Wednesday, 12 December 2018

Kaswi Pandan

Assalamualaikum


Alhamdulillah,

Jumpa lagi kita di pagi minggu yang tenang dan membahgiakan ini. Semuga rakan-rakan blogger dan pengunjung setia Kak Mah berada didalam keadaan sejahtera selalu.

Hari ini hari minggu kan, ramai yang bersantai-santai saja dirumah bersama keluarga, masak-masak dan makan-makan sekeluarga. Menikmati masa yang berkualiti bersama keluarga setelah seminggu masing-masing bergelangang diluar mencari rezki dan menuntut ilmu.

Masak hari ni kan. Ohh, apa menu sahabat-sahabat semua hari ini. Tu kat atas Kak Mah ada satu idea untuk minum teh petang nanti. Kuih Kaswi Pandan. Sedap kuih ni untuk buat minum petang. Boleh cuba buat petang ni. Ni Kak mah kongsi resipinya ya.

Bahannya

2 cawan tepung gandum
Setengah cawan tepung beras
3/4 cawan tepung ubi
3/4 cawan gula
1 cawan santan
2 cawan air daun pandan yang dikisar dari 4 helai daun pandan dan tapiskan
1 cawan air biasa
3/4 sudu teh kapur sireh bancuh dengan 3 sudu makan air, dan tapiskan

Cara

1. Panaskan pengukus
2. Sediakan loyang berukuran 9.5 in atau 24 cm
3. Gaulkan kesemua tepung dan gula didalam besen.
4. Masukkan air biasa dan air pandan sekali gus dan kacau sebati
5. Masukkan santan dan kacau lagi hingga sebati.
6. Tapiskan kedalam bekas lain, jika ada biji-biji hancurkan dengan sudu didalam 
    bekas pertama dengan menggunakan bater yang telah dita[is, dan tapiskan kekali lagi
    hingga tuada berbiji lagi
7. Masukkan air kapur sirih dan kacau hingga rata sekali lagi.
8. Masukkan kedalam loyang ditapis sekali lagi.
9. Kukus selama 45 minit.
10. Bila masak, diangkat dan sejukkan baru di potong lalu gaulkan dengan kelapa parut yang
     telah digaul dengan garam.
11. Hidangkan untuk minum petang.


Jumpa lagi
Wassalam

1 comment:

  1. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan..done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete