Saturday 29 May 2010

Trip ke Kenong Dibatalkan.


Assalamualaikum.
Sifu mengajar anak murid macam mana mengukur senjata.

Sepatutnya malam nih keh dan keluarga, dari sini dan keluarga dari Sarawak dah bermalam di Taman Rimba Kenong untuk Grand Family Gathering. Tetapi keadaan tidak mengizinkan pulak.

Bermacam-macam halangan yang datang, ada yang tak dapat cuti, ada yang sakit perut dan bermacam-macam halangan lagi, yang membuatkan kami semua sepakat Grand Family Gathering ini terpaksa dibatalkan.

Tapi untuk tidak menghampakan keluarga yang datang dari jauh kami menganjurkan juga gathering kecil-kecilan tapi cukup memuaskan sebab gathering kali ini khas untuk membincangkan tentang senjata dan silat yang menjadi minat kedua belah pihak.


Tengok ajalah gambo diatas nih, itulah senjata yang menjadi kebanggaan tuan rumah tempat komeh berkumpul malam semalam. Apa lagi bila dah bertemu dan berborok pulak tentang minat yang sama, tak sedo jam dah menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Tengok juga piring dan cawan yang dah hampir kosong, mana taknya, lepas minum, minum, lepas makan, makan, namun perbincangan kedua pihak semakin rancak.


Nih dah pukul 1.30 pagi, tapi sorang pun tak nampak mengantuk lagi.
Pukul 2.30 pagi baru komeh semua bersurai untuk tido.

Sekian Wassalam.

Wednesday 26 May 2010

Berita Sensasi

Assalamualaikum,

Kerayan keh menengok tajuk2 berita dalam Harian Metro hari ini,

1. Cucu intai nenek mandi,
Sapa suruh mandi bogel, bukankah kita dilarang mandi berbogel, malaikat rahmat tak akan mendekati kita kalau kita mandi berbogel. Habis barang kemas dan duit nenek di bawak lari cucu.

2. Pelajar Belasah Guru Bertubi-tubi
Masa keh sekoloh dulu, murid2 paling hormat guru, komeh semua dipesan siap2 oleh mok bapok, jangan derhaka kepada guru, sebab darjat guru terlalu tinggi waima pun dia hanya mengajar satu Bissmillah. Pengorbanan guru amat besar, mereka dengan ikhlas mengajar sehingga kadang-kadang terpaksa mengetepikan kepentingan sendiri.

3. Tiga Polis Peras Ugut,
Harapkan pagar, pagar makan padi, Macam mana dunia nak aman, kalau orang yang diamanahkan untuk menjaga kesejahteraaan sejagat itu sendiri yang pecah amanah.

4. Potong Sayur Atas Lantai,
Habat, lepas tu bagi orang makan...kita pulak tak usul perikas, tak jenguk2 kedapur, terus aja makan....kesian pelanggan yang seikhlasnya nak mengisi perut dan membayar makanannya tapi diberi makanan yang kotor.

5. 15 Tahun Kerja Tak Bergaji,
Popalih, tujuan orang kerja nok kan gaji, tapi majikan ini tak tau menghargai usaha orang lain untuk memajukan dia. Ada juga orang macam itu yee..

6. Bapa Ratah Tubuh Anak Lumpuh.
Astaghfirullahhaladzim, sebak rasanya dada mengenangkan nasib anak yang tak berdaya, tak berupaya yang menjadi mangsa ayah sendiri.

Kesimpulannya, kembalilah kejalan Allah, semuga terhindar segala peristiwa diatas.

Sekian Wassalam

Tuesday 25 May 2010

Tentang Ana

Assalamualaikum,

Serious sikit entry kali ini. Keh terpanggil untuk bercerita tentang seorang sahabat yang telah lama tak bersua dan bila bersua semula keh jadi teringat kenangan silam bersamanya.

Kira-kira 25 tahun yang lalu keh ada seorang sahabat yang bernama Ana ( bukan nama sebenar ). Keh kenal Ana semata-mata kerana komeh hidup berjiran, menyewa rumah atau pun bilik2 disatu kawasan perumahan di pinggir bandar lepih. Ana seorang surirumah sepenuh masa, begitu juga keh. Sebenarnya walaupun komeh hidup berjiran selang sebuah rumah, tapi komeh jarang berjumpa dan bersembang. Tapi kami saling mengenali antara satu sama lain dan antara penyewa yang paling akrab hubungannya.

Apa yang menarik tentang Ana ialah sikapnya yang sangat menjaga sahsiah keluarga dan keturunannya. Keh rasa perancangan sebelum mendirikan rumahtangga, matlamat hidup yang tepat dan sempurna itulah yang membuatkan Ana suami isteri menjalani kehidupan yang kalau orang lain melihatnya mereka akan menganggap terlampau terkongkong oleh peraturan.Tapi bagi Ana sendiri itulah yang terbaik untuk keluarganya.

Ana walaupun pemegang Ijazah dalam bidang perakaunan, tapi dia memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa, menjaga kebajikan suami dan anaknya. Masa keh kenal Ana dia hanya mempunyai seorang anak yang berusia 3 tahun. Suaminya seorang pegawai bank.

Walaupun kedudukan mereka kalau diukur dari segi pekerjaan suaminya, mereka boleh digolongkan kedalam golongan orang yang berada, tetapi mereka lebih selesa menyewa di kawasan perumahan golongan kelas sederhana dengan kadar sewa rumah Rm 100 hingga Rm 150 sahaja pada masa itu. Begitu juga dengan kenderaan, rata2 kesemua kakitangan kerajaan mempunyai motorsikal sendiri jika tidak berkereta, tetapi suami Ana lebih selesa berjalan kaki berbekalkan sekaki payung kepejabat yang terletak lebih kurang satu setengah Km dari kawasan perumahan kami.

Kehidupan mereka yang zuhud menimbulkan tandatanya dan ada juga cemuhan dari jiran2 dan rakan sekeliling. Tapi itu tidak pernah mengubah perancangan yang mereka atur sedari awal lagi. Dari segi berbelanja, Ana tidak boros dan tidak pernah membeli selain dari apa yang diperlukan. Ana tidak pernah kepasar untuk membeli stok barang2 keperluan walaupun selepas mendapat gaji terutamanya barang2 basah untuk disimpan didalam peti sejuk. Dia lebih selesa membeli dari tauke cina yang menjual sayur dengan lori yang tiap2 hari akan datang kekawasan perumahan kami.

Memerhatikan Ana membeli keperluan dapur dari daging, ayam, ikan, sayur, cili, kunyit,serai dan apa saja yang diperlukannya, dia seorang yang amat teliti dan mementingkan mutu. Untuk membeli beberapa ulas cili padi misalnya Ana akan mengambil nya ulas demi ulas sambil membeleknya untuk memastikan ianya menepati kualiti yang dikehendakinya. Begitu juga dengan barangan lainnya, Ana cuma membeli secukup keperluan sehari itu saja.Contoh jika pada hari itu dia hanya memerlukan 2 kepak ayam, dia akan meminta tauke cina itu memotong hanya kepak sahaja tanpa mengambil bahagian lain.

Dalam pergaulan seharian dengan jiran-jiran Ana cukup menjaga tutur kata dan kelakuannya. Tidak pernah dia menyinggung perasaan dan hati jiran2nya, tetapi dia paling cepat menghulurkan bantuan kalau diperlukan. Keadaan ini juga diterapkan kepada anak lelakinya yang baru berumur 3 tahun lebih itu yang sentiasa mengalah dengan kanak2 lainnya.

Ketepatan masa juga menjadi pedoman Ana untuk menjalani kehidupan yang berkualiti ini. Sepanjang keh mengenalinya dia, tak pernah keh nampak dia mengkhianati masa yang diberikan Allah kepadanya, tindakan dan pergerakannya sentiasa tepat waktu dan masanya terutamanya dalam menjadualkan anak lelakinya.

Apabila keh berpindah semula kekampung meninggalkan Ana dikawasan perumahan itu keh masih dapat mengikuti perkembangan keluarganya melalui anak perempuan keh yang sebaya dan sekelas dengan anak lelakinya. Anak lelaki Ana adalah murid yang paling cemerlang yang tidak pernah mendapat nombor lebih dari satu didalam kelas yang teratas itu. Sehinggalah anak Ana dan anak keh memasuki tingkatan 1, mereka berpisah disebabkan anak Ana yang kami panggil Boboi itu terpilih memasuki sekolah berasrama penuh, keh dan Ana terpisah terus. Terakhir yang keh dengar suami Ana telah berpindah ke Kuantan.

Sehinggalah pada suatu hari beberapa tahun yang lalu keh bersua dengan Ana kembali secara kebetulan bila Ana balik kekampung suaminya. Cerita yang paling keh gembira bila Ana memberitahu dia sekarang telah mempunyai 3 orang anak yang jarak umur masing-masing tujuh tahun dengan anak kedua seorang perempuan dan ketiga lelaki lagi.
Anak sulungnya baru saja menghabiskan PHD diluar negara.


Ana sempat juga menceritakan kepada keh pemergian anaknya keluar negara ditaja penuh oleh syarikat tempat dia bekerja sebelumnya. Tidak lupa juga dia menceritakan beberapa tahun selepas kami berpisah suaminya telah membeli sebuah kereta sederhana secara tunai, diikuti dengan sebuah rumah bunglow juga sederhana di sekitar kuantan secara tunai. "Tinggal nok naik haji aja lagi, hajat nok pegi satu keluarga" bisik Ana pada keh mengakhiri pertemuan pada hari itu. " InsyaAllah" itu aja yang termampu keh jawab.

Moral : Kepada adik2, anak2 yang belum berkahwinan tetapkanlah matlamat perkahwinan dan ikutlah perancangan yang tepat, supaya kejayaan mengiringi rumahtangga anda.

Sekian Wassalam.

Saturday 22 May 2010

Thursday 20 May 2010

Pantang Sekerat

Assalamualaikum,

Petang tadi keh baca majalah Al Islam keluaran bulan Mei 2010. Diantara tajuk yang sangat menarik perhatian keh ialah tentang ayam goreng. Fuhh..sedak kala masa lapo-lapo dapat seketul ayam goreng, ratoh tengoh panas2 tu, orang lalu sebeloh belakang grenti tak sedo.
Tapi ini bukan cerita yang sebeno yang keh nok ceritakan. Alah ayam goreng mana2 pun boleh dapat, keh sendiri selalu goreng ayam, tapi keh tak makan sangat.

Cerita sebenonya ialah tentang mengapa bila kita makan ayam goreng, tepong goreng ayam tu rangup popalih, dah sejuk pun masih rangup seolah-olah tak masuk angin atau lemau langsung.

Menurut seorang pembantu chef dari sebuah restoren terkemuka , ayam yang rangup sangat tu digoreng dengan minyak yang dah dicampur dengan lemok babi, yang didatangkan ke negara kita nih dalam bentuk mentega. mana restoren hok ada chef atau pekerja melayu tu deme tak syak langsunglah yang mentega yang deme letok dalam minyak untuk menggoreng ayam ke, ikan ke, udang ke tu adalah sebenonya lemok babi sebab dah dibagi tau itu adalah mentega.

Itulah sebabnya juga kala keropok atau makanan ringan yang kita beli dikedai terutama yang dikeluarkan oleh orang yang bukan islam memang terlebih rangup, terlebih lemok dan mana hok yang sepatutnya cepat basi tu tak basi-wasi walaupun dah expired. Semua tu menurut chef yang
dah pun berhenti kerja sebagai chef tu digoreng dengan minyak yang dicampur dengan mentega babi, atau pun diantara bahan untuk membuatnya adalah mentega babi.

Faktanya, makanan yang dicampur mentega babi lambat rosak disebabkan bakteria babi yang kuat dapat menyokong bakteria lain didalam makanan tersebut untuk terus hidup, yang mana kehadiran bakteria yang kuat membuatkan makanan lambat rosak dan lambat berkulat.

Cara untuk mengesan kehadiran mentega babi didalam makanan terutama makanan ringan, rasanya adalah seakan-akan kelat sikit bila kita makan. Nih agoknya menjadi bahan dalam maknan ringan untuk kanak-kanak dan makanan segera, wallahualam. Sebab itu agoknya orang sekarang ni perangai pelik2 belaka. Gone weh boleh percaya ke dok, sama-samalah kita menilainya.

Berhati-hatilah kita supaya tak pantang sekerat, daging nya tak makan, tapi lemoknya kita makan habis.

Sekian Wassalam.

Wednesday 19 May 2010

Berita Basi Yang Masih Segar

Assalamualaikum,

Dua tiga hari yang lepas En Yassin bergadoh ke kehabisan
bekalan gula di Jerantut. Keh simpati juge ke deme di Jerantut,.
Mesti tawo air kopi atau air teh deme.

Semalam pulok keh masa keh nok balik kerumoh,
keh belek2 surat kabo dekat kedai mamak, terbacalah
berita dua orang pekedai runcit di Kuala Terengganu
ditangkap kerana menyorokan sebanyak lebih 50 tan
gula. Melampa bete deme tuh, mat nye nok buat menda
dengan gula sebanyok tu, ke deme tuh hari-hari nok
mandi air gula. Kurang manis agoknya senyuman deme tuh...
sebab tu kena mandi air gula hari2...

Beberapa minggu yang lalu juge keh ada nampok penjual
kelapa dari Kelantan bawok lebih kuranag 10 beg yang
mengandungi 10 kampit ( 10 kg ) gula dalam lorinya.
Keh tanya dia mengapa banyok sangat beli gula, kata dia
dia menega kedai makan. Amboih, menega beso bete
dia, sampai 100 kg gula seminggu, sebab keh tengok
2 kali seminggu dia hangkut 10 beg gula dari Lepih ke
Kelantan. Patutlah Lepih juga dah berangsur-angsur
kurang gula, nampo gaya tak manislah dah senyuman
keh. Bukan sebab keh tak dapat minum air gula tapi
sebab keh tak dapat nok nega air, gula tak ada.

Patut dah nih pihak berkuasa perdagangan selongkor
mana-mana stor yang lama tak diselongkor, pasti
jumpa lebih banyok gula yang disimpan dek deme.

Wallahhualam.

Sekian, Wassalam.

Tuesday 18 May 2010

Busuk

Assalamualaikum,

Tengok tu tong sampoh bapok besonya, macam gerabok
keretapi panjangnya tapi sampoh tetap campok keluor juga.
Inilah yang dikatakan sikap. Bukan apa , keh selalu lalu
kat situ, tak daya busok, geli nengok ulat berguet.
Itu je..

Sekian, Wassalam

Monday 17 May 2010

Jumpa FBI DiTV 3.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat juga keh online tengahari ni, 2/3 hari lepas bz sangat,
tambaham pulak komputer buat hal sikit. Tambah lagi asik pegi
balik ke kolumpo. Pegi subuh balik lepas Isyak, penatlah sikit.

Bermula hari Khamis lepas keh pegi kolumpo bawak rombongan Ibu2
Tunggal pergi TV 3, untuk turut serta rakaman rancangan
'Tanyalah Ustaz' kelolaan Ustaz Roslan Muhammad.


Tapi sebelum tu komeh pegi dulu ke Putrajaya, tak sempat
kemana pun sebab tak cukup masa, cuma dapat bergambo disini
aja, depan Masjid Putrajaya. Masuk Masjid pun sekejap aja.
Tepat pukul 2 komeh dah ada di Tv 3, solat dulu, lepas tu makan,
seterusnya masuk bilik rakaman pukul 4.00 petang.

Tak melepaskan peluang, selesai rakaman komeh bergambo dengan ustaz
Roslan.

Nih dah kepenatan ronda-ronda dalam Tv 3,
bergambolh kat depan pintu masuk sambil
menunggu hujan sidang.

Masa nok turun lif dari tingkat 3 keh jumpa artis nih,
Jasmin Hamid, artis yang keh minat jugalah, apa lagi,
bergambolah weh, buat kenangan.

Aww...masa nok masuk bilik rakaman jumpa pulok sijejaka
handsome ni. Dj popular seMalaya, sapa tak kenal Faizal
bin Ismail, atau nama glamernya di Hot Fm FBI.
Suruh kak Yam amik gambo, macam superimpose jee...

Nih keh amik gambo kak Yam pulok, cam candid
pulok dah...

Sebenarnya ramai lagi personaliti yang komeh jumpa,
cuma tak berkesempatan nak merakamkan gambar
kenangan, maklum mereka tu kesuntukan masa
untuk melayam komeh.

Sekian Wassalam.

Wednesday 12 May 2010

Sup Bontot

Assalamualaikum,


Ada orang pernah rasa ke sup ni, sup bontot lembu?

Hehehe..sebenornya sup ekor, tapi deme nih tak reti menterjemah,
ada ke tail jadi bontot, tak taulah kut2 betul2 bontot lembu, atau saja
untok tujuan promosi, wallahhualam...

Yang pastinya jangan banyok sangat makan mi maggi,
(apa pun mi segera yang dalam kampit begini dipanggil maggi, begitulah popularnya maggi )
nanti lemoh badan.

Sekian Wassalam.

Tuesday 11 May 2010

Best Punya

Assalamualaikum,

Sedak tak nampok rendang nih,
Inilah namanya " Rendang Ayam Lipislady" resipinya keh cipta sendiri.
Rasanya, pasti menjilat jari punya. Boleh makan dengan nasik, pulut atau pun lemang.
Resipi keh tak sediakan disini, sebab kesuntukan masa.
Kala ada sesapa nok resipinya sila email ke keh
Percuma aja, tak perlu berbayo.

Sekian wassalam.

Sunday 9 May 2010

Alhamdulillah.


Assalamualaikum,

Tadi lepas buat entri yang kat bawah tu keh rasa lapo sesangat, rasa nok makan menda manis aja, nok turun beli kuih malas, lalu keh masok air buat kopi satu jag. Abislah dua cawan keh minum dengan tujuh lapan keping biskut tawor macam dalam gambo kat bawah tu.



Selesa minum ada bunyi orang ketuk pintu, pas tu buka pintu, dan beri salam.
tengok2 ada dua orang budak tu bawak bek plastik satu seorang sambil sengih2.
keh malas pedulilah, dah biasa deme tu datang waktu begitu kala hari ahad.


Tah menda bunyi sebok deme dua orang tu, bila toleh belakang tengok ada menda ini.
Kek hadiah Hari Ibu kata deme. Siap terhidang macam dalam gambo. Bukan satu weh, tapi dua.Keh pun apa lagi, My Favourate....amik gambo dan segera memotongnya. Makanlah kome bertiga sehingga tunggal macam kat bawah tu hah...Alhamdulillah...



Hadiah ini adalah pemberian dua beradik ni hah...
Nojag, Kak Long dan Kak Eppy jangan jelous yee...

Adik dan Nurul..

Sekian, Terima kasih.

Membalas Jasa Ibu.

Ini ajalah gambo yang sempat keh snap masa mesyuarat tadi,
Puan Pengerusi tengoh berucap, tu pun muka dia tak nampok.

Assalamualaikum,

Alamak tertinggal keretapilah pulak. Pukul berapa dah nih, oppsss...dah pukul 4.39 petang. Cepatnyalah masa berlalu. Pagi tadi bangun pukul 6 pagi. Sebelum tu tidur pukul 4.30 pagi. Buat apa tidur lewat sangat tu? no no no..bukan bertenet yee...tapi membuat persiapan terakhir untuk mesyuarat hari ini yang bermula pukul 8.00 pagi tadi dengan Pendaftaran Ahli, seterusnya Majlis Perasmian, dan kemuncaknya Mesyuarat Agung. (Tak sempat nak snap gambo, bz sesangat). Alhamdulillah, tepat pukul 2.00 petang semuanya selesai dengan jayanya.

Mesyuarat tadi semuanya bersangkutan dengan ibu yee...dari ibu untuk ibu, "Mesyuarat Agung Pertubuhan Ibu Tunggal Daerah Lipis" yang mana pertubuhan ini ditubuhkan semata-mata untuk membela nasib ibu-ibu tunggal yang ditinggalkan suami, bercerai dan kematian suami. Pertubuhan ini mendapat sokongan penuh berbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian, Jabatan Agama Islam, Pejabat Daerah dan Tanah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, sekadar beberapa nama, orang perseorangan dan sudah pastinya wakil2 rakyad dan Ahli Parlimen Lipis yang juga penaung Pertubuhan ini.

Semuanya ini sebagai mengenang, menghargai dan membalas jasa ibu, terutamanya ibu2 yang berkorban membesarkan anak2 mereka bersendirian.

Lari topik sikit, sepatutnya entri ini dah dipos kan tengah malam tadi, tapi kerana kesuntukan masa, baru ini dapat ditaip. Itu pasallah lari sikit dari topik asal.

Kembali kepada topik asal. Membalas jasa ibu. Mengikut pandangan keh dan apa yang keh rasa, sebagai seorang ibu.

Sebagai anak2 tidak perlulah mereka bersusah payah untuk membalas jasa ibunya ini dengan membelikan jambangan bunga, atau makan2 ditempat yang special,atau membelikan keh hadiah2 yang mahal2. (Tapi kalau beli tu keh ambil dengan gembira sekali). Kalau mereka tidak mengucapkan Selamat Hari Ibu pun tak mengapa, keh tak berkecil hati.

Bagi keh cukuplah hanya sekadar mereka sedar siapakah mereka di bumi Allah ini, apa peranan mereka dan mengapa mereka dilahirkan, Sudah tentu untuk menjadi muslimin dan muslimat yang sejati. Apabila ini sudah terlaksana sudah pasti mereka akan tahu bagai mana untuk membalas jasa ibu mereka. Kerana bagi keh setiap hari itu adalah hari yang istimewa bagi seorang ibu seperti keh ini.

Walaupun entri ini dah ketinggalan keretapi, tapi untuk mengakhiri entri ini keh ucapkanlah "Selamat Hari Ibu" juga buat semua wanita yang dah bergelar ibu, bakal2 ibu, semoga pengorbanan anda semua di beri ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT. Amin.

