pun menghidap kencing manis. Mereka makan nasi pun 4 kali sehari. Setip kali makan nasi minumannya adalah kopi 'O' atau teh 'O'. Tapi itu sajalah makanan mereka, padi yang ditanam sendiri, diproses sendiri, lauk ikan sungai yang sentiasa fresh, sayur yang di petik dari kebun sendiri atau pucuk paku yang di petik sendiri ditepi sungai, atau pucuk kangkung yang di petik sendiri ditepi kolan. Atau sayur nangka, nenas, pucuk ubi yang di tanam sendiri di sekeliling rumah. Telur ayam atau itik yang di pelihara sendiri, daging ayam dan itik yang di pelihara sendiri yang lepas bebas disekitar rumah sendiri, makanannnya adalah padi, atau hampas sekam yang di proses sendiri. Kak Mah pasti inilah yang menjadikan mereka sihat, tanpa sebarang penyakit dan panjang umur.

Berbalik kepada demam Kak Mah tadi, Kak Mah sebenarnya mendapat rasa punca yang menyebab kan Kak Mah demam dan batuk mendadak. Dan setelah Kak Mah membuat sedikit penyelidikan, Kak Mah yakin cara pemakananlah yang banyak mempengaruhi kesihatan kita. Flash Back semula, terlanjur waktu itu musim durian, rambutan, manggis, dan Kak Mah memang dibesarkan dalam suasana buah-buahan jadi semua itu mengundang selera untuk menikmatinya. Biasa Kak Mah kalau makan durian Kak Mah hadkan cuma 3 ulas sahaja, tapi kalau masih belum puas Kak Mah akan tambah lagi seulas menjadikannya 4 ulas. Tapi kalau Kak Mah makan durian, Kak Mah makan durian saja, tidak akan menjamah buah-buahan yang lain sehingga esok harinya.

Tapi malam Kak Mah mula demam, Kak Mah munkin tersilap makan, sebab malam tu Kak Mah buat santan durian mentah untuk menjadi lauk nasi, kerana tidak ramai yang suka makan santan durian dengan nasi semua yang lebih itu Kak Mah habiskan. Owwahh.. Disamping Santan durian Kak Mah ada juga lauk ikan masin dan sambal. Berpeluhlah juga Kak Mah menghabiskannya dan kebiasaannya kak Mah tak pernah makan nasi lebih secawan, malam tu Kak Mah makan bertambah.
Selesai makan nasi kami hadap pula buah rambutan manggis dan sebagainya. Pagi esoknya Kak Mah sakit tekak yang teramat sangat. Dan bermulalah episod sakit tekak, demam dan batuk juga bermulalah episoh kunjungan ke klinik 1M, hospital, klinik dan farmasi.

Alhamdulillah setelah sepuluh hari, hari ini Kak Mah dah kembali sihat.

Kesimpulannya, You Are What You Eat itu adalah benar.

Nasihat Kak Mah berhati hatilah musim buah ni, kalau nak makan buah jangan dicampur-campur, makan satu satu dalam satu masa, kerana itu boleh mengundang ketidakselesaan perut dan tubuh, silap-silap dapat sakit. Lebih lebih lagi kepada orang-orang yang menghidap penyakit macam Kak Mah ni, dan terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor.

Semuga Jumpa Lagi, Sallam Aidil Adha buat semua.

Wassalam,



Tuesday 24 July 2018

Jom Buat Baju Kurung

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, jika tiada aral, jika diizinkan Allah kak Mah nak tunjukkan step by step cara-cara nak buat baju kurung khas untuk pengunjung dan pembaca setia blog Kak Mah ini, sebagai terima kasih Kak Mah terhadap anda yang setia memberi sokongan kepada keberlangsungannya blog Kak Mah ini. Serious, tepi Kak Mah akan buat secara berperingkat-peringkat supaya mudah untuk anda pelajari. Disamping hanya membaca dan melihat, jika anda serious hendak belajar, mana tau tahun depan anda boleh pakai baju kurung yang dijahit sendiri oleh anda, maka anda salinlah setiap penerangan dan rajah yang Kak Mah paparkan nanti.
Untuk hari ini, sebagai pengenalan Kak Mah paparkan dulu cara Kak Mah menggunting baju Kak Mah sendiri.

Ok. Pagi ni seawal pukul 9.00 pagi Kak Mah dah siap mengunting sepasang baju kurung, bukan baju kurung orang tempah, cuma baju kurung Kak Mah sendiri aja. Raya puasa baru ni Kak Mah tak buat baju baru, memandangkan Kak Mah tak ada masa nak menjahit kerana memberi tumpuan kepada membuat makanan untuk di jual di bazar ramadhan. Puasa tahun ni juga pertama kali Kak Mah menolak untuk menjahit baju kawan-kawan di sebabkan sangat teruja nak berniaga makanan. 

Kain ni sebenarnya Kak Mah dah beli lama dah, raya puasa tahun 2017 lagi sewaktu kunjungan Kak Mah ke Sarawak. Beli di Serikin, sempadan antara Sarawak dengan Kalimantan. Memang Serikin syurga membeli belah tak kira perempuan mau pun lelaki, mau pun kanak-kanak. Selain harga 
murah terlalu banyak pilihan untuk di perbuat bandingan dari kedai ke kedai yang hanya bersebelahan. Bezanya pun tak banyak, cuma satu ringgit atau dua ringgit sahaja.


Tengoklah cara Kak Mah mengukur, Kak mah kurang menggunakan tali pengukur kerana dah terbiasa mengukur menggunakan kain sendiri yang telah sesuai di pakai. Cuma kalau menjahit baju tempahan Kak Mah akan ukur badan pelanggan atau Kak Mah akan minta baju dia yang paling sepadan untuk di buat ukuran

Begini saja cara Kak Mah mengukur. Letak aja kain pengukur setepat-tepatnya dan gunting.
Inn Shaa Allah semuanya akan menjadi.

Untuk memasuki bidang jahitan pakaian anda perlukan beberapa perkara ini

1. Semestinyalah sebuah mesen jahit. Jika masih tidak pasti nak beli mesen jahit anda masih boleh menjahit menggunakan tangan sahaja. Baju kurung yang dijahit tangan adalah lebih mahal harga upahnya.

2. Disamping mesen jahit biasa anda perlukan juga mesen jahit tepi untuk mengelim tepi kain yang telah di gunting supaya tidak mudah tanggal benangnya. Jika anda tiada mesen jahit tepi, boleh aja di jahit tepi di kedai jahit, upah untuk sepasang baju kurung hanya sekitar rm3 atau rm4. Untuk baju yang dijahit tangan, kain tidak perlu di jahit tepi.

3. Kain, gunting dan benang jangan dilupakan. Kalau pertama kali nak menggunting beli kain chek, atau kain yang koton yang keras, harga semeter sekitar rm3.50 atau rm3.80. Kain ini keras dan mudah hendak digunting

4. Tali pengukur, pembaris lurus, pembaris bengkok separuh dan pembaris bengkok juga diperlukan. penetas benang dan jarum peniti juga perlu. Zip kain 8 inchi dan getah kain juga butang baju kurung.

Bila semuanya dah lengkap, barulah boleh mula mengenali mesen jahit, bagi yang pertama kali nak memegang mesen, bagi yang dah boleh mengendalikan mesen jahit bolehlah mula mengukur badan atau baju pengukur.

Nanti di entry akan datang dibawah tajuk MARI MENJAHIT Kak Mah akan buat sedikit pengenalan kepada mesen jahit. Kalau berminat selalu-selalulah berkunjung ke Blog Kak Mah ini supaya anda tidak ketinggalan kelas menjahit baju kurung kita.

Jangan lupa entry mengenai jahitan baju kurung ini akan Kak Mah letakkan dibawah tajuk 
MARI MENJAHIT

Sekian dulu untuk kali ini. Semuga jumpa lagi
Sallam hormat dari Kak Mah.

Wassalam.


Trip To Kuantan. Perasmian Pejabat PITKM Cawangan Negeri Pahang


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, trip kali ini bukan trip biasa, bukan juga trip mesyuarat. Tapi trip kali ini adalah trip yang sungguh bermakna bagi kami ahli-ahli Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Cawangan Negeri Pahang. Pasti sahabat semua sudah tahu apa yang Kak Mah maksudkan. Melihat pada gambar yang dibawah ini yang sudah jelas tertera apa yang Kak Mah maksudkan.

Memang hari inilah yang ditunggu-tunggu oleh kami semua ahli PITKM, singkatan kepada Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia. Hari perasmian Pejabat Negeri yang baru saja beroperasi beberapa bulan yang lalu.



Tak sabar dah rasanya nak bergambar dengan YAB MB dan YB Dato Melati
Pengerusi PITKM Cawangan negeri Pahang.
Bergambar dengan gambar aja, YH Dato Pengerusi terlalu sibuk.