Sekian Wassalam.

Friday 7 May 2010

Hadiah Buat Ibu

Assalamualaikum,

Sempena hari ibu yang akan diraikan pada hari Ahad ni, marilah kita fikir-fiirkan apakah hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada seorang ibu yang jasanya tidak dapat dihitung besarnya, dalam membesarkan dan mendidik anak-anaknya.

Jawapan dari sudut pandangan seorang anak, seorang suami dan ibu sendiri.

Diantaranya :

1. Memberikan ibu sejambak bunga yang harum berserta nota yang memuji ibu, berterima kasih, dan menceritakan jasa-jasanya terhadap anda dan seluruh keluarga.

2. Mengundang ibu untuk makan malam ditempat yang istimewa, dengan hidangan makanan yang digemari oleh ibu.

3. Membawa ibu pergi melancung ke tempat-tempat menarik bersama anak-anak.

4. Berkumpul dirumah ibu sambil mengadakan jamuan doa selamat.

5. Menghadiahkan ibu dengan barangan yang berharga seperti barangan kemas dan pakaian yang mahal.

6. Bertanya ibu apakah benda yang dihajatinya sepanjang hayatnya yang masih belum tercapai dan berusaha untuk mendapatkannya sebagai hadiah kepada ibu.

Jika anda ada apa-apa lagi jawapan yang lebih baik sila catitkan didalam komen anda.

Keh sendiri sebagai anak dan ibu ada jawapan tersendiri yang akan keh catatkan didalam entri seterusnya.

Sekian Wassalam.

Thursday 6 May 2010

Keh Tak Sihat Ari Nih.


Assalamualaikum,

Ari nih keh rasa macam tak sihat aja, pepagi lagi tadi keh dah rasa mengantuk. Munkin akibat dah beberapa malam tido lewat. Bukan kerana bertenet yee. tapi kerana ni hah, tengok kat bawah tuh. Tuh pembantu keh Puan Asmah namanya, tapi komeh panggil dia Mak Temah aja.
Tengoklah apa ada kat atas meja depan dia tu, tu baru sikit aja, ada banyok lagi yang perlu komeh siapkan.Ini dah clear sikit dah, tu pun sebab pagi tadi ada orang nok datang, malu juga meja bersepah, keh sembunyikan dalam kotak, balik orang tu keh keluorkan semula.



Oh yee, pagi tadi keh sarapan 7 keping biskut aja dengan secawan air milo, perut lapo gila, tapi apakan daya student keh tu tak boleh tinggal, kala tinggal goyang kakilah deme, tak tau menda nok buat. Terpaksalah keh berlapo. Patut pun badan rasa lemoh aja yek...Sehari-hari ni keh rasa sakit kepala dan pening, badan pulok layu dan longlai aja.


Keh rasa macam nok berehat aja macam ni hah, tapi apakan daya rezki perlu di kejo, kala tak dia lari ketangan orang lain. Nok tak nik, daya tak daya kenalah keh beredar sekarang untuk tugas seterusnya.

Sekian, Wassalam.






Assalamua

OOpppssss

Assalamualaikum,

Sistem keh dah mendetect ada orang folo dua kali, keh tengoh menahan lori bawok hadioh kerumah dia untuk dipulangkan kembali kepada keh, kerana dia tak layak menerima hadioh.

Penuh selori weh hadioh tuh, tak pe...keh akan bawok hadioh tu ke peraduan akan datang. Jangan lupa follow blog keh untuk mendapatkan hadioh yang dah keh ambik semula tu.

Walau bagaimana pun award yang kecil kat bawah tu tetap milik dia.

Sekian, Wassalam.

Tu Dia Orangnya.

Assalamualaikum,

Iyahhhh....Tu dia, sudah datang P. Ramlee ku, Follower keh yang ke 100.

Datang kemari mencari Salomanya yang hilang...
Tapi Salomanya tak ada penganti yee..


Inilah dia BLOGGER ZULKBO atau Zulkifle Othman yang produktif, innovatif, dan creatif, keh selalu masuk blognya yang penuh dengan informasi yang berguna, tazkirah yang membina, ada juga humor yang menghiburkan hati. kadang-kadang tak sempat nok komen biasalah tenet yang slow, cuma sesekali aja dapat komen.


TAHNIAH EN. ZUL

Terimalah award saya yang tak seberapa ini dan kopipaste kan ke blog anda dan jangan lupa linkkan kepada saya kembali yee...


Sekian, Terima Kasih.

Wassalam.

Siapakah Dia..