Ini team Kak Mah dari Kuala Lipis, bergambar bersama MB Negeri Pahang yang baru di lantik selepas pilihanraya bulan Mei yang lalu, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Wan Rosdi bin Wan Ismail, yang juga merupakan orang Kuala Lipis. Alhamdulillah.
Bangunan dua tingkat yang terletak di Lorong Sri Fajar, Gambang merupakan pejabat impian Yang Hormat Dato' Hjh Melati bt Ali, Pengerusi PITKM cayangan Pahang yang juga merupakan Pengerusi PITKM Peringkat Kebangsaan. Impian tersebut telah disempurnakan sendiri oleh YAB Menteri Besar sebelum beliau dilantik menjadi Menteri Besar lagi.


YAB MB Pahang sedang memotong Pulut Kuning sempena perasmian di sertai oleh YH Dato' Melati Ali. Sayang Kak Mah tak dapat nak ambil gambar pulut, kerana terlambat sikit. YAB sudah dahulu dikerumuni orang.


YAB MB Pahang semasa memberi ucapan sempena Perasmian.


Sebahgian tetamu terdiri dari Ibu Tunggal yang datang dari semua daerah di negeri Pahang.


Sebahgian tetamu terdiri dari bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) seluruh pahang yang sehingga kini masih menyambung tugas murni dalam Pertubuhan Ibu Tunggal, walaupun tubuh sudah udzur dan tenaga sudah tidak seberapa. Syabas Dato' dan Datin dan Puan-Puan yang masih sudi menjadi pembimbing kami. Inilah pengerobanan mereka yang sangat di kagumi dan sanjungi.


Kumpulan nasyid dari PITKM Parlimen Kuantan mengetuai selawat dan nyanyian lagu Negaraku dan Ku Reda Sendiri yang merupakan lagi resmi PITKM.

Majlis yang bermula pukul 11.00 pagi berakhir pada pukul 1.00 tengahari. Alhamdulillah selepas ini semua ahli PITKM boleh menarik nafas lega kerana pejabat baru dah beroperasi sepenuhnya dengan menempatkan juga seorang Setiausaha Kerja untuk memudahkan semua AJK dan ahli PITKM dari seluruh Pahang yang ingin berurusan disini.

Sekian Salam Hormat dari Kak Mah untuk anda pembaca semua.

Semuga Jumap Lagi
Wassalam.

Sunday 1 July 2018

Susu Badam dan Kurma

 Assalamualaikum,

Sallam Subuh,
Sallam Shawal...

Rakan-rakan semua, dah habis puasa ganti ke, dah habis puasa 6 ke. Kak Mah belum lagi, masih berbaki beberapa hari lagi. Hari Kak Mah kena check darah, Kak Mah tak larat nak puasa sebab kena berpuasa dari pukul 10 malam, tak boleh makan sahur, sebab pukul 8 atau 9 pagi dah nak kena cucuk untuk check darah.Inn Shaa Allah sebelum habis Shawal habislah puasa ganti dan puasa 6 Kak Mah tu.



Pagi ni Kak Mah sebelum memulakan hari, Kak Mah minun Susu Badam. Subhanallah Susu Badam ni banyak khasiatnya dan sedap pula rasanya. Untuk kawan-kawn yang masih berpuasa tu boleh cuba buat Susu Badam dan Kurma untuk mendapatkan tenaga tambahan sikit.

Mudah aja nak buatnya

Sediakan 50 biji badam, rendam selama 12 jam
Air sebanyak 500 ml
Kurma 5 ulas
secubit garm

Basuh kan badam yang dah direndam selama 12 jam bersih-bersih, tuskan
Masukkan dalam pengisar, masukkan sekali kurma yang dah di basuh dan dibuang bijinya
Masukan air dan garam.
Kisar hingga halus, boleh tambah kurma kalau mau rasa manis sikit
Boleh juga tambah sikit madu.
Boleh di kisar sama ada dengan air panas atau sejuk,
ikut selera sendidi.
Kak Mah suka susu suam.
Selepas dikiar perlu di tapis dengan penapis kain seperti tapis teh di kedai
untuk susu yang bersih dan tidak berhabuk.
Sedia di munum.


Ni sebagai hiasan je, Nasi Gorang Petai kak Mah buat beberapa hari yg lepas.
 Lama Kak Mah tak makan petai. Baru cuba setelh sekian lama. Sebenarnya Kak Mah 
kurang dah nak makan petai ni,tapi jarang-jarang sekali tu terliur juga.
Tak dapat nak berhenti terus.


Ok lah semuga jumpa lagi

Sallam sayang dari kak mah.

Wassalam.