Assalamualaikum,

Keh sekarang ni tengah tunggu follower yang ke 100, ada something istimewa untuk dia...
Siapakah gerangan sidia itu,lelakilah atau perempuan, Mini ke, Midi ke atau Maxi macam keh.
yang pastinya keh teruja sangat dah nok memberi sesuatu kepada sidia yang bertuah itu.. Sama-samalah kita tunggukan yee.

Sekian Wassalam

Tuesday 4 May 2010

Elakkan 7 Perkara Selepas Makan

Assalamualaikum,

Kalau nak kekal sihat elakkanlah 7 perkara ini selepas makan.

1. JANGAN MEROKOK - Kajian daripada pakar-pakar kesihatan mendapati bahawa sebatang rokok yang dihisap sebaik sahaja selesai makan bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok dan meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru.

2. JANGAN MAKAN BUAH - Jangan makan buah sebaik sahaja selesai makan kerana ia akan menyebabkan perut kita buncit kerana kandungan air berlebihan. Jika mahu makan buah, makanlah sebelaum makan atau pun 1/2 jam selepas makan.


MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

3. JANGAN MINUM TEH - Daun teh mengandungi asid yang tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung dalam makanan yang kita makan menjadi keras sehingga sukar untuk dihadamkan.

4. JANGAN LONGARKAN TALI PINGGANG - Melonggarkan tali pinggang sebaik selesai makan boleh menyebabkan usus terbelit dan terhalang.

BUAH BAIK UNTUK KESIHATAN, TAPI AWAS BOLEH
MEMUDARATKAN JIKA DIMAKAN SEMBARANGAN.

5. JANGAN MANDI - Mandi sebaik selesai makan boleh menyebabkan peningkatan aliran darah pada tangan, kaki dan badan hingga menyebabkan aliran darah disekeliling perut menurun . Ini menyebabkan sistem penghadaman menjadi lemah.

6. JANGAN BANYAK BERJALAN - Ada nasihat menyarankan supaya anda berjalan hingga seratus tapak sebaik selesai makan. Ini dalah tidak benar kerana berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap zat daripada makanan yang dimakan.

KALAU LEPAS MAKAN MESTI MENGANTUK

7. JANGAN TIDUR - Tidur sebaik selesai makan akan menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan elok. Ini akan menyebabkan gastrik dan jangkitan pada usus.

Sama-samalah kita fikirkan.

Sekian, Wassalam


Sunday 2 May 2010

Family Gathering

Assalamualaikum,

Tengahari semalam Emin bagi tau malam ni Pak nak belanja makan secara besar-besaran. 'Nama mok ada dalam senarai ke', keh tanya emin, manalah tau kot2 keh dah terkeluar dalam senarai, maklumlah masa dah terlalu lama berlalu. ' Ada, jangan bimbang '. Kata Emin. sedak rasa hati, maklumlah dah lama kami tak mengadakan family gathering, makan-makan. Lebih-lebih lagi semalam semua anggota keluarga keh yang ada cuma beberapa orang tu semua nya ada balik. Last kami berkumpul bersama 3 bulan yang lepas, tu pun Lonik tak ada, tak dapat balik sebab tak ada cuti. Lagipun keh sendiri dalan keadaan tak sihat.

Keh bak makan-makan nih tak pernah tolak sebenarnya, apala lagi kalau apak budak2 yang undang. Keh buat muka tak malu aja turut serta walaupun ada mata-mata yang pelik memandang. Malam tadi komeh betul2 makan besar, macam-macam menu ada tapi malaslah nak snap takut nanti ada pulak orang yang jelous. Pendek kata malam tadi komeh semua melantoklah sampai kekenyangan memasing. Terima kasih Pak kerana belanja komeh makan.

Lepas makan komeh satu family begambo ramai-ramai depan pintu gerbang nok masuk ke lobby Rest House bukit Residen. Situlah tempat komeh makan semalam. makanan boleh tahan sedak, sesuai untuk makan sekeluarga. Kebetulan semalam cuti, ramai yang datang bawak keluarga makan kat situ sampai tukang masak tak menang tangan. Ramai yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan makanan. Nasiblah kami dah tempah awal-awal. Sesampai aja kami makanan dah sedia terhidang. Kesian, ada yang menunggu sampai sejam pun belum dapat makanan mereka.


Part yang paling teruja dalam majlis semalam ialah part bila Pak sambil sengih-sengih menyelok kocek seluarnya serta mengeluarkan beberapa keping sampul macam dalam gambar kat atas tu. Wah laba nampok Pak, setiap seorang dari komeh mendapat satu sampul macam sampul duit raya yang biasanya komeh semua dapat pagi raya aja. Nok tau berapa keping biru yang keh dapat semalam. Oppsss..Rahsia weh, tak boleh bagi tau sebab setiap seorang angkanya berbeza mengikut umur kata Pak. Pastinya kehlah yang mendapat paling banyak keping, sebab keh yang paling tua...Adik, mok dah tau dah berapa aok dapat, kantoi...Pendek kata majlis semalam sangat meriah, cuma majlis semalam pun kehadiran tak cukup seorang kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.


Kata orang puas-puas suka dapat duka. Yee, hari ini pula keh berduka, rasa sedih sangat oleh sebab budak tecit yang kat atas tu dah balik ikut mummy dan daddy dia ke Kuantan. Dah hampir dua bulan setengah keh membela dia, rasa macam dah terlalu sayang sangat, maklumlah dia pun manja sangat dengan keh. Tapi keh terpaksa akur sebab mummy dan daddy dia lebih berhak keatas dia. Lagipun didikan ibu bapa dengan didikan nenek nih berlainan sikit.


Sejak mummy dan daddy dia balik malam sabtu lepas, nampok ceria betul dia, tak henti-henti dia ketawa walaupun dilanda selsema sikit-sikit. Selama ini keh tengok walaupun budak tecit ni ketawa tapi ada riak2 sedih dan kecewa dihatinya, sesekali tersasul bertanyakan mummy dia. Walaupun sedih dan rindu, dia tetap pasrah dan sabar menghadapi nya, sehingga kalau pepagi keh menghantarnya ke Taska dia tetap senyum bila bersalam dengan keh dan babai keh, walaupun jelas memek mukanya dia nak menangis.


Petang ni nenek dia pulaklah yang menangis, bukan kerana tidak rela berpisah dengan dia, tapi menangis disebab gembira kerana kesabaran budak tecik ni dah berbalas, kerana penantiannya dah berakhir, kerana akhirnya dia pulang juga kepangkuan mummy dan daddynya yang selama ini dirinduinya. Dan menangis kerana doa hambanya yang kerdil lagi lemah ini akhirnya dikabulkan ALLAH jua.

Sekian, Wassalam.

Saturday 1 May 2010

Ustazah Suruh Anak Murid Buka Tudung

Assalamualaikum,

Semalam seorang ibu kepada pelajar sebuah sekolah menengah merungut dengan keh, katanya seorang ustazah disekolah tempat anaknya belajar memaksa semua pelajar perempuan membuka tudungnya untuk membolehkan dia melihat rambut semua pelajar tersebut.

Tak pasti pulak apa sebenarnya tujuan ustazah tersebut berbuat demikian, melihat satu persatu kepala dan lehir anak muridnya sambil memberikan komen terhadap rambut dan lehir mereka yang terlibat. Dan tak pasti pulak diamana dia melakukan perbuatan itu. Kalau didepan pelajar lelaki, haru sungguhlah...

Yang pastinya murid tersebut anak kepada ibu yang merungut dengan keh tu ada memakai sepasang subang emas, lalu ustazah tersebut memaksanya menanggalkan subangnya dan tidak membenarkan dia memakai subang tersebut lagi.

Seorang kawannya pula yang rambutnya secara semulajadi kelihatan keperang-perangan disoal bertalu2 samada dia telah mewarnakan rambutnya. Gonalah nak menjawab ya, kalau dah memang saya tidak mewarnakannya, kata pelajar tersebut.

Isu ini sebenarnya tidaklah besar sangat, macam isu guru merogol pelajar didalam kelas tu, cuma kalau nak ikut pendapat keh, apa yang ada didalam kain tudung seseorang itu tak perlulah kita tau, asalkan dia bersopan didepan orang lain. Bimbang juga kalau-kalau ada diantara pelajar yang dibuka tudung tu, ada kurap ke kat lehir dia, ada beguk ke atau kepala dia botak ke, malulah dia didepan rakan2 dia yang lain.

Cammana cikgu-cikgu semua, apa pendapat cikgu-cikgu tentang isu ini, ada ke seseorang ustazah atau cikgu harus berbuat demikian untuk memastikan anak muridnya betul2 bersopan dan tidak membuat sesuatu yang dilarang.

Dulu keh ada pernah dengar seorang guru lelaki yang memandikan beberapa palajar perempuan kelasnya dalam tandas. Hiss..tak bermoral betul perbuatan sebegini...

Wallahualam.

Sekian, Wassalam.